Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 12, 2015

Apa Aku Buat Bila Internet Tiada...



Salam.

Kebanyakan orang akan kata internet adalah ciptaan manusia yang terbaik selepas penemuan penicillin.
Tapi aku rasa, aku rasalah, ciptaan manusia yang terbaik ialah burger.






Minggu lepas,
kawasan rumah aku mengalami gangguan talian telefon selama seminggu.
Katanya kabel bawah tanah terbakar. Tapi itu katanyalah.
Betul ke tidak aku tak tahu.
Talian telefon terganggu bermakna internet pun tiada.
Maka seminggu aku berpuasa internet.

Nasib baik henfon ada data sikit lagi.
Bolehlah tinjau-tinjau alam siber sekejap bila perlu.
Aku kurang minat nak online guna henfon sebab (1) sudah tentu aku kedekut data. Langgan 1Gb je sebulan. Selalu aku main wassep dengan twitter je. Kekadang buka Google kalau perlu, (2) lagipun henfon aku 'mini', sangat tak puas kalau nak online guna skrin kecil yang tapak tangan aku lagi besar tu, dan juga sudah tentu sebab (3) kalau aku selalu online guna henfon, bateri cepat habis. Aku cukup tak berminat bila henfon aku kasi warning bateri tinggal 30%. Terasa macam nyawa di hujung tanduk je, nak cepat-cepat pergi cas.

Aku lagi suka online guna laptop.

Maka,
bila aku terpaksa puasa internet selama seminggu, aku mati kutu.
Tambahan lagi bila hujung minggu.
Aku ni bukanlah suka bersosial sangat, awek pun takde **batuk-batuk**
tambahan lagi petang sekarang ni selalu hujan,
maka terperuk laa aku di dalam bilik merenung dinding.

Tapi bila tinggalkan internet, hidup aku jadi lebih produktif.
Aku baca buku (komik dan ilmiah),
aku selesaikan buku Sudoku hadiah dari crush lama
dan aku bersenam di dalam bilik untuk bina balik otot yang hilang (ceh!)

Cuma aku tak lukis komik sebab masa tu aku tak datang mood.
Melukis kena ada mood, barulah puas.

Sekarang internet dah ada,
apa yang aku buat rasanya asyik layan video YouTube je.
Tak produktif langsung...

Maybe sekali sekala aku perlu tinggalkan internet buat seketika.
Aku terasa macam aku dah terlalu bergantung sangat dengan internet.
Maybe aku kena cari hobi outdoor satu dua.
Jogging di taman ke, main badminton ke, masuk kelab buku di taman ke.


Ada idea tak hobi outdoor apa yang patut aku join?
(Macam dah lari tajuk je rasanya...)






.




71 comments:

  1. hobi outdoor ya... hmmm... takde
    (return back to the internet)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha comel dan kelakar, sesuai dgn avatarnya ><

      Delete
    2. @Boss Noob
      Aku pon baca komen ni dlm suara Patrick versi SpongeBob BM TV9.
      Wahahaha

      Delete
    3. gotb (giggling on the bed) baca komen ni semlm XD
      -Star-

      Delete
    4. @Star
      gotbtpdomf (giggling on the bed till phone dropped on my face)

      [img]http://i1.kym-cdn.com/entries/icons/original/000/006/064/thumb.jpg[/img]

      Delete
  2. join komuniti di kawasan perumahan maybe?oh so lame...main badminton la.jogging macam selalu malas.eh itu aku lah.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Hahaha...komuniti perumahan macam pakcik-pakcik sangat.
      Kawasan aku tinggal ni bila nak sambut VIP datang baru nak ada komuniti. Kalau tak harom...hahahah

      Delete
  3. I'm wondering, what kind of masterpiece? Hurmm...

    Gua kalau takde internet mestilah buat benda produktif seperti:-
    1) tido
    2) baca novel
    3) baca novel
    4) menconteng
    5) baca novel
    6) main game Farm Heroes Saga yang tak perlukan data
    7) baca novel


    K.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Waaahhhh...
      Rajinnye dia baca novel.
      Baca untuk saya boleh? Malas laa nak baca novel. Kalau baca komik rajin laa sikit...hehehe

      Delete
    2. baca novel best sebab kita boleh mengembara ke dunia lain yg lebih menerujakan berbanding persekitaran kita yang bosan dan tipikal.

      lelebih lagi kalau novel yang plotnya bertwist-twist, fuhh boleh bengkak sekejap otak, wahahaha

      Delete
    3. @Zyra Roxx
      Betul tu...Tapi part membaca tu yg malas tu. Kalau ada orang bacakan barulah best...Hehehehe

      Delete
    4. yelah, nanti gua bacakan sebagai bedtime story. apapun, masuklah meminang dulu, wkwkwkw
      gedik nk arwah

      Delete
    5. @Zyra Roxx
      Hahaha...takzabarnya nak dengar bedtime story. Wahahaha

      Delete
  4. Berbeque!!!!
    huhuhuhuhuhuh best2~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      Setuju!
      Kau sponsor kambing, aku sponsor frankfurters. Hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. @Dea Day

      **hulur ubat batuk cap ibu dan anak sambil berjoget zapin**

      Delete
  6. Samalah kita. Kalau connected to internet, memang menghadap laptop je. Tapi, bila disconnected, boleh je buat lagi banyak benda yang berfaedah :)

    Hobi outdoor ya? hmmmm, takde suggestion la, sebab saya bukan outdoor person. hiks :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Betul. Bila takde internet jadi tak keruan.
      Tapi bila dapat fokus dgn perkara lain utk distract dr internet baru sedar yg hidup boleh jadi produktif berlipat kali ganda tanpa internet...hehehe

      Saya pun bukan outdoor sangat, tapi nak jugak berubah ke arah tu. Hehehe

      Delete
  7. Hahahahaha Internet is my life. Tak de Internet, maka, tak de jugaklah Alia. Internet empowers my presence.

    Ok apa aku merapu ni.

    Hmm anyway Kalau tak de Internet, I'd probably main The Sims or Terraria or Fallout or Skyrim or (eh, nampak tak, mmg kaki gamer).

    Hobi outdoor? Apa tu? Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Alia
      Aku dah lama tinggalkan dunia gamer ni sbb komputer tak power...
      Nanti ada rezeki lebih sikit nak start balik laa game...
      Nak try skyrim sbb ramai kata best...hehehe

      Delete
  8. lamaaa tajkk komen sinii. hooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Afiqah
      Selalu-selalu laa komen...hehehe

      Delete
  9. lepak kat mamak kira outdoor jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kira. XD
      -Star-

      Delete
    2. @Gwen Mahdi
      Kalau tanya orang biasa aku rasa diorang akan kata tak kira sbb lepak mamak mana nak berpeluh sihat sangat.
      Tapi kalau tanya aku, aku jawab YEEAAAHHH!!
      Teh tarik FTW!
      [img]http://thumbs.dreamstime.com/t/sketch-cartoon-man-37710218.jpg[/img]

      Delete
  10. Kalau takde internet, I'll be so much more productive. Kemas rumah, baca buku, melukis hahaha
    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Star
      Hahaha...Aku pun.
      Rasanya baca buku komik dan layan anime kot paling banyak aku buat...hahahah

      Delete
  11. main badminton la... ganti Lee Chong Wei

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Raz
      Tinggi sangat cita-citata nak ganti Chong Wei tu...
      Nak lawan anak Uncle Chong jual paper dekat pasar yg umur 8 tahun pun tak tentu boleh menang...hahaha

      Delete
  12. eh sama la..klu layan youtube sampai lebam mmg guna laptop..hp buat wassep dgn twitter ja..tu pun dah rasa bateri cepat habis..klu takde internet aku selalunya gi supermarket beli barang and masak apa yg nak di makan..makan je kejenye hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @stickynote
      Sama la. Kalau nasib baik tak hujan di luar rumah, maka keluar laa ke mall yg berdekatan semata-mata nak isi masa lapang.
      Tapi kalau hujan, maka apa boleh buat, ngadap laa dinding putih dlm bilik...wahahaha

      Delete
  13. kalau takde internet aku main game, tgk movie, pergi kedai beli makanan makan puas2. tido. ok la tu kan....ada gak satu aktiviti outdoor yg pergi kedai tu. hahaha...

    Btw, cero. Camne kau letak gambar kat komen? Macam nice je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      Kalau aku berterusan macam tu, maka berlipatlah perut aku menampung lemak. Hehehe

      Gambar dlm komen tu aku edit trmplate guna macam dlm sini

      Delete
  14. Main badminton jom, keluar peluh, badan pulak bole maintain... :-)
    **klu dh ada mood, tlg lukis komik ye, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kaito Kid
      Alamak Boss, sorry!!!
      Nanti aku selesaikan segera... Hehehe

      Delete
  15. Kau tak minat pulak gardening eh cEro? Try la gardening, manfaat dia banyak oh, utk kesihatan diri sendiri pun dapat, berbakti pada tanah pun dapat, nnt pokok dah berbuah/berbunga, dapatlah merasa hasil tanaman sendiri. Just don't plant illegal plants dah laaa, hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Minat tu minat plain, tapi rumah aku ni flat. Tak ada tanah nak berbakti.
      Kalau aku balik kampung boleh laa tanam sikit2 apa yg ada.
      Nak tanam dalam pasu pulak, kau tau laa kalau dah rumah flat ni, selipar sebelah pun boleh kena rembat, apatah lagi kalau pokok dlm pasu. Hahahaha

      Delete
    2. Alaah boleh kot kalo setakat tanam herba dlm pasu2 kecik comei tu, letak la atas meja tepi tingkap tu, tanam bawang merah pun jadi la... nnt keluar spring onion, boleh guna letak dlm megi... wakakaa ;3

      Delete
    3. @plain83
      Dulu pernah jaga kaktus dlm pasu kekonon macam sbb kaktus tu tak leceh dan senang nak jaga, sekali dia kering dan mati.
      Jaga kaktus pun failed, apatah lagi nak jaga pokok lain. Hahahaha

      Delete
  16. ko mengemas rumah seminggu sekali la. petang-petang join main futsal, berenang, gym. hehehe

    malam baca buku yang berhabuk sebab tak baca-baca sejak beli. hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Danial Jaafar
      Selalu jugak aku kemas bilik, tapi bukan seminggu sekali laa. Sebulan sekali, tu pun kalau rajin. hahaha
      Kawan2 yg main futsal aku ni selalunya main tengah malam as in 12 mlm gitu, memang tak pilih tidur lagi dr main. Hahaha

      Jap, mana kau tau ni buku aku beli berhabuk tak baca sejak beli? Hahahaha

      Delete
    2. Kau perasan tak ada lubang kecik kat atas pintu bilik kau? =P

      Delete
  17. semua gmbr tu awak buat sendiri? bagusnyaaaa....

    ReplyDelete
  18. tengok daripada blog awak ni pun blh tahu awak ni mmang kaki online btul tak. semua komen awak rajin je reply. Kalau banyak komitmen rasanya tak da lah kaki online kan. ke ade jadualnye jugak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @AL FITRAH
      Kaki online tu tak tepat sangat rasanya, tapi ada masa memang laa banyak habis depan komputer je.
      Key point dia ialah 'planning'. Sibuk macam mana sekalipun, kalau pandai plan, semuanya tetap akan lancar :)

      Delete
  19. time xda internet banyak gak buat aktiviti luar. jogging dan swimming
    jogging biasa petang lepas kerja. swimming tu hari minggu. kalo rajin pergi pagi. kalo malas sikit pergi petang. tapi ramai la orang kalo petang

    bab layan video tu memang.. skali abis kuota.. hampeh

    hahahahahaha chow lu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @budoxe lee
      Ajar aku berenang please....
      Dah lama dah cari guru utk berenang...hahahaha

      Delete
  20. apakata mulakan hobi baru... mengumpul setem...

    owh.. hobi outdoor ya? hmmm... ok..

    mengumpul setem di tepi pantai... sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Ankel Jonni
      Antik estetik sangat hobi kumpul setem...hahahha
      Tapi part kumpul setem di tepi pantai tu camne plak ankel? Hehehe

      Delete
  21. aku pon jenis manusia yg x suka online guna fon. sebab2nya sama jugak mcm yg hang list tu. skrin kecik, kedekut data, bateri cpt habes. pstu x puas. aku mmg suka online guna lptop je puas ati aku hehehe

    aku pun kalo xde internet mmg terasa jem gak otak. tp aku bz kan diri je la. sbb aku duk umah kampung. so mcm2 gak boleh buat hehehe

    [img]https://lh3.googleusercontent.com/-t8HhffWYb5o/VVxzSJVvJ4I/AAAAAAAAB4E/Mzdf4DXYZ38/w426-h320/happy%2Bgirl.gif2.gif[/img]

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Untung laa umah kampung.
      Aku duk bandar ni kalau keluar pun kekadang rugi je habis masa dlm traffic jam. Kalau hujan lagi laa, mati kutu habis kalau tak ada internet.
      Nak main hujan bukannya selamat sangat hujan kat bandar ni...

      **menyeluh**

      Delete
    2. untung gak arr dok kampung ni. byk gak outdoor aktiviti blh buat. nak dgn x nak je sbnrnye. meh arr duk kampung aku hehe.

      jgn nk **menyeluh** sangat cEro. ehhhh bukan **mengeluh** ke sepatutnye the right word? =P

      [img]http://data.whicdn.com/images/34805874/tumblr_m8nntonJ2H1rcv0axo1_500_large.gif[/img]

      Delete
    3. @anamizu
      Alaaaaaaaa.......
      Typo sekali sekala tu buat2 tak nampak je laa...hahahahahaha

      Delete
  22. Kalau takde internet aku rasa banyak je benda aku boleh buat. Tido, baca buku, kemas bilik, pergi jalan-jalan, workout etc.

    Ermm hobi baru?
    Cycling? Hiking? jadi Volunteer mana-mana organisasi? Atau amik commission design poster, banner, since hang pandai lukis kan. Duit extra pun dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Hahahaha...aku memang rajin melukis, tapi rasanya tak laa sampai tahap boleh buat duit kot.
      Lukisan aku bukannya power mana pun. Hahahah

      Delete
  23. pegi join community service (without reading other comments)

    - kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @kudozu
      Community service macam best. Aku mcam pernah berangan nak join rakan muda, but yet bila tgk cermin tak berapa nak muda, maka aku pun kecewa. Haha

      Delete
    2. aku join hiking with people umur 25 and below.
      belajar tak kenal usia hahahaha

      -kudozu

      Delete
    3. @kudozu
      Hiking lain...
      Hiking best. Rakan muda sekarang byk yg macam street sport mcam basikal, roller blade dll.
      Malu plak aku nak berbasikal dgn orang muda.
      Basikal pun takde. Hahahah

      Delete
  24. ceritanya sekarang ni aku takde internet untuk 2minggu. sedih wooo.. malam malam aku tak tau nak buat apa. at last, aku baca buku je la. yang paling sedih, masa birthday pulak tu kejadian takde internet ni. tsk! :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      Patut laa macam senyap je kau.
      Ke mana pergi sampai 2 minggu tak ada internet?
      Kau suka membaca, takpe laa jugak.
      Macam aku yg tak berapa suka baca ni mati kutu ooo...hahahah

      Delete
    2. telefon aku masuk wad (kena hantar wad Sony). masa p Perhentian last weekend. sobs!

      Delete
    3. @~* chirpy_chummy *~
      Patut laa aku wassep tak delievered. Rupanya...Hahaha

      Delete
    4. ko whatsapp apakah? cerr ko sms aku, inshaAllah bereply. hihi cepat! sms aku! kesian aku, takde orang tanya kaba. sobs! :p

      Delete
    5. @~* chirpy_chummy *~
      Alololo...
      Sedih plak aku baca komen ni...hik hik hik!

      Delete
  25. saya sedar bnda yg sama kat saya gak. lebih produktif tanpa intenet. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Amna Shark
      Tapi walau macammana pun internet tetap keperluan rasanya...
      Kerja tak selesai kalau tak ada internet, kan? heheh

      Delete
  26. Replies
    1. @Yusla Mahat
      Bosan banyak sebenarnya...wahahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: