Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 8, 2015

Sains Ringkas Mengenai Gerhana Bulan Merah.




Salam.

Aku berniat mahu menjadikan blog ini santai dan menarik.
Sebab itu aku selitkan komik lukisan sendiri di dalam kebanyakan entri.
Sebab itu juga aku jarang keluarkan topik ilmiah yang bagi kebanyakan orang adalah membosankan.
Tapi kali ini aku berkeras mahu berkongsi tentang sesuatu yang sangat ilmiah.

Ada beberapa perkara di atas dunia ini yang menjadikan aku teruja.
Antaranya ialah berkenaan astronomi dan ilmu kaji angkasa.
Sebabnya aku suka tenung langit malam.

Baru-baru ini (4 April 2015) berlaku satu fenomena luarbiasa(?) di langit malam.
Gerhana bulan penuh.

Gerhana bulan penuh itu berwarna merah.
Penuh timeline twitter dan facebook dengan gambar bulan penuh merah itu.
Ianya dicanang sebagai fenomena yang hanya akan berlaku selepas 140 tahun (?).

Aku sendiri tak berkesempatan melihat fenomena itu disebabkan awan yang memenuhi langit malam bandar besi tempat aku tinggal.

Tapi apa sebenarnya yang kita tahu mengenai bulan merah ini?





Gerhana

Matahari adalah pusat bagi sistem solar kita.
Bumi planet ketiga terdekat yang mengelilingi matahari.
Bulan pula merupakan satelit semulajadi yang mengelilingi bumi.

Gerhana adalah satu fenomena di mana apabila 3 entiti cakerawala (celestial bodies) ini iaitu Matahari, Bumi dan Bulan berada di posisi sejajar. Posisi ini dipanggil 'syzygy' (dalam BM dipanggil sizigi yang kedengaran sangat janggal).
Apabila ketiga-tiga entiti ini berada dalam satu barisan, maka terjadilah fenomena yang kita panggil gerhana.

Dua jenis gerhana ialah gerhana matahari dan gerhana bulan.





Gerhana Bulan

Gerhana bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan.
Cahaya dari Matahari membuatkan bayang Bumi jatuh ke Bulan.

Terdapat dua bahagian bayang bumi yang melindungi bulan:
1) Penumbra - Kawasan di mana hanya sebahagian sahaja bayang bumi menutupinya. Kawasan ini masih mendapat cahaya matahari tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
2) Umbra - Kawasan di mana bumi sepenuhnya membayangi tanpa sebarang cahaya matahari kelihatan.

Terdapat dua jenis gerhana bulan:
1) Gerhana Bulan Separa - Semasa gerhana ini, bulan tidak berada sepenuhnya di dalam kawasan umbra. Sebahagian daripada bulan berada di kawasan penumbra.
2) Gerhana Bulan Penuh - Semasa gerhana ini, bulan berada sepenuhnya di dalam kawasan umbra.

Satu lagi, terdapat juga Gerhana Bulan Pusat, di mana gerhana bulan penuh itu berlaku di tengah-tengah kawasan umbra. Tapi fenomena ini sangat jarang berlaku.

Masa darjah 5 aku belajar mengenai gerhana bulan,
bila cikgu beritahu yang bayang bumi jatuh ke bulan dan berlakulah gerhana,
aku terfikir,
"Kalau bayang bumi jatuh ke bulan, maka bulan akan jadi gelap.
Bila bulan gelap, maka kita di bumi tak akan nampak apa-apa, kan?
Tapi kenapa gambar dalam buku teks sains ni menunjukan gerhana bulan adalah seperti fasa bulan penuh?"

Dan apa yang kita lihat 4 April lalu ialah gambar bulan penuh berwarna merah.
Kenapa merah?



Sumber: April 2015 Lunar Eclipse - Wikipedia

Kenapa Gerhana Bulan Penuh Berwarna Merah?

Gerhana bulan yang merah juga dikenali sebagai 'Blood Moon' oleh masyarakat dunia.
Banyak kepercayaan purba dan masyarakat tertentu yang mengaitkan Blood Moon dengan perkara yang tidak baik.
Rasa nak baca lanjut, bolehlah google sendiri sebab aku tak berminat nak kupas perkara tak saintifik macam tu.

Apa yang membuatkan gerhana bulan itu MERAH adalah dua perkara;
1) Atmosfera Bumi, dan 2) Persepsi manusia.

Pada waktu matahari terbit dan terbenam, kita dapat lihat warna cahaya matahari menjadi kemerah-merahan, kan?
Ini disebabkan pada sudut yang rendah, cahaya matahari (yang pada dasarnya putih) akan terbias apabila melalui lapisan atmosfera bumi. Warna kemerah-merahan (atau dalam kes matahari terbit dan terbenam ialah jingga) mempunyai panjang gelombang (wavelength) yang tinggi dan akan sampai ke mata kita, manakala warna lain yang mempunyai wavelength yang rendah akan terbias ke tempat lain.

Sama dengan penerangan di atas, untuk gerhana bulan,
cahaya matahari dari belakang bumi akan terbias apabila melalui atmosfera. Pada sudut yang rendah, warna merah akan terbias dan jatuh ke dalam bayang bumi di bulan dan menjadikan gerhana bulan kelihatan berwarna merah.

Pada persepsi manusia pula,
sebab kita sudah dicanang bahawa ialah dipanggil 'Blood Moon',
maka gerhana bulan yang kita nampak ialah merah, sedangkan kalau diamati betul-betul ianya lebih kepada warna perang dan jingga, seperti warna ufuk bumi ketika matahari terbit/terbenam.




Beza Antara Gerhana Bulan dengan Gerhana Matahari

Walaupun kedua-duanya gerhana, gerhana bulan dan matahari melalui proses yang berbeza.

1) Gerhana bulan berlaku apabila bayang bumi jatuh ke bulan, manakala gerhana matahari berlaku apabila bayang bulan jatuh ke bumi.

2) Gerhana bulan berlaku pada waktu malam pada fasa bulan penuh, manakala gerhana matahari berlaku pada waktu siang.

3) Gerhana bulan membuatkan kita dapat melihat bulan penuh berwarna merah, manakala gerhana matahari menyebabkan bulan matahari kelihatan seperti berbentuk cincin (kerana bulan menghalang cahayanya) dan membuatkan siang menjadi gelap.

4) Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar, manakala gerhana matahari tidak boleh dilihat terus dengan mata kerana berbahaya kepada retina mata.

5) Gerhana bulan berlaku lebih kerap daripada gerhana matahari.

Kalau ada perbezaan lain lagi yang aku tertinggal, sila beritahu ya!



Sumber: April 2015 Lunar Eclipse - Wikipedia


Gerhana Bulan Penuh 4 April 2015

'Gerhana bulan penuh 4 April 2015 hanya akan berlaku lagi selepas 140 tahun.'
Otak aku berdarah membaca 'fakta' tersebut.

Gerhana bulan lebih kerap berlaku berbanding gerhana matahari.
Malah, dalam tempoh dua tahun ini (2014-2015), gerhana bulan 4 April lalu adalah yang ketiga daripada tetrad.
Tetrad adalah satu set empat kali gerhana bulan yang berlaku dalam dua tahun.
Tetrad pertama untuk 2014-2015 ialah pada 15 April 2014, kedua pada 8 Oktober 2014, ketiga ialah pada 4 April 2015 dan yang keempat ialah pada 28 September 2015.
Setiap gerhana dalam tetrad selalunya berselang lebih kurang enam bulan.

Dengan kata lain, gerhana bulan seterusnya dapat dilihat pada bulan September nanti.

Yang istimewanya gerhana bulan 4 April lalu ialah ianya gerhana bulan TERSINGKAT dalam masa 5 abad.
Fenomena itu berdurasi hanya 4 minit 43 saat, nak berak pun tak sempat.

Yang boleh datang fakta 'hanya selepas 140 tahun' itu ialah hanya pada 11 September 2155 nanti baru kita akan saksikan gerhana bulan yang lebih pendek dari gerhana bulan 4 April lalu yang dijangka berdurasi hanya 2 minit 36 saat.

So, gais. Get your fact straight!



Penutup

Diharap dengan penerangan serba ringkas mengenai gerhana bulan ini dapatlah menambah ilmu yang kemungkinan besar sudah lupa setelah sekian lama sel dalam otak tidak berhubung.

Manusia itu kerdil.
Namun ilmu untuk manusia sangat luas sudah disediakan oleh Yang Maha Pencipta.
Cuma kita sahaja sama ada mahu atau tidak mahu menimbanya.

Cakerawala sangat mengkagumkan.
Kita lihat rumah seorang Datuk Seri itu besar,
tapi kita perlu juga sedar di mata alam semesta, kebesaran rumah itu sangat tidak signifikan.

Belajarlah selagi boleh belajar.
Kita semua adalah pelajar sepenuh masa, sepanjang hayat.


Baca lebih lanjut mengenai gerhana dan gerhana bulan:
- Lunar Eclipse - Wikipedia
- 'Blood Moons' Explained: What Causes a Lunar Eclipse Tetrad? (Infographic)
- April 2015 Lunar Eclipse - Wikipedia
- What's the Difference Between a Solar Eclipse, a Lunar Eclipse, and a New Moon?





.





44 comments:

  1. penerangan yang jelas dan nyata.. boleh masuk dalam buku teks sains ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Razfira
      Memang dulu2 pernah ada cita-cita nak jadi panel pembuat sukatan buku teks sains sekolah.
      Tapi apakan daya. Hanya cita-cita sahaja...hehehe

      Delete
  2. pencerahan yang sangat mudah difahami berbanding buku teks sains

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Prince of Noob
      Terima kasih Boss.
      Banyak lagi nak kena belajar sebenarnya...hehehe

      Delete
  3. Yes aku ajar DST dan info ni oklah senang aku nak faham bagi ke budak dlm kelas nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Dan aku tahu DST adalah Dunia Sains Teknologi.
      Thanks to you, cikgu. Hehehe

      Delete
  4. nasib baik bukan sekali dalam 140 tahun.. kalau tak menyesal den sebab terlopeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee Lion
      No worries.
      Bulan September nanti boleh tengok lagi. Lagi lama dari yg April lepas punya...hehehe

      Delete
  5. blood moon to sesuatu yang dinantikan oleh pengamal sihir. kuahahah *pengaruh movie English :3

    Hai kalau lah cikgu gua dulu hajar gua cenggini, mesti sekrang gua dh jadi astronaut yg bertauliah! ><

    O oh satu lagi, dulu masa tahun 1994 (kot) pernah terjadi gerhana matahari dan agak kecoh jugak lah semorang. Yg menariknya, nak tengok gerhana tu, kena tengok atas permukaan air, tak leh tengok direct even pakai sunglasses pun. Entah la kenapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Selalu aku tgk cerita seram mesti ada sebut Blood Moon mcam mintak darah virgin gitu...hahaha

      Hahaha...aku still boleh jadi cikgu kau kalau kau nak jadi astronaut di angkasa cinta...hahaha **smooth**

      Itu gerhana matahari. Sbb gerhana matahari tak boleh tengok direct sama sebab dgn kenapa kita tak boleh tgk matahari direct. Ia akan rosakkan retina mata, permenantly. Most people pakai polarized shades or zaman 1994 tu pakai negatif filem (which is rare nak jumpa zaman sekarang), tp utk yg tak ada dua benda tu, tgk reflection dlm bekas air pun jelas jugak nampaknya...hehehe

      Delete
  6. Nice... hahah entahnya, aku pun mcm "Whattt 140 tahun??" Kerap kot lunar eclipse tu dok jadi selama ni? Heh... aku pernah tengok bulan warna merah tu satu ketika dulu, jelas nampak sebijik bulan yg agak besar saiznya menghiasi langit mlm, warna merah. Terus aku sebut "the red blood moon" ala2 accent count dracula gitu. Hahah... lokasinya aku tak brapa nak ingat kat mana, sama ada di Penang atau KL masa tu, view dari hotel room pada level yg agak tinggi. Yg 4 april baru2 ni pulak aku tak sempat tengok, sebab langit mendung dan hujan masa tu. Bila awan dah clear, bulan pun dah habis gerhana, warnanya kuning. Hahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pernah tengok gak sekali..! tapi x ingat bile, di mana or dengan sape..XP

      Delete
    2. @plain83
      Setakat aku kata gerhana bulan kerap jadi ni, aku sendiri tak pernah tengok lagi. Mostly sbb langit tak mengizinkan, asyik berawan tebal je...
      But I think dapat tgk lunar eclipse tak seromantik dapat tengok full moon. Gerhana bulan tak dapat vibe romantiknya, walaupun ianya lebih istimewa dr regular full moon. Ntahlah...pendapat aku je laa tu. Hehehe

      Delete
    3. Full moon mmg cantik n mesmerizing pun, dah beberapa kali aku usha full moon di malam hari yg cerah mahupun sedikit berawan dgn menggunakan binoculars. Walopun sekadar binoculars dan bukannya telescope, lopak2 dan corak yg ada atas bulan tu boleh dilihat dgn agak memuaskan, kehkeh...

      Delete
    4. @plain83
      Aku pernah berangan nak beli teleskop just for the purpose of nak tgh bulan penuh.
      Tapi duduk tengah bandar mmg jangan haraplah nak tengok langit cantik.
      Penuh dengan pencemaran cahaya sana-sini.
      KL: The city that never sleep.

      Delete
  7. Terlepas nak tengok gerhana hari tu sebab tak tahu. Rasa rugi sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      No worries, Farah.
      September nanti ada lagi boleh tengok.
      Tambahan plak kalau duduk benua Amerika belah utara macam kat Canada, memang senang nak nampak clear. Hehehe

      Delete
    2. September ni akan ada lagi? Nak cuba tengok.

      Tak senang juga, cEro. Setiap kali ada gerhana, tempat saya mesti bersalji/hujan.

      Delete
    3. @Farah
      Hahaha...itu masalah biasa utk pemerhati langit.
      Kadang2 timing dah power, tempat dah okey, tetiba langit mendung penuh awan...

      Oh, duduk Canada ada chance nak nampak aurora tak??

      Delete
  8. 2 3 entri lagi macam ni memang berilmu gila la aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. @GP
      Aku bercadang nak selit satu entri macam ni setiap bulan, bagi pembaca dapat input sikit. Hehehe

      Delete
  9. comel betul gambar matari, bumi dengan bulan kat atas. <3

    aku pun tak sempat tengok gerhana bulan haritu. tahu pun dah lambat. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      September nanti ada lagi, insyaAllah.
      Nanti nak dekat waktunya, aku akan cuba alertkan dalam blog utk tatapan para sahabat. Hehehe

      Delete
    2. Whatsapp aku kalau dah nak dekat. Blog kang lambat juga aku tau.

      Delete
    3. @~* chirpy_chummy *~
      InsyaAllah kalau pada waktu tu aku ingat...
      Aku ni pon boleh tahan hebat jugak lupanya....hahahaha

      Delete
  10. Good info bro. Aku pun pening bila depa kabo 140 tahun sekali

    Kalau bercakap pasal cakerawala, kita punya Bimasakti pun tak signifikan dalam cakerawala ini. Inikan pulak rumah Datuk Seri... wkwkwkwk

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      One fun fact, Ojin.
      Kita (manusia) lagi tahu banyak pasal alam cakerawala beribu tahun cahaya jauh di sana daripada tahu isi dlm perut bumi.
      Sampai laa ni manusia tak ada cara nak kaji isi dalam perut bumi. Kita belum ada teknologi nak tahan tekanan mega di bawah perut bumi.

      Somehow, aku rasa ada sesuatu misteri yg kita belum tahu di bawah sana....hehehe

      Delete
    2. mungkin sebab bumi tu dekat.. jangan katakan teras bumi, lautan kita pun manusia tak habis explore lagi bero...

      tapi aku memang suka angkasa, galaksi dan cekarawala.. masa kecik memang aku bercita-cita nak jadi angkasawan ataupun astronomer. Dan aku pernah buat model roket Saturn V setinggi tiga meter guna tin dan kadbod.

      Aku siap hafal nama nama satelit yang dihantar untuk menjelajah semua planet.

      Buku pasal angkasa dan roket jangan ceritalah. Memang penuh almari aku, rembat dari perpustakaan. wkwkwkw

      Delete
    3. @Aujinz
      Kenapa tak teruskan je cita2 nak jadi angkasawan tu?
      Malangnya Malaysia kita ni mmg tak maju dlm bidang astronomi dan kaji bintang.
      Astrology ramai laa pakarnya...hahahaha

      Delete
  11. cero! i miss you too! i have alot to talk! boleh email kita tak cero? private please! farhana.ramli91@gmail.com ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @si nelayan
      Kau yg menghilang lamaaaa....hehehe
      Aku dah emel :)

      Delete
  12. panjang nyaaa cero tulis yaaaaa hehe :D

    ReplyDelete
  13. Gewd job, cEro..!

    Aku tau pasal blood moon tuh sebab aku suka carik idea merapu2, kunun2 nak buat komik..haha.. And benda2 lain tuh ingat lagi sebab aku suka sains..eheee..pahtu selalu tulun adik buat keje sekolah.. =w=''''''

    Ok...pasal isu 140 tahun tuh, barulah make sense.. Aku dok pk masa baca..abeh, sepanjang aku hidup ni, dok kecoh2 pasal lunar eclipse tu pebende? aku berkhayal ke..? haha.. Terima kasih atas pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Lee-kun

      First, aku baca kau punya 'gewd job' sebagai 'lewd job' which is bg aku tersentap jantung dua saat. Hahaha.

      Blood moon dlm religious culture mmg byk yg cerita gempak2, tambah2 kalau kau ada baca pasal blood moon nakkan darah virgin (aku tak pasti itu mitos culture mana), tp utk pembacaan santai, cerita2 yg ada mmg menarik...hehehe

      Hahaha...some people mmg jenis nak cepat sebar berita tanpa kaji terlebih lanjut. 140 tahun tu gempak untuk dijadikan fakta menarik, so the rest of the fact telah diabaikan...Manusia, manusia **geleng kepala**

      Delete
  14. aku consider bertuah sebab aku nampak gerhana bulan ni, real time, depan mata. its not exactly red, blood red mcm dlm gambar wiki atau dlm gambar fesbuk apa tu, so aku ingatkan tipu je, rupanya memang betul gerhana. warna dia lain, tapi yang aku konfem its a beautiful phenomenon. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Memang fenomena tu sgt cantik kalau dapat dilihat.
      Tp secara peribadi aku lg suka normal full moon.

      Bab tak berapa nak red blood tu aku rasa yg dlm fb tu semua kasi edit lebih sikit, or guna filter supaya kasi dramatik.
      Kang letak tajuk 'Bllod Moon', tp tayang gambar warna tak merah, marah plak para pembaca...hahahah

      Delete
  15. Woww.. info yang sangat berguna ketika mencari "gerhana bulan".. thanks for sharing :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Time Traveller
      Terima kasih kerana memilih blog ini sebagai sumber informasi :)
      **thumbs up**

      Delete
  16. aku sempat dan dapat tengok masa 4 april haritu sbb adik aku si Aiman paksa aku teman dia kuar rumah untuk tengok. kalo tak mmg aku melepas nk tengok hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Malangnya, cuaca waktu hari tu membuatkan aku tak berkesempatan nak tengok.
      But 'fraid not, bulan September nanti ada lagi...insyaAllah
      heheh

      Delete
  17. memang terbaik betul penerangan...thumbs up..aku yg xminat sains pun boleh leka baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mime MF
      Baguslah kalau ada input dari entri ini.
      Memang niat nak bagi kefahaman kepada sesiapa sahaja tak kira suka atau tak dekat sains...hehehe

      Delete
  18. Penerangan yang ringkas dan mudah untuk difahami. Menarik pun ye jugak, bolehlah buat bisnes jual buku nota sains lepas ni. Bebudak mesti suka dan skor.HAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Memang ada niat pun nak mengajar budak sekolah,
      tapi niat je laa....hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: