Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 19, 2015

Telefon Berbunyi Ring Ring Ring...



Salam.

Siapa baca tajuk entri ni dalam irama lagu 'Telefon Berbunyi' angkat tangan!
**angkat tangan**







Jadi biar aku pendekkan cerita.

Salah satu misi jangka panjang aku yang pada orang biasa mungkin akan kata aku ni kuat berangan tapi sebenarnya aku betul-betul serius ialah mencipta mesin masa.

Dan salah satu aktiviti yang aku rancang kalau berjaya cipta mesin masa ialah pergi ke masa silam dan berjumpa dengan aku (diri sendiri) pada waktu itu. Pergi ngeteh dan catch-up, kasi kata-kata motivasi dan sedikit tips untuk berjaya memandangkan I don't have that kind of figure buat masa sekarang. Simple.

Dan suatu hari pada bulan Ogos 2015,
bila aku tinjau siapa yang call semasa handphone aku berdering ring ring ring,
aku dapati nombor yang call tu ialah nombor aku sendiri.

Bagaimanakah ini boleh berlaku?
Macam mana nombor telefon aku boleh naik dekat telefon yang sama?
Sihir apakah ini?

Logiknya,
kalau aku berjaya merentas masa dari masa depan ke masa sekarang
sudah tentu aku akan bawa handphone aku sekali.
Dan sudah tentu kalau aku nak jumpa diri aku pada masa itu,
aku akan call dia (aku).
Jadi, kemungkinan besar nombor aku yang call kepada handphone aku tu ialah aku dari masa depan.

At least itu yang aku fikirkan.

Sebab eksaited tambah nervous bercampur baur,
aku terlepas dari menjawab panggilan misteri itu.

Dan selepas bertanya kepada beberapa kawan,
rupanya kalau ada nombor sendiri call masuk, itu bermakna ada voicemail.

Maka realiti datang menampar aku sampai tersedar.
Kelakar ada, kecewa pun ada.
Kelakar sebab berangan tak hengat dunia.
Kecewa sebab alaaaa kenapa tak jadi realiti...

Tapi kalau memori dalam otak aku tak mengkhianati,
aku rasa voicemail handphone aku akan call dengan nombor prefix 1
(contoh kalau nombor aku 01x-xxx xxx8, voicemail aku ialah 101x-xxx xxx8)
Tapi,
memori manusia ni mana boleh percaya sangat.
Apa menu makan malam aku tadi pun aku dah tak ingat dah.



Pengajarannya di sini,
walaupun #BeranganItuPercuma,
tapi yang boleh menjadikan angan-angan kita itu bernilai adalah usaha menjadikannya sebagai realiti.

And as for time travelling,
it's a long way to go.


Kalau korang sekarang dapat kesempatan berbual telefon dengan diri korang sendiri dari masa lepas,
agaknya apa yang korang nak bualkan?
Kalau aku,
aku patut warn aku yang dulu tentang ex aku yang menghancurkan hati tu.
Wahahahahahhaha.





.




67 comments:

  1. *angkat tangan* Saya baca tajuk post ni sambil menyanyi.

    Hmmm, soalan KBKK sangat ni kalau dapat berbual dengan diri sendiri dari masa lalu. Macam banyak je yang akan dibualkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Secara logiknya memang banyak benda nak dibualkan,
      tapi rasanya kalau jadi betul2 mesti rasa awkward gila...hahahaha

      Delete
  2. Telefon berbunyi ring ring ring, ku angkat ku tanpa siapaaaa...

    Syahdu betul lagu ni. Tp zmn sekarang dh tak releven, mana ada hp bunyi ring ring ring dh, most of them bunyi mp3, ke u still stick to the old ring? *Chuckle*

    Gua tak pernah dapat apa2 call sejak sebulan lalu.. forever alone ah katakan. If ada call pun family atau salah no. Inikan pulak nk dapat call dr diri sendiri, kakaka.

    If only gua dpt kembali berjumpa zeraroks di masa silam, gua akan pesan 'spend more time with mom' kpd zeraroks remaja dan 'spend more time with dad' kpd zeraroks kecik. Dan of course, stay away from 'that asshole' (ex) kepada zeraroks dewasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Hp I guna ringtone opening Mr. Brightside. Awesome tak? Hehehe

      Meh bagi nombor telefon meh, boleh bagi miss call tiap2 hari supaya tak forever alone. Hehehe

      Alaaa Z, sedih plak bila baca komen ni, Tetiba terasa nak peluk mak & abah ketat-ketat :(

      Delete
    2. misskol aje? dah takde zaman lah bang, 15 tahun dulu boleh lah
      kahkahakha! :p

      Delete
    3. @Zyra Roxx
      Alaaa....
      Habis tu orang zaman sekarang buat apa selain miss call?

      Delete
  3. hahhaha, BV pun pernah kena call nombor sendiri. tak berani angkat sebab rasa seram semacam. wakakaka. padahal adik kata voicemail je kot. :3 masa tu tengah femes orang kena pukau melalui telefon. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. @BudakVanilla
      Kaann??
      Rasa seram je bila nombor sendiri call..hehehe
      Takut jugak jadi apa2 tak elok.
      Zaman sekarang guna SMS pun boleh pukau :(

      Delete
  4. *angkat tangan*

    hahahah oit takkan br tau psl voicemail tu? tp 1st time kena aku pun pelik nombo sendiri call haha.

    ex tu semua pengajaran, jgn pernah ada sesalan kakakkakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. @NADIA vs BERON
      Seram ooo bila dapat call dr diri sendiri...
      Seram tak ingat...Hehehe

      Yup, memang betul. Pengajaran. Tapi kesakitan yg dia bagi tak terubat ooo..Distortedly broken habis semuanya...hehehe

      Delete
  5. Hahaha kantoi pula ternyanyi sambil baca tajuk.

    Kelakar la awak ni, org dh tahu lama dh,hihihiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @CikMai
      Hahaha. Itu laa pasal.
      Dulu cita-cita nak jadi stand-up comedian, so tu yg kekadang kelakar tu. Whahahaah

      Delete
  6. Kalau jumpa diri aku sendiri pd masa lalu, aku akam ckp "Please die" lol!
    But on a more positive(?) thinking, aku akan suruh kurangkan malas dan degil kot.
    Tapi, a better way is not to regret the past kan. Masa berlalu xdpt diulang. But ofkosla si pesimis mcm aku akan sentiasa have regrets.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @star
      1st aku rasa mesti awkward kalau jumpa diri sendiri.
      Then aku macam dapat rasa yg kalau aku dinasihati oleh diri aku sendiri, aku akan rasa 'eh, apahal dia ni nak nasihat2 bagai..' so nanti end up buat yg sebaliknya...hahaha

      Delete
  7. Serius la kau imagine sampai mcm tu sekali. hahaha....Aku kalau dapat call dari no sendiri aku akan automatik takut sebab aku tau panggilan jenis2 cenggini bakal makan kredit aku. So, biar je la sampai habis ringtone tu....

    Cerita kau ni mcm movie Doraemon: Stand By Me. Lebih kurang la...dlm citer tu Cucu Nobita dari masa depan yg datang pergi jumpa tolong Nobita yg agak loser tu...So, kalau ikut cerita kau ni watak kau sesuai sebagai Nobita tu. Baju dah sama warna. Hahaha....

    Kesian aku tgk Nobita kena hina dgn Doraemon kat dalam citer tu. "Awak ni Nobita, dah la pemalas, tak guna, suka menyusahkan orang, takde matlamat hidup, cepat mengalah, pemalas, tak guna."

    Tengok la citer doraemon ni. Mesti kau rasa mcm tengah tengok diri sendiri. Hahaha....Rilek eh cero. Gurau je. Kau jgn makan hati pulak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gahahaha gua dah tgok stand by me, rasa cm nk nangis gak sbb tacing, tak rock langsung gua ini, hampeh :3

      *nak jadi shizuka*

      Delete
    2. @Bro Ley
      SILA JANGAN SPOILER. AKU TAK TENGOK LAGI CERITA TU.
      Hari tu rancang nak tengok dekat wayang, last2 terlepas tarikh macam tu je. Sekarang rancang sama ada nak download (illegal) atau nak beli DVD je...

      Okey what jadi Nobita. Dlm siri baru Doraemon yg tayang hari sabtu pukul 7 di NTV7 tu, Nobita ni tak laa teruk sangat sebenarnya...hehehehe

      Delete
    3. @Zyra Roxx
      Hi Shizuka. Boleh intai mandi susu?
      **kena baling dengan besen air**

      Delete
  8. [img]http://2.bp.blogspot.com/-YvIbP_EZSCc/VdLTlHA7NEI/AAAAAAAAGa0/REty4WkqzZY/s0/future_00.png[/img]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...jadi la cero...aku tekan preview x jadi. Rupanya kena publish terus baru boleh jadi. Thanks weh...

      Delete
    2. @Bro Ley
      Memang tekan preview tak nampak. Maka kena tawakal laa kalau silap...hehehe

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry cero spam komen kau...excited lak. hahaha.....

      Delete
    2. @Bro Ley
      Besor sangat Ley yg Nobita tu.
      Nanti try cari yang kecik2 je dalam saiz bawah 700pixel lebar, baru nampak penuh. Hehehe

      Delete
    3. Ok cero.....ok......

      Aku faham maksud kau. Semak gila kan gambar besar2 tu ada kat komen. Aku faham apa yg kau nak bgtau. Aku faham.....walaupun kau cuba berkias tapi aku faham. Kau jgn risau, aku dah delete gambar x senonoh tu. haha....

      Delete
    4. @Bro Ley
      Laaa...Salah anggap la tu.
      Aku tak kisah laa nak letak gambar apa pun asalkan tak offensive je.
      Itu tujuan aku buat kasi boleh komen gambar.
      Cuma kalau saiz besar nanti nampak sekerat je, jadi tak best. Hehehe
      Peace yaw!

      Delete
  10. Ini lawak. Pernah terjadi jugak macam nie. Tak berani angkat.. Ingatkan ada ahli sihir. Hahahaha --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kakak Tiri Cinderella
      Try laa angkat. Tapi rasanya tak ada harm mana pun. Tak tau plak kalau sihir...hehehe

      Delete
  11. pernah dapat call dari nombor sendiri, dan aku tau ini mesti voicemail, so aku biarkan je, karang2 bila aku rasa nak check, aku check la... hahah ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Sebelum ni kebanyakan voicemail aku dia bagi SMS je bagitau suruh call certain nombor ni utk dgr voicemail, takde plak sampai call dr nombor sendiri macam ni. Hehehe

      Delete
  12. aku pon pernah dapat.. aku igt telefon aku rosak.. so aku biarkan je.. x taw plak voice mail.. ignorance nye aku kah3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Raz
      Aku pun dengar dr orang, tak pernah berjaya angkat pun.
      Rasanya betul laa tu voicemail...Hehe

      Delete
  13. tumpang test

    [img]http://i.imgur.com/dhMeAzK.gif[/img]

    ReplyDelete
    Replies
    1. vah vah vah! makin meriah lah ruang komen C lepas neh ><

      Delete
    2. @Boss Noob
      Waahhh!!! GIF pun boleh ghupenye.
      Aku sendiri pun baru tahu :)

      Delete
  14. haha masa first time dpt call dari numbo sendiri ingatkan ada dua org pakai numboq sama,tp mana lojik gitu --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. @amira faqihah
      Dulu pernah ada kes telefon fixed line kena curi line dan ada dua nombor sama. Bila call, ada dua orang angkat. Tapi tak pernah plak terfikir boleh jadi kalau hendphone :0

      Delete
  15. power imagination kau..level 99999..kalau laa betul boleh jd mcm kau imagine tu, aku ni dah berapa kali dah di call oleh aku dari masa depan hahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Kalau laa dgn berangan boleh dapat duit, dah kaya raya 2.6 billion dah aku ni tak payah orang derma. Hahaha

      Delete
  16. aku pon mcm bro ley gak. kalo nombor aku sndiri yg call fon aku mmg aku x jwb. aku biarkan aje smpai dia senyap hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Hahaha...Try laa jawab. Mana tau Ana dr masa depan yg call. Hehehe

      Delete
  17. aku nak test gak lah.

    [img]http://vignette1.wikia.nocookie.net/doraemon/images/f/fc/Shizuka_(4).gif/revision/latest?cb=20140328074814&path-prefix=en[/img]

    ReplyDelete
  18. ehhhh alamak jadi lah! ahahahaha aku pon exited sama! ahahahahah sory cEro ! hahahaha [img]http://i87.photobucket.com/albums/k153/Desirayyy/Mobile%20Uploads/tumblr_ne2rut5iFi1tafeuqo2_500_zpsbmkinl4x.gif[/img]

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Hahaha..Suka dia main komen gambar. Hehehe

      Delete
  19. cakap dengan diri sendiri buat buisness online :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nabihah Arrose
      Betul jugak tu.
      Bagitahu diri kita apa prospect yg menguntungkan pd masa akan datang then nanti boleh kaya senang. Whahahah

      Delete
  20. HAHHAH aku pun pernah dapat call daripada no. sendiri.
    Bila tanya kawan, baru tahu.


    Aku akan cakap kat diri aku, banyakkan membaca dan tambah skill baru. Pastu suruh stay awesomee and stay cooool! HAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Kaaann. Misteri sangat masa nampak nombor sendiri terpapar dkat skrin...hehehe

      Bagus nasihat tu. Aku pun harap aku lebih banyak membaca dan perbanyakan skil baru, dan belajar pandai2...hehehe

      Delete
  21. aku akan cakap tidurlah siang selagi mampu sebab bila kau besar nanti kau dah jarang dapat peluang itu. oh dan berenti meratah milo sebab nanti kau gendut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gwen Mahdi
      Hahaha...ni kes tak dapat tidur banyak laa ni...hehehe

      Delete
  22. Betui ada ka no sendri cl??musykil jap.,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @adrianna syaz
      Betul. Takut oo bila first time dapat. hehehe

      Delete
  23. kahkahkah.... tp sy kalau dpt voicemail, dia msg je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zizie Zack
      Aku pun kekadang dapat jugak SMS.
      Maybe lain operator lain kot cara bagitahu voicemail dia...

      Delete
  24. kalau df lah kan. Df pun sama macam cero. warn diri tentang kesah selam haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Afiqah
      Kaann.
      Ada banyak sangat perkara yg rasa macam "I wish someone has told me that..."

      Delete
  25. nanti aku nak update blog pasal telefon jugak tapi telefon rumah.cara2 nak gayut tepon sampai subuh tanpa pengetahuan parents time muda2 lu zaman sekolah.kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Hahaha...Ini mesti kisah berdasarkan pengalaman sebenar ni.
      Hahaha

      Delete
  26. aku banyak kali dapat call camtu. itu adalah voicemail jewww. tapi tengok katun ko tu buat aku ketawa terbahak bahak. kemain over action nya. lulz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      Hahaha..itu reaction aku yg biasa je Mar.
      Kau belum tengok lagi reaction aku yang over...hahaha

      Delete
  27. (angkat tangan) yup. saya baca tajuk smbil nyanyi. hehe...
    pernah terpikir gak psl teringin nk bg nasihat kat saya yg masa dulu. ada baaaaanyak bnda nk pesan. haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Amna Shark
      Kaaannn... Kalau ada kesempatan memang banyak benda nak bagitau...lebih kepada nak warning supaya kita di masa dulu tak merasa kesakitan kita di masa sekarang.
      Ecewah ayat.

      Delete
  28. kalau aku boleh bercakap dengan aku yang dari masa lepas, aku nak bagitau yang kat tahun 2012, jangan frust sampai makan banyak, berat naik berkilo-kilo!! payah aku nak berusaha jaga makan, exercise bagai!! Haiyakkk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Danial Jaafar
      I feel you, bro.
      Aku pun kalau boleh nak tepuk bahu aku yang dulu masa baru lepas frust menonggeng dulu.
      At my time dulu, tak ada support buddy langsung, tu yg jadi broken macam sekarang ni...huhu

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: