Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 15, 2013

Di Sebalik 'Vorteks' #2




Bukan nak kata apa,
tapi kalau dalam entri Di Sebalik 'Vorteks' dulu aku pernah kata ada 4 orang je yang baca Vorteks,
aku rasa sekarang, tinggal seorang je.
Tu pun setelah seminggu publish baru ternampak
mungkin atas sebab tajuk dia yang 'konon' gempak.
Apapun, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada orang tersebut.

Aku pernah bagitahu,
rational aku tulis 'Vorteks' adalah sebab aku mahu mencabar diri dan menilai perkembangan sendiri dalam bidang penulisan,
Aku tak gemar baca novel.
Sepanjang umur aku, tak pernah habiskan baca satu pun buku novel.
Dan itu bukan satu kebanggaan.

Tapi, sepanjang aku menulis 'Vorteks' ni,
aku sedang menggigihkan diri menbaca beberapa novel.
Ya.
Aku masih belum dapat habiskan walaupun dan masuk beberapa bulan.
Dan kini, aku rasa aku tahu kenapa aku tak mampu habiskan baca novel dengan cepat.

Masalah aku,
membaca novel agak mengongkong imaginasi dari segi kreativiti.
(Feel free to object me.)
Maksud aku kongkong kreativiti ialah,
bila aku membaca novel, aku mula akan terbayang diri dalam situasi tersebut.
(Ya. Kebanyakan pembaca akan berada dalam situasi yang sama.)
Disebabkan penulisan novel adalah tetap dan ada jalan tersendiri,
maka imaginasi si pembaca bebas hanya dalam kelompok perkembangan plot.

Sebagai contoh:
ADDIN MENELAN AIR LIUR entah untuk kali ke berapa. Nak menundukkan ego. Ingat senang ke tu? Sejak hari Pak Cik Bakar meninggal sampailah ke hari ni memang paling cuba dielakkannya dari bertembung dengan Benz. Malu!
-aA+bB m/s 117

Dalam situasi di atas, berapa jauh imaginasi kita boleh pergi?
Apa yang kita boleh bayangkan sedang berlaku?
Apa reaksi dan ekspresi muka yang patut ada pada kita sebagai Addin?

Imaginasi kita terbatas hanya dalam kelompok apa yang diperkatakan.
Sebagai pembaca, kita memang tak mampu pergi jauh dari apa yang dipersembahkan.

Dan aku, selaku orang yang kuat berimaginasi,
beranggapan meletakan sekatan ke atas imaginasi adalah memenatkan.
Seolah-olah menahan air yang keluar dari muncung paip yang terbuka luas hanya dengan sebatang jari.

Dan aku tak kata novel itu tak bagus, in fact, novel itu begitu bagus sehinggakan aku terpaksa baca satu bab berulang kali hanya untuk merasakan perasaan yang aku rasa seberapa kali yang aku suka.

Berlainan dengan komik.
Lukisannya, walaupun hanya dalam kotak dan panel,
mampu menjana imaginasi dan kreativit lebih dari sekadar apa yang diceritakan.
Penggemar komik akan tahu kenapa mereka suka baca komik berkali-kali sedangkan ianya komik yang sama.
Sudut pandangan pembaca (komik) dapat berubah bergantung kepada karekter dalam panel, malah boleh berubah kepada sudut pandangan orang ketiga, seolah-olah kita berapa di tempat kejadian dan segalanya berlaku di depan mata.

Seorang peminat komik dan seorang peminat novel tak boleh disamakan.
Ianya seolah-olah menyamakan seorang doktor dan seorang pemuzik.
Tapi, ingatlah, seorang doktor juga boleh jadi seorang pemuzik.
Juga, ada individu yang bukan doktor, dan bukan pemuzik.

Aku tak pasti dengan kemampuan diri aku dalam menulis.
Tapi aku pasti, membaca memang mengembang kemahiran penulisan aku.
Aku respect dan tabik kepada pembaca novel di luar sana.
Aku yang baru baca sedikit ini dah dapat pelbagai ilmu
apatah lagi pembaca novel tegar yang sudah berkurun zaman membaca.
Otak mereka, pemikiran mereka, peribadi mereka,
mungkin sudah dibentuk dan diuli sebati dengan ilmu yang meraka perolehi.

Aku juga ingin menjadi seperti mereka.
Malah, kalau ada rezeki, aku mahu jadi lebih dari mereka.
Aku mahu jadi si doktor yang juga si pemuzik.
InsyaAllah.


Untuk 'Vorteks'.
Seperti yang aku pernah beritahu,
beberapa jalan cerita yang sudah aku siap taip hilang.
Hilang sekali bersama dengan isi 320Gb laptop aku yang...
Jadi, aku kena tulis semula.

Tulis semula juga bermaksud
aku berpeluang tambah isi dan luaskan lagi skop perkembangan isu
yang cuba aku sampaikan.
Jika kalian ingat semuanya hampir tamat,
sila jangan anggap sedemikian.
'Vorteks' masih lagi jauh, belum mencapai kematangannya.

Dan aku tak berniat langsung nak jadi penulis buku.
Aku tak berminat.
'Vorteks' hanyalah wadah untuk aku ukur perkembangan diri dalam bidang yang aku tak pernah terfikir mahu terokai.
'Vorteks' hanya tempat aku mahu menguji kemampuan, ketahanan, kreativiti dan konsistensi diri, tidak lebih dari itu.

Juga,
jika kalian ada pandangan, cadangan dan cemuhan terhadap 'Vorteks',
kalian boleh terus berhubung dengan aku di facebook.
Pergi ke fb Empire State of cEro dan klik butang [Message] dan kita boleh berdiskusi secara private seperti sepasangan kekasih yang bercinta. Hehehe.


postquam-scriptum:
Kecoh lama dah isu tentang novel yang guna Bahasa Melayu Tinggi (dipanggil novel standard) dengan novel yang guna Bahasa Melayu Percakapan (juga digelar novel picisan). Perkataan 'picisan' sudah meletakkan pandangan terhadap karya seseorang. Novel standard yang dikatakan kian tenggelam dek banyaknya terbitan novel picisan dan alternatif, yang dikatakan tidak mementingkan penggunaan bahasa standard dan tatabahasa yang tidak tepat.
Aku mungkin adalah orang yang paling tak berhak kritik dalam isu ni memandangkan aku bukan pembaca tegar.
Tapi, aku rasa aku nak juga utarakan pandangan.

Pada aku, secara peribadi, bahasa adalah alat komunikasi.
Si penyampai menggunakan bahasa untuk menyampaikan sesuatu kepada si penerima.
Apa jadi bila alat itu terlalu rumit dan susah difahami?
Si penerima bakal menghadapi masalah dalam penerimaan, sekaligus mampu membuatkan mesej yang nak disampaikan akan jadi tidak tepat dan berbeza.

Ya. Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) patut dipelihara dan dimartabatkan lebih tinggi dalam penulisan.

Sebenarnya,
ianya bergantung kepada niat si penulis itu menulis.
Kalau dia mahu 'menyampaikan mesej', sampaikanlah dalam bahasa yang mudah disampai, dicerna dan difahami.
Kalau dia mahu 'memartabatkan bahasa', sampaikanlah dalam bahasa yang mampu dimartabatkan dan dipandang tinggi.
Tiada istiliah bahasa tinggi rendah. Asalkan apa yang nak disampaikan sampai, silakan.

Jangan hanya kerana ilmu di dada dianggap tinggi, kita jadi bongkak mahu melabel karya yang lain sebagai picisan. Jangan juga kerana karya diterima ramai, kita jadi sombong menolak segala kritikan.

Baiklah.
Aku mahu pergi mencurahkan agen pembersih bagi menyahkan segala danur dan noda di tubuh.
Ya. Aku nak mandi.

Baca Vorteks di sini:

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20]



.




11 comments:

  1. Serius?? Xkan laaa ade sorg je yg bace vorteks.. Sy suke cite ni, cume kdang2 ade pening sket dgn karakter2 yg ade, saling tertukar2, sbab bace mase lain2.. Kalau bace novel, boleh bace trus tanpe menunggu sambungan.. :)
    *sori sbab penggunaan bhasa sgt x betul.. :)

    ReplyDelete
  2. mungkin ramai je yang baca, tapi kebanyakannya silent reader.. kot? *think positif*

    ReplyDelete
  3. aku tak baca, aku kumpul dan simpan cerita ini tunggu habis tulis, lepas tu baru baca sebab aku jenis tak suka tengok cerita 1 siri 1 minggu, mesti nak tengok back-to-back gitu.

    ReplyDelete
  4. Klau ko ingt xda sapa baca vortex ko tu ko silap,tiap2 minggu aku tunggu nak baca
    Jalan cerita vortex ko tu lain dari jalan cerita buku2 yang pernah aku baca
    Kata setiap minggu hari jummat ko nak post entry vortex,minggu ni punya mana??

    ReplyDelete
  5. hahahha... aku boleh baca dua dua jenis. Sama ada tinggi atau picisan. Tapi aku jenis malas nak berfikir, aku nak kisah yang senang faham dan cepat habis... koh koh koh...


    Hang sama macam aku, susah nak habiskan satu novel. Tapi sekali dah dapat mood membaca, aku akan baca sampai habis..

    sama macam Vortex.. aku tunggu banyak sikit.. XD

    ReplyDelete
  6. aku baca gak kekadang, tp malas nak komen ehehe :p

    ReplyDelete
  7. ..teruskan penulisanmu walaupun hanya seorang sahaja yang membacanya...

    ReplyDelete
  8. ada 1 novel bahasa tinggi yg sampai sekarang x habes dibaca..
    "delima ranting senja" - novel ni dapat hadiah utusan.(sejenis anugerah dari utusan malaysia?)
    sumpah bahasa dier tinggi sangat, sampai setiap ayat dibaca nak kene pikir utk dapat kefahaman..
    oh betapa diri ini cetek ilmu...

    tentang membaca tu..x pe, pelan-pelan kayuh..yang penting konsisten(mengingatkan diri sendiri jugak ni)

    ok..semoga dapat mencapai semua impian :)

    btw "menyahkan segala danur dan noda di tubuh.".. kemain lagi dier bermain ayat.. :)

    ReplyDelete
  9. saya tunggu entri bergambar hehe kurang sikit nk baca vorteks tu.

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: