Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 12, 2012

Brace Yourself. 121212 Post is Coming.

Tahu tak kita semua bertuah. Kenapa?
Sebab kita berada dalam tarikh hari ini.


Dua belas dua belas dua belas.

Apa ada pada tarikh ni?
Tarikh sebegini dipanggil 'Repeating date'
Tarikh seperti hari ni dikatakan special sebab
kalau dalam format DDMMYY atau MMDDYY atau YYMMDD atau YYDDMM
hasilnya akan tetap 121212.

Patutlah ramai kahwin pada tarikh ni.

Ya.
Akan ada, paling seorang, di antara kita yang akan kata
"The heck? It's just one passing date. No big deal."
Tapi kalau nak difikirkan,
tarikh hari ini adalah yang 'repeating date' terakhir bakal kita alami,
kerana tarikh seterusnya yang paling dekat ialah
1 Jan 2101 (010101) iaitu 88 tahun lagi.
Good luck kalau boleh hidup selama tu.


"Tapi, tarikh lain pun special juga. 11/12/12 pun hanya akan berlaku sekali setiap 100 tahun, tarikh lain pun sama. Apa yang nak kecoh sangat?"

Chill, tiger! Chill.
Aku tahu.
Tapi, kalau contohnya kau kahwin 12 Dis 2012,
dan nanti ada anak cucu, kau boleh dengan bangganya berkata,
"Kami kahwin pada 121212,"
dan anak cucu kau akan
"Wooah! Bestnya!! Gempak dooh!"
Tapi, kalau kau kahwin pada 11 Dis 2012,
bila kau kata, "Kami kahwin pada 111212,"
anak cucu kau akan macam
"Eh? So what? Apa signifikannya? Passcode peti besi berisi wasiat ke?"
Kan?


"Tapi, aku muda lagi. Nak kahwin pun tak ada calon."
Pusing-pusing pasir dengan jari di hujung padang.

Fear not, random citizen.
Kahwin bukanlah satu-satunya cara nak mengabadikan kenangan bersama tarikh ini.
Banyak lagi yang boleh dibuat.

Berikut adalah contoh-contoh perkara yang boleh dilakukan pada tarikh 121212:
  1. Confess perasaan terpendam kepada crush yang lama dah stalk dalam facebook.
    Untung-untung, kalau ada rezeki, nanti berbalas. Bernilai juga tarikh ni. Atau kalau kena reject or kene friendzone, at least tarikh ni mengingatkan korang dengan keberanian yang ada. Kan?
    .
  2. Berazam untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya.
    Sebagai contoh, jadikan tarikh ni sebagai titik mula usaha korang berhenti merokok, atau mula pakai tudung, atau mula berjemaah di masjid.
    .
  3. Tanam azam baru dan impian terulung.
    Bagi yang belum ada impian terulung, apalah salahnya jadikan tarikh ini sebagai starter untuk mengejar cita-cita itu. Contoh, aku nak date dengan Emma Stone, so aku mungkin mulakan dengan hantar surat peminat kat dia pada hari ni walaupun aku tahu peratusan dia nak balas adalah sebesar peluang nak menjilat siku sendiri.*morale down*


"Pergh! Cakap berapi. Apa pulak yang kau nak buat hari ni, cEro?"

Kalau korang buka entri 6 Wanita yang Aku Mahu Belanja Makan di Kedai Mamak, korang akan tahu wanita ke-4 yang aku nak belanja minum kedai mamak.
Dia seorang amoi cina yang jaga kedai henset dan gadget dalam shopping complex berdekatan dengan rumah aku.



Hari ini,
aku nak memberanikan diri pergi bertanya nama dia.
Dan kalau dia izinkan, aku nak snap satu dua gambar dia.
Dan kalau aku cukup berani, aku nak bagitahu dia aku suka senyuman dia.
Dan kalau aku terlampau berani, aku nak ajak dia minum.
Dan kalau nasib aku terus baik, aku nak nombor fon dia.
Dan aku nak jadi kawan dia.
Aku tahu kebarangkalian untuk aku jadi lebih dari kawan menghampiri kosong,
tapi aku just nak dia tahu yang, dengan sentiasa senyum
dia mampu ubah dunia, at least, dunia aku.


Nanti,
aku boleh cerita kat anak cucu aku,
"Pada 121212, gwa pergi ngorat seorang amoi cina cun.."
Anak cucu aku pun balas,
"Woooaahhh! Gempak giler lu, brader! Lu dah jadi idola gwa skarang."


Masalahnya,
adakah aku mampu?


"Aku rasa kau mampu! C'mon cEro!"

InsyaAllah,
aku pun rasa aku mampu.
Doakan aku ya!!


postquam-scritpum:
Aku patut post entri ni pada jam 1212. Baru laa jadi 12/12/12 12:12

.


18 comments:

  1. benda kompleks yang senang faham dalam entri cero memang aku suka..hehehe

    well dalgi best dapat publish entri pada 12.12pm 12.12.12..coll gila..

    "atuk dulu publish entri pukul 12.12 12.12.12 beb" hahaha

    ReplyDelete
  2. kalau ko berjaya..sila update dalam blog ye..:p

    ReplyDelete
  3. A good start for a relationship~

    kite masing2 ada sesuatu yg unik..
    btw, reply sebulan sekali pon ok..dari x reply langsung..

    have a good day bro :)

    (saya juga mau menyorok) N.B ;p

    ReplyDelete
  4. hahaha good luck !!


    babai repeating date :(

    ReplyDelete
  5. BERJAYA TAKKK WEIII DAPAT NAMA DIA?

    ReplyDelete
  6. ala.. setakat bual2 dgn amoi cun tu, yakin buleh je.
    xpon sebagai bukti ko dah buat benda tu, ko kena buat entri pasal amoi tu esok atau lusa? kena ada gambar sekali n status ko dgn dia? izit as a friend (as u mentioned) or just a customer (as usual). deal..? baru lagi gempak nanti ko nak bagitau anak cucu ko.. hoho. ;P

    ReplyDelete
  7. semuanya harus bermula dengan usaha cEro! buat saja! semoaga berjaya! nanti jangan lupa update. :)

    ReplyDelete
  8. happy 12.12.12 on 12ish pm...

    btw aku berjaya post entry on 12.12.12, 12.12pm LoL XD

    ReplyDelete
  9. ahhh..klu nk tgu pkul 12 kang komen msti epic! sebab ni komen ke 12..lol!
    gud luck ! ;D

    ReplyDelete
  10. opss..ni bru komen ke 12.silap kire daa -..-

    ReplyDelete
  11. Are u serious?? kah kah. I'm waiting for the update.

    ReplyDelete
  12. haha terbaik ar... malas nak pk tarikh2 ne.. semua tarikh sama dan ada kisah tersendiri.. tp p la ngorat amoi pastu tepek seketul due gambar die..

    ReplyDelete
  13. a few more hours until 12.12.12 ends..ko dh kua ngn amoi kedai henpon lum???!!

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. @sarah zulk
    Thanks ;)

    @nazha anua
    kan? citer kt cucu "korang takkan merasa tarikh angka berulang ni.."
    hahaha

    @Shahada Fauzi
    blog tak update...jadi...*sob sob*

    @MS. NO NAME
    Haaah, NB!
    hehehe, rasenya takde laa smpai nak startkan relationship kot..hahaha

    @.::WaNiE::.
    babai..*sedih*

    @kata kila
    er...er...tak nak jawab boleh? hehehe

    @Haris Khairuddin
    Alaaaaaaa....
    Sebnarnya, aku ingat senang...
    rupanya susah..hehehe

    @hanaahmad
    thanks...tp tak berjalan lancar laa...*sob sob*

    @-sheyr-
    Thanks!

    @plain83
    hahaha, 12 berturut2 tu..gempak btol..hehehe

    @Nesa Wazir
    hehehe, sempat lagi...

    @WZ
    I did it! but not very well laaa...

    @5725212411421172209.0
    DYSHA,
    hehehe, org dah kahwin boleh laa kate gitu..
    Aku ni gatai lagi..hahahah *statement*

    @pu3aan
    Alaaa..alaaaa...alaaaa...

    @EZAN IDMA
    Kan? Cantik kan?

    @Watercolour
    Apa yg ko komen? Heheheh...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License