Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 31, 2014

Biru, Kuning, Merah, Putih #Merdeka57





31 Ogos 2014.
Selamat Hari Merdeka ke-57.

Apa aku buat untuk sambut merdeka?
Biar aku ceritakan dari mula...

Oh ya, post ni ada banyak gambar,
so aku minta maaf kalau berat dan lambat loading.
Memang aku sengaja.



Satu hari aku ke Daiso, sebuah kedai milik bekas penjajah kita dulu.
Aku pun beli kipas yang juga dikenali sebagai uchiwa.
Kipas ni kosong, tiada corak,
kita boleh lukis apa yang kita suka di atasnya.



Di atas adalah bahagian kipas yang boleh kita lukis corak.
Putih macam kertas kosong, kecuali ianya ialah pelekat.
Boleh dilekat lepas dah siap lukis nanti.

Imej idea dah muncul dalam kepala.



Aku mulakan kerja mencorak aku dengan pen marker biru.
Pen Artline Multi Pen 1.0 warna biru ni aku dapat lepas selongkar khazanah alat tulis aku.
Tak sangka pula ada.
Guna pen tu, aku lukis bentuk bulat pelbagai saiz.

Dari corak di dalam gambar di atas,
aku tahu kalian dah dapat teka apa yang aku nak lukis, kan?



Cikgu seni aku sekolah rendah dulu mesti marah kalau tahu aku guna warna gelap dulu sebelum warna cerah.
Pen warna kuning ni pun Artline Multi Pen 1.0.
Katanya 'For use on virtually any surface'...
Agak-agak aku conteng muka boleh hilang tak?



Giliran warna merah.
Kali ni pen Artline 210 Medium 0.6.
Aku suka gila pen ni, smooth dan tak leceh macam Multi Pen sebelum ni.
Rugi tak beli macam-macam warna dulu...



Muka belakang kipas pun kena corakan juga.
Aku decide buat belang-belang merah putih je, ala-ala design Tenga (kalau kalian tahu apa tu Tenga, aku jadi tukang gelak je. Yang tak tahu jangan cuba nak tahu, nanti menyesal.)

Kenapa aku buat sama macam corak yang depan?
Sebab kalau sama tak best. Tu je alasan aku.



Ini design belakang yang sudah siap.
Perasan tak aku buat frame dekat keliling sempadan dia?
Aku buat macam tu sebab masa sebelum ada frame tu, aku nampak corak macam ada yang tak cukup.
Jadi lepas buat frame, baru rasa puas. Hehehe.



Lepas tu masuk proses tampal plastik.
Tampal plastik sebab nak buat kipas kalis air.
Peluh merecik, air liur tersembur atau hingus meleleh tidak lagi menjadi masalah kepada kipas ini.
Plastik ni tak ada dalam set masa beli dekat Daiso.
Aku beli lain dekat kedai alat tulis.



Sekarang,
corak depan dan belakang sudah siap.
Proses seterusnya ialah proses paling leceh,
iaitu proses tampal pada badan kipas.



Proses ni leceh sebab ianya 'one time only'.
Kalau salah tampal, senget, tak align, atau apa-apa cacat cela,
maka dah tak boleh nak repeat.
Kalau cacat, maka cacatlah ia.

Alhamdulillah, segalanya selamat.
Tak cacat.
Dia punya fokus nak buat proses ni sama macam fokus masa duduk tepi kolam renang perempuan ambil exam subjek genetics, cuma masa exam tu aku langsung tak fokus sebab penjaga dewan peperiksaan dia cun.



...dan...
TAAARAAAAA!

Aku sudah siapkan uchiwa dengan corak bendera Malaysia.
Kipas ni akan berada di Dataran Merdeka hari ini (31 Ogos) sebab akan dibawa seseorang untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan di sana.
Aku pun pergi.
Tapi rasanya masa kalian baca entri ni,
aku dah balik rumah kot...hehehehe


Bila aku tunjukkan uchiwa ni dekat tukang kritik, dia bertanya,
"Kenapa guna corak bulat-bulat? Kenapa tak warnakan terus semua?"

Jawapan aku,
"Corak ini ada makna tersirat. Satu bulatan sama ada warna biru, kuning, mahupun merah tidak melambangkan apa-apa yang istimewa. Tapi apabila bulatan itu bersama yang lain, berada di tempat yang betul pada masa yang betul, maka terbentuklah imej Jalur Gemilang. Ianya adalah perumpamaan untuk perpaduan. Satu tidak bererti apa, tapi apabila bersama kita mampu membentuk sebuah bangsa."

Itu ayat PR (public relation),
sebab sebenar aku guna corak bulat-bulat ialah kalau aku penuhkan seluruh kertas guna pen, warna akan jadi tidak sekata dan berbelang-belang. Lagipun nanti pen aku cepat habis dakwat. Kena laa kedekut sikit. Hehehe

Itu yang aku buat untuk sambut merdeka tahun ni.
Aku belum mampu nak didik masyarakat, jadi biarlah aku didik diri sendiri dulu.
Sebab tak kira siapa aku, di mana pun aku,
Malaysia-lah tempat yang paling aku sayang.
Sebab Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta.

Selamat Hari Merdeka ke-57.




.




30 comments:

  1. Selamat hari merdeka, Cero.. (dalam hati rasa nk kidnap je kipas itu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dea Day
      Alaa, handmade je...
      Kalau ko tgk in person mesti tak menarik...hehehe

      Delete
  2. selamat haru merdeka cEro.. disni lahirnya sebuah cinta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Haru pon boleh, ojin...hehehe

      Delete
  3. Sekali pandang corak bulat2 tu mcm kolaj..smart kipas ni..good one

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      tu laa psal...sekali kipas je, angin yg kena tu terasa mcam bagi semangat merdeka yang membuak-buak.
      (ayat tak nak poyo lagi...)
      hehehehe

      Delete
  4. cun idea n design, bleh juai nih, atau buat hadiah contest/giveaway blog pun cun... aku ada kipas plastik jepun nih, beli kat bonodori festival penang dulu, tahan lama betoi kipas ni, best guna time panas atau bila letrik takde... heheh ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Kipas jenis ni mmg angin dia mak aih, kuat!
      Aku pakai masa layan perarakan merdeka hari tu, sampai orang belakang aku pun tumpang angin kipas ni...hehehe

      Delete
    2. Oh betul, angin kipas tangan yg ni mmg power semacam... patutlah ada cerita legend nippon yg ada ckp psl kipas tangan ajaib yg boleh buat ribut... hahah

      Delete
    3. @plain83
      Aku pernah dgr cerita tu...
      Siap ada reference dlm satu episod Dragon Ball bila ada bukit terbakar Goku perlukan kipas utk padam api tu...
      Dlm doraemon pun ada alat mcam kipas ribut tu...

      Delete
  5. rajinnya cero buatkan kipas bendera ni.. part buat corak bulat2 tu betoi gak kan kalo kaler direct gitu je msti kaler x sekata pastu ink cpt habes kikiki bijak betol la cero ni bab sep ink =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      bak kata pepatah,
      'orang kedekut selalu untung...'

      ok aku reka pepatah tu...jangan percaya...hehehe

      Delete
    2. "orang tamak selalu untung" <-- yg abg long aku selalu pesan kat aku =P

      Delete
    3. @anamizu
      Hahaha...betul2...
      selalu dengar org kata camtu...
      Tapi untung orang tamak tak berkekalan...heheh

      Delete
  6. pergh penat gila kot nak bulatkan 1-1..huhu..
    tapi awesome beb..salam merdeka cero..

    btw, tenga tu sama dengan jenga ke?heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Memang penat pun, tp rasa best sbb boleh main2 dgn bulat2...hehe

      Tenga tu, kalau tak tahu, jangan nak tahu...hehehe

      Delete
  7. Replies
    1. @plain83
      uiihhh!!!
      Ko tau ke plain?

      Delete
    2. Ciciciii... never underestimate the knowledge (lah sgt...) of a fellow deviant artist (dA), for we know many things that most ppl should not know ;p

      Delete
    3. @plain83
      Hahaha...patutlah. Tak terkejut kalau kau tahu memandangkan ramai pelukis yg japan-oriented mmg akan tahu...hahahah

      Delete
  8. Fuyooo.. kreatif tu! Kalau bulat2 lagi menarik daripada kalerkan semua terus kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Ibnu Ramli
      Tapi buat bulat2 mmg penat...tp berbaloi...hehe

      Delete
  9. kau memang kreatif. aku jeles betol dengan orang2 cenggini

    ReplyDelete
    Replies
    1. @miranadia
      Terima kasih. Semua orang kreatif. Aku mungkin kreatif dlm hal2 camni, tp orang lain kreatif bab lain pula, kan?
      Hehe

      Delete
  10. hebatnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @shada wentz
      **selak rambut dgn efek berkilau di mata**
      Biasa je laa Shada...hehehe

      Delete
  11. whoaa cantik cantik cantik!
    dapat agak dah sebab takut habis dakwat.HAHHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Alkisah org tak berduit yg kedekut, begitulah ceritanya...hehehe

      Delete
  12. Alahai comelnya kipas tu.. tolong buat 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Marou Apple Hijau
      Semangat sgt sampai nak dua..hahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: