Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 5, 2015

Zhitty Zit.



Salam.

Jangan risau.
Kali ini bukan lagi entri raya.

Tapi...
lebih kepada aftermath kepada raya.








Suatu pagi,
aku melihat muka di cermin.
Ada satu jerawat durjana besar merah menyala hinggap di muka.

"Jerawat pun nak kecoh ke, C?"

Macam ni,
aku pandang jerawat sebagai tanda keremajaan.
Yalah,
masalah jerawat selalunya dialami oleh remaja.
Tak ada pula nenek di kampung nak merungut muka dia tumbuh jerawat, kan?

Jadi,
apabila muka aku dihinggap jerawat, aku sedikit terkejut.
Perasaan tak suka dan suka tu bercampur-baur.

Satu,
sudah tentu tak suka.
Siapa yang bernama manusia suka bila ada jerawat di muka?
Merah lagi ngah. Macam saja nak bagitahu dunia yang
"Hey, saya jerawat. Saya di sini."

Dua,
ada sedikit 'suka' dalam hati ni.
Macam aku kata mula-mula tadi,
aku pandang jerawat sebagai tanda keremajaan.
Rasanya manusia purba macam aku ni dah lepas dah dari masalah jerawat.
Aku terlalu purba untuk jerawat.
Jadi, bila ada jerawat besar merah satu gedebak dekat pipi,
bukankah itu tanda aku masih muda belia remaja kacak tampan menawan?

SALAH!

Dengan sedikit ilmu dan pembacaan
kita akan tahu bahawa masalah jerawat berpunca dari 3 (tiga) perkara;
1) Hormon yang tidak seimbang,
2) Stress, dan
3) Pemakanan yang tidak sihat.

Remaja banyak jerawat sebab pada peringkat itu badan kita (dibaca: mereka) sedang mengalami proses kematangan, transisi dari peringkat kanak-kanak kepada peringkat dewasa.

Sebenarnya,
kalau kalian kaji lebih dalam,
faktor ke(2) dan ke(3) masih ada kaitan dengan faktor pertama.

Stress menyebabkan (atau disebabkan) oleh hormon yang tidak seimbang dalam badan.
Manakala, pemakanan yang tidak sihat akan menjurus kepada nutrien yang tidak seimbang sekaligus menyebabkan hormon tidak seimbang. Itu yang orang duk kata 'we are what we eat'.

Dengan kata lain,
jika hormon tidak seimbang
tidak kira kalau kita berusia 1900 tahun sekalipun
maka muka kita tetap akan dihinggap jerawat.
Cuma mungkin tak semeriah jerawat di muka para remaja.

So, C.
Jangan terlalu suka bila ada jerawat di muka.
Kawal hormon kau tu sikit.
#NoteToSelf

Dan jika ada remaja tak purba yang sedang menghadapi masalah jerawat sedang membaca entri ini,
bertabahlah dan bertahanlah.
Jerawat itu adalah hasil daripada proses badan anda menyingkirkan lemak berlebihan dalam bentuk sebum dek kerana proses kematangan diri.
Dengan kata lain, tak ada yang perlu dimalukan dengan jerawat di muka.
Itu tanda anda sedang membesar dengan jayanya.

Just kawal dengan banyakkan minum air kosong dan kurangkan makanan berlemak/ berminyak.



Dan C,
muka kau kena hinggap jerawat sebab banyak makan masa open house hari tu.
Jangan suka sangat, nanti tak ada mak mertua yang berkenan.





.


53 comments:

  1. aku baru je nak feeling muda belia remaja. sekali baca pasal fakta tu.. T___T"

    satu lagi faktor muka tumbuh jerawat, x bersihkan muka dengan betul & teratur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Haryz Khairuddin
      Tak bersihkan muka tu sebenarnya termasuk dlm kategori stress, bab stress luaran sperti persekitaran berdebu, tak cuci muka dan kuku kotor yg tersentuh muka...Hehehe

      Delete
  2. Aku kalau stress jerawat tumbuh kat dahi. Kalau x stress dia saja2 nak tumbuh, dia tumbuh kat pipi. Jangan picit nnt parut. Parut ambil masa perjalanan dari bumi ke marikh nak hilang. Pandai dia dtg pndai la dia pergi. Innalillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. @NADIA vs BERON
      Betul.
      Masa muda belia remaja sekolah dulu selalu picit jerawat sebab geram dia membesar. Hasilnya zaman remaja dulu muka serupa permukaan bulan berlopak hitam sana sini..Dark time. Hahaha

      Delete
  3. yeay jerawat.

    cero ko dapat kan email aku? pasal lukisan superhero untuk cover komik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Boss Noob
      Suka plak dia jerawat...hahaha

      Dah dapat. Dah hantar dah. Sorry lambat. Masalah teknikal. Hehe

      Delete
  4. aku pun dah lama tak ada jerawat ni cero.sejak berkahwin dan sejak pernah jadi housewife selama 6 bulan sebelum dapat posting,aku tak beli dah compact powder sebab tak kerja.bila dah kerja pun...aku pakai bedak badan tu tepek kat muka.kini muka aku tadek jerawat!serius! ok ini tips cero.tips ni.kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Berkat sinar keimanan yg kuat kot, Kon. Wahaha.
      Aku dr dulu tak pakai apa-apa bedak pun sebab nanti aku bersih bila bau bedak...hehehe

      Delete
    2. penat pikir kenapa bersih bila bau bedak..rupanya bersin lol

      -Star-

      Delete
    3. @Star
      *bersin
      Cis! Kalau typo tu nampak aje...hahahaha

      Delete
    4. Mata editor kan hahaha!
      -Star-

      Delete
    5. @Star
      Cis, lupa pulak. Hahahaha

      Delete
  5. jerawat dan ankel... berpisah tiada... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Ankel Jonni
      Janganlah Ankel bersedih. Harapan di masa depan masih cerah :)

      Delete
  6. haha what a coincidences, gua pun tgh berjerawat ni ha seketul.
    btw, so seksi, 1st time tgk C topless.. wakakaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Gah gah gah!
      Dalam banyak2 perkara, yang topless jugak dia nampak dulu..
      Hehehe...
      Nak selalu tengok topless, masuk meminang laa...Whahahaha

      Delete
    2. gahahahaha suka betul nengok C pakai boxer, topless... oh mai im such a pervert gallll :O

      Delete
    3. @Zyra Roxx
      Hahaha..hentai!
      Nanti aku lukis full figure cEro pakai boxer saja nanti berdarah hidung. Wahahaha

      Delete
  7. aku nak tiru komen ankel jonni je la, jerawat dan plain juga... berpisah tiada... huhuhuhu (~"TTwTT)~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Biar aku pun tiru reply komen ankel jonni:
      Janganlah plain bersedih. Harapan di masa depan masih cerah :)

      Delete
  8. Saya pula akan tumbuh jerawat kalau terlupa potong kuku. Kuku kotor mungkin >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Betul tu. Itu namanya stress persekitaran.
      Kuman terlekat dekat kuku yg panjang dan berpindah ke muka, maka jadilah jerawat. Hehe

      Delete
  9. Salah satu musuh manusia yang pentingkan penampilan. Hey kita kena jaga penampilan okay, first impression is really important bruhh and sistahh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kakak Gengster
      Betul tu Kakak, first impression is always important, kan?
      Jerawat ni pencela kepada first impression...heheheh

      Delete
  10. "Hey, saya jerawat. Saya di sini." hehehe

    tu la sbb faktor pemakanan sbnrnye kan.pastu dok ushar IG. tgh trending jugak 1 benda yg depa sebut pobling kalo x silap or 5in1 face massager. mcm best gak guna alat tu masa cuci muka. nti nk try beli lah kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Ye ke? Kalau berkesan nak jugak try.
      Tapi orang kata muka ni kalau rajin basuh biasa dengan ais suam biasa je pun dah boleh dah...
      Tapi ikhtiar orang masing-masing punya, kan? Hehehe

      Delete
    2. haah betul3. ada sorang mmber aku mmg x pakai apa2 produk cuci muka pon. dia guna air basuhan beras je drpd start umur dia 13 tahun smpailah skrg dah 20an. suci gebu muka dia rawrrr~

      pstt~ 5in1 face massager tu cenggini (Y) *thumbsup*
      [img]https://scontent.cdninstagram.com/hphotos-xaf1/t51.2885-15/s640x640/sh0.08/e35/11244607_1438694983126734_1341960045_n.jpg[/img]

      Delete
    3. @anamizu
      Peeerrggghhhh!!
      Macam power je mesin tu. Kat mana boleh dapat? Guardian ke Watsons ke ada ke?

      Delete
    4. aku tak sure guradian ke watson ada jual ke dak. yg pasti kat IG ada belambak jual natang ni hehehe

      Delete
  11. jerawat tanda keremajaan tu tak leh blah >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nur Haziqah Mohd Rosli
      Hehehe... Tapi betul kan? Hehehe

      Delete
  12. Haha "Apakah neraka" takleh blah XD
    Huhuiiii dapat banyak info kat sini hari nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kakak Tiri Cinderella
      Nak kata kasar dlm BM, baru nampak macam baik sikit...Heheheh
      Harap info-info yang dapat itu berguna. Hehehe

      Delete
  13. Fuhh..thanks sangat2 cero kau x tulis entri pasal raya lagi. Hahahaha....

    Biasa la tu cero nak sedapkan hati sendiri. Biasa kita akan pikir yg jerawat ni tanda2 menunjukkan kita masih awet muda. Nasib baik kau dah sedar sekarang. Kalau x sampai bila2 kau perasan je nanti. Kesian kat kau nanti, tapi nasib baik la kau dah sedar. Kahkahkah....

    Aku cuma nak tambah satu lagi faktor je. Aku rasa tidur yang x cukup dan tunggang terbalik pun boleh menyebabkan keluar jerawat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      Hahaha...Suka kau kan bila aku tak cerita raya. hahaha

      Itu laa pasal. Baru je aku nak kata diri ni muda remaja, sekali rupanya jerawat tak mengenal usia. Maka pulanglah aku ke alam realiti tersedar dari mimpi yg lena...Hik hik hik!

      Tidur tu bawah stress sebenarnya. Tapi memang betul, sehari tak tidur malam, esoknya jerawat naik macam cendawan lepas hujan...

      Delete
  14. aku paling tak suka jerawat sebab tangan ni gatal je nak pecahkan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @miranadia
      Aku pon.....dulu!
      Tapi lepas muka bertompok-tompok hitam parut jerawat, terus insaf.
      Tapi nak insaf tu kena kuat. Kekadang tangan ni automatik je dah sampai dekat jerawat, hahahaha

      Delete
  15. aku kalau ada jerawat, biasa pop-up dekat area hidung aku. situ kawasan banyak minyak. agak2 takde minyak aku memang gali situ je. hahaha lawak tak? =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Danial Jaafar
      Aku jarang dekat hidung. Tapi bila ada tu, tuuudiaaa. Besaq macam bom duk bertenggek di hujung hidung. Siap masuk dlm field of vision lagi. Hahahah

      Lawak ang tu bermutu jugak laa...Punchline je kena kasi mantap sikit.
      Nora kasi 4 bintang....

      Delete
  16. Alhamdulillah, jerawat aku pandai menyorok. Belakang tudung (tepi pipi), dalam rimbunan kening dan dekat area anak rambut. Jerawat iols pemalu.

    Tapi masa bulan pose haritu, dia bawa keluar geng dia banyak giler sampai terkeluar dari daerah sorokan mereka yang sepatutnya. Pipi dan tepi hidung serta tepi bibir. Memang aku redha je la. kasi chan depa nak show off.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      Hahaha..jerawat pun pemalu? Hehehe

      Bulan puasa dulu dia saje nak uji kesabaran kau tu. Untung-untung dapat pahala lebih sebab bersabar dengan jerawat. hehehehe

      Delete
  17. Before kawen, jerawat muncul mcm malu malu je. Tapi lepas kawen, tumbuh mcm beranak pinak. Waddehel kan. So kesimpulannya, aku salahkan laki aku sebab kasi jerawat.

    HAHAahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Alia
      Itu namanya jerawat bahagia tu...
      You should thank your laki laa...Hehehe
      Tapi thanking for jerawat macam pelik plak bunyinya...
      "Thank you for giving me jerawat..."

      Delete
  18. Skrg jerawat asyik jadi kt tmpt yg sama je,dan aku tau jerawat sbb stress n thp kesihatan haha. Seriously this city is stressing me out.
    THe only good point i had is now gone. Dulu muka bersih kot =(
    Rindu saat-saat remaja yang terindah, tak bisa terulang
    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Star
      Betul sangat. Nasib baik je ada hal dgn bandar ni.
      Kalau tak ada hal, memang aku menetap dekat kampung je, bangun pagi dgn udara segar :)

      Delete
  19. minumlah air masak selalu.

    sekian.

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @kudozu
      Betul sangat tu.
      Air masak 3 liter sehari sangat membantu.

      Delete
  20. bagai aur dengan tebing.. begitulah jua jerawat dan pipiku.. ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @KorN
      Anggap je itu tanda keremajaan.
      Nanti dah tak remaja nanti hilang laa jerawat tu...Hehehe

      Delete
  21. jerawat BV banyak kat dahi. wahahahaha
    memang pandai menyorok. jerawat sebab selalu tido lewat.
    so, conclusion nie, jerawat tanda remaja lah?? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @BudakVanilla
      Betul laa tu. Hehehe.
      Jaga tidur, sebelum tidur basuh muka bersih2.
      Tidur lewat tu yg kasi stress dkat badan. Bila stress maksudnya hormon jd tak seimbang maka jerawat pon muncul. Hehe

      Delete
  22. Tu jerawat ke apa kat atas tu? Awat comel bebeno.


    Aku tak kisah kalau ada jerawat. As long dia tak mengganggu rutin harian, memang tak kisah langsung. Tapi aku memang tak boleh tolerate kalau ada jerawat yang jejas rutin harian aku. Contoh :

    Jerawat besar pastu tumbuh kat dahi. Sumpahh sakit masa sujud. Nak sujud je, terus slowmo. TT


    Ada orang kata tumbuhnya jerawat tu sebab ada orang suka. Aku tahu ini ayat pembohongan, tapi aku terima ia as fakta untuk menyedapkan hati. AHAHHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Comel lagi tuan jerawat tu...wahahahahaha **muntah**

      Kalau tumbuh jerawat maknanya ada orang suka, maka aku yg nak tumbuh sekali sekali ni mesti tak ada orang suka...
      **menangis tepi jamban**

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License