Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 8, 2013

Permainan Kelaparan: Menangkap Api.


Kadang-kadang, aku kuat berangan.
Agaknya, bagaimana kalau aku jadi tribute untuk Hunger Games...



Tentu aku paling awal terbunuh.



Ok, tak lawak.
Tapi, siapa dapat tahan penangan Katniss Everdeen, kan?

Bagi yang sudah tonton The Hunger Games: Catching Fire
mungkin boleh ingat scene yang aku ubah di atas.
Part tu, satu panggung jerit terkezut.
Aku pun.

Oh, aku bukanlah peminat kepada cerita The Hunger Games,
tapi aku suka idea jalan ceritanya
di mana seorang perempuan menjadi pencetus kepada revolusi.
Ianya memberitahu bahawa tak kira jantina, umur, atau kedudukan,
seseorang mampu mengubah dunia asalkan ada semangat dan kecekalan.

Ok, kidding...
Sebenarnya aku peminat Jennifer Lawrence sejak kemunculan dia dalam X-Men: First Class.
Aku even beli badge X-Men masa singgah Big Bad Wolf kelmarin.
Aku tertunggu-tunggu filem X-Men tahun depan.
Aku peminat X-Men terutamanya Wolverine.
Cita-cita aku nak ada jambang macam Wolverine.
Kalau aku ada jambang, aku nak berambut botak.

Nampak tak macam mana aku boleh jauh menyimpang dari topik utama.
Itulah keistimewaan aku. Mungkin super power kot.

Baidewey,
aku dengar next installment untuk Hunger Games (Mockingjay) ada dua bahagian: Part 1 dan Part 2.
Marketing betul producer filem ni..
Nak korek untung banyak lettew...



C-Card #5:
Post ni aku lukis lama dah, masa awal-awal aku tengok Catching Fire lagi. Tapi oleh sebab macam ada unsur-unsur spoiler, jadi aku kepam dulu dalam draft sampai laa sekarang ni di mana sekarang sudah masuk minggu ketiga tayangan. Kalau sampai sekarang korang tak tengok lagi cerita ni, maknanya korang bukan fan, jadi tak apalah kalau aku spoil sikit-sikit. As much as I hate my ex-girlfriend, aku pun benci spoiler. Aku faham, keterujaan sesetengah umat yang kononnya dah tengok satu-satu cerita ni, then sibuk nak buat ulasan dekat Facebook dan Twitter. Dude, kecuali anda adalah pengkritik filem yang profesional, tak ada siapa pun kisah dan nak baca ulasan anda yang ntahapehape itu.



.


31 comments:

  1. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm tak penah tgk lagi dua dua siri -,,-""""

    duduk dalam gua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @shada wentz
      silalah tengok. Jauh lagi best drpd cerita vampire bersinar kena cahaya matahari...hahaha

      Delete
    2. haha jangan risau. masanya akan tiba. disebabkan aku poreba alon, kena tunggu online version yg gambo tiptop ;p

      semalam entah angin apa aku tengok cerita little mermaid yg katun disney tahun 1989 punya. selama ni tak penah tau pun ending dia cemana. hehe

      Delete
    3. @shada wentz
      uihh!!! Aku pon mncari jugak Little Mermaid yg lama tu...Mana boleh dapat??

      Delete
  2. aku tengok yang first punya kat astro... layan gak la, tengok 2 kali tak bosan... heheh ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Yg first aku tgk sekali je actually. Aku patut tgk at least sekali lg rasanya, kan?

      Delete
    2. oh mungkin juga... dan nampaknya aku kena tengok yg no.2 tu sbb aku dah tertengok yg no.1 tu 2 kali... kan, kan, kan? XP

      Delete
    3. @plain83
      hahaha, pegi laa tgk..nanti dtg yg no.3 mesti lg best.

      Delete
  3. yang first aku tengok, yang kedua aku tak sempat ttengok lagi... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      gi laa tgk yg no.2, best jugak mcam no.1...kalo ko anggap yg no.1 punya best laa...hehehe

      Delete
  4. cero, aku tak tengok lagi..berap bintang kau bagi? Tahap kebolehpergitengokkannya tinggi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      kalau ko pernah tgk no.1, aku bg 4/5 bintang dan kau patut tgk no.2 ni...
      tp kalo ko blom tgk no.1, aku rasa baik ko tgk dulu sbelum layan no.2..
      membantu tak? hehehe

      Delete
    2. membantu..sebab aku pernah tgk yang no.1 dlu..hehe

      Delete
    3. @nazha anua
      enjoy the movie!
      Dkat wayang dah kurang showtime dia, tp still ada.
      Kalau rajin, donlod je yg tangkap guna camera dlm wayang...hehehe

      Delete
  5. Saya pun minat juga dengan filem Hunger Games ni. Latar penceritaannya berkisarkan penindasan antara golongan miskin dan kaya, memang tidak lekang dek zaman.

    Anyway, nice artwork :-) Lukis guna tablet pen dengan Photoshop kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Sylarius Yusof
      oh, lukis tak guna tablet or photoshop.
      Lukis dgn pen atas ketas, scan, then edit dekat dlm free editing software Paint.Net
      Tu je...hehhe

      Delete
  6. Tak pnh tgk jgk ni..hero dia hensem dak?ngeh..ngeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @adrianna syaz
      Hahaha, aku lelaki, jd tak pasti nak kategori hero dia hensem ke tidak...pd aku biasa je..hehehe

      Delete
  7. Replies
    1. @Razfira
      tengok laa. tengok laa...hehhe

      Delete
  8. niesa x tgk lagi..nk gak ambik feel tgk kt panggung..tp blm berkesempatan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Niesa
      Sekarang dah hujung2 tayangan dah...sempat lg kalo nak tgk dkt panggung..heheh

      Delete
  9. Replies
    1. @merahitujambu
      serius ke first time? ish ish ish...hehehe

      Delete
  10. @Iqbal Abdullah
    Dia pelakon utk Mystique dlm X-Men. Hehehe

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. @Azwar Syuhada
      Pergi tgk cepat!!!
      Sementara masih ada dkat wayang...hehehe

      Delete
  12. catching fire ni best. lagilagi part baju katniss terbakar. LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. @rayenyson.
      The girl on fire! Gempak gila effect baju dia...heehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License