Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 15, 2013

...Sebelum Menutup Mata.


Tahu tak apa yang pernah diungkap oleh seorang kawan?
"Setiap manusia ada personaliti yang berbeza-beza mengikut dengan siapa dia sedang berinteraksi."



Maafkan tajuk yang entahapehape di atas,
tajuk terlebih dramatik barangkali.

Baru-baru ni aku ada tanya kepada seorang kenalan yang baca blog ni.
"Kau rasa aku ni orang yang macam mana?"
Jawapan yang diberi dia buat aku terlopong sekejap. Katanya,
"Kau kelakar, peramah, tapi sebenarnya hati penuh taman bunga."

Aku tak tahu apa yang aku dah buat dalam blog ni sampai tahap dia boleh anggap aku macam tu.
Realitinya,
di luar blog, aku langsung tak kelakar.
Dalam blog pun aku tak rasa aku kelakar. Lawak aku tak menjadi.
Peramah? Tidak.
Aku kalau boleh nak mengelak jumpa kawan-kawan lama masa pergi pasar malam hari sabtu.
Dalam hati ada taman?
Dude. Tak ada satu lagu jiwang pun yang aku hafal.
Aku bukanlah penghafal yang baik.

Kemudian aku berfikir,
begitu juga pandangan aku terhadap kalian.
Artis,
selebriti YouTube,
pelukis komik,
penulis kolum surat khabar,
juga pemilik beberapa blog yang selalu aku kunjungi,
kesemua mereka aku tak pernah jumpa dan kenal di alam nyata.
Jadi, sedar tak sedar,
aku ada bina satu persepsi mengenai personaliti sebenar mereka melalui medium yang mereka sampaikan.
Tulisan dalam blog dan surat khabar.
Lukisan dalam blog dan komik yang di baca.
Juga cara dan gaya mereka berkata-kata dalam TV mahupun YouTube.

Persoalannya,
adakah persepsi aku sama dengan realiti?
Adakah jika si polan A ni aku anggap peramah dan kelakar dalam blog,
bermakna dia juga kelakar dan peramah di alam nyata?

Maka,
dengan itu wujudlah satu senarai dipanggil
'Senarai manusia yang aku mahu berjumpa face-to-face sebelum menutup mata.'

Senarai ini merangkumi pelbagai golongan.
Dari artis antarabangsa, selebriti YouTube, artis tempatan,
hinggalah kepada orang yang kerap komen dalam blog aku ni.
Asalkan dia ada buat sesuatu yang menarik perhatian aku,
ataupun dia kewujudannya memberikan kesan kepada diri aku,
dia akan tersenarai.

Dengar mudah,
hingga huruf ini ditaip, senarai itu hanya seramai 7 orang.

Aku tak akan dedahkan senarai penuh nama manusia yang aku nak jumpa sebelum mati ini.
Tapi aku boleh beritahu satu dua tentangnya.

Mendahului tangga teratas adalah Emma Stone.
Dengar merepek, tapi aku memang nak sangat jumpa Emma Stone.
Salah satu sebabnya, aku nak dengar sendiri suara Emma Stone yang serak-serak seksi tu.
Hehehe...

Salah seorang dalam senarai juga sudah aku jumpa dalam tahun 2008.
Dia memang sebijik dengan apa yang aku bayangkan.

Juga dalam senarai terdapat seorang pelukis komik,
selebriti YouTube yang femes,
beberapa orang artis, ahli politik dan kolumnis,
dan yang baru sahaja ditambah baru-baru ini
seseorang yang selalu komen dalam blog aku ini.

Ianya mungkin kamu.



Sebenarnya, ini semua hanyalah perkara yang trivial.
Tak membawa kesan langsung terhadap diri kalian.
Tapi sebaliknya, ianya sangat berkesan kepada hidup aku.
Aku suka hidup bermatlamat.
Semuanya baru bermula baru-baru ini bila aku rasakan hidup aku menjadi semakin bosan.
Jadi, dengan cara ini, hidup aku boleh dimeriahkan dengan matlamat.
*bunyi memang habis #foreveralone dah mamat ni*

Aku tak rasa ada orang berminat nak berjumpa dengan aku.
Tapi, kalau ada, beritahulah.
Kalau ada ruang, peluang dan rezeki, boleh je kita berjumpa.




.


16 comments:

  1. Hai. Aku rasa baru sekali dua (mungkin enam kali) baca blog ni. Dan akan skip untuk setiap vokteks update. Kawan-kawan aku kata aku pelik (karakter bukan fizikal). Tak tahu kenapa. Dan untuk kali keenam baca entri ko...aku dapat simpulkan yang ko ni... pelik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Im Nanni
      hahaha, pelik itu relatif, bergantung kpd sekeliling.
      Monyet dikatakan pelik bila berada di kelompok kumpulan panda,
      tapi jika panda yg sama duduk dlm kumpulan monyet, panda yang dipandang pelik, kan?

      Jadi, jgn risau kalau ada orang kata kau pelik.
      Mungkin pelik yg dia maksudkan ialah 'unik' dan 'menarik'

      Delete
    2. Pandai kau teka. Ada juga kata aku 'unik'. Ish.. Kenapa tetiba aku rasa macam masuk bakul angkat sendiri ni... Ha ha

      Ye. Mungkin akulah panda tu. Kawan-kawan aku ....
      Tak sampai hati pulak. Kbai

      Delete
    3. @NaN
      Hahaha, angkat bakul sendiri kena ada skill jugak..hehehe..
      Tp, mungkin pd kita, kitalah panda.
      Pd org, kita mungkin bukan panda, tapi yg satu lg..
      Jadi, lebih baik tak ambil tahu secara detail, kan?

      Delete
  2. ko nak tau persepsi aku terhadap ko? hrmm.. ianya lebih mudah kalau berborak drp bertulis. ah, ko.. aku dah banyak kali ajak ngeteh. gitu laaa..


    *tarik muncung sedepa*


    aku tau sapa blogger yg ko nak jumpa tu. bukan ke pernah ko list kan suatu masa dulu? ;) jom jom, kemonnn~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @chirpy chummy
      hehehe, i guess pertemuan pertama kita tak semenarik yg dijangka, kan?
      Kan aku dah kata, aku lgsg tak menarik...hehehe

      Delete
  3. ah, persepsi... ianya mmg sesuatu yg tidak tepat, biased dan kebiasaannya ianya jauh menyimpang dari kebenaran...

    oh bagus cero, ko ada list org yg ko ingin berjumpa, aku tak ada list tu stakat ni... hahaha ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      try laa buat satu list...
      mana tau, boleh dipenuhi atau tidak...hehehe

      Delete
  4. kalau ikutkan apa yang aku baca kat blog hang, aku boleh bayangkan samada hang seorang yang serius dan tegas... ke tak? mungkin persepsi aku salah..

    hahaha... dan kau seorang penyegan dengan lipas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      mungkin serius dan tegas utk org yg baru kenal.
      Dgn masa yg cukup dan pertemuan yg berulang, aku boleh jadi kelakar dan peramah...hehehe

      Delete
  5. Persepsi elie sebelum bertemu orang tu secara depan2,tapi dgn hanya membaca corak tulisan dalam blog mmg selalu salah. Dah jmpe dpn2, baru tahu.."Oh macam ni rupanya anak cik temah." HAAA. :p

    Jadi tak tahu sebenarnya cero ini bagaimana orgnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Elie Lily
      kebanyakan personaliti dlm tulisan dan lukisan adalah lebih genuine dr gambaran fizikal. Secara realiti, manusia suka bersembunyi dan memakai topeng yg bukan wajah mereka sendiri.

      cEro tentunya bukan seorang yg kacak...hehehe

      Delete
  6. Jujur cakap, aku teringin nak jumpa kau sebab cara kau berfikir membuat aku tertarik dengan kau. Kau pelik dan aku berminat.

    Ps : im one of you silent reader.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @harmonies
      tak apa nak jumpa aku, tp jangan expect aku ni kelakar, peramah dan seronok.
      Aku sgt membosankan...hehehe

      Delete
  7. serius nak jumpe kamu..
    the way u think-
    mcm pelik..huahuahua..
    seorang yg ringkas tetapi selalu berfikir lebih..-agaknyer kot??

    jom jumpe,
    btw next year jom nek kinabalu.. ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. @MS. NO NAME
      insyaAllah, ada jodoh boleh kita berjumpa.
      Diri ni tak pelik rasanya, cuma mungkin berbeza dari kebiasaan...hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License