Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 28, 2014

Maaf Zahir dan Batin. #Eid







Senja tiba langit nan gangsa,
Sayup kedengaran takbir bergema;
Sebulan sudah kita berpuasa,
Kini Syawal datang menjelma.

Sayup kedengaran takbir bergema,
Tanda kebesaran pujian kepada-Nya;
Kini Syawal datang menjelma,
Marilah kita meraikannya.

Tanda kebesaran pujian kepada-Nya,
Sujud menghadap Yang Maha Mencipta;
Marilah kita meraikannya,
Saling bermaafan sesama kita.

Sujud menghadap Yang Maha Pencipta,
Salam bersalaman berlapang dada;
Saling bermaafan sesama kita,
Jangan lupa pada yang tiada.

Salam bersalaman berlapang dada,
Kunjung mengunjung khabar bertanya;
Jangan lupa pada yang tiada,
Kirimkan doa pohon redha-Nya.

Kunjung mengunjung khabar bertanya,
Tidak kira miskin atau yang kaya;
Kirimkan doa pohon redha-Nya,
Kuucapkan selamat hari raya.



Saya, cEro, dengan rendah diri ingin memohon maaf andai terkasar bahasa tersilap kata kepada sesiapa sahaja yang di luar sana.
Andai ada salah dan perlu diselesaikan secara peribadi,
sila jangan segan berhubung dengan saya.

Seperti pesanan saya pada raya-raya yang lepas,
jika anda membaca entri ini pada hari raya pertama, kedua dan ketiga,
saya dengan lembut memohon agar anda berhenti membaca
dan berhenti menghadap apa jua alat elektronik (komputer, henfon, tablet, gadget dan sebagainya)
dan pergilah meraikan hari raya bersama jasad manusia yang nyata.

Berkunjunglah ke rumah saudara mara, rakan taulan dan jiran tetangga.
Merekalah yang bakal mendoakan kita ketika kita tiada kelak.
Bukannya status atau tweet di dalam laman sosial.

Sekali lagi,
saya memohon maaf andai terkasar kata.


Selamat hari raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin :)



.




26 comments:

  1. Selamat Hari Raya, cEro!

    Maaf zahir dan batin

    Dari: Heroes Reborn,saguru hakuba,shuichi akai,kaito kuroba,kid the phantom thief,subaru okiya dan aku ky

    ReplyDelete
    Replies
    1. adolf hitler? buruk?

      Delete
    2. Eeeh lupa adolf hitler, dia pun ucap juga

      Delete
    3. Yelah cero ,baju raya kau warna apa?

      Delete
  2. Aku boleh bagi banyak komen pada bulan syawal. Tapi aku hanya beri sedikit komen kepada kamu, agar kamu tahu yang aku baik pada bulan Syawal ini.

    Dari: HITLER

    ReplyDelete
  3. Salam lebaran cEro, 0-0 lah kira...
    #MatematikAidilfitri

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      0-0 plain.
      Maaf salah silap...
      Selamat hari raya :))

      Delete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Aku baca entri ni pada hari raya ketiga. Dua hari aku langsung tak buka blog, tak tweet, tak fb tak instagram. Koh koh koh ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Haaaaa...
      Itu yg kita mau...
      Semangat beraya namanya tu ojin...heheeh
      Selamat hari raya :))

      Delete
  5. selamat hari raya. lambat lak wish huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Prince of Noob
      Selamat hari raya Boss...
      Lambat wish takpe, maksudnya seronok sakan beraya namanya...hehehe

      Delete
  6. salam lebaran cEro. maaf segala salah silap.
    aku baca ni pada raya ke berapa dah harini ea? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Selamat hari raya ana...
      Sama laa aku pon, maaf salah silap ye...
      Aku reply ni raya ke-7...hehehe

      Delete
  7. salam aidilfitri..

    start dari aku emel ko lepas terima buku KAMI, sampai hari ni, baru bukak internet..hahaha..berita pun aku xlayan, sibuk beraya n layan sedara mara je..tv sekadar sumber untuk tido je..ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. @aku_ein
      Peeeerrggghhh!!!
      Itu namanya raya sakan tu...hehehe
      Dapat kutip duit raya tak? Hehe

      Delete
  8. Replies
    1. For as long as comment ni ada di sini, dan ada orang baca,
      kau akan dapat dosa free...
      Live with it.

      Delete
    2. Ooo classy anon.. BTW, Happy Eid Cero!

      Delete
  9. selamat hari raya cero! since ak xbukak twitter so blog ko ngn blog ak sume ak tak bukak... 0-0 ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @cinderella besar sikit je
      Hehehe...raya sakan ni...
      0-0 jugak :)

      Delete
  10. kejap. Ni hari raya keberapa eh? HAHHHAHA.
    Selamat Hari Raya cEro! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Kalau ikut time aku reply ni, hari ni raya ke-13...
      Hehehe

      Delete
  11. Cero, boleh ke minum air kopi o dengan durian ?

    Ps: Macam bahaya je....

    ReplyDelete
  12. hensem gilaaa cero! haha

    selamat haghi ghayaaa! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @shada wentz
      Hensem tu mmg dah ada dlm diri dah...hehehe
      Selamat hari raya Shada!!!

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: