Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 15, 2015

Merah Mata Putihku.


Salam.

Tahu tak apa yang buat aku tertekan?
Bila ada orang berdiri di belakang aku semasa aku mengadap komputer.




Perasaannya sama masa pengawas peperiksaan berdiri di belakang kita
masa kita sedang bertungkus-lumus nak jawab soalan peperiksaan.
Daripada boleh jawab dengan lancar,
terus gigit pen kekonon macam tengah gigih berfikir nak jawab apa
dengan harapan pengawas peperiksaan tu berambus dari belakang kita.

Perasaannya juga sama bila ada orang belakang beratur rapat masa nak tekan duit di ATM.
Nombor pin 6 angka mudah yang celah jari pun boleh recall
terus lesap dari memori macam kena selesaikan calculus soalan darab matriks 3x3 baru boleh dapat jawapan.

Perasaannya sama macam masa nak suap nasi makan tengahari
tapi sebab ada orang berdiri belakang kita,
terus terganggu sampai makan nasi guna straw minum air guna garfu.

Perasaannya sama macam bila ada orang berdiri belakang kita masa melukis,
lukisan orang kacak bergaya rambut bersimpul berbaju kuning berseluar biru
terus bertukar jadi orang lidi macam lukis guna ibu jari kaki.

Perasaannya sama macam masuk toilet awam nak terberak
tapi pintu jamban tak ada selak dan jamban lain dah penuh orang isi.
Nak ditahan, tetamu sudah berada di hujung terowong.
Jadi kita tak ada pilihan lain selain guna jamban itu
dan berak dalam keadaan ketakutan bahawa pintu itu boleh ditolak oleh sesiapa sahaja.

Bayangkan,
aku main game Need For Speed,
selama ni bawa laju sampai cecah 230 mph pun tak ada masalah,
bila ada orang berdiri belakang aku jadi kaku sampai lori sampah potong belah kanan.



Okey,
untuk makluman, aku main NFS: Most Wanted yang tahun 2005 dulu punya sebab game tu je yang komputer purba aku boleh support.
Tu pun under lowest settings graphic-wise dan performance-wise.


So, kembali kepada topik,
apa tindakan kalian kalau berhadapan dengan situasi begini?
Terutamanya situasi jamban tak ada selak tu?





.




62 comments:

  1. aku memang sangat annoying bila aku tengah main internet, pastu tiba2 bos datang berdiri kat belakang, terus mata aku terpaku pada wallpaper desktop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bukak academic journal stand by...lantak pi la tajuk ape pun..haha..So takdela mata terpaku pada wallpaper desktop seolah2 ada persoalan besar kat situh..

      Delete
    2. @Prince of Noob
      Aku pernah jadi macam tu,
      pastu boss tegur,
      "Eh? Kenapa awak tenung wallpaper tu? Ada apa yg menarik wallpaper tu??"
      Hahahaha

      Delete
  2. Haha...aku pun benci gak kalau ada org sibuk kacau aku kat belakang tengah main game PES. Hilang fokus...terus hilang segala strategi aku bila diorang duk pressure. Tp kalau menang memang bangga la sbb ramai yg tengok kan...baru diorang tau power x power aku main...

    Yg jamban xde selak tu kalau ada baldi aku isi air halang pakai baldi je. Kalau baldi pun xde aku buat la gaya ala2 ironman, so at least diorang nampak tgn aku dulu...kehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      Betul2...
      Kalau menang mmg bangga, siap angkat biceps lagi tunjuk otot yg tak berapa ada tu...hahaha

      Kah kah kah..
      Taktik tangan ironman tu aku pernah buat dulu.
      Lenguh oo tangan nak kena standby...hahaha

      Delete
  3. Hnghh.. Aku paling tak suka keadaan ni. kalau bab game aku tak suka ada penonton. Rasa macam kena judge xpandai main. urgh. Klau melukis pun sama. Kalau bab pegi tandas, LAGI LA SAMA tapi aku tak masuk la tandas tu. Gila kentang still masuk jugak tandas takde selak. Hahahaha. Aku x desperate lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukan 'cherry berry' boleh dipertimbangkan lagi... huahahh ><

      Delete
    2. aku tak heran..kalau orang tolak pintu toilet tuh, dia yang nightmare..bahahaha..

      Delete
    3. @Dea Day
      Hahaha...sebab tu kalau boleh aku takkan berak dekat luar.
      Balik rumah lepas laa puas2 berapa lama nak cangkung pon...hahaha

      @Lee-kun
      Hahaha...
      Ayat kau power!

      Delete
  4. Hmmm, Aku ada masalah yang hampir sama walaupun bukan semua. Paling takleh blah kalau orang belakang beratur rapat2, rimas ah..!

    Kalau pasal jamban tuh, aku bese masuk jugak jek tapi memang melepas dalam keadaan yang x selesa dan extra cautious.. tangan ready kt pintu untuk sekat kalau2 ada orang tolak pintu.

    Kalau melukis plak, aku ok jek orang tengok...tapi jawab pekse memang takla.. men game? hmmmm, macam ok jek aku rasa sbb aku rasa aku hebat..lagipun aku main game budak2 jek..hahaha.. XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua berak tak khusyuk tau, huahaha cibeng betul. Gua cuma boleh buat kerja kalau penonton tu budak2 sbb gua tau gua lg hebat dari depa ><

      Delete
    2. @Lee-kun
      Hahaha...setengah org mmg tak faham 'personal space' tambah2 bab beratur...kekadang dah bagi mata dua tiga kali pon tak faham2 jugak...hahaha

      Tak tenteram oo bila berak dlm keadaan kena berjaga2..Tak puas langsung...hahaha

      Aku kureng sikit nak bg org tgk aku melukis.
      Sbb nanti tekanan tu akan buat lukisan aku ke laut...hahaha

      Delete
    3. @Zyra Roxx
      Memang tak khusyuk oo bila berak pintu tak selak.
      Bab penonton, maybe my future wife je boleh tgk aku melukis
      **tetiba nak bukak cite future wife apahalllll**

      Delete
    4. huntungla future wifeeee~~~

      Delete
  5. Mem Kecik duk tengok aku melukis pun aku marah... koh koh koh...

    Aku takkan masuk jamban yang takde selak, kecuali kalau toilet tu takde orang.. walopon takde orang aku tetap akan berwaspada dan berjaga jaga selalu...

    Kalau kat ATM, kalau orang belakang rapat ngan aku, aku akan bagi sekilas pandangan tak puas hati, sebelum merapatkan diri kepada mesin ATM dan meneruskan urusan dengan penuh discreet.

    koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooooohh awak la yg jeling saya itu hari, kakakakakakaka

      Delete
    2. aku kalau kat atm, either bagi pandangan maut or bagi siku je kat orang yang nak dekat2 dengan aku.

      Delete
    3. @Aujinz
      Melukis kena ada environment yg tertentu, syaratnya termasuklah tak ada orang jd penonton.

      Kadang2 tak ada pilihan nak pakai jamban lain, jadi terpaksa pakai jamban tak ada selak.

      Ada jenis orang yg tak faham2 bila kita dah keling2 tak puas hati sbb beratur rapat sgt. Jenis macam tu mmg nak kena sound direct je...hahaha

      Delete
    4. @Zyra Roxx
      Hahaha...jangan kena jeling pastu tak paham2 pastu jatuh cinta plak dah laa...hahaha

      Delete
    5. @Haryz Khairuddin
      Aku bab siku tu belum try lagi laa...
      Tapi kalau try sekali pon macam best jugak kan?
      Hehehe

      Delete
  6. Hahahaha boleh kata kesemua yg diatas tu gua setuju! *High 5

    Pendek kata, gua tak suka buat apa benda sekalipun kalau ada mata2 yg memerhati. tak taulah cemana gua nak beranak nanti, harap baby tu memahami =_=

    Haa satu lagi masak. kalau gua masak please lah tggl gua berseorangan, tayah nak bersopan tolong gua ke apa sbb nanti dari masak yang sedap (org la ckp, kohkoh) terus jadi rasa doormat, kakakakaka ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade la lu masukkan pape dalam masakan kan masa masak sorang2 tu..haaaa, sebab tula sedap dan lu taknakla orang tau rahsia lu, sebab tula lu tak suka orang sibuk2 kat dapur gak time lu masak.. baik lu gitau lu letak ape..haha..XP

      Delete
    2. Gua masukkan kasih sayang je lah, kalau ada org perati gua masukkan kebencian, wahahahah >_<

      Delete
    3. @Zyra Roxx
      Macam mak aku, bila dia masak terus dihalaunya sape2 yg ada kat dapur tu. Halau macam halau anak kucing plak tu...hehehe

      Nak jumpa mak saya?
      **smooth**

      Delete
    4. Uuuuuu....go on, cEro, go on.. *salute.* XP

      Delete
    5. Gua rasa cEro delete komen gua kat komen Zyra sebab dia nak smooth

      #fitnah

      Delete
    6. @Lee-kun @Aujinz

      Wahahaha...gurau je.
      Aku takkan potong line Ojin punya...hehehe

      Delete
    7. mak sapa yang gua harus jumpa ni? ><

      Delete
    8. @Zyra Roxx
      Pilih laa Zyra...hehehe

      Delete
  7. Kalau tandas tiada selak (means: selaknya sudah terbang mencari pasangan hahaha), saya guna pen. Natijahnya disini, sila bawa pen merata-rata. Sekian, Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha anon ni buat aku gelak besar. Tak pernah terfikir nak buat cani. Bahahaha..

      Delete
    2. haahlaaa..! interesting..!! haha..

      Delete
    3. @Anonymous
      Wow! Itu satu idea yang sangat bernas!
      Nak tau sangat siapa nama sebenar anon yg hebat ni...
      Mulai esok aku akan bawak pen ke mana2..heheh

      Delete
    4. kalau bahagian pemegang selak tu dari jenis plastik dan ianya telah pun patah dan tak mampu lagi memegang apa2 jenis objek yang boleh memainkan peranan sebagai selak pintu, apa cara lain yang praktikal untuk kasi pintu tu tertutup rapat tanpa boleh dibuka oleh sesiapa kat luar, sekiranya tiada baldi yang boleh diisi penuh dengan air untuk digunakan bagi menahan pintu tersebut?

      Delete
    5. soalan plain83 memang cepu cemas saya dibuatnya, selalunya memang tak masuk tandas yang kesian cenggitu tapi apakan daya kalau bak kata cero- tetamu berada dihujung terowong. saya akan belasah juga. selalunya resit-resit pembelian (selain untuk alibi kalau saya terbunuh oleh pembunuh bersiri), saya akan lipat-lipat dan selit kt pintu. kiranya, jadi penyendal (atau pengetat) pintu dan sambil buka air besar-besar untuk "bagitahu' yang saya sedang berurusan di dalam.
      *oh yea, kalau tak bawa pen tak mengapa, sebab boleh guna anak kunci rumah. semestinya, semua orang akan bawa anak kunci rumah. tapi tak available dengan kunci pintu pagar grill yang yang panjang.
      **huh! panjang betul saya 'berceramah'. hehe sori cero, saya tak berminat nak publish nama saya merata-rata. ai is maluuuu.. dan ini first time saya komen kat sini setelah bertahun jadi silent reader, terus gila panjang saya komen.

      Delete
    6. hmmmmm, aku pun teringin nak tau sape anon niii..hehe.. *amek point2 penting sebab selalu gak dapat toilet camni kalau dah terpaksa.*

      *tepuk tangan kuat2 untuk anon atas kejayaannya mengkomen buat pertama kalinya.* You go anon!! XP

      Delete
    7. maksud awak Nak Tinja bukan Natijah kannn? kan? kan?

      Delete
    8. @Anonymous
      Alaaa...we really need you and your thinking ability dlm menyelesaikan masalah camni...hehehe
      AKu tak pernah terfikir nak guna pen or kunci atau kertas apa2 pon sbg ganti selak. Selalunya aku akan sangkut beg atau seluar dekat cangkuk penyangkut yg selalunya ada belakang pintu.
      Tapi kalau jamban tu tak ada penyangkut, maka melaburlah dalam keadaan ketakutan...hahahah

      Delete
  8. ak kaki game counter strike,dari version 1.6 hingga la CS online (BudakPerlop).. paling menyampah budak2 datang tgk pastu bsiing bising cakap haaa tu balakangggg...haa...depan2...atasssss atasss..... kalau ak cepuk pala sekor2 baru tau, mcm ak sebaya deme je baru main gamaknya.. paling nyampah yg sibuk nak tolong mainkan... lanjioo betoi.

    bab tandas tu,kemana yg ak pergi kalau dah tak tahan sgt ak akn singgah mydin subang jaya,tandas mmg best..... walaupon perjalanan dari shah alam ke seri kembangan xlalu depan mydin tu.sanggup pusing masuk mydin parking dan memerut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      CS zaman sekolah dulu aku main laa, zaman sekarang tak boleh main sbb lagging sana sini buatkan aku nak terbalikan meja...hahaha
      Tapi kalau main dekat CC, mmg akan ramai penonton dan kaki sokong. Nyampah betul...

      Bab tandas, aku rasa kita semua mesti ada satu tandas yg menjadi pilihan kalau nak melabur di luar. Kau punya tandas mydin subang jaya, aku pulak tandas RnR awan besar highway kesas. Hahahah

      Delete
  9. bwahahaha.. betul sangat tuh... I don't like sangat2 bila ada org duk dekat belakang... main komputer.. main game.. baca majalah.. adehhh semua lah ahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Misaki PureBlood
      Bab baca majalah memang kadang-kadang hangin je kalau ada yang tumpang baca sekali.
      Bila kita nak selak ke muka seterusnya tetiba ada pula suara dari belakang kata
      "Eeeehhh, kejap. Tak habis baca lagi..."
      Hehehe

      Delete
  10. Dekat sini, kalau toilet takde selak pun orang masuk juga. Orang sanggar pintu tu dengan beg diaorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Dekat Canada pun ada masalah vandal jugak ke sampai toilet tak ada selak?
      I always assume that Canada tak ada vandal yang rosakkan public properties...Orang Canada selalu di-view sebagai baik dan sopan...hehehe

      Delete
    2. Ada je yang vandalism dekat sini tapi tak banyak la.

      Delete
    3. @Farah
      Oooo...rupanya ada jugak vandalism dkat sana ek?
      Hehehe

      Delete
  11. kasik screen gelap betul2, pastu letak gelas air kat sebelah, utk aim belakang kalau ada serangan hendap..depan atm jengket kaki, bagi bahu masuk dalam kawasan screen masa nak tekan pin number..toilet takde kunci, kalau ada bunyi org datang, cakap kuat kuat "ada orang nii, jangan ambush" hahaha komprehensif betul jawapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Hahahaha...tang 'jangan ambush' tu buat aku gelak berdekah-dekah.
      Aku ada satu jam meja yang mukanya bercermin.
      So everytime aku ada buat something sensitive depan laptop or komputer, aku akan letak jam tu tepi skrin bg tujuan dapat tengok rear view...
      Macam spy sangat....hahaha

      Delete
  12. Kalau kat atm tu,aku tak suka org rapat2 sebab utama ialah segan dgn baki akaun hahaha!tak terfikir langsung psl security. Tapi,aku mmg takkan rapat dgn org yg tgh tekan mesin tu,so pedulilah kalo ruang terhad pun.
    Aku selalu jadi penonton org main game (since sendiri tak reti/berani/larat)
    And i think i make a pretty good spectator? Haha sbb seriously berminat tgk org main,mcm tgk movie.
    Kat ofis,aku slalu bukak website prpm utk cover kegiatan tak bermoral yg lain lol!
    Psl tandas tu,kalo takde benda nak sendal,bukak air le,jirus2 kalo dgr org kt luar so they are aware bilik kecik tu berpenghuni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @star
      Aku pon. Selalu rasa insecure sebabkan baki akaun...hehehe
      PRPM tu yg kamus dewan online tu kan?
      Selalu jugak jadi rujukan aku...hehehe

      Delete
  13. aku lagi rela tahan & cari jamban lain oi. yg atm tu aku gasak je. tapi selalu aku pandang dulu orang belakang tu n buat muka signal suruh dia ke belakang sikit. kalau pengawas dok belakang aku masa exam pun aku toleh tengok dia, bagi dia pulak rasa bersalah. ehhh aku memang selalulah buat mcm tu kat orang yg tetiba tengok apa aku tengah buat.

    ekspresi muka tu penting. kalau tak suka, tunjuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee
      Tapi kalau dah tak tahan sangat, camne? Hehehe
      Bab ekspresi tu memang setuju. Tapi ada jenis orang yang selagi tak cakap lisan selagi tu tak faham walau camne sekalipun kita buat ekspresi muka...hehehe

      Delete
  14. part jamban tu kalo mcm aku ni mmg slalu ada bawak pen dlm beg, so bila emergency cenggitu, pen tu lah jd selak penyelamat aku kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Amalan membawa pen ni rupanya banyak menyelamatkan orang dari kena terjah ek...
      Nak start bawa pen laa...hehehe

      Delete
  15. haha kalau kat pejabat bos aku selalu gak la duduk belakang tgk keja dia betul atau tak aku buat..tp sbb bos sporting akau akan halau bos aku..giler tekanan nak taip 'tahu' jadi 'tahi'

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mime MF
      Cool gila boss siap tak kisah kena halau...hehehe
      Hahaha, kalau nak taip tahu jadi tahi pun tak apa, still dalam tajuk...wahahahaha

      Delete
  16. Gila banyak komen! @_@

    Aku sanggup kot tunggu tandas lain walau dah di hujung tanduk. Tapi muka dah pucat pucat la masa tu. wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      Aku kalau tahap emergency sangat, makanya mana yg ada je laa aku singgah tak kira berselak ke terbukak ke...hehehe

      Delete
  17. Ya, aku paham perasaan itu. Paham sesangat.
    Tengah fokus pun boleh jadi tak fokus. Tengak dok karang ayat pon boleh jadi blur.
    Stress guaa sampai muka pun jadi berkerut sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Kaaannn???
      Kekadang dah bagi signal pun orang yg buat tu tak paham-paham lagi...
      atau sengaja tak nak paham...hehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: