Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 30, 2014

tEka-tEki #21 Rantai dan Pautan


Bertemu kembali dalam slot tEka-tEki.
Slot yang begitu mencabar minda sehinggakan jika ada asap keluar dari telinga anda, itu perkara biasa.







Cabarannya,
anda memiliki empat rantai dengan setiap rantai memiliki tiga pautan.
Anda mahu mennggabungkan keempat-empat rantai itu menjadi satu rantai berbentuk bulatan.

Soalannya,
berapakah jumlah terkecil pautan yang perlu anda buka untuk menyambungkan kesemua rantai menjadi satu rantai berbentuk bulatan?


tEka-tEki kali ini dalam kategori mudah.

Kunci untuk selesaikan soalan kali ini ialah kemahiran memudahkan cara.
Sila berikan jawapan dan cara penyelesaiannya sekali.


Ok,
jika anda buntu atau cepat putus asa,
dan berminat untuk ketahui jawapannya, klik sini.
Tapi link di atas hanya berfungsi bermula pada Ahad 14 Disember 2014 selepas 0900
bersamaan dengan dua minggu selepas post ini diterbitkan.

Marilah bangkitkan semangat keperwiraan anda.
Selamat mencuba.

GOOD LUCK!

Lagi tEka-tEki dalam koleksi:


Kenali wira anda, The Error.

Jika anda teruja dengan tEka-tEki yang aku sediakan,
dan anda rasakan aku berhak,
'like' page Facebook Empire State of cEro di bawah:

Akan datang akan ada lebih banyak lagi tEka-tEki yang mencabar.
.




Nov 26, 2014

"Let It Grow, Let It Grow!"



Seminggu lepas aku bercerita tentang menari salsa.
Minggu ini, aku akan berkongsi cerita tentang bulu.








Siapa yang rajin mengembara dalam internet macam aku pasti pernah tahu apa itu 'Movember' dan 'No-Shave November', kan?
Secara asasnya, ianya adalah satu trend yang menyuruh supaya para peserta untuk tidak memotong misai dan/atau sebarang bulu di muka sepanjang bulan November setiap tahun. Biarkan ia tumbuh satu bulan November.

Tapi 'Movember' dan 'No-Shave November' ada sedikit beza.

Menurut wikipedia, Movember (gabungan dari moustache dan November) berasal dari Australia bertujuan untuk mempromosi gaya hidup sihat bagi lelaki dan menyebarkan kesedaran tentang isu kesihatan yang berkaitan dengan lelaki seperti kanser prostat dan beberapa kanser khusus lelaki.
Setiap peserta Movember (yang dipanggil Mo Bro) perlu tahu tentang segala isu tentang kesihatan lelaki.
Movember Foundation juga mengutip derma kebajikan untuk perkembangan kempen kesedaran kesihatan lelaki.

Manakala,
'No-Shave November' pula lebih berasaskan atas talian. Setiap peserta haruslah tidak bercukur bulu di muka sepanjang November dan semua perbelanjaan untuk tujuan bercukur yang dapat dijimatkan itu boleh didermakan kepada American Cancer Society.

Tapi,
bagi warga internet pula, sama ada 'Movember' atau 'No-Shave November', kedua-duanya hanya untuk berseronok dan bermalas-malasan untuk tidak bercukur. Dengan kata lain, November ialah 'bulan malas bercukur'.

Aku selalu trim misai dan janggut setiap hari jumaat.
Trim, dengan kata lain, tidak tebas habis.
Sebab kalau aku tebas habis, muka jadi muda sesangat macam budak sekolah. Hehehe.

Tapi,
sepanjang November ini, aku tidak trim dan cukur langsung bulu di muka,
kekonon nak join 'Movember' dan 'No-Shave November' ni.
Dengan harapan nak laa berjambang ala-ala Wolverine ke, atau ada sikit-sikit shade gelap di rahang supaya nampak macho dan lebih lelaki...
Tapi malangnya, yang lebat hanya misai dan janggut.
Jambang di rahang dan pipi langsung tak nak panjang.

Bagi yang belajar biologi akan tahu bahawa
facial hari (bulu di muka termasuklah misai, janggut, jambang, kumis dan lain-lain) akan tumbuh bila ada DUA syarat ini:
- hormon testosteron ; dan
- gen yang tepat.

Testosteron bertanggungjawab atas semua pertumbuhan ciri-ciri sex sekunder lelaki seperti otot badan yang besar, bulu di seluruh tubuh badan dan pembesaran halkum di tekak.
Testosteron dihasilkan lebih banyak pada lelaki berbanding perempuan. Sebab itu lelaki lebih sasa dan berotot, lebih berbulu dan suara lebih garau berbanding perempuan.

Gen yang tepat pula memberi maksud bahawa bulu di muka hanya akan tumbuh bergantung kepada genetik dan keturunan lelaki tersebut.
Dengan kata lain, boleh jadi juga seorang lelaki itu melimpah ruah testosteron dalam badan dia tapi tidak bertumbuh juga misai, janggut dan jambang hanya kerana gen dia tidak tepat.
Dah keturunan tak berbulu, nak buat macam mana, kan?

Maka,
untuk memudahkan cerita, aku yang hanya tumbuh misai dan janggut tapi tak tumbuh jambang ni kemungkinan besar tidak mempunyai gen yang tepat untuk jambang.
Dengan kata lain, kemungkinan besar sampai ke tua laa aku hanya mampu berangan nak jadi Wolverine.
**tekup muka di bantal dan menangis teresak-esak**

Dan biar aku bagitahu dulu,
aku yang hanya lebat misai dan janggut sangat tak kacak.
Sangat macam walrus....
Aku berharap sangat aku dapat tumbuh jambang.

Bagi tujuan rujukan, inilah walrus.


Sumber Wikipedia

Disebabkan November pun bakal melabuhkan tirai,
mari kita sama-sama ber-'Movember' pada November tahun hadapan pula.
Yaay...


Aku macam berminat nak kongsi info tentang kanser prostat,
mungkin akan datang aku akan buat satu entri khusus.
Agak-agak ada yang nak baca tak?






.




Nov 19, 2014

Pyrexia Manusia Biasa.


Minggu lepas aku bercerita tentang teman 15 tahun,
minggu lepas juga, aku demam.









Trait jarang demam membuatkan sekali ianya berlaku, seluruh badan aku umpama lumpuh dan tidak bermaya.
Selalunya bila tekak rasa kering dan bila mahu telan air liur pun rasa perit, maknanya dalam antara 24jam hingga 48jam kemudian aku akan demam.
Itu petanda awal yang selalu aku dapat ramal tentang diri sendiri.
Selain buang air, isi air, dan isi perut, waktu demam aku akan habis di atas katil berselimut tebal.
Aku tak mampu untuk jadi produktif sewaktu demam melanda.

Cikgu biologi aku dulu cerita,
demam adalah tanda kita manusia normal.
Pesta proses suap-balik negatif yang berlaku di seluruh badan untuk mengembalikan diri ke keadaan normal.
Badan panas, kepala pening, sendi lemah, semua itu hanyalah proses sementara semasa badan berusaha untuk kembali berfungi normal.
Sebab tu jangan merungut dengan demam.
Demam perlu untuk kembali normal.
Demam itu petanda kita manusia.

Namun,
demam juga satu cara untuk aku mengenali diri aku sendiri.
Seharian terlantar di atas katil dengan sensasi dan perasaan yang bercampur baur memberikan aku masa yang panjang untuk muhasabah diri.
Apa yang penting, apa yang tidak.
Apa paling nak dibuat, apa yang sekadar membuang masa.
Siapa dalam ingatan, siapa sekadar di pinggiran.
Demam membuatkan aku kembali pertimbangkan semula landasan kehidupan yang sedang dan bakal aku lalui.

Tapi bila badan terlalu lemah dan akal masih ligat,
separa sedar, aku seolah-olah berada dalam halusinasi sendiri.
Aku nampak sesuatu yang tidak ada.
Aku dengar sesuatu yang tidak wujud.
Malah, aku nampak diri aku sendiri sedang memandang aku.

Bagi setengah orang, itu pengalaman yang menakutkan.
Tapi bagi aku ianya hanya petanda aku normal.
Aku suka jadi normal.
Aku suka normal.
Normal itu hebat.

Bagi setengah orang, demam itu perkara remeh.
Makan ubat, berehat, kemudian sembuh.
Sedangkan banyak perkara yang boleh dipelajari dari demam.
Terutamanya tentang diri kita sendiri
dan itulah yang aku belajar dari demam aku.

Trait juga mengatakan demam aku tak lama.
Selalunya 24jam terlantar, jam ke-25 aku sudah boleh menari salsa.

Demam aku minggu lepas membuatkan aku tekad nak sambung belajar...
...dan aku sangat nak makan aiskrim.



.




Nov 12, 2014

Selamat Tinggal, Teman 15 Tahun!








Seperti yang ramai sedia maklum,
minggu lepas, manga kegemaran ramai, NARUTO sudahpun tamat.
Selepas 700 chapter, selepas 15 tahun.

Bayangkan,
seperti seorang kawan yang aku mula kenal 15 tahun dahulu.
Setiap minggu ada sahaja ceritanya.
Walaupun kadang-kala terputus berita berminggu-minggu, tapi bila kembali bertemu, aku akan catch-up sampai habis.
Kawan bertukar menjadi sahabat.
Aku belajar sangat banyak darinya.
Belajar sesuatu yang tidak diajar di kelas.
Belajar tentang kepentingan mempunyai cita-cita.
Belajar tentang semangat tidak berputus asa.
Belajar tentang erti sebenar keluarga dan persahabatan.
Belajar tentang 'nakama'; satu istilah yang pada aku tiada perkataan terbaik boleh diterjemah dalam bahasa kita.
Bukan sahaja belajar perkataannya, malah siap ada contoh panjang lebar dari si watak utama cerita, Uzumaki Naruto.

Call me sentimental,
tapi bila diumumkan manga Naruto bakal tamat (pada beberapa chapter sebelum 700), aku jadi terkedu.
Bayangkan seorang teman yang sekian lama bersama dan sudah banyak mengajar kita, akhirnya berkeputusan untuk pergi.

Ridiculous,
tapi antara perkara yang selalu buat aku bergenang bak ada ninja halimunan memotong bawang di sebelah adalah filem hindustan dan manga.
Dan untuk kali ini, manga Naruto sendiri.

Aku selalu berkata yang aku membesar dengan Dragon Ball.
Tapi hakikatnya Dragon Ball hanya memori masa kecil aku.
Manakala, Naruto pula aku mula baca dari episod satu sewaktu zaman sekolah dulu lagi sehinggalah sekarang zaman tak berapa nak sekolah dah.
Jadi, secara asasnya, aku memang membesar dengan Naruto.
15 tahun bro...

Sh*t, mata bergenang lagi...

Aku cuma harap aku dapat kawan yang macam Naruto.
NO! Aku nak jadi Naruto kepada kawan aku.

Walaupun sudah seminggu lebih tamat, tapi sebahagian dari aku masih berada dalam peringkat penafian dari model Kübler-Ross 'Five Stages of Grief'.
Aku masih tak dapat terima manga Naruto sudah tamat.
Aku rasa Kishimoto-sensei saja buat prank besar-besaran.
Satu dunia kena troll dengan dia.

But yet sebahagian lain dalam diri aku tahu semuanya sudah tamat.

Ya.
Walaupun sudah diumumkan akan ada New Era Naruto atau dalam bahasa mudahnya 'sequel', tapi sila bagi aku satu contoh cerita yang sequelnya lagi bagus dari original.
TAK ADA!

Perpisahan ini lebih teruk dari kena putus dengan awek.
But sh*t, life must go on!
**drama sungguh**

Apa-apapun,
terima kasih Kishimoto-sensei.
Nanti aku ada anak, aku akan suruh anak aku baca Naruto juga.




Imej di bawah ini adalah rumusan pengajaran kesemua 700 chapter manga Naruto dalam satu panel.





.




Nov 2, 2014

Entri Tulis Tangan








.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: