Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 28, 2014

Review Buku: Hotel K.


Entri ini khusus untuk Sarah.
Dia yang suruh aku buat review buku ini.
Dia kata dia nak tahu jenis buku apa yang aku baca.

Aku rasa aku memang seorang pembaca yang setia,
dari komik, surat khabar, blog, papan tanda jalan, label belakang kotak barangan, label di ubat gigi, label jenama pengeluar yang tertulis di hujung jamban mencangkung, sampailah ke nombor plat kenderaan di hadapan aku semasa sedang aku menunggang motosikal,
semuanya aku baca.

Cuma aku kurang minat membaca buku, sebab baca buku perlukan komitmen.
Hehehe.
Tapi aku tahu, dengan membaca buku aku mampu dapat maklumat yang mungkin aku tak tahu jika aku tidak membacanya.
Disebabkan maklumat amatlah penting pada zaman globalisasi masa kini,
maka membaca buku adalah satu keperluan untuk terus hidup.

Memandangkan aku tak selalu baca buku,
maka aku tidak tahu format sebenar nak buat review buku.
So, bear with me, please.

Cukuplah mukadimah.


Beberapa bulan lalu aku beli satu buku ini.
Aku selalu terfikir,
bila orang buat salah, ditangkap, dan disabitkan kesalahan,
dia kemungkinan akan dipenjarakan.
Tapi apa pula yang berlaku semasa di penjara?
Adakah si pesalah berubah ke arah positif?
Ataupun apabila sekumpulan orang buat salah dikumpulkan di dalam satu tempat, maka perkara negatif menjadi lebih dominan?

Sebab itulah aku beli buku Hotel K ini.




Naaahhhh..
Sebab utama aku beli buku Hotel K ini adalah kerana tajuknya ada huruf K.


Hotel K bukanlah cerita fiksyen.
Ianya termasuk di dalam genre 'Non-fiction/ True Crime'.
Kisah di dalamnya ialah kumulatif kepada pengalaman penghuni penjara di Bali, Indonesia yang dipanggil Penjara Kerobokan.
Kisah dan pengalaman itu dikumpulkan oleh Kathryn Bonella, selaku penulis buku ini.
Penulis bukanlah penghuni Hotel K, tapi dia berulang alik masuk keluar Hotel K untuk menemubual para penghuni.

'Hotel K' datang dari namanya, Hotel Kerobokan,
di mana walaupun ianya sebuah penjara, namun hakikatnya lebih kepada perihal sebuah hotel.
Dengan kuasa wang, sesiapa sahaja yang menghuninya mampu memiliki hampir apa sahaja, sama ada tempat tinggal yang selesa, makanan yang sedap, bilik yang menghadap pantai indah Bali, mahupun dadah, arak, perkhidmatan seks dan jika kena dengan nilainya, mereka juga mampu memiliki kebebasan dan boleh keluar dari 'hotel' itu bila-bila masa yang mereka suka.

Semuanya dengan kuasa wang.

Dadah, pesta arak, seks bebas.
Disebabkan ianya terletak di Bali, sebuah destinasi pelancongan terkemuka dunia, maka penghuni Hotel K terdiri daripada golongan yang pelbagai; orang tempatan, pelancong asing, selebriti, malah pemimpin tempatan dan luar negara turut sama 'menghuni' hotel ini.

Penulis menceritakan satu persatu pengalaman penghuni Hotel K,
bermula dari jenayah yang mereka lakukan sehinggalah kehidupan mereka selepas disabitkan kesalahan.
Disebabkan penulis menceritakannya sebagai orang ketiga, maka kita yang membaca seolah-olah boleh melihat kejadian yang berlaku terhadap mereka di depan mata kita (dengan bantuan sedikit imaginasi laa).

Lama kelamaan, dari satu mukasurat kepada satu mukasurat yang lain, kita akan mula berasa 'familiar' dengan para penghuni yang diceritakan, sehingga mampu kenal personaliti masing-masing.
Untuk aku, aku sampai ada satu watak (penghuni) kegemaran dalam buku ini, iaitu Ruggiero dari Brazil.

Antara penghuni-penghuni lain yang turut diceritakan ialah Iwan Thalib yang ada makmal ekstasi di dalam Hotel K, Saidin yang masuk Hotel K sebab potong kepala orang, Gabriel yang suka surfing berasal dari Amerika, Juri dari Itali yang berkahwin di dalam Hotel K, Ronnie Ramsay yang merupakan adik buangan kepada jutawan chef, Gordon Ramsay, beberapa penjenayah yang digelar Bali Nine, dan juga kisah tentang Imam Samudera yang bertanggungjawab ke atas peristiwa pengeboman kelab malam di Bali beberapa tahun lepas.

Cerita yang diceritakan adalah sisi lain tentang kesemua mereka.
Walaupun digelar penjenayah dan banduan, tapi mereka juga manusia.
Mereka ada sisi baik mereka sendiri.

Namun, korupsi membuatkan mereka terpaksa teruskan kelangsungan hidup tanpa mengira baik atau buruk. Pegawai penjara yang gemar memerah wang penghuni, sistem penghakiman yang berlandaskan siapa kaya dia menang, teman satu jel yang baik dan dalam masa sama tidak boleh dipercayai, semuanya berteraskan wang.

Semakin aku semakin menghampiri 301 mukasurat ceritanya,
aku berasa seperti rasa tidak mahu menghabiskan buku ini,
bukan kerana ianya tidak bagus,
tapi kerana aku tidak mahu mengucapkan selamat tinggal kepada watak-watak dalam buku ini.

Aku rasa kebarangkalian aku dan kalian untuk masuk penjara memang rendah,
(unless kalau muka hodoh merupakan satu jenayah, please arrest me...)
jadi dengan membaca buku ini, sedikit sebanyak kita dapat merasai pengalaman bagaimana kehidupan di penjara, walaupun bukan kita yang laluinya.
Ianya mengambil masa 3 bulan untuk aku (yang tak sukakan komitmen membaca ini) habis baca, jadi aku rasa kalian yang hebat membaca ni mesti sekejap dah boleh selesai, kan?


Kalau kalian jenis yang gemar novel tentang kena kahwin paksa dan lepas tu terjatuh cinta dengan pasangan sendiri tanpa disedari, Hotel K memang bukan untuk anda.

Hotel K boleh didapati di kedai buku terkemuka berdekatan anda.




.




Sep 24, 2014

"Boleh tahan PERVERT juga kau ni..."


Salam.
Minggu lepas aku bercerita tentang bulu atas kepala,
kali ini aku mahu berkongsi sesuatu tentang wallpaper...






Putih lawannya hitam.

"Kira okey laa aku guna wallpaper gambar perempuan,
kalau aku guna gambar lelaki, nanti lain pula ceritanya..."

Hujah di atas pernah berlaku di kalangan kawan-kawan aku,
sampaikan aku sendiri guna trick yang sama bila wallpaper aku ditanya oleh adik perempuan aku.
Memang basic manusia bila sesuatu perkara dipertikaikan,
dan kemudian perkara itu dibalas dengan sesuatu yang lebih logik,
orang yang pada mulanya mempertikaikan akan kemudian menerima keadaan seadanya.

"Kenapa lambat?"
"Okey laa lambat, daripada tak datang langsung..."

"Mahalnya..."
"Mahal pun, kalau bermutu apa salahnya..."

"Jahatlah kau ni..."
"Ala, orang lain ada lagi jahat dari aku tau..."

Apa yang banyak orang gagal untuk fikirkan ialah,
tidak menggunakan wallpaper gambar perempuan tidak bermaksud kena guna wallpaper gambar lelaki.
Berlambak lagi gambar lain boleh dibuat wallpaper.
Gambar permandangan, kartun, abstrak, gambar kereta dan lain-lain.

Lawan kepada putih bukannya hitam.
Lawan kepada putih ialah 'bukan putih'.

Dari perspektif lain, aku cukup benci orang senyap-senyap berdiri di belakang semasa aku di hadapan komputer.

Post-scriptum:
Sorry for the seriousness tone in my post.
Lately mood tak ada sangat, nak lukis pun malas
(tu yang satu je yonkoma tu, selalunya aku buat 3 untuk satu entri).
Bukan sebab tak ada idea, tapi lebih kepada malas nak convert idea ke atas kertas.
Aku dalam misi mencari sesuatu yang dapat meningkatkan mood diri.
Kerja dalam keadaan berulang-ulang membuatkan aku cepat bosan dan hilang motivasi.

Jadi untuk memecahkan tone serious dalam post ni,
aku ada satu soalan:
'Apa lawan kepada tahi?'





.




Sep 21, 2014

'Crush' Pandang Pertama.










.




Sep 17, 2014

Yang Botak Hanya Sementara.



Salam,
sebelum ini aku bercerita tentang sebab kenapa aku botak,
minggu ini sambung sedikit lagi tentang kebotakan.









Memang bergenang mata masa nak keluar kedai gunting rambut tu.
Bila nampak tukang gunting sapu rambut aku yang bertaburan di atas lantai,
rasa semacam je...
Macam sebahagian dari aku hilang.
Rambut-rambut yang pernah menjadi peneman aku di kala susah senang,
kini berpisah dari badan dan disapu umpama sampah.
Bila difikirkan, aku sedikit tertekan.

Tapi hidup kena terus...

Botak tak semuanya mudah.
Minggu pertama, aku menjadi bahan jenaka kawan-kawan.
Macam-macam nama diberi.
Ayat yang memang standard macam 'Kau nampak macam si polan ni laa..' itu memang biasa.
Asal tak samakan aku dengan orang yang tak elok, aku OK je.

Tapi,
rambut botak memang sementara.
Aku tak pasti hormon terlebih atau genetik,
tapi rambut aku memang cepat panjang.
Ikutkan, tak sampai tiga minggu botak, kini rambut aku dah boleh sikat.

Respek dan tabik untuk mereka-mereka yang mampu kekal botak.
Maknanya, mesti selang seminggu dua mereka akan pergi trim
atau beli mesin sendiri dan trim di rumah.
Pendek kata, nak kekal botak pun kena ada jagaannya juga, kan?

Hmm...
Tetiba rasa nak pergi trim.




.




Sep 10, 2014

Rambut Oh Rambut #6 [Penyelesaian Sakit Kepala]


Salam,
jom bercerita tentang rambut dan sakit kepala...











Ya, sudah 10 hari aku botak.

Pening kepala tidak lagi datang menyerang.
Kepala rasa ringan macam baru lepas bebas beban.
Bila mandi, boleh rasa air mengalir kena kulit kepala.
Lega ooo...
Tak ada masalah dah kalau tak sikat rambut pun...Hehehe

Tapi botak pun ada buruknya.
Songkok dan kopiah kini sudah longgar.
Helmet moto pun bila pakai ada ruang banyak, boleh berpusing kepala sebab longgar.
Kalau nak keluar ke luar, kena pakai topi sebab direct sunlight boleh buat kepala pening dan sakit-sakit yang lain.
Belum cerita hujan lagi,
kalau kena titis air hujan rasa macam kena ketuk kepala sakitnya sebab dah tak ada rambut nak serap hentaman.

Tapi apa-apapun botak memang best!
Ada kata muka aku macam Joe Flizzow.
Ada kata macam FBI (Faizal Ismail)...Gah Gah Gah!

Siapa lagi botak dekat sini?
Jom ngaku cepaaaat!




.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: