Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 21, 2012

Di Sebalik 'Vorteks'




Aku tahu, ada 4 orang je yang baca entri Vorteks.
Dan dalam 4 orang tu, hanya seorang je yang (mungkin) baca dari mula.
Untuk yang seorang itu, TERIMA KASIH.
Untuk yang lain, juga, TERIMA KASIH.
Itu sebab entri Vorteks dipublish hari jumaat. Hehehe..

Hari ini aku mahu menyingkap kerationalan entri Vorteks ini.

Aku suka akan perhati perlakuan manusia.
Dan oleh kerana aku adalah manusia,
aku suka perhati perlakuan diri aku.

Kalau kalian ikut blog aku, kalian akan tahu,
aku bukanlah seorang pembaca yang baik.
In fact, sehingga aku menaip entri ini,
tiada satu pun novel yang aku pernah habis baca.
Diulangi, TIADA SATU PUN YANG AKU HABIS BACA.

Baca novel memang ada, tapi usaha terkuat aku hanyalah 87 mukasurat.
Lalu, aku akan hanyut ke perkara lain dan lambat untuk kembali..
Bayangkan, novel wajib untuk Komsas BM SPM dulu pun aku tak pernah sentuh.
Syukurlah wujudnya buku ringkasan rujukan.
Maka tidaklah kantoi SPM aku.

Kembali.
Aku berminat nak kaji perubahan diri sendiri.
Aku akan tuliskan satu cerita, dan dalam masa yang sama, aku akan baca novel cerita yang ada orang hadiahkan kepada aku dulu.
Sambil baca perlahan-lahan, sambil aku tulis cerita perlahan-lahan.

Rationalnya,
bila cerita yang aku tulis habis,
aku akan baca semula cerita tersebut dan kaji perubahan cara tulisan dan perkembangan idea aku.
Adakah terkesan dengan adanya pengaruh dari novel?
Ataupun sama sahaja, tidak berkembang.

Hipotesis aku;
Hasil penulisan aku berkembang.
Plot cerita yang aku tulis semakin mantap.
Perkembangan idea menjadi jitu, dan tatabahasa dan penulisan menjadi lebih bermutu.
Sebabnya, aku memang percaya membaca menajamkan minda,
cuma aku terlalu malas nak membaca.
Membaca, pada aku secara peribadi, memenatkan.

Untuk Vorteks,
aku perasan permulaan cerita agak kelam-kabut.
Aku juga perasan plot cerita lemah.
Dah masuk 10 episod, tapi tiada yang berkembang.
Aku harap, semakin hari,
ceritanya semakin berkembang dan menjadi baik.

Niat aku cuma satu.
Aku mahu menajamkan minda melalui pembacaan.
Aku mahu memupuk diri minat membaca,
kerana bak kata kalian dalam entri ini,
membaca sangatlah mendatangkan manfaat.
Aku nak rebut manfaat itu.
Kalau tidak, aku akan ketinggalan.

Aku tiada niat nak menerbitkan buku.
Aku tidak berminat.

'Vorteks' hanyalah satu nama kod (codename).
Judul sebenar yang aku letak ialah 'Lelaki Yang Merentas Masa'.
Dan aku sudah ada jalan cerita penuh.
Cuma ianya tersimpan kuat dalam otak aku.

Mengkaji perlakuan manusia, terutamanya diri sendiri, amat mengujakan aku.
Aku harap, dari eksperimen kali ini, aku bakal mendapat sesuatu yang aku boleh manfaatkan untuk memajukan diri, seterusnya menakluk dunia ini.

Terima kasih kerana terus menyokong.

Baca Vorteks di sini:

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10]




.




10 comments:

  1. at least cerita ko ada gak jalan cerita yang boleh di follow.. cuba ko tengok blogonovella aku, bersepah punya jalan cerita.. kah kah kah..

    rasa macam nak bagi epilog terus.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. seriously 4 org je yg bace??
    aku tertunggu2 kot sambungan vorteks, seriously..
    n thanks to you sbab buat fikiran aku lbih terbuka..
    aku suke kesah2 fantasi n adventure mcam nie, lg2 berkait dgn merentasi masa..
    thanks brooo

    ReplyDelete
  3. vortek.. xpenah baca... tp akn baca untk folo cite yg tertinggal,, biasalakan bw laju so sempat baca entry yg terbaru sja..:))

    ReplyDelete
  4. aku dapat agak sapa yg 4 org tu. hihi aku ni pesen malas nk ikut kisah bersiri. errr... hee~

    ReplyDelete
  5. Cerita lu ni nanti kalau nak difilemkan panggil gua jadi hero dan heroin...

    ReplyDelete
  6. Aku, macam ganyu.

    "seriously 4 org je yg bace??
    aku tertunggu2 kot sambungan vorteks, seriously.."
    Tak komen tak bermaksud tak baca..

    Great story. Cerita luar alam.
    Macam aku cakap, aku sampai terkeliru mana satu fakta mana satu rekaan..which is menandakan..kau berjaya membuatkan aku tenggelam dalam vorteks kau ni..which means..you did a really great one!

    ReplyDelete
  7. kau memang tak berniat terbitkan buku, tapi aku sangat berharap Vorteks ini akan jadi buku. sebab aku rasa novel ini 'bijak' berbanding novel sf yang aku pernah baca.

    oh ya, terbitkan buku juga boleh menyumbang dana untuk membeli tablet yang kau idamkan.

    ReplyDelete
  8. Vorteks...jln cerita yg sgt menarik kpd pembaca yg minat fiksyen,sains and futuristik....

    Hasil olahan yg bagus, reader akn sentiasa ternanti2 ap yg bakal berlaku pd setiap episod....

    Thums Up to Cero !!!

    ReplyDelete
  9. x kisah la kalau tuan punya blog suka baca novel tak habis, tapi jangan la biarkan kami terikut2 dengan perangai tu. ada sambungan lagi tak citer ni?? tak sabar nak baca episod seterusnya.. ;D

    ReplyDelete
  10. just found your blog thank s to aujinz..
    KAU PUNYE VORTEKS SUPER DUPER AWESOOOOMMMMEEEEE !
    k,tu jek..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: