Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 12, 2012

Diari Ramadhan Aku : Mercun


Kalian tahu apa yang aku rindu bila datang bulan Ramadhan?
Main mercun dengan kawan-kawan.




Aku bersyukur,
kerana zaman kanak-kanak aku ada termasuk dengan kenangan bermain mercun dengan kawan-kawan.
Kami sempat bermain mercun dengan seronoknya sebelum mercun diharamkan di negara kita.
Almaklumlah, abah aku sangat tegas dengan kerjanya, jadi dia amat tak benarkan anaknya melakukan sesuatu yang diharamkan.

Bila dikenang balik,
antara kenangan mercun yang paling aku tak boleh lupa ialah tahi meletup.

Tahi kucing yang masih fresh dan basah di kawasan tanah lapang dan cucuk dengan beberapa batang mercun papan.
Dibakar serentak dan YEEEAAAAHHH!!
Berlarilah segenap manusia bertempiaran kerana tak mahu terkena percikan tahi yang berterbangan apabila mercun meletup.

Pernah kawan aku seorang ni terkena percikan tu.
Kena gelak sampai melelh airmata dengan kami yang lain.
Hasilnya, dia merajuk sampai seminggu.

Tapi,
zaman aku main mercun dulu tak ada pula dengar putus jari laa, mata buta laa, tanagn terbakar laa, macam zaman sekarang ni.

Yang aku nampak,
bebudak muda (juga tua) zaman sekarang kreatif tak bertempat.
Apa ke bangang letak belerang padat dalam batang paip besi?
Apa ke bangang balik mercun dalam bekas simpanan mercun lain?
APa ke bangang bakar mercun, lepas tu tak lempar sampai meletup kat tangan sendiri?

Rindu main mercun.

Kalian ada pengalaman best bermain mercun?


.




9 comments:

  1. cero, sorrylah ye saya cukup geram dengan orang main mercun, yang paling sakit hati siap lempar kat rumah orang, kat orang yang lalu lalang naik moto (sebab hampir terkena)

    awak main bunga api jelah ye

    ReplyDelete
  2. aku penakut. tak pernah main mercun. belon meletop pun aku terkejut.

    ReplyDelete
  3. aku xde pengalaman yg menarik sangat, peling lebih pun, aku taruk serbuk mercun dlm kertas banyak2, then jadilah mercun baru yg lebih bersar utk di bakar. weehuuu!

    ex aku dulu, dia letupkan mercun kt badan katak yg masih hidup. nakal giler,kn? kesian btol kt katak tu, mati kena bunuh dgn mercun. huuu~

    ReplyDelete
  4. aku pernah dengan bangangnya mampatkan belerang bunga api dalam tiub aerial tv.. nasib baik tak meletup.. bila bakar dia terbakar macam bunga api biasa..

    kih kih kih.. la nie, aku dok perati jer laa anak anak buah main mercun.. kot kot depa jadi kreatif seminit kan..

    ReplyDelete
  5. masa zaman kecik2 dulu mane bleh miss main mercun...xhappeningla kan kan...tp xde la saye ni die hard fan sangat...main gitu2 je, kalau yg agak bahaya tu, tengok je la budak2 laki main..

    tp skang ni saya hangen betul ngan budak2 kpg saya...ada ke patot main meriam buluh, menghalakan ke bumbung rumah saya, haishhh!!

    ReplyDelete
  6. aku pun pelik amat..zaman kita dulu masa dihalalkan mercun ni takde pun yang putus2..mungkin kita main mercun dengan lebih beretika kot..hehe

    ReplyDelete
  7. whehehe...
    best best.. alhamdulillah xpnh cedera..


    tp ape ke bangangnye cucuk kat ta** tu..

    ReplyDelete
  8. @norinaomar
    mmg ada jenis budak2 yg tak reti bahasa dan bahaya suka sgt nak sakat org dengan mercun..
    Budak2 macam tu kita bako je...

    @Wan Zulqhairi
    Sila beranikan diri..Main mercun adalah seronok!

    @~* chirpy_chummy *~
    eeee, kesian katak tak bersalah tu...
    kejam sangat kalo letak dlm benda hidup..

    @Aujinz
    Entah laa, budak2 zaman sekarang mmg cepat kreatif..
    Pantang lepas pandang sekejap, mcam2 boleh jadi...

    @Cik bunga mawar
    Oooo, itu bahaya tu..
    Main meriam buluh, hala laa ke sungai ke, ke tasik ke, lombong ke, baru laa takde risiko terbakar...

    @roq
    hehehe..bila ingat balik, saaaangat jijik...

    @nazha anua
    org kata, peraturan dicipta untuk dilanggar...
    Mungkin sbb pengharamman itulah, ramai yg jadi super kreatif sampai putus sana sini, kan?

    @ishiko
    Hahaha, tu laaa..
    Teringat lagi, lepas tahi tu meletop, aku terus gelak dnegan bangganya..hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: