Dear cErolian,



Jika anda sedang baca teks ini,
bermakna kita sudah berada di pertengahan bulan April.
Walaupun waktu rehat untuk aku sudahpun tamat, tapi aku terpaksa hadapi satu lagi ujian. Ujian kesihatan.
Aku dapati seluruh sendi pada badan aku semuanya menjadi lenguh. Bukan sebarang lenguh, tapi lenguh tahap rasa nak tercabut. Aku rasa ianya bukan simptom denggi, sebab aku langsung tak demam.
Mungkin lebih kepada kepenatan yang melampau rasanya. Mungkin selepas satu dua hari, sembuhlah aku.
Walau bagaimanapun,
entri SETIAP HARI SELAMA SEBULAN APRIL tetap ada. (Yaay!)
Harap kalian dapat teruskan membaca dan sudi-sudilah tinggalkan komen sementara aku sedang terbaring di atas katil sambil meronta-ronta dek kerana sendi-sendi badan yang terasa nak tercabut.
Doakan aku sembuh ya!

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 30, 2013

Lipas VS. Dunia: Himpunan Lipas



Tahu tak apa yang lipas tengah buat sekarang?
Aku tak tahu.







"Be close to your friends, and closer to your enemies."

Ntah siapa punya quote,
tapi aku memang berpegang kepada kata-kata itu.
Dan lipas adalah salah satu musuh aku.

Sekarang,
aku dengan rajinnya sedang menelaah dari pelbagai sumber
yang berkaitan dengan lipas, dengan harapan,
kalau aku mengenali lipas dengan lebih 'intim',
aku akan dapat berfikir dengan pantas, logik dan berkesan
ketika sudden encounter dengan makhluk berkenaan.
Tak laa aku terjerit macam perempuan kena raba.

Satu perkara yang aku tak tahu adalah
apa kebaikan lipas di atas muka bumi ini?
Aku tahu, setiap makhluk ciptaan Tuhan ada peranan masing-masing.
Jadi, apa peranan lipas?
Itu yang aku cari...

Dan, tahukah kalian tentang lebah?
Kalau lebah pupus atas muka bumi ni,
manusia akan pupus dalam masa 4 tahun.
Itu menurut Einstein.

..dan gelombang talian telefon bimbit mampu mengganggu kehidupan lebah yang bergantung kepada medan magnetik bumi untuk pergi cari madu dan pulang ke sarang dengan selamat.
Dengan kata lain, dengan menggunakan henset,
kita 'bunuh' lebah, dan bakal mengakibatkan kita 'terbunuh'.

Ok, another fact untuk semua
supaya post aku ni bukan isi kosong saja.
Perut berbunyi (keroncong) seperti yang kita selalu alami bila lapar
dipanggil Borborygmus [bawr-buh-rig-muhs] (kamus/wiki) dalam English.

Ok.
Dari cerita lipas kepada lebah dan diakhiri dengan keroncong perut.
Aku dah makin teruk melencong.

Entri lain mengenai lipas:
Lipas Makhluk Sempurna.
Lipas VS. Dunia.





.


Jan 27, 2013

The Arch-Nemesis: The Unsettling Issue


Baiklah!
Ramai-ramai ucapkan selamat kembali kepada aku
walaupun kehilangan aku di blogosphere tak memberi apa-apa kesan terhadap sesiapa.
T_T

Tahu tak apa sebab aku menghilang?



Aku menghilang sebab laptop aku (satu-satunya sumber internet aku) rosak!

Okay.
Obviously itu bukan cerita sebenar.
(dan obviously henset aku bukan jenama NOKLA)
Cerita sebenar ialah
semasa dalam bilik, laptop aku ada atas katil, dan aku tengah berdiri dekat dengan tingkap sebab henset aku tak dapat line (sila rujuk entri ini untuk lebih lanjut), aku terasa amat marah dengan henset aku bila dengan tiba-tiba henset terpadam dan ter'restart', aku pun mencampakkan henset aku ke atas katil. Malangnya, atau mungkin karma, henset aku melambung-lambung akibat dari keanjalan dan keempukan katil aku dan seterusnya terus melambung menghentam laptop aku tepat di kawasan sebelah kiri bawah laptop mengakibatkan harddisk laptop rosak. 320GB hilang begitu sahaja.

Untungnya, laptop masih elok.
Tapi harddisk rosak dan tak boleh diperbaik.
Natijah,
320GB data tidak dapat diselamatkan.
Downloaded tv series macam The Mentalist, Supernatural, The Big Bang Theory, The Walking Dead (dll) SEMUA HILANG.
Favorite music videos dan porno yang aku kumpul dari 2009 HILANG.
E-books, e-comics dan games kegemaran SEMUA HILANG.

Lepak laa...Semua tu kan boleh didownload balik?

Bukan itu sahaja,
Entri untuk siri Vorteks yang aku buat sampai episod 24, SEMUA HILANG.
Semua double dan draft untuk entri blog sama ada yang dah lepas atau yang tidak dipublish, SEMUA HILANG.
Lukisan digital, lukisan scan dan doodle yang aku buat suka-suka tapi aku sayang SEMUA HILANG.
Kertas kerja projek aku nak buka company sendiri, SEMUA HILANG!

Ooh, itu semua kau boleh buat balik, kan? Tapi cuma kena kerah otak je..

Ada lagi...
Gambar kenangan aku untuk semua aktiviti aku tahun 2009-2012 SEMUA HILANG.
Gambar hari raya, gambar kenangan bersama keluarga.
Gambar aku berdua dengan Lisa Surihani dulu, gambar banyak aku dengan si dia dulu.
SEMUA HILANG.
..dan semua tu tak boleh dicari semula.

Kalau ada yang perlu dipersalahkan, aku salahkan diri.
Kalau aku boleh kawal marah aku sedikit, tentu segalanya tidak sebegini.

Laptop aku sekarang kosong.
Aku ganti harddisk baru 500GB (itu je yang mampu).
Tapi, apa yang lagi kosong adalah hati aku.
Semua usaha, semua kenangan, semua harapan, SEMUA HILANG.

Tapi tak apa.
Aku sudah berada dalam 'acceptance stage' dalam The K├╝bler-Ross model (5 stages of grief), padahal aku stuck lama dalam denial dan bargaining stage.

Tapi aku tetap bersedih.
SEMUA HILANG DOOOOOH!




.


Jan 2, 2013

6 Resolusi Aku Untuk Tahun 2013.


Selamat tahun baru 2013.
Tahu tak apa topik favorite awal tahun?
Azam tahun baru!


Tahun baru datang lagi. Kini 2013.
2013 adalah tahun pertama dengan empat angka berbeza selepas terakhir tahun 1987.
Dengan kata lain, kalau korang lahir selepas 1987,
2013 adalah tahun pertama korang dengan empat angka berbeza.
Tak percaya?
Tengok sendiri angka-angka dalam tahun selepas 1987.

Seperti biasa,
aku akan perbaharui azam aku tahun lepas.
Banyak azam tahun lepas aku tak tertunai,
tapi aku buat keputusan tak mahu bawa ke depan.
Sebaliknya, aku revise sikit azam tu bergantung kepada kemampuan aku sekarang.

Berikut adalah ENAM azam aku untuk tahun 2013.




Sudah dua tahun berturut-turut,
aku berazam hendak buat 50 perkara baru dalam setahun.
Tapi kedua-dua tahun tersebut (2011 dan 2012) aku gagal penuhi 50.
Jadi, tahun ni aku kurangkan sikit, jadi 25 sahaja.

Oleh sebab angka dah kurang,
jadi aku letak syarat tambahan.
Kalau dulu 50 itu termasuk perkara remeh seperti
'pertama kali pandu van' dan 'pertama kali tidur berdiri'.
Tapi tahun ni, untuk 25, adalah perkara-perkara yang lebih signifikan,
seperti 'pertama kali bungee jumping' atau 'pertama kali masuk penjara'.

Perkara pertama dalam kepala aku ialah nak main laser tag untuk kali pertama.
Tapi, disebabkan aku tak rasa kawan-kawan aku minat laser tag, jadi aku mungkin kena buat perancangan yang lebih jitu.

Korang ada perkara yang nak ajak aku join buat kali pertama?
Ajak laa, ajak laa...





Penderma darah biasa hanya boleh derma darah setiap tiga bulan.
Bermakna, dalam setahun
seorang penderma biasa hanya boleh derma maksimum 4 kali.

Tapi, tahun sebelum ni, aku dah dinaiktaraf jadi penderma aferesis tetap.
Maka, aku boleh menderma setiap dua minggu,
dengan maksimum pendermaan 26 kali setahun (huyoo!!)
Tapi, aku letak 10 kali je laa sebab aku rasa 2013 bakal jadi tahun sibuk bagi aku.

Apa yang seronok derma darah?
Masa aku masuk hospital untuk pembedahan hari tu,
aku hanya kena bayar harga barang yang aku pakai sahaja.
Yuran wad, pembedahan, dan semua ubat-ubatan adalah percuma, hanya kerana aku dah menderma darah sebanyak 28 kali.
Jimat hampir 60% bebeh!





Aku banyak tabung.
Tapi tabung aku tak pernah penuh.

Jadi, tahun ni, aku nak pastikan tabung aku penuh sampai tahap tak boleh masuk lagi.
Disamping untuk kumpul duit, aku juga nak tahu feeling memegang tabung yang penuh.
Poket penuh duit syiling pun dah rasa berat,
agak-agak kalau tabung penuh, mesti berat gila melampau, kan?

Duit yang terkumpul, aku nak buat belanja kahwin (teeeeeet!!)





Umum tahu aku bukanlah pembaca yang setia.
Sebenarnya, aku bukan tak suka membaca.
Aku selalu kena marah sebab suka baca surat khabar masa makan malam.
Kalau pagi-pagi makan cereal, aku akan habis baca kotak cereal tu.
Waktu berak juga, aku suka baca apa yang tertulis dekat shampoo, pencuci muka, ubat gigi dan segala yang ada tulisan.

Jadi, aku rumuskan, aku bukan tak suka baca.
Aku hanya tak suka baca novel (teeeeett!!)

Maka, tahun ni, aku akan habiskan baca semua buku cerita yang aku ada.
Aku akan mulakan dengan novel yang seorang kawan aku hadiahkan ni hampir 2 tahun lebih yang lepas.
Kalau kau baca entri ni, maaflah.
Bukan tak hargai novel yang kau bagi, cuma....
aku tak boleh nak fokus bila baca novel.
Masa baca novel, mesti ada perkara yang lebih menarik.
Contohnya, tengok semut berjalan dalam barisan. *batuk batuk*





Aku rasa, aku lagi suka tunggang motosikal dari pandu kerata.
Kenapa?
Aku pernah cerita dulu,
feeling angin menyapu pipi lagi best dari feeling angin aircond mencium pipi.
Tapi, hasilnya, muka aku akan lekat habuk.

Balik ke topik.
Aku nak naik taraf lesen B2.
Aku berangan nak ada sebijik moto kuasa besar (600cc atau 1000cc)
Tapi bukan sekarang la.
Mungkin dalam 2-3 tahun lagi.
Tapi, aku tetap nak buat lesen B penuh tahun ni.
Boleh rembat moto kawan aku pergi rempit sampai ke siam.
Hehehe...





Lastly,
tahun 2013 ni, aku nak kuasai satu bahasa asing.
Bahasa apa aku tak decide lagi.
Tapi, sama ada bahasa yang baru, ataupun mungkin aku polish lebih bahasa asing yang pernah aku belajar dan ada basic.

Belajar bahasa memang best.
Rugi oo siapa yang ada kesempatan tapi tak nak belajar.
Aku rekomen kepada kalian, belajar laa bahasa sementara usia otak masih muda.
Dah tua nanti, nak belajar pun dah tak masuk dah.


xxxxxx


Itulah enam azam aku tahun 2013.
Aku amat berharap aku dapat penuhi azam aku ni.
Bukan apa, kalau kita sama je setiap tahun
kan bermakna kita tak maju ke hadapan?

Ya, memang betul.
Ramai yang panas dengan azam hanya beberapa hari di awal tahun..
..dan kemudian terus lupa dan hanyut dalam hidup dan ruton harian.
Sebab itu, kalau kornag berazam,
tuliskan azam tersebut dan tampalkan dekat dinding, tempat kalian selalu pandang.
Itu boleh mengingatkan kalian setiap kali ternampak.

Jadi, apa azam kornag pula?
Aku percaya, korang pun ada azam 2013 yang awesome-awesome belaka, kan?
Kongsilah dengan aku.
Kalau rajin, buat satu entri macam aku ni
dan aku boleh baca dan kongsi di twitter dan facebook.





.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..