Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 5, 2012

Reality Check: Ciri-Ciri Idaman.


Ciri-ciri idaman.

Aku bet, semua dari kita ada ciri-ciri pasangan idaman.
Yang masih bujang, list ciri-ciri itu mesti panjang berjela.
Tapi, adakah yang sudah kahwin itu mendapat segala ciri-ciri idamannya pada pasangan mereka?

Itu persoalannya.


Berlambak aku jumpa,
bukan sekadar kawan, malah adik-beradik aku sendiri selalu meletakkan ciri-ciri idaman dalam bakal pasangan mereka yang kurang realistik.
Nak yang muka Korea lah,
yang tinggi bergayalah,
yang bergaji tinggilah.

Tapi adakah yang bermuka Korea, tinggi bergaya dan bergaji tinggi itu mahukan mereka?




Mari letakkan diri aku sebagai contoh.
Aku sukakan Emma Stone.
Aku sangat berharap bakal isteri aku nanti, kalau bukan Emma Stone, paling tidak memiliki mata cantik dan suara seksi macam dia.

Mahu memiliki Emma Stone adalah sesuatu yang mustahil.
Tapi dengan hanya menginginkan gadis bermata cantik dan bersuara seksi macam Emma Stone adakah ia merendahkan kebarangkalian aku untuk dapat?
Kalau aku dapat berjumpa dengan gadis sedemikian,
adakah gadis itu sukakan aku?
Dengan melihat pada cermin, aku rasa gadis biasa pun fikir beratus kali kalau nak suka dengan aku, kan?

Semuanya tentang realistik pemikiran.
Mahukan sesuatu yang indah bukan kesalahan.
TETAPI,
meletakkan sesuatu yang indah sebagai sesuatu yang mesti diperolehi adalah, pada pendapat aku, satu penyeksaan.
Akibatnya,
jodoh di depan mata diabaikan,
tetapi sesuatu yang mustahil pula diangankan.

Jika semua orang berfikir secara realistik,
maka dunia akan jadi tempat yang lebih aman.

Maka,
sekarang aku tidak lagi inginkan Emma Stone.
Cukuplah sekadar seseorang isteri yang boleh jaga makan pakai aku,
sedikit cantik supaya sedap mata memandang,
memahami setiap kata dan perbuatan aku,
percaya kepada setiap tindakan aku,
tidak mudah dihasuti rasa cemburu,
meletakkan martabat suami sebagai darjat yang tinggi,
kalau masak ketam, tidak memaksa aku makan,
apabila diajak pergi ke ekspo cosplay, tidak akan membantah,
memilih untuk bersama aku daripada menonton rancangan di TV,
tidak mempersoalkan duit aku yang banyak melayang kepada komik,
tidak pergi jauh dari aku apabila aku kentut di khalayak ramai,
tidak memaksa aku pakai baju pink,
tidak kisah badan aku berbau, malah lagi suka,
bila aku korek hidung dan calit dekat baju dia, dia balas balik dengan korek hidung dan calit pada baju aku,
tidak peduli aku keluar dating dengan hanya berselipar,
tidak kisah aku malas sikat rambut,
tidak suka melaga-lagakan sudu dan garfu dengan sengaja,
tolong kau korek telinga,
tolong gosok belakang aku masa mandi,
tolong basuhkan tempat najis kucing yang aku bela...

...dan banyak lagi.

Tapi ada ke wujud gadis yang bercirikan sedemikian?
Atau Emma Stone lagi mudah?

.




14 comments:

  1. tidak memaksa aku pakai baju pink,

    kalau xpaksa, tapi kalau xpakai merajuk

    kira macam mana???

    ahahahahaa

    ReplyDelete
  2. cinta bukan pada rupa., dr hati sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. tak mustahil encek cero..

    encek cero dah cuba ngorat emma stone ke belum?

    ReplyDelete
  4. amboii.. kemain panjang ciri ciri dia.. aku rasa.. emma stone lagi senang.. koh koh koh

    ReplyDelete
  5. @.::WaNiE::.
    Alaaa, kalau merajuk tu kategori memaksa laa tu..
    Aku lagi rela tayang badan boroi dr pakai baju pink..hahah

    @Chuu Muqhlis
    Kalaulah hati dapat dikenali hanya satu malam..hehehe
    Mak aku kata, walaupun dah 30++tahun dia kahwin, dia masih belum kenal hati budi Abah aku..

    @kudozu
    Ciss!
    Aku dah teka dah susah nak cari ciri-ciri sedemikian...

    ReplyDelete
  6. @nazha anua
    Hari tu dah cuba dah tweet dia, tp aku rasa dia tak aktif tweet kot..hahahah

    @Aujinz
    Aku pun rasa macam tu jugak..
    Kalaulah Emma Stone artis Malaysia, senang aku nak stalk dia..heheh

    ReplyDelete
  7. nak ciri-ciri kemain lagi. Haha.

    Tertanya2. Emma stone. Emm. kenapa beliau ya? :)

    ReplyDelete
  8. @Elie Lily
    Sebab suara dia yg super-duper sexy!
    ..dan mata dia yang cantik sangat2..heheh

    ReplyDelete
  9. karipapduakupang02 October, 2012 18:43

    aku suka laki hitam manis, kasar,muka calar2 kit:p

    ReplyDelete
  10. jgn ingat budak 4thun dlm hati xdak tman..aku dulu penah gak suka kat sorang abang tu. dah 18 ton tp lost contact,smpai skg ada gak cari tpi xbau bangkai pn..hmm xdak jdoh..xixixi

    ReplyDelete
  11. @karipapduakupang
    aku hitam kelat, lemah lembut dan muka licin bersin..hahahah

    @kecik2dulu
    hahaha, kesian ko..
    cinta 18 tahun tak ketemu lagi..
    cubalah cari cinta lain..hehehe

    ReplyDelete
  12. kalau macam tu adik nak kawan dgn abng laah.hahahaha:p

    ReplyDelete
  13. @kecik2dulu
    hahaha, lain macam plak bila kena panggil abang..hahahah

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: