Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 16, 2015

Debu Jerebu Rabu.


Salam.

Jerebu di langit nampak asapnya.
Jerebu di hati siapa yang peduli...
**ewah**

Disebabkan ini post yang sudah dijadualkan lebih awal,
aku tak pasti bagaimana keadaan jerebu ketika post ini diterbitkan.
Tapi pada masa aku tulis entri ini,
jerebu di tempat aku sangat teruk sampai tahap asap jerebu masuk dalam rumah.

Aku nasihatkan kurangkan aktiviti luar
dan banyakkan minum air kosong.

Anda mampu mengubahnya.
**tetiba**







Biar aku tekankan di sini,
aku tiada masalah dengan penghisap vape macam mana aku tak ada masalah dengan penghisap rokok.
Malah ramai antara kawan-kawan aku juga hisap vape.
Tapi aku ADA masalah dengan mereka ni yang tak reti nak tengok keadaan sekeliling.

Maksud aku,
kalau lepak kedai mamak nak hisap vape berkepul-kepul
pergilah dekat meja luar sana tu, open air.
Ni kau pergi lepak indoor, dalam kedai,
lepas tu huhahuha berkepul asap serupa naga bawah kipas.
Maka mee goreng mamak aku pun habis berperisa strawberi.

Sendiri mahu ingatlah.
Perlu ke aku tunjuk atuk tua yang makan nasi selang dua meja kau tu?
Atau budak kecil minum air bandung dekat meja sebelah sana tu?
Bayangkan mereka itu adalah bapa dan anak kau,
suka ke kau biarkan mereka jamah asap kau sekalipun berperisa strawberi?

Sekali lagi aku tekankan,
aku tiada masalah dengan penghisap vape.
Jadi jangan jadikan diri anda pencetus masalah.

Bertimbang rasalah.
Hormat-menghormati itu kunci.
Merdeka 58 tahun bukan hanya untuk anda seorang sahaja,
tapi untuk seluruh warga.

Selamat Hari Malaysia.

Siapa lagi pernah hadapi perangai mereka-mereka yang tidak bertimbang rasa ini?
Cuba cerita sikit...







.




48 comments:

  1. Selamat Hari Malaysia cEro! ^_^

    Alhamadulillah, setakat ni belum dipertemukan dgn makhluk yg menghisap vape secara tak beretika. sini biasa Cainis yg selalu hisap, tapi depa reti hisap yakni pergi hisap dekat tempat open air. takdelah sebangang org Meleis, hihihi

    p/s mengapakah jari telunjuk C dan si vaper begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Selamat Hari Malaysia, Z.

      Baguslah kalau ramai yg sedikit bertimbang rasa di sana.
      Di sini memang tak reti bahasa, dalam kedai alat tulis hisap vape pun ada.

      p/s: Hahaha...itulah bahana nak lukis laju2. Jari tangan pun jadi pelik. Wahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

      Delete
  2. aku pernah duduk sebelah meja si penghisap rokok..

    bila dia hembus asap tu, aku dengan tindakan refleks terus tutup hidung dan tangan sebelah lagi mengibas2 udara (btol ke ayat ni?)

    penghisap rokok mcm sentap dan terus berpindah tempat (sambil menghentak kerusi tanda marah)

    aku pon lega sebab dia duduk jauh dari aku ALhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Raz
      Nasib dia jenis faham dan tak memberontak teruk.
      Aku pernah dulu tegur orang hisap rokok dlm kedai tepi mak aku, terus kena sound balik siap carut-carut lagi.

      Ada jenis orang memang tak boleh kena tegur langsung.

      Delete
  3. kahkahkahkahkah!
    aku pon takde hal dengan diorang sebab aku membesar dengan seorang perokok. vape ni sebab aku suka bau dia.
    setakat ni member-member aku semua bertimbang rasa punya orang. bukan semua tempat bedal vape dan rokok. baguih depa ni.

    btw, aku suka pantun 2 kerat jerebu tu. hehehe, boleh tahan puitis hang ni. hahaha

    Selamat Hari Malaysia, Cero!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danial Jaafar,
      hehehehe.
      Baguslah kalau member-member kau masih lagi terkawal dgn vape ni.
      Ada jenis orang isap vape (or rokok) seolah-olah dunia ni dia yang punya,
      tak pedulikan orang sekeliling.

      btw, aku memang power bab ayat2 puitis jiwang ni. Hehehe

      Selamat Hari Malaysia, Danny.

      Delete
  4. Aku pernah jumpa vaper (sepupu aku jugak) yang hisap dan hembus vape masa orang-orang tua tengah berborak. Habis muka orang tua tu di kelubungi wap vape.

    Pada aku, itu sangat biadap. Nak tegur, aku kurang rapat dan beliau lagi tua dari aku. So, aku cuma mampu jeling dan suruh adik aku (yang rapat dengan beliau) tegur.

    Aku tiada masalah dengan perokok dan vaper, asalkan diorang tahu etika.

    Masa aku seorang perokok, bukan nak berbangga, aku bawak ashtray mudah alih dengan penutup bersaiz mini dalam poket kemana saja aku pergi. Bukan saja habuk rokok, puntung rokok pun aku sumbat dalam tu bila selesai.

    Member2 yang perokok dgn aku, kalau merokok kat luar, diorang cari aku nak pinjam ashtray. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aujinz,
      Baiknya kau bawak ashtray sendirik...
      Serious first time aku dengar.
      Kebanyakan smoker yg aku kenal, paling baik pun dia guna kotak rokok sendiri sebagai ashtray.

      Kita perlukan ramai orang macam Ojin!

      Delete
    2. dalam sepuluh orang perokok,mgkin sorang yg bagus....mcm ko lanun..,mmg terbaik. dan kenapa bila ak ckap ak xmerokok orang susah nk caya....huhuhuhuuu...hakikatnya ak mmg xmerokok. cedih angat..

      -petai

      Delete
    3. petai,
      aku poonnn...
      Muka aku ni nampak macam perokok sangat ke smapai bila aku kata aku tak merokok orang lain tak caya, siap offer nak belanja sekotak lagi...wahahahah

      Delete
    4. agaknya terlebih macho kot >,,,<

      Delete
    5. Adakah warna mulut cEro gelap secara semulajadi, maka orang lain terus anggap cEro perokok? Hewhew...

      Delete
    6. >Zyra Roxx

      Macho tu memang ada, tapi tak terlebih kot, cenonit je. Hahahahah

      Delete
    7. >plain83

      Mungkin arr kot, tapi rasanya bibir aku tak laa segelap orang isap rokok.
      Maybe laa tak semerah bak delima atau merekah bak kasturi, tapi still menawan. Wahahahah

      Delete
  5. Aku ada masalah dan ayah aku juga perokok.berdendam betul.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Fireflies,
      dilema sungguh bila ada ahli keluarga yg perokok, kan?
      Tapi apakan daya. Keluarga, keluarga jua.

      Delete
  6. setakat ni aku xde masalah sgt dgn vaper atau perokok ni walaupun kenalan aku ramai jugak yg vape/merokok...jarang la nak jumpa yg jenis hembus kat muka atau kat kedai makan indoor tu...sekali-sekala tu kadang termuncul jugak la makhluk sebegini....tapi sebenarnya aku kisah jugak bukan sebab perbuatan yg biadap tu, tapi sebab ada fatwa cakap haram vape/rokok. So, macam mana la aku nak buat kenalan2( family + friends) ni berhenti entah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Ley,
      bab fatwa tu entahlah...aku sendiri pun sedikit kecewa.
      Dari dulu lg dah kata rokok tu memudaratkan dan haram, tapi perokok tetap jugak hisap rokok. Sekarang masuk pula kategori vape.
      Tak apa, itu keputusan mereka sendiri.
      Harap satu hari nanti mereka mampu berubah.

      Delete
  7. kat kulim ni okay dah jerebu. dah tak boleh tengok matahari secara direct dah. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aswadz,
      orang Kulim ka? Baru ja raya lepaih jalan2 kulim. Hehehe
      KL hari ni (17 Sep) macam dah clear sikit.
      Hujan pun banyak kali turun. Hujan buatan rasanya...

      Delete
  8. Tak pernah lagi jumpa vape dekat sini dan berharap takkan jumpa vape dekat sini. lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah,
      canada terkenal dengan orangnya yang sopan dan selalu minta maaf.
      Rasanya kalau ada yg vape pun, mesti diorang vape dengan sopan dan bukan di khalayak ramai. Hehehehe

      Delete
  9. pantun jerebu tu terus aku teringat karam singh walia hahaha
    hermm aku pon rasa nak sound direct vapers yg jenis hembus asap/wap air mcm naga tu. memangla bukan beli guna duit mak bapak aku, but kemon la, sivik la sket kan tgk org keliling. bukan semua org selesa cenggitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anamizu,
      hahahaa...iklan Edisi Siasat yang dulu tu kan?
      Aku pun teringat lagi dengan Karam Singh Walia...hehehe. Mana entah dia sekarang...
      and YES! SIVIK!
      Itu perkataan yang aku nak cari masa taip entri ni.
      Sivik ni lebih kurang common sense, cuma kekadang tak berapa nak common sangat. Heheh

      Delete
    2. ahahh! yang Edisi Siasat ada johan dedulu tu. tapi dia tukar nama jadi Karam Di Laut lah. Lu Tong Malam lah (original wartawan tu nama dia Loo Tong Siang) hahaha! haah mana tah Karam Sigh Walia tu sekarang..

      Delete
    3. @anamizu
      Bersara dah kot Karam Singh Walia tu.
      Dulu pernah ada kes yg dia bergaduh dgn orang awam dekat kedai makan sambil mabuk (katanya)...
      Lepas kes tu je ntah ke mana dah dia...

      Delete
  10. Punya panjang aku bebel pastu hilang rasa mcm malas dah nak komen..ciss..
    Merokok bahaya. Benda berasap bahaya. Boleh menyebabkan mutasi. Memang tak sakit sekarang, tapi once kau kena, contohnya, kena kanser paru paru, susah nak ubat kau sebab kau dah mutate. Secondary smoker iaitu orang yg hidu asap rokok adalah golongan yg lagi bahaya dari perokok sendiri. Sebagai org yg grow sel kanser paru paru siang malam aku sangat gerun tgk dia punya growth rate, 1000 boleh jd se billion dalam 24 jam. Kau bayang dlm badan kau jd mcm tu. Cukup kot motivasi nak berhenti. Kalau aku lah..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mashy_entah,
      Haaaaah,
      dengar tu semua perokok dan vaper sekalian.
      Khusus dari orang yang mengkaji kanser.
      Jangan kata nanti tak warning...Hehehehe

      Delete
  11. Punya panjang aku bebel pastu hilang rasa mcm malas dah nak komen..ciss..
    Merokok bahaya. Benda berasap bahaya. Boleh menyebabkan mutasi. Memang tak sakit sekarang, tapi once kau kena, contohnya, kena kanser paru paru, susah nak ubat kau sebab kau dah mutate. Secondary smoker iaitu orang yg hidu asap rokok adalah golongan yg lagi bahaya dari perokok sendiri. Sebagai org yg grow sel kanser paru paru siang malam aku sangat gerun tgk dia punya growth rate, 1000 boleh jd se billion dalam 24 jam. Kau bayang dlm badan kau jd mcm tu. Cukup kot motivasi nak berhenti. Kalau aku lah..hahaha

    ReplyDelete
  12. kat tempat aku sekarang ni tengan banjir wawawawaaaa~ *terperangkap dalam rumah buat sementara waktu* (~ "TTwTT)~

    ReplyDelete
    Replies
    1. plain83,
      Ye ke?
      Perlis banjir ke sekarang???
      Dah nak masuk musim banjir plak ke ni?
      Risau pula aku...

      Delete
    2. Climate change bro, climate change telah pun mengubah sikit demi sikit trend musim hujan yg biasa dialami manusia selama ini. Iklim yg sedang dihadapi perlis (dan lain2 tempat yg sama latitude) sekarang ialah subtropik. Kalau ikut trend, hujan sepatutnya turun bnyk sometime in bln 10 or late sept., tp kali ni dia start tengah2 bulan 9. Aku harap bln 10 nnt takde la berlaku banjir yg lg teruk... huhuh!

      Delete
    3. >plain83
      Oh, lepas tu aku dengar Perlis Kedah n Penang kena wabak anjing gila plak kan?
      Macam dah lama dah tak dengar wabak tu.
      Takutnya...
      Dah laa area rumah aku banyak anjing liar.

      Delete
    4. pernah kena kejar anjing sepasang.. apalah salah ku apalah dosaku~

      Delete
    5. Tu la pasai, rabies la pulak... tapi setakat ni aku blom pernah kna kejaq dgn anjing lg la, dgn beruk pernah la kna kejar huhuu!

      Delete
    6. Zygha, salah lu, lu petite n nampak mcm sedap dimakan. Wkwkwk...

      Delete
    7. >Zyra
      Pernah dulu ada anjing liar menyalak kuat depan-depan, lepas tu pergi sorok belakang senior perempuan...
      Sangat tak cool.

      Delete
    8. >plain83
      Dengar kata kalau beruk tu kena gigit dgn anjing gila, then kau pulak kena gigit dengan beruk yg sama, still boleh transfer rabies tu...
      Menakutkannya...

      Delete
    9. Memang pun boleh transfer rabies tu sebab tu la kena larikkkk sekuat hati hahah! Gigitan haiwan mamalia di kala musim penyakit berjangkit itu paling menakutkan...

      Delete
    10. >plain83

      Tak bestnya macam tu...
      Nak bermesra dengan kucing liar pun kena fikir banyak kali takut terkena wabak...Adoooiii...

      Delete
  13. rokok memang bahaya, vape taktahu lah. hahaha. orang yang merokok dalam kedai makan terutamanya memang patut ditegur, ingat kita suka ke telan asap dia. padahal orang yang sedut asap dari perokok tu lagi tinggi risikonya XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BudakVanilla
      Rokok memang dikatakan bahaya sebab ada kajian yang sudah berpuluh tahun.
      Vape masih belum ada kajian yg jitu sebab baru je famous beberapa tahun belakangan ni.
      Tapi dah nama pun asap, even asap ikan bakar pun kalau kita asyik duduk hadam tiap hari akan jadi bahaya juga, kan?
      N yes, secondhand smoker lagi tinggi risikonya...

      Delete
  14. Ak masih mencari2 entri ko yang makn aiskrim depan seben eleben dan sorang awek....dimanakah ia,...

    -Petai

    ReplyDelete
    Replies
    1. >petai
      Rajinnya kau mencari entri lama..hehehe
      Adakah entri ini yg kau maksudkan?
      Ajaran #1

      Delete
  15. betoi la tu,jenuh ak geledah tp xjumpa..... ak nk tau cerita tu sampai akhir... huhuhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Petai kah ini?
      Baguslah kalau itu ceritanya.
      Hehe

      Delete
  16. Replies
    1. >Encik Skema

      Terima kasih kerana bersetuju :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: