Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 2, 2013

6 Resolusi Aku Untuk Tahun 2013.


Selamat tahun baru 2013.
Tahu tak apa topik favorite awal tahun?
Azam tahun baru!


Tahun baru datang lagi. Kini 2013.
2013 adalah tahun pertama dengan empat angka berbeza selepas terakhir tahun 1987.
Dengan kata lain, kalau korang lahir selepas 1987,
2013 adalah tahun pertama korang dengan empat angka berbeza.
Tak percaya?
Tengok sendiri angka-angka dalam tahun selepas 1987.

Seperti biasa,
aku akan perbaharui azam aku tahun lepas.
Banyak azam tahun lepas aku tak tertunai,
tapi aku buat keputusan tak mahu bawa ke depan.
Sebaliknya, aku revise sikit azam tu bergantung kepada kemampuan aku sekarang.

Berikut adalah ENAM azam aku untuk tahun 2013.




Sudah dua tahun berturut-turut,
aku berazam hendak buat 50 perkara baru dalam setahun.
Tapi kedua-dua tahun tersebut (2011 dan 2012) aku gagal penuhi 50.
Jadi, tahun ni aku kurangkan sikit, jadi 25 sahaja.

Oleh sebab angka dah kurang,
jadi aku letak syarat tambahan.
Kalau dulu 50 itu termasuk perkara remeh seperti
'pertama kali pandu van' dan 'pertama kali tidur berdiri'.
Tapi tahun ni, untuk 25, adalah perkara-perkara yang lebih signifikan,
seperti 'pertama kali bungee jumping' atau 'pertama kali masuk penjara'.

Perkara pertama dalam kepala aku ialah nak main laser tag untuk kali pertama.
Tapi, disebabkan aku tak rasa kawan-kawan aku minat laser tag, jadi aku mungkin kena buat perancangan yang lebih jitu.

Korang ada perkara yang nak ajak aku join buat kali pertama?
Ajak laa, ajak laa...





Penderma darah biasa hanya boleh derma darah setiap tiga bulan.
Bermakna, dalam setahun
seorang penderma biasa hanya boleh derma maksimum 4 kali.

Tapi, tahun sebelum ni, aku dah dinaiktaraf jadi penderma aferesis tetap.
Maka, aku boleh menderma setiap dua minggu,
dengan maksimum pendermaan 26 kali setahun (huyoo!!)
Tapi, aku letak 10 kali je laa sebab aku rasa 2013 bakal jadi tahun sibuk bagi aku.

Apa yang seronok derma darah?
Masa aku masuk hospital untuk pembedahan hari tu,
aku hanya kena bayar harga barang yang aku pakai sahaja.
Yuran wad, pembedahan, dan semua ubat-ubatan adalah percuma, hanya kerana aku dah menderma darah sebanyak 28 kali.
Jimat hampir 60% bebeh!





Aku banyak tabung.
Tapi tabung aku tak pernah penuh.

Jadi, tahun ni, aku nak pastikan tabung aku penuh sampai tahap tak boleh masuk lagi.
Disamping untuk kumpul duit, aku juga nak tahu feeling memegang tabung yang penuh.
Poket penuh duit syiling pun dah rasa berat,
agak-agak kalau tabung penuh, mesti berat gila melampau, kan?

Duit yang terkumpul, aku nak buat belanja kahwin (teeeeeet!!)





Umum tahu aku bukanlah pembaca yang setia.
Sebenarnya, aku bukan tak suka membaca.
Aku selalu kena marah sebab suka baca surat khabar masa makan malam.
Kalau pagi-pagi makan cereal, aku akan habis baca kotak cereal tu.
Waktu berak juga, aku suka baca apa yang tertulis dekat shampoo, pencuci muka, ubat gigi dan segala yang ada tulisan.

Jadi, aku rumuskan, aku bukan tak suka baca.
Aku hanya tak suka baca novel (teeeeett!!)

Maka, tahun ni, aku akan habiskan baca semua buku cerita yang aku ada.
Aku akan mulakan dengan novel yang seorang kawan aku hadiahkan ni hampir 2 tahun lebih yang lepas.
Kalau kau baca entri ni, maaflah.
Bukan tak hargai novel yang kau bagi, cuma....
aku tak boleh nak fokus bila baca novel.
Masa baca novel, mesti ada perkara yang lebih menarik.
Contohnya, tengok semut berjalan dalam barisan. *batuk batuk*





Aku rasa, aku lagi suka tunggang motosikal dari pandu kerata.
Kenapa?
Aku pernah cerita dulu,
feeling angin menyapu pipi lagi best dari feeling angin aircond mencium pipi.
Tapi, hasilnya, muka aku akan lekat habuk.

Balik ke topik.
Aku nak naik taraf lesen B2.
Aku berangan nak ada sebijik moto kuasa besar (600cc atau 1000cc)
Tapi bukan sekarang la.
Mungkin dalam 2-3 tahun lagi.
Tapi, aku tetap nak buat lesen B penuh tahun ni.
Boleh rembat moto kawan aku pergi rempit sampai ke siam.
Hehehe...





Lastly,
tahun 2013 ni, aku nak kuasai satu bahasa asing.
Bahasa apa aku tak decide lagi.
Tapi, sama ada bahasa yang baru, ataupun mungkin aku polish lebih bahasa asing yang pernah aku belajar dan ada basic.

Belajar bahasa memang best.
Rugi oo siapa yang ada kesempatan tapi tak nak belajar.
Aku rekomen kepada kalian, belajar laa bahasa sementara usia otak masih muda.
Dah tua nanti, nak belajar pun dah tak masuk dah.


xxxxxx


Itulah enam azam aku tahun 2013.
Aku amat berharap aku dapat penuhi azam aku ni.
Bukan apa, kalau kita sama je setiap tahun
kan bermakna kita tak maju ke hadapan?

Ya, memang betul.
Ramai yang panas dengan azam hanya beberapa hari di awal tahun..
..dan kemudian terus lupa dan hanyut dalam hidup dan ruton harian.
Sebab itu, kalau kornag berazam,
tuliskan azam tersebut dan tampalkan dekat dinding, tempat kalian selalu pandang.
Itu boleh mengingatkan kalian setiap kali ternampak.

Jadi, apa azam kornag pula?
Aku percaya, korang pun ada azam 2013 yang awesome-awesome belaka, kan?
Kongsilah dengan aku.
Kalau rajin, buat satu entri macam aku ni
dan aku boleh baca dan kongsi di twitter dan facebook.





.


21 comments:

  1. azam aku..nak buat 3 buku tahun ni:)
    insyallah

    jom buat buku cero:)

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan untuk kamu mencapai semua azam tersebut...

    ReplyDelete
  3. cero, ko betul ke nak merasa masuk jail? ok, jom kita gi rompak bank? mana tau terkantoi, nanti kena tangkap. dapat la ko fulfill azam ko. muahahaha.. ;P

    menarik gak jadi penderma aferesis ni? apa kriteria nak jadi penderma ni? ke sama cam nak derma darah???

    pasal bahasa asing, aku teringin nak belajar bahasa Arab, Mandarin n French. macam seronok je.. kan?

    moga semua azam ko jadi kenyataan.. xde la nanti akhir tahun ko cakap azam ko kena carry forward. haha.. ;P

    ReplyDelete
  4. aku harap resolusi kau berjaya. resolusi 1024x768 pun ok

    ReplyDelete
  5. Best arh enty ni. .bg idea nak azam ape. Haha contoh nak belajar bahasa asing. :p

    ReplyDelete
  6. @nazha anua
    Kalau ko ada plan yg boleh aku join, aku set je nak buat buku..hehehe

    @Angah
    InsyaAllah.. Doakanlah ye, Angah..

    @Panda Warrior
    Apa salahnya masuk jail?
    Tp mungkin bukan sbg banduan arr, sbg pelawat ke, kan? hehehe

    Nak jd penderma aferesis tak susah. Syarat mcam penderma biasa, cuma ko kena commit sket laa, sbb proses yg saring darah ko tu lama..satu sesi lebih 45 minit..

    Bahasa Arab best jugak sebnarnya..heheh

    @The Sharkox
    Haha, lawak terkenal bila ada perkataan resolusi.
    Resolusi aku 800x600 je..heheh

    @Anna Boleyn
    Baguslah kalau bagi idea.
    Apa azam Anna?

    ReplyDelete
  7. wow.. derma darah.. aku phobia jarum so x dpt la nak join derma darah, bukan kedekut tp aku seriously takut jarum.. fuu ittai wa iia da yo! (">A<)

    resolusi aku taon ni, nak buat lebih banyak pahala dari taon lepas.. tu je ^^

    ReplyDelete
  8. cEro, aku cadangkan kau buat zine komik. mesti ramai nak beli.

    2013, aku cuba berharap ada benda besar terjadi pada aku selain meneruskan misi jelajah ke negara orang.

    semoga kau berjaya semua azam kau tu cEro!

    ReplyDelete
  9. aa..tabung nesa pn memang x penah penuh. dah penah berazam nk penuh kan. tapi pun x penuh jugak. lol.

    derma darah 2 niat ade tp x barani kot! ngiluuuu~

    moge bjaye cEro dan azam2 beliau ;D

    ReplyDelete
  10. jom aaaa.. aku pun nak buat buku.. kih kih kih...

    Tahun lepas aku berjaya penuhkan tiga tabung, tahun nie, aku nak penuhkan empat tabung... koh koh koh

    ReplyDelete
  11. 2 minggu sekali boleh derma? aku baru tahu. Hurmm. ak pun teringin nak derma byk kali. =/

    ReplyDelete
  12. ok fine! gua tak nak bagi dah dekat lu... bak sini balik buku tu.... dah dua tahun kan.. hmm.. kejap je weh masa berlalu... hmm.. :( semua kisah sedih tu...dah jadi abu....sementara aku dok kat kl ni... aku tingin nak jumpa ang cero... tp... aku risau..kalau dekat depan aku... aku akan jadi pendiam gila... =__="

    ReplyDelete
  13. @2714647228560977769.0
    @plain83

    derma darah - done
    baca buku - done (tapi tahun ni nak abeskan buku2 beli time big bad wolf arituh)
    penuhkan tabung - x penah berjaya wakaka

    azam aku tahun ni nak start lukis comic strips, tapi after kawen la, skang sibuk wat persiapan ('o')/~

    ReplyDelete
  14. waaaa...menarikla senarai azam tahun baru...ive tried bungee jumping..best kot...byk bende yg sama....omg..28 kali? Im so impress for that :-) nice blog btw. ..

    ReplyDelete
  15. apa requirement yg penderma aferesis? Kind of interested..tp xsure.can u explain more.tq :-)

    ReplyDelete
  16. yes, komen pertama utk tahun ni..

    ps :
    up, baru perasan pasal tahun dgn angka yg berbeza tu..
    >o<

    ReplyDelete
  17. LASER TAG JOM!! =D

    ReplyDelete
  18. So far, antara azam cero kat atas, elie dah berjaya settlekan 2 perkara. Which is -
    penuhkan tabung sebanyak 2 kali dan selamat masuk bank,
    and dah belajar satu bahasa asing iaitu Itali. Haha.

    Tapi satu perkara yang pasti elie tak boleh buat adalah derma darah. sebabnya elie kurang darah. :(

    btw, best of luck for this 2013, Bang Cero! :))

    ReplyDelete
  19. @plain83
    bagusnya resolusi ko..hehehe
    aku ni ntah bila laa nak buat baik, asyik buat jahat je..hehhe

    @hime s
    lukis laa..lukis laa..pastu kita kumpul ramai2 comic blogger pastu kita buat buku pastu kita jadi jutawan..hehehe

    @hanaahmad
    cadangan ko tu aku pernah fikir, tp aku kurang pandai dr segi teknikal nk buat zine ape semua ni..hehehe

    @Nesa Wazir
    insyaAllah, kita sama2 jayakan azam masing2...
    nesa pon, buat laa bisnes kasut lukis2..hehehhe

    @Aujinz
    NAAAAKKK BUAT BUKU!!
    Jom weyh!! skali nazha!

    @WZ
    try tanya pasal aferesis..
    nanti boleh derma byk kali..hehehhe

    @GadisKasutConverse
    Your ID!

    @budak baik
    alamak! marah plak tuan punya buku!!
    Nanti aku habis baca, aku wat entri khusus utk ko..
    btw, jom laa minum2...

    @dedey
    actually, requirement dia sama je mcam derma darah biasa, cuma tak semua tmpat boleh laa aferesis ni..
    PDN antara tmpat yg ada.
    InsyaAllah, nanti aku buat entri khusus aferesis...

    @Farah Zahid
    Haha, KAN?
    selama ni tak ambil peduli pon psal angka tu, kan?

    @LMN
    JOOOMMMMM!!!

    @Elie Lily
    Best tak belajar bahasa itali?
    ada mcam rasa nak buat pizza tak??hehehe

    @Nerzhul
    thank you!

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License