Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 29, 2014

Cerita Ramadhan Tahun Lepas.


Selamat menyambut bulan Ramadhan 1435h.

Sempena Ramadhan ini,
aku ingin menceritakan satu kisah di bulan Ramadhan tahun lalu yang terjadi kepada aku. Setahun aku tunggu semata-mata nak ceritakan kisah ini. Alhamdulillah, nyawa masih ada dan peluang sekali lagi diberikan-Nya untuk aku lalui Ramadhan.

Kisah ini bermula pada awal bulan Ramadhan tahun lalu.
Aku singgah di bazar ramadhan di pekan tempat aku tinggal.
Pelbagai juadah ada. Lauk-pauk banyak jenis, kuih-muih pelbagai rupa, air minuman bermacam warna.
Semuanya suasana biasa sesebuah bazar ramadhan...
...kecuali satu.
Seorang gadis di gerai jual murtabak.

Perhatian aku tertarik ke arah gadis gerai murtabak ini.
Bukan semata-mata sebab dia cantik...hm...macam mana nak kata ek?
Memang tak dinafikan dia memang menarik perhatian, tapi bukan kecantikan dia yang menarik perhatian aku, tapi keadaan dia.

Dia, pada aku, kelihatan sangat tak suka dengan kerja yang dia buat, iaitu jual murtabak.
Nampak sangat muka dia tak ikhlas.
Senyum apatah pula, tak pernah ada langsung.
Dari segi pakaian pula, aku boleh kata yang dia memang berpakaian bukan untuk menjaga gerai murtabak.
Disebalik apron yang dipakai, aku tahu pakaian dia sangat tak sesuai.

Gerai murtabak itu dijaga tiga orang selalunya.
Si gadis tu selalu jadi bahagian pembungkusan dan duit (front face),
manakala dua lagi (lelaki dan perempuan, mungkin emak dan abah dia) berada di belakang masak murtabak ikut keperluan.

Aku dapat jangka bahawa dia bekerja di gerai itu atas paksaan,
mungkin paksaan kedua-dua ibubapanya.
Sebab itu jelas di wajah dia yang dia tak ikhlas.

Disebabkan berminat, aku beli murtabak di gerai itu.
Maknanya, aku berurusan jual beli dengan gadis itu.
Aku order, dia bungkus, aku bagi duit, dia pulang duit baki, selesai.
Dia langsung tak pandang muka aku, apatah lagi senyum.
Muka dia masam sepanjang masa.

"Harap muka je cantik, tapi tak mesra langsung..."
Mungkin itulah rungutan para pelanggan lain, tapi bukan aku.
Pada aku, memandangkan hobi aku ialah melihat gelagat manusia,
maka dia sangat menarik untuk aku perhatikan.


Dijadikan cerita,
setiap selang dua-tiga hari, aku akan beli murtabak dari gerai dia.
Setiap kali aku beli, aku akan berurusan dengan dia.
Setiap kali aku berurusan dengan dia, aku akan ucap terima kasih.

Dan setiap kali berurusan, aku dapat rasakan gadis itu semakin berubah.

Sehinggalah di satu hari pertengahan bulan Ramadhan,
selepas selesai urusan membeli, ketika aku berterima kasih kepada dia,
dia menjawab kembali,
"Terima kasih."

Itu kali pertama aku dengar suara dia.
Not bad.

Untuk hari-hari pembelian seterusnya,
sebelum sempat aku sebut terima kasih, dia sudah ucapkan akad
"Saya jual."
Dengan senyuman, aku jawab, "Saya beli."


Di pertengahan 10 hari terakhir Ramadhan,
aku dapat rasa ini mungkin kali terakhir aku membeli di bazar.
Sebabnya pada waktu itu gerai di bazar semakin kurang
dan disebabkan adik-adik aku balik ke rumah, maka makanan kebanyakan dimasak mereka, jadi aku tak perlu beli di bazar lagi.

Untuk kali terakhir, aku datang ke gerai murtabak itu.
Si gadis itu berdiri seolah-olah menunggu kedatangan aku.
Dia mula sapa, "Nak beli murtabak, bang?"
"Niatnya begitulah," balas aku.
"Hari ni kami last, bang. Esok dah tak buka gerai."
"Oh, jadi hari ni spesial-lah ye?"
"Spesial untuk abang, saya letak extra satu."

Perbualan kami berlarutan beberapa minit,
topiknya berkisar kepada kampung tempat bakal beraya.

Dari perbualan akhir yang singkat itu,
aku rasa dia sudah banyak berubah.
Dia semakin ikhlas berniaga walaupun pada mulanya jelas seperti terpaksa.
Dia juga semakin murah senyuman walaupun awalnya muka masam mencuka.
Kalau dulu langsung tak pandang muka, namun akhirnya aku mampu pertahankan perbualan selama beberapa minit.

Dan yang paling menarik pada kau ialah
aku mampu melihat dia senyum.
Dan seperti wajah dia, senyuman ikhlas dia sangat cantik.
Senyuman yang tidak boleh disifatkan dengan kata-kata.

Untuk itu, aku bertuah.


Pengajaran bagi cerita ini
bukannya aku nak suruh kalian bahawa stalk gadis jual murtabak, BUKAN!
Pengajaran yang aku nak kongsikan ialah setiap manusia ada potensi untuk jadi lebih baik, apatah lagi di bulan Ramadhan ini.
Maka rugilah mereka-mereka yang tidak memanfaatkan Ramadhan ke arah kebaikan.

Aku juga harap Ramadhan kali ini aku boleh berubah jadi lebih baik dari sebelumnya.
Bukannya tunggu Ramadhan baru nak jadi baik, BUKAN,
tapi gunakan Ramadhan sebagai pemangkin diri untuk jadi lebih baik.

Jadi,
kalau ada kawan-kawan yang berubah baik di bulan Ramadhan,
janganlah kita perlekehkan dia dengan berkata,
"Hek eleh, bulan puasa jadi baik. Bulan lain macam kacang hantu."
Bagilah sokongan dan dorongan kepada mereka untuk berubah
seperti kita perlukan sokongan dan dorongan untuk berubah.



Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa.




.




Jun 22, 2014

The Abah Story.


Last week (15 June 2014) was the father's day.
As expected, my timelines were flooded with praises and pictures of fathers. Everyone was trying to show how awesome his/her daddy was, like it was a race or something.
No. It was great to show appreciations especially toward father but too many of something was kind of like...hm...boring?
Nevertheless, some were sharing good stories, but others just to celebrate.

So,
for my story not to be engulfed by other stories, I waited one week to share about my Abah.
..and this is my story of Abah.

When I was a little snot, I was taught not to manifest my problems through facial dan behaviour expressions. Somehow, it makes me seem like I'm the one with no problems, a cheerful and happy-go-luck type of person. But as human, I also have my own issues.

Last week, I was in my lowest pit of morale. When all your efforts seem not to be in any fruition, you have nothing to feel except to feel down. But yet as a very good life actor i am, no one ever notice it.

Proceeding the story, my parents informed that they were going back to kampung on three-day weekend. So as for the weekend, there would be only me and my two sisters. Then a weird moment came in action.

"Will you please water the plants when I'm gone?"

Bizarred, Abah asked me a favour. It was weird because as a man, Abah never asked his sons any favour. Never. Especially when there were two of his daughters around. Why me? Why not asked my sisters as you always did?

"..and talk to the plants while you're watering them. It helps the plants to grow healthy and happy."

As a biology major, I never heard anything about talking to plant will make it healthier, or happier, or at least not scientifically proven. But as a good son I'm pretending to be, I agreed to water his garden while he's gone.

Day 1 (Friday).
I watered the plants just once before dusk, without talking to them. For me, it was unheard of to talk to plants. I might be mistaken as a crazy man with a sad love back story. Watering plants just took 10 minutes, which was for me it's okay.

That night I wondered, what if I give it a try.

Day 2 (Saturday).
I went to water the plants in the morning. While showering them with water from a pail, I tried to talk to them. From a simple topic like the hot weather, I realized I went too far when I was about to talk about my issues. Then I stopped. Never realized it already took 30 minutes of my time. I was too enjoying it.

That noon, as the soliloquy hit me, I couldn't deny that talking to the plants somehow eased me.

So that evening, second time for the day, I watered the garden again. This time I was all in. I talked mostly about myself and my problems. I complained about my luck. I carped like a carp. I even whined like a swine. Seriously, it effectively helped me ease my feeling.

Day 3 (Sunday).
As I was about to water the garden for the morning session, I realized something. The thing that made me felt ease was not talking to the plants, but to talk about the problems. It was nice having someone (something) to talk to, especially about problems and life issues. It might not solve the problems, but at least the problems was not being kept inside me and rotted.

For the last two sunday sessions, I kept it simple. I was just asking about the plants' conditions, touching their leaves, branches, roots just to make them felt appreciated. Being connected with nature somehow ease the sore inside me, and for that, I thanked them.

But mostly, I thanked my Abah for asking me the favour. I learned a life lesson; not to keep problems to oneself. Find a listener. Talk about your problems.

"How the plants? Did you watered them?" Abah asked right after his return.

"Of course I did-lah, Abah. I even sang to them."

I am not sure Abah asked me to do the chore on purpose but I would like to think that because he saw me in my lowest state that he would ask me to do it as to ease me. Maybe it's his little way to say that he cared.

For that, thank you Abah.
You may not the world greatest dad, but you definitely MY greatest dad.

Here's my drawing of you riding a shark, as you have always dream of.







Sebaldi aku berpeluh nak menulis dalam english.
Sekali-sekala tulis dalam english, memang penat otak nak kikis karat.
Maklumlah, hidup lama sangat dalam negara bangsa sendiri...hahahaha.

Kalau ada tersalah tatabahasa atau ejaan tu,
kalau nak betulkan, silalah.
Kalau nak buat bahan pun aku tak kisah.
Hidup kan satu proses pembelajaran. Gah Gah Gah!


post-scriptum:
Jumaat lepas Abah aku kemalangan motosikal di sebelah pagi. Alhamdulillah, dia selamat. Dia pengsan di tempat kejadian, dibawa ke hospital dan terima 14 jahitan di muka. Dapat MC 5 hari.
Tapi, yang bawa bebelan kepada emak aku ialah walaupun dia kemalangan sebelah pagi, tapi ahli keluarga tiada seorang pun diberitahunya. Dia melarang sesiapa hubungi keluarga semasa di hospital. Lepas keluar dari hospital, dalam keadaan badan dan tangan berbalut dan muka berjahit, dia ke pejabat dan sambung kerja dia macam biasa sampailah petang habis waktu pejabat baru balik. Kami di rumah hanya tahu bila dia sampai ke rumah selepas melihat keadaan dia. Dia juga sempat pesan dekat rakan sepejabat dia supaya jangan bagitahu ahli keluarga dia. Katanya, "Nak buat surprise!"

Emak aku merah muka tahan marah.

Doakan Abah sembuh cepat ya.




.




Jun 11, 2014

cEromonogatari : Piala Dunia 2014












Musim bola sudah tiba.
Yang misterinya, ada jenis manusia yang dari tak pernah tahu tentang sukan bolasepak terus jadi penganalisa strategi bolasepak professional dalam masa satu malam.






Apa kata kalian isi dialog untuk panel-panel di atas di dalam ruangan komen.
Dialog yang kelakar dan menarik akan aku kongsi di...er...er...
Facebook, Twitter dan Instagram.
Hehehe...



.




Jun 8, 2014

Tanpa Tajuk #10


Hai, nama aku cEro.
cE berbunyi 'se' seperti dalam 'bola sepak',
ro berbunyi 'ro' seperti dalam 'road to brasil'.
Ini adalah entri tanpa tajuk ke-10.



Entri tanpa tajuk ialah entri ringkas berkisar tentang perkara yang berlaku sekeliling aku.
Perkara-perkara yang penting dan ringkas yang terlalu pendek untuk dijadikan satu entri khas tapi harus juga aku berkongsi dengan semua,
semuanya aku kumpulkan di dalam satu post.
(Sebenarnya Tanpa Tajuk adalah entri yang aku buat bila aku malas menterjemah idea dalam otak. GAH! GAH! GAH!)

Tanpa melengahkan masa,
mari kita mula....



1. Hotel K

Pendek cerita, aku ada terbeli satu buku kisah non-fiction bertajuk Hotel K.
Aku pernah terbaca sinopsisnya ntah dekat mana dulu, tapi aku tahu buku ni memang best.
Masa singgah kedai buku hari tu, aku ada terselak buku yang tak dibalut, so ada aku baca dua tiga muka surat.
Aku berminat, aku beli.

Walaupun aku sedar aku bukanlah pembaca buku yang bagus, tapi aku rasa aku nak habiskan buku ni sesegera mungkin.

Buku ni hasil tulisan seorang penulis biografi yang buat kunjungan ke sebuah penjara di Bali, Indonesia yang dipanggil Hotel Kerobokan (Hotel K).
Kisah dalam penjara ini bukan seperti kisah penjara lain. Mereka 'bebas' dan memiliki kehidupan sendiri seperti seks, dadah, keganasan dan pelbagai lagi.

Yup, itu yang berlaku bila kita kumpulkan para pelaku jenayah dari pelusuk dunia di bawah satu bumbung.

Apa yang membuatkan aku tertarik dengan buku ini ialah satu ayat dari bahagian 'foreword' buku ini yang berbunyi:

One of the prisoners in Nusakambangan told me that hearing a genuine laugh was 'better than sex', as it was so rare - the death row inmates surrounding him didn't have much to be joyful about.

Nusakambangan ialah bahagian penjara yang menempatkan penjenayah yang sedang menunggu hukuman mati.

Pada aku,
pengalaman sebegini sangat jarang dapat dibaca, apatah lagi kepada manusia seperti kita ini yang tidak pernah tahu bagaimana kehidupan di sebalik tembk tinggi dan tirai besi.

Ini pula ayat penulis tulis dalam 'dedication page':

This book is dedicated to anyone travelling to the tropical paradise of Bali.

Be careful. It could be a holiday you never forget.
Even one ecstacy pill could cost you tens of thousands of dollars
and a stint in the hellhole of Hotel Kerobokan.

Jadi, kepada backpackers di luar sana....
Hati-hati.








2. Selamat Tinggal Zombi...

Jika kalian baca entri lama aku yang ini,
kalian akan tahu betapa aku suka game zombi dalam telefon aku ini.

Tapi,
kini, setelah berbulan-bulan aku setia bermain,
aku harus mengucapkan selamat tinggal kepada game tersebut
kerana aku terpaksa uninstall game itu.

Sebab-sebab aku uninstall game yang aku suka ini ialah:

1. Kerana game itu, aku jadi anti-sosial.
2. Kerana game itu, waktu tidur aku jadi tunggang langgang.
3. Kerana game itu semakin berat, henfon aku jadi lambat.

Keputusan itu diambil selepas aku berfikir semasak-masaknya,
jadi aku rasa tidak akan ada penyesalan selepas ini.

Banyak memori manis tercipta bersama game itu.
Tapi aku yakin, banyak lagi memori manis boleh aku cipta selepas game itu tiada.

Goodbye Violet...
I'll miss you the most...







3. Yonkoma

Baru-baru ini,
aku berminat nak mendalami ilmu seni yonkoma.

Yonkoma adalah satu jenis format comic-strip yang mempunyai 4 kotak panel untuk satu jalan cerita.
Bahasa mudahnya,
yonkoma tu komik 4 kotak yang selalu kita baca dalam manga,
kadang-kadang dalam paper, kadang-kadang dalam majalah,
dan baru-baru ni ada dalam blog aku [klik sini]

Mula-mula aku fikir yonkoma ni mudah.
Alaaa, apa susah. Kena lukis komik 4 kotak je...
Sekali, bila aku cuba sendiri, yonkoma bukan semudah yang aku fikirkan.

Aku pun study penuh page wikipedia yonkoma dan segala link yang diberi di bawahnya...
(Kalaulah aku semangat macam ni masa study dulu...**mengeluh**)

Disebabkan jalan cerita kena diisi ke dalam 4 kotak sahaja,
maka jalan cerita kena pendek, kemas dan masih mempunyai poin-poin penting yang nak diceritakan.
Itulah cabarannya.
Memasukkan hanya poin yang penting dalam kotak yang terhad.
Malahan, setiap kotak ada peranan tersendiri.[Rujuk sini]

Contoh komik yang guna yonkoma ada banyak,
tapi yang paling mudah dan dekat dengan kita ialah komik Lawak Kampus oleh Keith.
Aku antara peminat komik Lawak Kampus, dan aku pasti korang pun sama.

Bila difikirkan,
sehingga entri ini ditaip, Keith sudah keluarkan 20 jilid komik Lawak Kampus dengan lebih kurang 110 muka surat berisi dua (2) yonkoma.
20x110x2 = 4400 yonkoma sudah dilukis Keith dengan lawak yang berkesan dan tidak berulang.
Sekarang, beritahu aku, 4400 yonkoma tu sikit ke banyak?

Dan untuk tujuan lebih mengenali yonkoma,
aku decide untuk baca Lawak Kampus dalam simpanan aku semua semula dari awal jilid 1.
Bertitik-tolak dari itu,
akan datang, mungkin lebih banyak yonkoma bakal aku lukis.
Dan kalian pun cubalah lukis yonkoma sekali...


xxxxxx


Baiklah, itu sahaja untuk kali ini.

Jumpa lagi di entri tanpa tajuk yang akan datang.
Dan ingatlah, selagi ada nyawa dikandung badan, tuntutlah ilmu.


Good luck!



.




Jun 1, 2014

Tentang Jamban, Alien dan Anna.




Untuk mencapai cita-cita aku menakluk dunia,
aku perlu maju ke depan.

Untuk maju ke depan,
aku perlu selidik dan iktiraf kelemahan serta kelebihan diri.

Antara kelemahan diri aku yang nyata selain daripada malas ialah
aku langsung tak pandai nak lukis perempuan.



Namun,
antara kelebihan diri aku ialah
otak aku mampu untuk berfungsi dengan ligat tatkala aku berada di dalam jamban.

Ya, betul.
JAMBAN.
Lebih 80% idea dalam blog ini hasil cetusan idea ketika di dalam jamban.

Maka,
ini adalah salah satu kisah di antara ribuan idea yang aku perolehi ketika berada di dalam jamban.



Kalian tahu kan di barat,
bila identiti seseorang tidak dapat dikenalpasti
mereka akan dilabel 'John Doe' untuk lelaki
dan 'Jane Doe' untuk perempuan?

Di Jepun,
nama Yamada Taro digunakan untuk lelaki
dan Yamada Hanako pula untuk perempuan.

Malah di Malaysia,
kita akan gunakan nama Si Polan bin Si Polan
atau Si Polan binti Si Polan untuk mereka yang tidak dapat kita kenalpasti.

Kalian boleh baca lanjut tentang nama gantian untuk negara-negara lain di sini dan di sini.

Masalah dengan nama-nama ini,
ianya telah dibataskan dengan sempadan negara, bangsa dan bahasa.


What if...
Apa jadi jika satu hari kita mampu berhubung dengan hidupan lain di luar batasan planet bumi. Contohnya, kita mampu adakan hubungan diplomasi dua hala dengan alien kepala bujur mata besar. Apa jadi bila bangsa kita tidak lagi terhad kepada kita sesama manusia (Homo sapiens sapiens)?

Apa satu nama manusia yang boleh wakilkan kita sebagai bangsa Bumi?
Satu nama generik yang melewati batas negara, bangsa, agama dan bahasa?


Jadi
semasa aku bertapa di dalam jamban, aku dapat satu jawapan.



Untuk perempuan, aku rasa nama paling 'Bumi' sekali ialah ANNA.

Kenapa Anna?

Secara rambang,
aku rasa Anna (atau variasi daripadanya seperti Anne, Annie, Ani atau Ana)
adalah nama yang ada dalam setiap negara dan bangsa tanpa kedengaran pelik.

Sebagai contoh,
Malaysia kita ada Ana Raffali.
US ada Anna Kendrick.
Di Jepun kita ada Iriyama Anna.
Anna Smith adalah pemain tenis dari UK.
Siapa tak kenal Anna Kournikova dari Russia.
Cina pun ada, Anna Wong.
Aku tahu ada rakyat India nama Anamilli.

Mungkin tak sempurna,
tapi 'Anna' adalah satu nama yang sangat tidak asing dalam mana-mana kelompok masyarakat bumi.

Nama Anna begitu ringkas, semua orang boleh sebutnya tanpa diganggu slang bahasa masing-masing.
Anna juga hanya terdiri dari dua huruf, dan kedua-duanya adalah antara huruf paling biasa dalam bahasa seharian.
Anna adalah nama terbaik mewakili manusia perempuan.

Jadi,
jika satu hari ada alien culik seorang perempuan dari bumi,
dia boleh namakan perempuan itu sebagai 'Anna'.
'Anna dari Bumi'.

Jika anda bernama Anna,
anda harus berbangga kerana nama anda adalah nama yang generik, mewakili segenap umat manusia.

InsyaAllah akan datang kalau aku ada anak, aku akan namakan dia sebagai Anna, (dengan syarat bakal isteri aku bukan seorang Anna. Hahahaha).



Untuk nama lelaki pula,
bila aku nak masuk analisa bab nama lelaki paling 'Bumi',
aku diganggu dek kerana ada orang ketuk pintu jamban bagitahu ada 'kecemasan'.
Maka,
analisa aku pun terbantu di situ.

Tapi,
kalau nak difikirkan,
anatara dua nama paling popular di atas bumi ni ialah 'Muhammad' dan 'Lee'.
Namun,
kedua-dua nama tersebut sudah lekat stereotaip tertentu.
Seperti contoh, Muhammad adalah nama untuk orang Islam
dan Lee pula kedengaran lebih orient.
Maka,
dua nama ini kurang sesuai dijadikan nama lelaki wakil planet Bumi disebabkan nama-nama tersebut dibayangi batas demografik.

Aku ada terfikir 'Adam' sebagai nama generik lelaki,
tapi entahlah...tak pernah pula aku dengar orang Jepun nama Adam.

Kalian ada cadangan untuk nama lelaki?





Akhir kata,
aku masih belum faham rahsia jamban yang sebenarnya dan kenapa bila aku masuk jamban, otak menjadi super ligat. Masa duduk depan laptop, or atas katil, or depan TV takde pula seligat tu.

Kalau aku rajin belajar sikit masa dulu-dulu,
mungkin aku dapat fikirkan penyelesaian kepada masalah dunia yang lebih besar seperti contoh ubat mutlak merawat kanser ataupun formula kepada keamanan dunia sejagat.

Tu laaa,
sapa suruh malas belajar dulu...




...and for the record,
aku belum tengok Frozen.




.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: