Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 23, 2015

Blog, Basikal & Escapism.



Salam.

Sebelum terlupa,
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.





Dalam browser chrome aku ada satu senarai bookmark blog yang aku selalu jengah dari tahun 2009.
Blog ni kebanyakannya aku bookmark sebab isinya yang mantap,
ada juga yang menambat hati aku dengan gaya bahasa yang bersahaja,
tapi ada juga yang aku bookmark sebab tuan blog dia cun
supaya senang aku nak cuci mata di kemudian hari. Wahaha.
Typical 2009 cEro.
Tapi 2015 punya cEro dah baik dah. Tak cuci mata dah. Hahahabohonghahaha

Nak dijadikan kisah,
baru-baru ni aku cuba nak bersihkan senarai blog yang makin bertambah tu.
Almaklumlah,
benda dari 2009, mahunya dah berjela-jela dah senarainya.

Cara nak bersihkan ialah dengan berkunjung kembali ke blog berkenaan
dan nilai sama ada blog tu masih best atau tidak.
Kalau still best, stay. Kalau tak best, buang.
(yang mana tuan blog cun tu, kalau dah kahwin aku terus buang je sebab guna isteri orang untuk cuci mata is a BIG NO-NO dan sudah langgar prinsip aku, which is VERY VERY VERY VERY VERY VERY NOT GOOD!)

Apa yang aku dapati, mostly yang dulunya famous dan aktif,
sekarang ni sama ada sudah tak aktif dengan last entri tahun 2012/2013,
ataupun sudah bertukar konsep blog jadi blog perniagaan, jual produk.

Ada antara mereka yang fikir blog ni sekadar trend.
Bila trend ramai buat blog,
semua berpusu-pusu nak buat blog.
Namun, bila sekarang trend lebih kepada media sosial,
jadi ramai blog yang dulu aktif kini ditinggal tandus kesepian.

Ya.
Tak ada salahnya bila sudah tidak aktif blog ataupun jadi blog jual produk.
Blog is merely a tool.

Seperti basikal,
ada yang gunakan basikal sebagai medium pengangkutan,
bergerak dari titik A ke titik B.
Jika pada suatu hari mereka berjumpa medium pengangkutan yang lain
yang lebih mudah, jitu dan berkesan,
tidak salah rasanya kalau mereka meninggalkan basikal mereka.

Contohnya Hanis Zalikha,
blognya dulu (pada aku) adalah medium untuk dia mengumpul fanbase.
Jadi bila sekarang dia sudah dikenali ramai
dan media sosial lebih membantunya mengendali peminat berbanding blog,
maka tak salah pun kalau dia tak update blog dia sekerap dulu.

Berbalik kepada basikal,
pada sesetengah orang pula, basikal bukan sekadar sebuah mod pengangkutan.
Ada yang tunggang basikal untuk kesihatan kardio.
Ada yang tunggang basikal untuk menikmati pemandangan jalan sekeliling.
Atau mungkin ada yang tunggang basikal sekadar suka-suka.

Untuk aku pula,
basikal blog aku merupakan satu escapism.
Tempat aku nilai diri sendiri.
Tempat aku berpijak pada realiti.
Tak ramai yang tahu apa aku buat untuk hidup.
Dan blog inilah salah satu jalan aku hadapi segala stress dan tekanan aku.

Buat masa sekarang,
blog masih lagi bermanfaat kepada aku.
Jadi tidak kiralah ketinggalan zaman atau tak,
aku tetap akan masih berblog...
...selagi ianya masih bermanfaat kepada aku.


Kalian?
Apa sebab sebenarnya kalian tulis blog?
To express or to impress?






.




68 comments:

  1. hahahahah tak boleh tak sengih baca entri ni...
    blog medium kongsi pengalaman dan dengan baca blog...ah...melalut panjang nanti..
    apa2 pun slmt berblog! harap blog akan terus maju hingga diwarisi ke anak cucu!

    (at least bila baca entri lama2, boleh sengih sensorang iya dak??)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Mostly yg betul-betul nak kongsi pengalaman akan terus stay dgn blog, but ada jenis yg kekonon nak kongsi pengalaman but end up bila dah slow sikit scene, dia pun jadi tak aktif. Hehehe

      Betul. Baca entri lama-lama kekadang macam malu dengan diri sendiri, but itu namanya dah semakin matang...hahaha

      Delete
  2. sebab dulu kawan-kawan suruh buat blog. bila kita dh syok ada blog, depa suma berenti update..tinggal la aku sorang-sorang update blog sbb nk isi masa yg boring itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >stickynote

      Haha..sadisnya cerita...
      Patut pergi perli kawan-kawan yang dulu suruh tu...
      Kasi pedas sikit perli...Hehehe

      Delete
  3. hmm.. hmmm.. SAPA YG CAKAP BLOG KETINGGALAN ZAMAN TU??!
    hahahahaha :))

    peduli hapa dgn manusia yg ikut trend macamtu. anti betul seorang zyraroxx dgn "blogger" yg buat blog sbb nak jadi hot (ramai followers) dan sbb ikut trend lepastu tulis benda sia-sia dan bosan koffkoff

    bagi saya blog merupakan satu medium utk ekspres my thoughts dan pd msa yg sama boleh share dgn org ramai. boleh dikatakan jgk blog ni mcm the other side of zyra. yelah as an introvert person I bukan ‘meriah’ sgt pun IRL >_<

    btw, baguslah kalau org anggap ketinggalan zaman, takdelah org sibuk nk buat blog yg tah pape :p btw C, awk follow blog zeraroks sebab? _______________________________ (15 marks)

    [img]http://images6.fanpop.com/image/photos/33800000/Cute-gif-marceline-33801820-321-500.gif[/img]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya follow blog zerarokks sebab saya suka berkawan dengan stranger.haha...

      Ok2..tipu..sebab aku minat blog kartun kot..

      Haha..sibuk je aku jawab soalan ni.

      Delete
    2. >Zyra Roxx

      Memang kisah benar terdengar orang borak dekat kedai mamak.
      Nak sound karang dia kata gilo plak...hahaha

      Betul tu.
      Blog ni macam tmpat kita nak luah pemikiran yg mungkin kalau cakap IRL mesti tak ada siapa nak dengar pun...

      Harapnya yang berapa kerat yang ada ni keep on updating laa, walaupun mungkin tak sekerap dulu, kan?

      Untuk soalan 'awk follow blog zeraroks sebab? (15 marks)'
      ini jawapannya...

      [img]http://i111.photobucket.com/albums/n149/lilyville/puqvp_zpsjloec6br.jpg[/img]

      Delete
    3. >Bro Ley

      Aku pun suka berkawan dengan stranger...
      Apatah lagi stranger tu namanya Bro Ley.
      Wahahahahahhahaha (gelak tak ikhlas)

      Delete
    4. @cEro

      Terharu aku baca komen kau...T.T
      Takpe la gelak x ikhlas pun xpe, aku masih terharu lagi ni. Haha...

      Delete
    5. >Bro Ley

      Hehe..Gelak tu je yang tak ikhlas.
      Tp nak berkawan dengan kau tu aku betul2 ikhlas.
      Hehehe

      Delete
    6. alaaa lelaki mana boleh sikret2 :3

      Delete
    7. >Zyra Roxx
      Lelaki sejati laa yang banyak secret awaaaa....heheheh

      Delete
  4. argh! apesal xde image pon??? boikot blog ni seminggu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra Roxx

      Haha, comel je cik adik ni...
      You know jscript kena amik masa nak loading, kan?
      Tambahan lagi kalau imagenya gif file yg lebih berat...
      Hehehe

      Delete
    2. ye baik, maaf :3
      tarik balik boikot :3

      Delete
    3. >Zyra Roxx
      Wahahahaha...
      Ada jugak yg kena cubit pipi nanti...hahahah

      Delete
  5. Aku start ada blog sejak 2014. Lagi ketinggalan zaman aku ni...Org dah pakai fb, intsa, tweeter dah time tu. Haha...

    Entah kenapa aku rasa nak buat jugak blog waktu tu. Mulanya sebab aku bosan. Pastu publish la beberapa entri nak share pemikiran aku. Tengok...hmmm xde org baca pun. Kah2.. Tak buat marketing langsung camne org nk baca kan..

    Pastu aku tinggal. 2015 baru aku aktif sebab dah tahu ilmu blogging sikit2. So, ada la jugak org baca...

    So, skrg aku tulis blog pun sebab nak share apa yg aku fikir, apa yg aku tahu dan nak isi masa lapang aku. Bila tulis blog ni rasa macam happy pun ada..So, aku teruskan je la...

    Lagipun, xde satu member aku tahu pun aku ada blog. Rasa bebas sgt aku nak tulis apa2...haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      BLog kau banyak ilmu, aku suka.
      Keep up the good work.
      Aku faham bila member tak tahu kita ada blog tu,
      banyak perkara yg kita boleh luahkan tanpa perlu rasa bakal menyinggung hati sesiapa, kan?

      Delete
    2. @cEro

      Bertambah terharu baca komen ni pulak..haha...thanks. Btw, blog kau memang best sebab byk gak ilmu aku dpt plus dpt tgk kartun stylo2. Happy aku bila dpt tgk kartun ni. Hehe..

      Sebenarnya kalau member aku tau aku ada blog, possibility tinggi utk diorg berasa pelik. So, better diorg x payah tau. Kalau terkantoi gak nasib la. Haha..

      Delete
    3. >Bro Ley

      Hehe. Terima kasih.
      Kembang sekejap hidung ni kena puji. Wahahaha

      Sampai sekarang ni ada pernah terkantoi tak?

      Delete
  6. Aku tulis blog sebab aku cenderung untuk minat benda2 yg bukan mainstream. Asalnya aku sekadar baca blog orang je, lepas tu aku rasa macam best pulak kalo ada blog sendiri untuk aku letak my own stuff n benda2 yg aku suka ke dalam tu. Kongsi cerita n pendapat dgn bloggers lain yg sempoi pun best jugak, hewhew~ :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Minat benda2 yg bukan mainstream? hehe, indie sangat bunyinye...
      Satu perkara yg best ttg blog ni ialah kita tak perlu kisah ttg usia.
      Kita boleh berbincang ttg apa pun hal tak kira dia umur berapa pun asalkan masing-masing boleh hormat pendapat yang lain.
      Hal camni sgt rare, takkan dapat dlm media sosial, even sangat rare dlm blogosphere sekalipun...

      Delete
  7. Aku buat blog utk aku bercerita and bg pendpt bila aku mls bercakap haha. Sbg medium catat kenangan sbb aku mudah lupa. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA vs BERON

      Aku pun.
      Kdang-kdang bila bagi pendapat kita yang agak lain kepada orang sekeliling, diorang macam tak mahu dengar.
      Dalam blog, bila bagi pendapat, sama ada orang nak dengar atau tidak itu bukan masalah...hehehe

      Delete
  8. Samalah kita. Dulu waktu saya mula-mula berblogging, blog ni sebagai escapism. Tapi, lepas tu, stop sebab busy. Takde masa untuk escapism pun. hahahahha. Then start balik sebab homesick dan sebab nak share gambar-gambar random yang saya tangkap. Kot kalau asyik upload dekat IG nanti kan, orang ingat obsess IG pula. Oh, blog ni juga tempat luahan benda-benda yang selalu berlegar dekat otak. Kalau tak dikeluarkan mahu jadi gila gamaknya. lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Student luar negara macam Farah harus kena ada blog sebagai wadah (pergh, bahasa) berkongsi pengalaman.
      Suka sangat bila Farah kongsi gamabr-gambar cantik dari sana.
      At least orang yg tak ada peluang nak ke sana still boleh dapat rasa sekelumit pengalaman, kan?
      Hehehe

      Delete
    2. Insya Allah nanti saya share banyak gambar lagi. Tapi, gambar dalam Canada je la. Saya bukan macam budak lain yang study overseas yang selalu jalan. Belum berpeluang lagi nak jadi macam mereka semua tu.

      Delete
    3. >Farah

      Takpe. Yang penting utamakan pelajaran dulu.
      Bab jalan-jalan tu kalau ada peluang baru grab.
      Kekadang jadi pelik jugak bila tengok student oversea ni asyik berjalan je kerjanya...
      (sebenarnya dengki...hehehe)

      Delete
  9. Replies
    1. >Miss Fireflies
      Gah gah gah !
      Kau ni sungguh menjawab solan.

      Delete
  10. yeah, blog memang utk aku luahkan segala perasaan. wakakkaa. memang takkesah dah nak malu ke tak n takkesah pun orang nak menyampah ke pe :D tu la 'typing to express something' memang dah jadi tagline sejak dulu2. harap la blog aku tak pernah sunyi dengan entri selagi aku ada walaupun entri merapu sekali pun. *wish utk diri sendiri lak* hahahhahaa,

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Budak Vanilla

      Betul tu.
      Aku pulak, selagi ada yg sudi baca, walaupun satu orang, aku tetap akan berblog. Hehehe

      Delete
  11. aku macam tak boleh brain apa kena mengena basikal masa aku baca title. biasalah aku kan menilai sesuatu dari pendangan pertama, cehh...hei selamat hari raya haji, kira aku tengah berkorban lah ni tak balik kampung.. aujinz mana aujinz? still tak puas hati dia tutup clueless mumble dan tak update fesbuk fanpage dan tak update instagram..mana janjimuuu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Lepas tu, sekarang dah boleh brain ke belom? Hahaha
      Selamat hari raya haji.
      Alaa, raya haji je kot, orang lain pun dapat cuti sehari je.
      Maka tak kira korban sangat laa hehehe...
      Aujinz?
      Aku yakin abam hensem ni sedang sibuk bekerja mencari rezeki.
      Nanti dia baca komen ni nanti di arespon laa tu..
      Itu pun kalau dia baca laa...hehehe

      Delete
  12. Dulu blogging sbb rase cam best ade blog..leh luahkan ape yg kita rase, ape dlm fikiran kita..boleh kongsi minat kita..rasa mcm kita ada dunia lain yang orang lain xtau selain kawan2 di alam maya..tp makin lama kehidupan real life jadi semakin sibuk..sibuk dgn kerja, kawin, beranak..(skrg pun nk beranak lagi)..ditambah pulak dengan ketiadaan sumber internet free mcm mase kat Universiti dulu (hahahaha..ini sebab utamanya)..pastu semua org guna FB sebagai medium melepaskan keluhan hati seharian..dh semakin malas nak update blog..

    Skrg dh ade internet opis, kdg2 pi jugak jenguk2 blog lama..buang2 sarang labah2..sian dia terbiar kesepian..hahah!! tapi aku harap cEro akan tetap blogging smpai bila2..InsyaAllah aku akn sentiasa catch-up kalo termiss lagi..hehehe..

    p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha & Selamat Hari Lahir buat puteri kecilku yang ke 1 tahun..

    -pu3aan-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >pu3aan

      Betul sangat.
      Memang banyak halangan bila kehidupan sebenar jadi semakin sibuk.
      Mungkin itu juga alasan kuat kenapa ramai yg sekarang dah hilang...hehehe
      Bab internet percuma tu memang betul.
      Dulu duduk U ada wifi free rasa macam nak update sehari 3-4 kali je...
      Waktu tu pulak macam idea mencurah-curah ke ladang gandum gitu.

      Aku insyaAllah selagi termampu akan terus berblog.
      Ada seorang pembaca yg tinggal pun tak apa rasanya. Hehehe

      Waaaahhhhh.
      Dah setahun dah anak pu3aan?
      Nama apa nama? Hehehe

      Delete
  13. kenapa aku masih berblog sampai sekarang?
    1. blog boleh tulis panjang2.
    2. blog boleh masuk teks, gambar, video dan lain2 embed lagi dalam satu entry.
    3. blog lebih mudah untuk buat carian.
    4. blog boleh bagi orang komen sebagai anon.
    5. blog boleh letak iklan. fesbuk boleh letak iklan? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss of Noob

      Setuju sangat dengan semua poin ni.
      Kalau dlm media sosial, cepat sangat nanti akan tenggelam dlm timeline yg kebanyakannya dipenuhi dengan orang-orang yg meroyan (termasuk laa aku...hehehe)

      Delete
    2. aku pon setuju semua point Noob tu hehe

      Delete
  14. It's my first time visiting here. Ur writing is so cool as for me.

    Arisha started blogging on 2011, & stopped blogging for a while on 2013 & again this year I came back again for it. Itu baru perjalanan blog, belum masuk lagi point why I started blogging.

    Actually, blogging can be a hobby for most of us all here & that's the reason why I'm continuing to blog. I'm blogging to share not only my personal life but trying harder to write more input & good lessons in the future. Blog is one of the sharing platforms for people out there to find anything they want to find, yg mana certain info boleh jadi ada dalam isian blog kita. So I think from there our writing can make people gain or learn something they never know. Other than that, boleh jugak menambah kenalan so u won't be bored on blog because u'd have blogger friends & who knows one day they can be ur good friends.

    I've lots more to say hahaha macam boleh jadi topik entry yg baru 'Why I'm blogging, to express or to impress..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. <Rtp Farra Arisha

      First time visiting? Welcome.
      Hope there will be second, third and nth time in future.

      Most of us that are still blogging regardless of the emerging of social networking media may consider blogging as a hobby.
      And yes, hopefully with every post that we published, the readers will gain knowledge and good lessons so that we can use them in our daily life.
      Having new unbiased friends might be a side benefit, but hey there's no harm in having new friends, kan?

      I think you should make an entry about that,
      I would like to read it :)

      Delete
  15. aku suka tulis blog sebab nak jadikan diari.. dan aku jugak suka baca diari orang.. so aku pon baca la blog orang lain.. hew3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      Eeee...jahatnya dia suka baca diari orang. Tak baik laa. Hehehe.
      Memang ada jenis blog yg betul-betul macam diari.
      Mungkin niatnya sebagai simpanan masa depan, suapaya bila baca balik dapat terkenang gitu.
      Aku pun kekadang macam tu jugak. Heheheh

      Delete
  16. Orang tak paham konsep blog tu sendiri. Blog tu web log yang digunakan sebagai main platform. Social media plak tempat sebarkan ape yang ade di main platform mcm website and page dari blog.. Kalau nk berblog di social media sgt tak kena sebab lame lepas tu dia dah wash out dlm timeline stream, dan bila ramai dah share and copy paste akan jadi susah nak trace origin penulisan atau karya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Yusro Yusoh

      Setuju.
      Ramai yg pandang ianya sebagai 'trend' berbanding 'medium'.
      Ada perkara yg sesuai diguna dlm platform blog,
      dan ada perkara yg lebih sesuai digunakan dlm platform media sosial.
      Kalau orang fikir ianya trend, macamtrend-trend yg lain, lama kelamaan ianya akan hilang populariti dan beralih ke benda yg baru.

      Delete
  17. Masa aku mula2 berblog dulu, aku rasa aku dah agak ketinggalan so aku berblog bukan sebab trend.. To be honest, aku pun taktau kenapa aku berblog tapi mungkin sebab takde keje and banyak masa nak dibazirkan, pada awalnya lah.

    Tapi sebenarnya blog ni escapism untuk aku jugaklah.. Kat sini jela aku nak merapu ripan..haha.. Plus, aku jumpe korang..eheeee.. ^^v

    Owh, selamat hari raya aidil adha jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Betul sangat.
      Bila dlm blog, aku tak pasti sama ada aku jadi diri sendiri atau jadi orang lain, tapi aku suka bila dlm blog berbanding dunia luar.
      Dunia sebenar macam kena jaga imej sikit kekonon, tapi dlm blog aku nak merapu meraban apa pun aku tak peduli. Hehehe

      Selamat hari raya aidiladha Lee.
      Maaf zahir batin :)

      Delete
  18. Hello Cerol! Hanih here.

    Wow, sooo glad jumpa org2 macam Cerol yg masih blogging despite the socalled trend yg dah lama hilang diganti dgn sosial media.

    U know what, walaupun I'm quite active kat media sosial, I still blog because I love writing. I think I blog regardless of whether it's a trend or not. In other words, I wanna blog simply because I've always wanted to.

    yes, let's keep blogging. Kecewa sangat bila check blogger2 tinggalkan blogging sbb trend tu dah pergi. Rasa macam hilang kawan. *overrr*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Hanih Borhan

      Hello Hanih. cEro here.
      Yup, rasanya ada je jenis macam kita yg tahu media sosial dgn blog adalah dua platform yg berbeza, so tak kira nak aktif mana pun, atau nak aktif dua-dua, itu satu pilihan bukannya satu trend. Kan?

      Betul sangat.
      Walaupun istilah hilang kawan tu macam over (hehe) tapi macam ada rasa kesunyian bila scene blogging tak semeriah dulu. Kan?

      Delete
  19. saya start blog 2010. dan masih setia smpai skng. bg saya blog ni mcm jurnal. jd saya x leh stop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna Shark

      Yes Amna. Sila jangan stop.
      Kalau Amna stop blogging maka akan sedihlah satu peminat setia blog Amna ni (aku lee tu...hehehe)

      Delete
  20. menulis blog terasa lebih 'dewasa' berbanding menulis di media sosial lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Angah

      Betul Angah. Dalam media sosial nak meroyan okey laa sebab timeline stream macam laju je nak hilang.
      Dalam blog macam kurang sesuai meroyan sebab nanti senang dicari dlm google. Whahahaha

      Delete
  21. to express! betul,mira dah blogging since 2008,dan sedih byk blogger best2 since 2008/09 dah x aktif dah sekarang :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. >amira faqihah
      Kan?
      Tak apalah. Anggap je mereka ada prioriti lebih tinggi dlm kehidupan.
      Mostly dah bertukar status dan berkeluarga, so mungkin tak dapat nak fokus blogging lagi. Hehe

      Delete
  22. aku berkenalan dengan ko di alam maya sejak tahun 2008/2009 kot, kan? sampailah kenal di realiti. aku suka kumpul kawan kawan baru. cumanya dulu dengan sekarang banyak beza. Sebab apa?

    1) aku sendiri dah tak suka blog walking. Bila dah makin tua, kesibukan duniawi semakin terasa.

    2) Sebahagian besar blogger dah jadi penulis indie. Update blog pun sekali sekala. Itu pun kisah hidup masing masing. Diari kehidupan. Ini pun boleh di kira dengan jari berapa orang je yang masih wujud. Ada yang dah hilang, pupus dan sebagainya.

    3) Komitmen. Semua orang punya komitmen. Makin tua, makin banyak komitmen. Bertukar status misalnya, membuatkan seseorang itu lebih fokus kepada yang lebih penting - famili. Eh, point ni dah lebih kurang sama macam no 1.

    4) Ada Wattpad sekarang. Ada ramai gak penulis yang sedap sedap dulu sambung bercerita di sana. Try la tengok. (Tapi aku pun malas dah nak tengok. Tahu je yang depa ada kat sana. A few. )

    Blog memang diari hidup aku. Sejak mula. Jadi, siapa yang khatam blog aku, boleh kenal diri aku, hidup aku. Tu pasal aku malas nak blogwalking sangat. Segan juga orang tahu kisah hidup aku. kah!
    Siapa yang dah memang aku follow sejak 2008 tu je la yang aku masih kekal baca blog depa. Itu pun kalau depa update.

    p/s: aku rasa aku pun lebih mengenali jalan cerita hidup ko dan ko sendiri melalui blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >~* chirpy_chummy *~

      1) Aku selalunya yg singgah blog aku, aku akan singgah balik blog dia. Hmmm.tu kira blogwalking tak? :p

      2) Itu sebahagian besar yg kau kenal kot. Aku kurang gemar scene indie ni sebab entahlah...kekadang macam kecewa sikit. Macam selalu orang komen, buat puisi satu mukasurat satu perkataan, pastu jual harga macam bestseller sangat. Hahaha

      3) Komitmen itu betul. Sbb tulis blog mmg kena ada komitmen dan kerajinan. Tp kalau niat dr awal macam kau nak jadikan catatan harian, aku tak rasa ianya mengganggu mana2 komitmen yg ada, kan?

      4) Wattpad tu amende? Tak mau terjebak boleh? Hehehehe

      Kau rasa kau kenal aku lebih dlm blog, kan?
      Sbb dekat luar aku tak suka bercerita pasal diri sendiri. Aku lebih suka dengar cerita orang. Hehehehe

      Delete
    2. wattpad tu macam blog. tapi lebih kepada blog yang boleh tulis cerita cerpen gitu. ada sambung sambungnya. dulu kan ada blog yang penulisnya suka buat fiksyen? haaa..gitulah.

      Ko memang pendiam bila kat luar. Kadang aku pulak fikir, aku ni banyak cakap ke apa. hahahaha

      Delete
    3. >~* chirpy_chummy *~

      Hahaha....
      Mungkin sebab tak kenal rapat betul2 lagi.
      Once kau kenal rapat dgn aku, mungkin kau nampak sisi gila aku kot.

      Jap...
      Wattpad tu apps dlm phone ke atau website?

      Delete
    4. ni ha, https://www.wattpad.com/home

      dia macam blogspot la. boleh tengok kot mana mana pun. tapi kena register dulu.

      Delete
    5. >~* chirpy_chummy *~

      Wahahaha...
      terasa purba sangat sebab tak tahu benda ni...hehehe

      Delete
  23. Hahaah Power Cero!! Sama la macam aku rasa masa aku buat spring cleaning blog list aku..rasa sayu tengok banyak blog dah tak aktif. Blog-blog dulu yang famous sekarang penuh dengan spam kat ruangan komen dan chatbox. Rasa macam orang tua pula bila aku masih lagi setia dengan blog. Tapi aku memang jenis setia kalau dah kapel eh

    Kita terus sahaja la, Cero.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Danial Jaafar

      Betul. Lagi sedih yang dulu famous dengan jiwa rebel dan ayat power,
      sekarang blog dia jual produk kesihatan utk ibu mengandung dapat anak kulit cerah...
      Like I said, nothing wrong with that, just jauh di sudut hati rasa sayu kemana hilangnya rebel yang kita lagukan itu. Hahaha

      Delete
  24. aku mula blogging 2010. masa tu baru start kerja yg skrg ni. masa awal2 kerja tu belum bizi sgt, tu yg planning nk tulis blog. pstu teringin nak dpt kwn maya la konon sbb bkn mudah nk dpt kwn bergelar blogger ni kan kikiki. memula dulu biasalah xde sape pon baca pstu bila dah fhm teknik blogging sesikit barula dpt 'tune' berblog. sampailah skrg ni. dan aku lebih suka share kat blog compare to other social media sbbnye aku rasa kat blog ni pembaca / pengkomen tu lebih 'jujur' & lebih 'ikhlas' drop komen. pastu aku boleh tulis cemane pon yang aku nak sebabnye kwn2 real life aku tak tawu pon aku ada blog hehehe

    (kecuali encik boss aku.siap jadi stalker tegar entry2 aku hahaha naya aku =P)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      Betul.
      Dalam blog, apa yg diceritakan terasa lebih rapat dan sampai.
      Kalau dlm social media yg lain rasa macam esok lusa dah dilupakan dah...hehehe

      Aku pun, beberapa je kawan yg tahu aku ada blog ni.
      Yg lain macam tak tahu langsung akulah cEro.
      Pernah sekali aku ternampak orang tgh baca blog aku tak tahu itu blog aku padahal aku ada dekat situ...wahahaha

      Delete
  25. aku suka membaca dan menulis..jadi aku rasa blog paling sesuai utk aku luahkan apa yg aku rasa, aku teringin, aku alami dan mcm2 la..wlpn kdg2 tak sempat update tapi utk berhenti berblog tu tak pernah terfikir lagi.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mime MF

      Betul. Blog lagi sesuai untuk orang yang suka membaca dan menulis.
      Baca blog orang lain yang selalunya berkongsi pengalaman, secara tak langsung kita pun boleh dapat pengajaran dari pengalaman dia tu, kan?

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: