Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 20, 2015

La Cucaracha Roja


Salam,

I'm back :)






Baiklah, ringkas dan padat.

Situasi:
Anda baru balik ke rumah dari luar kawasan dan mendapati gelas kegemaran anda berada di atas meja.
Bila dijenguk ke dalam gelas tersebut,
anda mendapati terdapat makhluk perosak berkaki enam sedang khusyuk menikmati sesuatu di dalam gelas tersebut yang anda sendiri tidak dapat kenalpasti apa...

Soalan:
Di manakah antara berikut merupakan tindakan yang wajar anda lakukan sekiranya anda berada di dalam situasi tersebut;

1) Halau makhluk tersebut,
basuh gelas kegemaran anda itu sebersih mungkin supaya boleh digunakan semula,
dan seterusnya teruskan hidup seperti tiada apa yang berlaku.

2) Bunuh makhluk tersebut sekejam mungkin,
gantung bangkainya di depan lubang sarang makhluk tersebut sebagai peringatan kepada rakan-rakannya yang lain,
dan hapuskan gelas itu walaupun ianya gelas kegemaran anda kerana gelas itu sudah tercemar.

3) Tarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan perlahan.
Masuk ke dalam bilik dan rancang plan pembunuhan teliti yang sempurna berserta dengan bukti alibi untuk diri sendiri.
Sasarannya ialah sesiapa sahaja yang bertanggungjawab mengguna dan membiarkan gelas itu di atas meja.
Laksanakan plan itu sehingga berjaya.

...atau anda ada tindakan anda sendiri?


Pada aku,
pilihan (3) nampak sangat menarik...




.




48 comments:

  1. dah habis kisah averagers? we vant moar!! *angkat lembing

    pada aku opsyen no. 1 gabung dengan no. 3. takamau lah no. 2, sadism sgt. kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Nak lagi ke Averagers? Hahaha

      Idea bernas jugak gabung no.1 dgn no.3. Tapi part mana yg patut aku buang ek??

      Delete
  2. bunuh tanpa kekejaman. biar mati terus tanpa menzalimi beliau. Sepeti cabut kaki ka. Potong kepala tapi dan melihat beliau berjalan tnpa kepla. Potong sayap ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @budoxe lee
      Jap,
      maksud kau bunuh tanpa kekejaman ni dituju kepada binatang kaki 6 tu ke ataupun orang yang letak gelas aku atas meja tu?

      Hehe

      Delete
  3. bunuh tanpa kekejaman. biar mati terus tanpa menzalimi beliau. Sepeti cabut kaki ka. Potong kepala tapi dan melihat beliau berjalan tnpa kepla. Potong sayap ka..

    ReplyDelete
  4. alahai oggy & the kokoreches ke hape tu cEro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Hahaha...
      At least dlm Oggy tu lipas dia kaler biru, kelakar dan boleh bawak kawan...hehehe

      Delete
  5. My inner self said 2 dan 3 tapi mungking kalau betul2 terjadi aku akan buat 1.. haishh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Lee-kun
      Konflik dalaman ni nampaknya...Hehehe
      Tapi no.3 sangat tempting laa...

      Delete
  6. aku akan buat no 2. hahahahaha.... tapi cawan kegemaran aku akan rendam dalam dettol selama sehari semalam... wkwkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Berkesan ke kalau rendam dettol lelama?
      Maksud aku, psychologically kita dah nampak dah makhluk tu pernah berada dalam gelas yg menjadi item untuk kita minum, adakah perasaan yg sama tidak akan berulang walaupun kita dah rendam dettol lelama?

      Delete
    2. well.. untuk aku, aku boleh lagi hidup dengan kenyataan tersebut.. koh koh koh

      Delete
    3. @Aujinz
      Hahaha...
      Maybe aku tak boleh kot.
      Nanti bila tengah minum mesti terbayang...
      Kuat terbayang aku ni...hehehe

      Delete
  7. no 1 je... malas nak complicatedkan keadaan hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Razfira
      Tapi gelas tu dah tercemar.
      Macam contoh kalau berus gigi jatuh dalam lubang jamban, takkan kita nak ambil balik, basuh dan guna semula?

      Delete
  8. jadilah manusia yg pemaaf.
    eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee Lion
      Nak jadi pemaaf kepada makhluk berkaki enam tu atau kepada siapa yang tinggalkan gelas tu atas meja?

      Delete
    2. kedua-duanya.
      tak lama lagi hari raya kan..

      Delete
    3. @Gee Lion
      Gah gah gah!
      Maksudnya patut jemput si makhluk kaki enam tu ke rumah utk jamuan hari raya laa ni?
      Hehehe

      Delete
  9. satu je laa... alaa.. lipas je kot. dia wat tambah perasa ke dlm minuman anda. eh... haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Amna Shark
      NOOOO! TIDAK!!!
      Trauma kot nampak binatang tu dalam gelas kegemaran...:(

      Delete
  10. i would have to choose no.1, cuz it's the most practical thing to do, and... i don't hate them roaches as much as you do, hahah ;3

    hey, by any chance, did you just watch disney's "the emperor's new groove" on astro? aku teringat plan yzma nak eliminate kuzco bila baca plan2 ko tu... kahkah X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      If I choose no.1, tak ke gelas tu macam dah tercemar, physically and (my) mentally. Macam contoh yg aku bg dekat atas, kalau berus gigi jatuh dalam lubang jamban, takkan nak ambil dan basuh dan guna, kan?

      N actually I never watch Emperor's New Groove, tapi silap aku tu animation yg lelaki tu jadi llama tu kan? Ke salah?
      Nanti aku cari DVD kalau ada...hehehe

      Delete
    2. Gua sama dgn si plain. Kalau gua tak kisah kot. Just basuh dgn sunlight cukup. Maybe sbb gua gak geli dgn lipas, hahahaha.

      Tp part berus gigi jatuh dlm jamban tu kompom gua beli berus baru =_=

      Delete
    3. Gua sama dgn si plain. Kalau gua tak kisah kot. Just basuh dgn sunlight cukup. Maybe sbb gua gak geli dgn lipas, hahahaha.

      Tp part berus gigi jatuh dlm jamban tu kompom gua beli berus baru =_=

      Delete
    4. Berus gigi jatuh dalam jamban, aku dah tak fikir nak ambik balik dahhh... kah kah kah

      Delete
    5. Aku pon jinz, berus gigi jatuh ke dlm jamban mmg tak pernah lg terjadi, tapi kalau nak ditakdirkan terjadi jugak, mmg aku akan angkat keluar pakai sepit, pastu humban masuk ke dlm tong sampah ler... huhuhuh

      Delete
    6. @Zyra Roxx
      NOOOooo!!! Adakah aku seorang je yang ambil (terlalu) berat pasal makhluk kaki enam ni??

      Delete
    7. @Aujinz
      @plain83
      Waktu zaman duduk kolej dulu pernah berlaku dekat aku, sebab kekonon nak multitask (berak sambil gosok gigi)...
      Memang aku kutip dan buang je berus tu.
      Takut kalau tinggal nanti tersumbat plak tangki kumbahan...hahahah

      Delete
    8. nampaknye cEro sorang jek yang ada love-hate relationship ngan cik lipas..

      Hmmmmm...berus gigi yang jatuh lubang jamban tuuuh memang jadi berus jambanla lepas tuh jawabnye.. =w=

      Delete
    9. @Lee-kun
      Sebagai manusia yg minat sains, makhluk ni memang mengujakan terutamanya bila kita cakap psal daya tahan dia.
      Tapi sebagai manusia biasa, deng I hate them.
      So yes, aku ada love-hate relationship dgn species mereka..
      Hehehe

      Delete
  11. oiii lipas je pun, lipas..hahaha..cuci sental sikit cawan tu, lipas ni kalau tak silap aku kalau kau bunuh dgn cara penyetkan, hempuk guna kasut, dia akan attract lagi banyak lipas lain. so aku selalu flush je lipas ni kalau aku jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Psal attract more tu aku tak tahu. Baguslah dapat ilmu baru.
      Tapi kalau bunuh penyet, isi perut dia tu yg boleh buat keracunan tu kalau terkena kulit badan kita.
      So, handle with care....gittew!

      Delete
  12. sy trs x guna nnt terbyg2 bla guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Khai♥Rin : anies
      Kan?
      Akhirnya, ada juga yang faham perasaan kenapa tak nak guna gelas yang dah tercemar...
      Hehehe

      Delete
  13. aku malas nak gaduh..basuh dan lupakan jela..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mime MF
      Kalaulah semudah itu, memang dah lama dah buat. Hehe

      Delete
  14. Kalau saya mungkin basuh beberapa kali sebelum guna balik, lepas tu tanya dekat orang serumah tentang manusia yang menggunakan cawan tu dengan nada sindiran habis-habisan dan terang-terangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Nak basuh dan guna balik tu yang agak susah sebenarnya sebab dah terang-terangan depan mata gelas tu tercemar.
      Tapi bab sindir-sindir memang no.1, so itu sangat mudah. Hehehe

      Delete
  15. Suruh semua housemate baca blog Buasir Otak pasal sikap dan mentaliti hodoh orang melayu. Kalau nak lagi pedas suruh diorang like page PoyoMelayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pssssssssss...haluuussss seninya.. XP

      Delete
    2. @Prince of Noob
      Nice one, Boss.
      Haluuuussss....

      Delete
  16. HAHAHA nama dia macam gabungan cucur dengan bubur chacha pun ada.

    Kalau aku,
    Telangkupkan cawan tu, kalau dia merayap area berdekatan...
    aku pi amik ridsect, sembur.

    Dah mati, aku amik buat modal takutkan adik aku. *gelak kejam*

    Tang gelas tu, aku amik pi basuh. Kalau tak puas hati...
    aku letak air panas konon kasi rasa puas lah sebab orang kata boleh bunuh kuman. Kalau rasa tak puas hati gak, masukkan lah dalam microwave ke apa ke. Pastu guna macam biasa.


    Tapi cEro, kalau sayang sangat gelas tu, tak yah buang pun tak pe, letak dalam almari buat hiasan, letak alat tulis ke. Settle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Cucaracha tu nama binatang tu dalam spanish. Sedap kan namanya...hehe

      Aku tak suka ridsect. Ntahlah. Nak sembur dia, aku yang pening nanti. Hehe

      Tapi rasanya tang gelas tu memang aku tak guna dah laa kot. Macam cadangan kau tu, aku rasa nak jadikan bekas pencil je. Nak buang memang sayang...hehehe

      Delete
  17. Lipas je pun....Basuh je la cawan tu. Glo kan ada....hilang la nanti semua sisa2 racun makhluk berkaki enam tu. Sayang cawan tu kalau kau buang. Yang manusia gunakan cawan kau tu xpe la kau nak hapuskan pun...sebab dia memang tak guna kan? So, xde masalah pun kalau option 3. Hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      Dah macam iklan Glo dah aku baca komen kau ni...Heheheh
      Bab pilihan no.3 memang aku rasa nak sangat buat.
      Tunggu dulu aku kenalpasti siapa pesalahnya...hehehe

      Delete
  18. No 3 tu .. " sasarannya ialah sesiapa sahaja yang mengguna dan membiarkan gelas itu di atas meja ." bukan kau ke yang guna ? hahaha ..

    ReplyDelete
  19. >Cheon SongYi

    Aku selalu basuh bila lepas guna. Ni mesti ada orang lain pakai tapi tak reti nak basuh ni. Adoiii..hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: