Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 2, 2013

Titisan Air yang Berlumba-Lumba di Cermin Tingkap Semasa Hujan.


Tahu tak kenapa bila kita bersin, mata mesti tertutup?
Sebab tekanan dari bersin yang berkelajuan hampir 180km/j mampu membuatkan biji mata tersembul kalau mata terbuka.



By the way,
entri kali ni tak ada kena mengena dengan bersin.
Yeah, i am just one trivia freak!





Jamban.
Tempat manusia memikirkan persoalan besar kehidupan.
Tempat otak memproses idea dengan jayanya.






Sejak dari kecil lagi,
bila aku mencangkung untuk membuang tinja (dibaca: berak)
pasti idea datang mencurah-curah dalam otak.
Aku rasa bukan aku saja.
Kalian pun mesti pernah merasa pengalaman sedemikian, kan?

Dulu aku ingatkan semuanya disebabkan aktiviti berak itu sendiri.
Tapi rupanya bukan.
Aku juga dapat idea dan inspirasi semasa mandi, basuh baju, basuh moto, dan beberapa aktiviti kehidupan yang lain.
Ada nampak tak persamaan antara aktiviti yang aku senaraikan tu?
Apakah dia?
Apakah persamaannya?

Jawapannya....
AIR.

Aku pernah baca satu artikel dulu-dulu yang mengatakan bahawa air (dihidrogen oksida) merupakan agen penyimpan memori.
Air akan menyimpan memori yang berlaku disekitarnya dan akan memancarnya dengan kadar tertentu.
Sebab tu bila kita berada berdekatan dengan tempat berair
(cth: jamban, bilik air, longkang, sungai)
kita akan terangsang dengan memori yang tersimpan di dalam air dan menjadilebih berinspirasi dan penuh dengan idea.
Sebenarnya, ianya bukan idea,
mungkin lebih kepada otak yang aktif mentafsir maklumat yang diterima.

But they say water memory is a hoax.

Aku tak pasti kebenarannya. I'm no scientist.
Aku lupa aku baca mana. Dah lama sangat dah rasanya.
Dari zaman sekolah lagi aku baca. Tak simpan pun sumber.
Bila aku try google balik pun tak jumpa artikel yang sebenar.
Jadi kalian boleh kata ianya cuma sekadar hipotesis yang belum pembuktian.
Masih tak layak digelar teori.

Dan jikalau kalian pernah baca hal yang sama,
boleh kongsi dengan aku?
Aku sangat nak tahu lebih lanjut tentang assumption ini.

Tapi aku rasa ada benarnya andaian di atas.
Perasan tak kita akan jadi lebih sentimental bila melihat hujan?
Atau semasa duduk di dalam bas di tepi tingkap melihat titisan air hujan yang berlumba-lumba di cermin tingkap?
Atau ketika duduk di atas batu di jeram bertemankan bunyi air yang mengalir?
Atau suasana di tepi pantai dengan permandangan ufuk berhias laut?
Atau semasa tangan menyapu muka yang dihujani air pancur dalam bilik mandi?

Beritahu aku,
sewaktu bila otak kalian paling aktif mendapat idea?
Adakah terdapat air berdekatan?





cue-card:
Kalian mungkin mendapati tajuk, komik dan isi yang aku nak sampaikan agak kurang serasi antara satu sama lain. Actually, aku pun perasan. Sebenarnya, jauh di lubuk hati aku aku merasakan yang kebolehan aku untuk menulis satu entri blog yang menarik dah hilang. Berkali-kali aku beritahu diri sendiri supaya mencari 'kick' yang sudah tiada itu, tapi aku tak jumpa. Lebih kepada tak tahu bentuk sebenar 'kick' itu. Jauh di sudut hati aku, aku rasa saat untuk aku meninggalkan dunia blog semakin hampir. Faktor usia, mungkin. Tapi aku sedang sedaya upaya bergelut dengan diri sendiri memandangkan ini merupakan satu-satunya cara berkesan kepada aku untuk meluahkan apa yang aku rasa. Semuanya disebabkan oleh kewujudan manusia di sekeliling aku yang suka melabel, menghukum dan menilai sesuka hati. Hitam kulit disinar matahari, hitam hati dibakar benci. Kalau ada peluang kalian bertemu aku face-to-face, katakan pada aku kata-kata semangat seperti "You can do it?", "Don't give up.", "Emma Stone loves you."
.




15 comments:

  1. aaaa... betullah tue kot.. sebab idea aku paling banyak bila hari hujan, bila duduk dalam kereta dan hari hujan di luar, bila aku dalam jamban, dalam bilik air, memasak di dapur, semasa mengeteh.. aaa...aaaa..

    aku paling suka duduk kampung sebab beratapkan zink, bila hujan turun bunyi air atas atap zink sangat sangat nostalgia.. time tue aku rasa otak aku beroperasi lebih daripada 10%

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      perghh! itu adalah suasana paling produktif aku pernah rasa..
      Datang idea berpusu-pusu...hehehe

      Delete
  2. yang trivia tu aku pernah terbaca jugak..bersin kalau bukak mata boleh terkeluar biji mata..hehehe..

    tapi yang air sebagai agen memori tu aku tak pernah dengar pulak..

    kalau kat asrama dulu, aku suka bukak tingkap kalau hujan..meja study pulak ngadap tingkap..rasa macam nostalgik, refresh, indah..lepastu kalau belajar pun msyuk..hehe..

    kadang-kadang bila tengok langit masa hujan, aku rasa macam aku yang tengah naik ke atas berbanding perasaan air hujan tu yg turun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @naza hada
      aku sendiri pun tak pasti kebenaran teori agen memori tu...
      Tapi, walau apepun, hujan mmg waktu paling produktif...
      tenang je mendengar titisannya...

      Delete
  3. bile aku mandi aku byk fikir..tue yg mndi lame..ehem! hahaha3
    mybe tue la salah satu sebab org cina suka letak kolam yg de mini air terjun dkat rumah..utk Ong ikut feng shui..well bunyi air boleh tido lena..
    Pressure sekeliling membuatkn tekanan untuk menulis barangkali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Comot
      Mungkin kot...alam ni banyak rahsia...
      seumur hidup manusia tak akan pernah mampu berjaya membongkarnya...

      Delete
  4. Ak rasa blog ko masih kick... Ko antra blog yg ak msih baca walopon ak da lma tngglkan dnia blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. @lemontea291
      Wooh, thank you...
      Cuba laa update sekali sekala...hehehe

      Delete
  5. Ak rasa blog ko masih kick... Ko antra blog yg ak msih baca walopon ak da lma tngglkan dnia blog

    ReplyDelete
  6. Sebab tu orang kata kalau dalam toilet, boleh dapat byk ilham! Elie dulu selalu dapat idea tulis skrip dari dalam toilet jugak! HAHA.

    Kejap! Npe tajuk dengan entry tak link. poning eden! T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Elie Lily
      errr...sebenarnya tajuk agak lari sebab tak tahu nak letak tajuk ape...hehehehe

      Delete
  7. Aku pernah dengar sorang penceramah kat satu kursus formal ni, dia cakap pasal air yg boleh menyimpan memori dari segi menyerap kata2 yg diucapkan kepada permukaan air tu... kalau ucapkan perkara baik, molekul air akan diaktifkan dan berputar perlahan2 mengikut satu arah, dan jika diucapkan perkara yg buruk (maki, cela, hina), ia akan berputar perlahan2 mengikut arah yg bertentangan dengan arah yg tadi... dia ada buat demo dengan segelas air, ada alat seperti ladung digantung atas gelas2 yg berisi air tu, sebelum tu dia minta 2 org volunteer utk maki (berbisik) kat air tu, dan sorang lg utk puji (juga berbisik) kat segelas air yg lain. Adakah aku percaya akan demo dia tu? Aku 50-50 saja, tp apa yg aku pasti, molekul2 air mmg akan berubah menjadi cantik selepas dibacakan dgn ayat suci Al-Quran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      oh, itu aku pernah dengar!
      Bagaimana air yg dibacakan surah Yaasin berbeza susunan molekulnya dgn air biasa...
      Kuasa Tuhan Yang Maha Besar, kita hanya mampu mengkaji dan menghayatinya...kan?

      Delete
  8. oh ya... cheer up, ema stone loves you... hahahaah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      hehehe, hope so...
      Emma Stone pun tak tahu aku wujud dlm dunia ni...hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: