Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 9, 2012

Sebab Kenapa Aku Percaya Kewujudan Dimensi Asing.



Tahukah kalian apa yang selalu membuatkan aku bingung?
Barang yang hilang tanpa dapat dikesan ke mana.




Pensel yang jatuh dari meja.
Pemadam yang diberi pinjam kepada kawan.
Penutup pen yang baru nampak dua saat tadi.
Dawai kokot yang dibuang dari pulut panggang.
Getah bulat yang digunakan untuk mengikat keropok yang belum habis.
Pencungkil gigi yang disimpan sekejap di dalam poket.
Kunci yang baru tadi diletakkan di atas meja.
Paku tekan untuk papan kenyataan bilik.
Duit syiling yang jatuh dari poket.
Semua barang di atas hilang tanpa dapat dikesan.

Disedut ke dimensi lain.
Itulah satu-satunya penjelasan logik ke atas semua yang berlaku.

Kenapa dimensi asing itu tidak menyedut pergi lipas-lipas yang bermaharajalela?

Beritahu aku,
apa barangan yang selalu kalian rasa hilang tanpa sebarang kesan?




.


11 comments:

  1. uih..tingginya imaginasi..hahahaha

    barang aku yang selalu tak dapat dikesan ialah intenet aku..baru kejap ada, sat lagi hilang signalnye..sadis sungguh..hehehe

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.. pernah kan selalu bila kita cari barang yang kita tak guna dia ada, bila nak guna dia hilang... aku rasa memang kena sedut ke dimensi lain laa... kih kih kih

    ReplyDelete
  3. pemadam aku yang berbentuk pencil.. sampai skrg aku tak puas ati.. serasa aku.. dlm office ni.. aku sorg je kot pakai pemadam tu.. siap tulis nama.. sesaat aku nampak ada.. lepas tu aku ingat jatuh.. lalu hilang!!

    ReplyDelete
  4. @Aujinz
    haha..depa pinjam sat!

    ReplyDelete
  5. macam novel.. 'a placed called Here' karya Cecelia Ahern
    obses untuk mencari brg hilang..sampai dia terjumpa semua barang tu di dunia yang lain..

    kalau berminat baca la :)

    ReplyDelete
  6. apa-apa barang yang jatuh selalu mcm tu =.=" biarkan seminit sbb ingatkan nak amik jap lagi

    sekali cari dah xde =.="

    ReplyDelete
  7. erk.. pernah la. bnyk.. pen hitam.. sampai marah2 adik.. smpai skng xdpt dikesan..

    ReplyDelete
  8. minyak cap kapak!!
    baru pakai sekali dua dah hilang TT__TT

    ReplyDelete
  9. @nazha anua
    haha, ko pkai wifi ke? kalo wifi, takut2 ada jiran curi tumpang pakai..hahah

    @Aujinz
    Tu laa pasai..
    sakit kepala memikir ke mana laa hilang benda2 tu..

    @fina fento
    hahaha, takkan penutup pen pun nak pinjam..hahha

    @talk2ha
    sebab benda tu unik, sbb tu senang hilang kot..almaklumlah, manusia kan suka brang2 yg unik ni..hehehe

    @someone
    Macam best!
    Nak cari laa nanti, insyaAllah..

    @.::WaNiE::.
    Memang satu fenomena seantero alam ni..

    @c.tie
    kalau ada pinjam, mungkin laa boleh dipulangkan..
    ni yg letak elok dlm pencil case pon hilang jugak, kan?

    @Anonymous
    Hilang, lepas tu beli baru, then hilang balik..hehehe

    ReplyDelete
  10. COOL! ;D



    Aku pun geram, kenapa dimensi asing itu tidak menyedut pergi lipas-lipas yang bermaharajalela? Tak ketinggalan segala habuk yang menyemak di setiap pelusuk rumah juga..

    ReplyDelete
  11. @Yousof
    Betul2..
    Kan best dimensi asing ni macam tong sampah..
    Rasa nak buang sampah, buang je, kemudian dimensi tu sedut..
    Mesti cool kan? hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License