Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 25, 2013

Terlentang Aku Dengan Tangan Mendepa Kepuasan.




Kalian masih ingat apa antara perkara yang memberi kepuasan hati yang pernah aku beritahu minggu lepas?
Kepuasan mengumpul.



Alhamdulillah.
Aku sudah selesai kumpul semua set Doraemon and Friends 3D Puzzle dari Select Shell.
Cerita bagaimana koleksi ini boleh selesai dikumpul menyedarkan aku bahawa kasih sayang Allah SWT ada di mana-mana, tidak kira apa.

Dalam entri minggu lepas,
aku tinggal satu lagi untuk cukupkan 8 set Doraemon dan rakan-rakan.
Aku ketiadaan Doraemon selaku watak utama,
sedangkan watak-watak lain aku sudah selesai kumpul.

Merasakan kebarangkalian 1/8 untuk dapat watak yang tepat untuk pembelian seterusnya adalah menghampiri mustahil,
aku decided untuk berhenti mencuba, dan mencuba dengan cara lain yang beih selamat (sistem barter).

Keesokannya selepas entri itu diterbitkan,
Abah dan Emak aku balik dari kampung.
Mereka bawakan aku satu hadiah.
Aku ingatkan kopiah dari Baling yang aku pesan,
rupanya sebuah kotak berwarna kuning yang sangat familiar.
Ianya berisi puzzle 3d berwarna biru.



Aku seronok, bercampur terharu, bercampur rasa nak menjerit macam pondan.

Kata Abah,
"Abah pergi isi minyak, nampak Doraemon, terus beli satu untuk hang."
Allah memang nak tolong aku. Bersyukur sangat.

Dengan adanya Doraemon selaku watak terakhir dalam misi pengumpulan aku,
maka selesai sudah permainan kebarangkalian yang aku sertai.
Alhamdulillah...

Tapi selesai kumpul 8 set tak bererti lengkap.
Koleksi aku dilengkapkan lagi dengan speaker dari set yang sama merangkap landskap diorama yang menunjukkan lokasi popular dalam siri animasi Doraemon iaitu tanah lapang.



Maka, lengkaplah sudah koleksi Doraemon and Friends 3D Puzzle aku.
Terlentang aku dengan tangan mendepa kepuasan.
Seminggu aku tidur tersenyum.

Oh, bagi yang turut mengumpul,
Shell ada buat satu tour promotion di mana para peminat boleh berkumpul dan saling bertukar mana-mana set yang extra di lokasi-lokasi tertentu di seluruh tanah air.
Untuk lebih lanjut, klik sini dan sini.
Dengar kata, siap ada 'Dokodemo Door' a.k.a 'Pintu Suka Hati' saiz sebenar.
Aku pun nak pergi juga. (^_^)







.




15 comments:

  1. Tahniah! selepas berpenat lelah. Comel betul bila set tu dh lengkap. Lps ni ko boleh adore dr tepi. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @WZulhilmi
      boleh laa duduk atas rak buat perangkap habuk...hahaha

      Delete
  2. smart pulak bile dah lengkap gini. haha. lagi kumpul ape lagi selain benda ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @wafiy suzly
      Barang yg dikumpul mmg banyak. Tapi kebanyakannya tak lengkap. Set inilah antara yg lengkap. Tu yg seronok lain macam tu...hehehe

      Delete
  3. PERGH! hebatlah cero! comel betul bila tengok semua koleksi Doraemon dah lengkap! hihi


    ReplyDelete
    Replies
    1. @Elie Lily
      Puas hati oo tenung benda2 ni lama2 atas rak...hehehe

      Delete
  4. Hahaha omedeto gozaimashita! Anata no otousan wa sugoi hito desu! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Bokuno oyasan wa totemo sugokatta na~
      Macam boleh tahu je fikiran anak-anak diorang..hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. @.::WaNiE::.
      Wani comel lagi...hehehe

      Delete
  6. Tahniah cEro.. akhirnya settle koleksi hang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Yes. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibubapa aku kerana telah banyak berkorban demi untuk...(bla bla bla...)
      *ala-ala menang anugerah dkt TV*

      Delete
  7. Replies
    1. @Nekmo
      Aku ke yang comel?
      ang pon tak kurang comel jugak Nekmo oi...hehehe

      Delete
  8. rejeki tuu dapat doraemon baru je wak curious tnye tadi., ;p

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: