Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 27, 2014

cErolian Kini Menakluk Peranti Pintar Anda.


Pergh! Tajuk skema tak boleh pergi!








Alhamdulillah.
Blog ini maju setapak lagi dengan memiliki aplikasi android sendiri.
Dengan hanya sekali klik, kalian boleh baca blog aku di mana-mana sahaja sama ada di jamban, depan bakal mak mertua, mahupun semasa meeting dengan klien yang membosankan.
Tiada lagi alasan tak dapat buka blog sebab tak ada komputer.

Apps itu bertindak sebagai link ke blog.
Kita masih lagi boleh hantar komen sama ada sebagai pengguna akaun Blogger, akaun Google mahupun sebagai Anonymous.
Jikalau mobile view agak membosankan,
satu klik sahaja kita boleh tukar ke full view.
Tapi perlu diingatkan, full view guna banyak data,
so mobile view pun dah cukup untuk baca entri.

Oh ya, juga diingatkan apps ni perlukan network connection.
Alaaa, kedai mamak sekarang semua dah ada wifi.
Apedehal kan?

Saiz apps tak besar pun, tak sampai 1Mb pun.
Dengan ikon yang menarik dan comel (batuk-batuk),
aku jamin tak rugi install apps ni di gadget android kalian.






Jadi,
dalam misi aku untuk menakluk dunia,
aku sudah boleh tick kotak checklist aku untuk memiliki apps blog sendiri.
Seterusnya,
mungkin aku nak culik artis popular untuk dijadikan pencuci jamban rumah aku kot.
Hehehe.

Download ye, jangan tak download.
Lepas download, try, dan bagilah review dalam Play Store ye.
Bagi komen dalam post ni pun boleh.
Thanks :)





.




55 comments:

  1. Replies
    1. @Prince of Noob
      Thank you Boss...
      Lpas ni rerajin laa update...hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. @Shafina
      Thanks Pina! Review tau...Review!

      Delete
  3. Fuyoooo canggih takleh tahan *install*

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Alaaa, sikit je...baby step kata orang....heheh

      Delete
  4. alamaakk dalam apple kat apps store tadek ke? :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Alaa, belum lagi laa cik...insyaAllah in future...hehehe

      Delete
  5. walaweiiiii. aku nak install pastu, 'insufficient storage'

    tunggu beli henset mahal sikit. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @miranadia
      Alaaaa, tak sampai 1Mb pun, takkan tak cukup? hehehe

      Delete
  6. Jap jap, aku nak install gak ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Thank Ojin...ko bila pula? hehehe

      Delete
  7. Done installing..so pasni jgn lmbt2 updet lak. Dah advance skrg ni kan?

    Anyhow, well done bro. Tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Haryz Khairuddin
      Thanks Haryz!
      Hahaha..update kena ikut mood jugak...huhuhu

      Delete
  8. Betul ke tak ni?

    Psychology attacks.

    Itu adalah salah satu kemampuan/ability aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius ni bro, aku boleh buat orang takut dengan pandangan aku ,cero .
      (Aku dah install Dah)

      Delete
    2. Bro, cukup2 laa berangan power segala bagai...
      Belajar rajin2 dulu, itu baru power yg sebenar!

      Delete
    3. Pengetahuan itu adalah kuasa yang sebenar.

      Delete
  9. oh, karang2 kot aku install... buat masa ni aku ok lagi baca blog via mobile view... hahah ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Ala, apps ni sama mmg pakai mobile view blogger. Cuma ianya agak mudah sbb ko tak payah lg bukak browser phone n taip link dkat address bar...

      Delete
    2. oh ic, naruhodo ne... aku kalo nk view blog via android, aku just gi kat google search bar, just type cerolian, otomatis naik link blog ko... n mcm tu je caranya aku apply utk browse blogs member2 yg lain... via keyword search, heheh ;3

      Delete
    3. @plain83
      Oooo...nampak sgt pengunjung setia ni...hehehe
      Thanks Plain :)

      Delete
  10. Yo, kau ada kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Power bender?

      Delete
    2. O ya, aku tak perlukan power, aku memang dah ok

      Delete
    3. Seriously aku dah malas nak layan kau...
      Sama ada kau comment dlm blog ni yg berkaitan dgn post entri aku je, atau aku padam semua komen tak bermakna kau.
      INI PEMBERITAHUAN TERAKHIR!

      Delete
    4. Apa? Aku tak paham

      Delete
    5. KALAU KAU KOMEN YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN ISI POST AKU,
      AKU DELETE!

      FAHAM?

      Delete
  11. Replies
    1. @Razfira
      utk iOS belum lagi...insyaAllah dlm masa2 yg akan datang...
      Android takde?

      Delete
  12. Cero ,apasal Captain What pakai boxxer.

    Ps: Cero, aku dah berjaya . Pasal nasihat kau tu aku dah buat , aku dah pergi sapa semua budak kat sekolah yang aku kenal. Ada senyum , ada yang jawab "baik", ada yang puji aku, ada yang "hai five" tangan aku dan ada yang buat tak tahu serta ada yang kata "kau ni bakpe?".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru dua hari, Tapi apa sebabnya kau suruh aku buat macam tu, cEro?

      Delete
    2. Eh ,lupa pulak , masa aku buat apa yang kau suruh tu , aku ada tegur seorang cikgu dengan beri salam . Lepas tu cikgu tu cakap "bagus ! Cuba lagi!" Lepas tu, aku ada tegur budak yang baru lepas kena rotan dengan cikgu disiplin, lepas tu aku cakap "apa khabar , kau ok tak?" Lepas tu, dia cakap "boh! Koya baik blah lah , sakai...." ( benda jadi masa aku dalam perjalanan nak balik ,masa aku tengah lalu dekat surau sekolah.) dan macam-macam lagilah ragam cikgu, murid,makcik sapu sampah dan pengawas yang aku dah tegur.
      Ps: aku buat semua ni masa waktu datang sekolah/ dalam perjalanan ke kelas,masa waktu rehat dan dalam perjalanan keluar dari sekolah/ waktu balik. Kawan peramah aku tu ada tanya "kenapa kau peramah sangat hari ni?" Sekarang, aku dah rasa sikit ok.

      Delete
    3. Terima kasih ,cEro. Sebab sekarang ni ramai dah budak yang nak tegur aku. Tapi, apa tujuannya,cEro?

      Delete
    4. Kau sendiri ada jawapan apa tujuan aku...
      Cubalah fikirkan.

      Delete
    5. Hmmm ok, aku akan fikir

      Delete
    6. Aku ada banyak lagi jawapan , tapi nanti kau delete plak.

      Delete
    7. Lantak kau lah....

      Delete
    8. Aku dah cakap, tapi kau tak faham-faham jugak.
      AKU KATA KALAU KAU KOMEN PERKARA YANG TAK ADA KAITAN DENGAN POST,
      AKU DELETE!

      Dekat bahagian mana yg susah nak fahamnye ayat aku tu?
      Malas doh nak layan kau. Tak reti bahasa.

      Delete
    9. Mana satu ni , aku cuma nak bagi jawapan ,supaya kau paham apa yang aku fikir . Aku ni dahlah sensitif ,orang selalu kata aku ni sensitif. Ntah ntah kau pun sama macam diorang . Mengarut tak tentu pasal, semua orang ingat aku bodoh, mengarut,kebudak budakan ,lurus bendul, sensitif dan ntah ntah apa apa. Kepala otak diorang fikir aku macam tu, aku ni cuma pelajar sekolah yang kuat berangan. Memang pun, aku sedar semua tu. Bila aku buat sesuatu ,mesti diorang gelak kan aku. Aku beri salam pun ,kena gelak jugak. Aku rasa macam bunuh semua orang yang aku tak suka kat dalam dunia ni, semua orang same je. Baik aku pergi mampus sorang sorang.

      Delete
    10. Diorang semua menyampah tengok aku, aku sejuta kali ganda lebih benci kamu semua.

      Pergi mampus lar korang semua ,aku tak kisah pun. Aku hidup aku, korang hidup korang. Aku lebih suka jadi penjahat ,dari orang baik yang ntah apa apa ntah ,ini semua dah mengarut.

      Kau nak padam komen ni,padam lah aku dah tak peduli pun.

      Delete
    11. Kau buat laa suka hati kau.
      Aku malas nak layan.
      Kalau nak komen, komen yg ada kaitan dgn post.
      Kalau ada kaitan aku reply.
      Kalau tak ada kaitan aku delete.
      Mudah.
      Sama ada kau nak terima, itu terpulang kepada kau.
      Penat dah nak melayan kau.
      Aku buat baik, kau besar kepala.
      Bila besar kepala, kau mula mengarut.
      Kau ingat aku tak penat ke bila buka blog nak baca komen pembaca, tetiba ada kau yang mengarut jauh dari tajuk?
      Penat doh!
      Berubahlah. Belajar rajin-rajin dulu.
      Kurangkan berangan tu. Banyakan belajar.
      Kalau kau baik, aku layan.
      Kalau kau buat tahi, aku delete.
      Ingat! Dunia tak berputar keliling kau.

      Delete
    12. Memang pun, aku tahu tu,dan aku memang boleh agak jawapan kau .Itu mudah, sebab aku ni MAD SCIENTIST. AKU MEMANG SUKA MENGARUT DAN MERABAN. WALAUPUN aku tak nak berangan, tapi itulah yang aku selalu aku buat . Mende tu yang paling aku benci , tapi bende tulah yang paling aku suka.Walaupun aku cakap dah taknak peduli ,tapi aku tetap peduli jugak . Aku memang mempunyai pemikiran yang mengarut dan meraban, dan kadang kala, aku rasa macam nak keluar kan otak aku dan Betulkan apa yang patut. Tapi itu mengarut.

      Bagi aku, " TIADA APA YANG MUSTAHIL DALAM DUNIA INI, TAPI AKU HARUS BERUSAHA"

      Delete
    13. Satu lagi, aku memang tak boleh kawal pemikiran dan emosi aku.Tapi,setiap manusia ada kekurangan dan kebolehan yang tersendiri.Bagi aku ,itu memang betul dan tepat.

      Tengok, aku dah mengarut!

      Delete
    14. Baik tak payah reply, padam je belaka komen aku ni, makin lama ,aku makin tak betul.

      Delete
    15. MAD SCIENTIST?
      Payah betul orang kuat berangan tak dengar kata camni...

      Delete
    16. Tiba-tiba aku ada satu idea...
      Apa kata aku tak buang komen kau di atas ni...
      Aku biarkan.
      Satu hari nanti, aku harap bila kau sudah sedar tentang perangai tak dengar kata kau tu, kau datang sini balik dan tengok apa yang kau pernah buat di sini.

      Seriously kau gelar diri MAD SCIENTIST buat aku gelak ketawa nak pecah perut.
      Mad scientist tak habiskan masa bagi komen dekat blog picisan macam ni laa dik oi...

      Delete
  13. tudia pelik jugak ada manusia yg rajin gila drop komen sampai tahap tu cero.

    fuhhh ada apps dah cerolian? power! power! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      install laa ana...hehehe

      Bab manusia kuat berangan tu, nak tengok sikit panas punggung tak bila tak boleh komen...hehehe

      Delete


  14. what captain what? awat nama dia captain what?

    whoaa dah maju dahh!
    handset cikai tak dapat nak donlod, cap cokia je,tak canggih ada android bagai, baca kat laptop je mampu.

    dah kenapa dengan anonymous kat atas tu? kengkadang rasa kesian, kengkadang rasa pelik, kengkadang rasa cuak pun ada bila baca comment dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Captain What akan datang kpd sesiapa yg ada soalan 'what?' atau 'apa?'. Dialah hero kita yg sedang berada dlm kebuntuan...hahahah

      Anon tu mmg aku pun pening sikit melayan dia....
      Bila layan, dia besar kepala cerita perkara2 yg tak kena tempat.
      Bila tak layan, dia siap kasi warning kata nak bunuh aku, suruh aku layan dia...
      Senang cerita, tutup je komen utk anonymous...senang. Hehe

      Delete
  15. Replies
    1. @Marou Apple Hijau
      Biase-biase je...
      Dah install belom? hehehe

      Delete
  16. Replies
    1. @Kaito Kid
      Buasir otak dah ada laa...try cari dlm google play...

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: