Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 7, 2012

Beritahu Aku Cara MEMBACA Sebenarnya




Aku tak suka membaca.
Kebanyakan orang sekeliling aku tahu aku tak suka membaca.

Waktu sekolah dulu,
walaupun peperiksaan besar semakin hampir,
sangat susah nak nampak aku membaca.
Study. Ulangkaji. Buat latihan.
Semuanya terlalu berat untuk aku.

For the record,
tiada satu pun novel aku pernah habis baca.
Termasuklah novel wajib untuk pembelajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu sewaktu sekolah dahulu.
Tidak. Ianya bukan rekod yang membanggakan.

Mungkin bernasib baik,
tapi aku tak pernah gagal dalam peperiksaan.
Ya. Aku anggap aku bernasib baik.

Cuma baru-baru ini aku terfikir,
"Jika dari kecil aku suka membaca,
sudah tentu tempat aku bukan di sini."

Jadi,
dengan beranggapan aku masih belum terlambat,
aku mahu memupuk budaya suka membaca dalam diri aku.

Tahun 2012 diletakkan sebagai percubaan.
Aku berniat, sehari aku akan membaca paling kurang 30 minit.
Ianya minima dan permulaan.
Aku rasa aku mampu, tapi...

Kini sudah masuk bulan terakhir pertengahan tahun 2012.
Dan hari yang benar-benar aku rasa aku membaca 30 minit hanyalah tak sampai 3 hari.

Begitulah lemahnya azam membaca aku.

Maka,
aku nak bertanyakan kalian.
Agaknya bagaimana nak memupuk budaya suka membaca?
Cara yang mudah diterima otak aku, dan mampu aku lakukan?



Dan beginilah reaksi orang keliling aku kalau aku membaca di hadapan mereka.
Keluarga, teman rapat, semua begitu.
Mungkin imej 'malas membaca' dah lekat sebati dengan aku, tak?



.




17 comments:

  1. membaca nie kena ada minat juga..
    kalau dari kecil bolehlah di pupuk..


    dah besar, bergantung kepada azam diri sendiri ler... koh koh koh

    ReplyDelete
  2. carik bahan bacaan yg bleh menarik minat mungkin..tp betul..bla dah besar neh susah nak pupuk minat tu..kna kuatkan azam..sbb dah tetanam dlm diri n minda.. "saya xska membaca"..

    ReplyDelete
  3. carik buku yang ringkas2 dulu..

    buku cerita bebudak, yang ada 5 patah perkataan, 1 muka surat, gerenti habis 1 buku..huhuuuhu

    pokok pangkal ada kat diri, nak or taknak..pilihla.

    ReplyDelete
  4. aku rasa ko kena duduk dengan orang2 yang bila ada masa lapang je, dia bukak buku. dari situ ko akan terikut dengan cara dia. lagi senang kalau ko admire dia or dia inspire ko. heheh. kita kan suka buat benda yang orang kita suka buat.

    (sebab dulu aku start reading sebab kakak sedara aku tertinggal satu buku cerita dia kat rumah aku, and i really do admire her hehe)

    ReplyDelete
  5. saya suka membaca :) in fact skrg ni tgh baca sebuah buku. btw cari satu buku yang macam boleh tarik perhatian awak utk membaca atau mana2 buku yang kena dengan minat awak :) after that cuba lah ATLEAST before tidur, baca buku. Sambil awak membaca tue, awak bayangkan awak yang berada di situasi tue dan cuba faham setiap apa yang penulis tu nak sampaikan :) Insyallah ~ benda ni amik masa tapi atleast you tried :) tak pun baca surat khabar pun okay jugak :)

    ReplyDelete
  6. eh eh samele kite..xsuke membaca gak..hadoii

    ReplyDelete
  7. Aku bukan jenis suka membaca jugak. Tapi masa aku jadi pengguna pengangkutan awam tegar, berbekalkan fon Nokia 3100, maka buku adalah peneman. :3

    Kini tidak lagi dengan iPad!

    ReplyDelete
  8. baca sesuatu yg ko minat lah :p

    contoh mcm baca novel2 biasa ni aku tak minat sgt..kalau baca lama nau nak abis

    tapi kalau bagi aku baca buku sejarah2 yg menarik mcm sejarah perang ke, sejarah islam ke ha aku suke pulak baca

    ataupun baca buku jenis 'soal jawab'

    ataupun boleh start dengan citer2 pendek yg satu page kadang2 ada dua citer...contoh citer lawak jenaka..baca pun enjoy sbb ketawa sorg2 ?

    jap nak tanya, ni komen ni baca tak??? hahahahhaha

    ReplyDelete
  9. nasib baik aku dari dulu memang suka membaca. heheh.

    Erm, rasanya kau kena tolak tepi semua benda yg boleh distract kau dari membaca. Kiranya tinggalkan buku aje kat bilik. Yang lebih best dari buku letak luar. Tapi gerenti kau tidur kan nanti? ;p

    ReplyDelete
  10. Beli lah buku zombie bebanyak!

    ReplyDelete
  11. mula2 je kot pandangan orang ramai macam tu. lama2 oke lah tu.

    ReplyDelete
  12. Mula berdikit-dikit cEro. Cari bahan bacaan yang kau minat. Komik pun boleh. Mulakan sehari dengan jumlah muka surat yang sedikit kemudian ditambah.

    Kalau rajin mari datang Buku Jalanan Titi yang dibuat di Taman Tasik Titiwangsa 2 kali sebulan. 17hb ni ada lagi. Kat situ kau boleh duduk2 santai sambil baca buku. Macam2 buku ada. :)

    ReplyDelete
  13. aku pon sgtlah tak suke membaca..kalau yg berilmiah tu cm malas...tp kalau yg cm entertainment, lagha2 tu suke plak..hehe...

    aku rse kene sematkan dlm minda kita yang.."bila kita membaca, kita akan gain byk knowledge yg kdg2 org lain tak tua pon kite boleh tau..n kite boleh share dhn org lain.."

    mungkin tu akan buat kite lg bersemangat..=p

    ReplyDelete
  14. nak start bace? tanye dulu diri, "kenapa aku nk membaca?". klo ade sbb yg kukuh, insya Allah boleh bace.
    setiap perkara yg berlaku & dicipta pasti ade sbb.
    Semoga berjaya :D

    ReplyDelete
  15. @Aujinz
    Merujuk kepada azam, aku rasa azam aku agak tak kuat..hehehe

    @-sheyr-
    Jadi, mula-mula kena buang pemikiran "saya tak suka membaca" tu, kan?

    @cik marikh
    Jangan jadikan ianya pilihan.
    Tiada nak atau taknak..
    Hanya NAK dan NAK sahaja..hehehe

    @Dayana
    Hmm..tak ada dlm ahli keluarga aku yg kuat membaca..
    Mungkin aku patut pergi ke public library berdekatan?

    @Mysara Newrie
    Betul. Dengan usaha yang aku tengah terapkan sekarang, harap2 minat membaca tu membuah ranum dalam diri.

    @DatinSriAnen
    Jom berubah jom..hehehe

    @kudozu
    alaaa, henset aku cepat habis bateri, kalo pakai je selalu, takkan dpat bertahan..

    Nak iPad jugak...

    @.::WaNiE::.
    Komen sentiasa baca dlam emel..tap reply lambat sikit laa..hehehe
    thanks for the idea..will be executed soon..

    @Sophie Al-Yahya
    Yup, distraction sgt byk bila nak membaca. Aku anggap diri sebagai observer yang bagus, dan itulah yang membuatkan aku gagal fokus pada satu perkara dalam satu masa yang sama..

    @WZ
    hahaha, tau ko kan aku suka zombie..hehehe

    @ParkAir
    Harap2 laa..hehehe

    @hanaahmad
    Istiqamah itu penting.
    Tentang TITI tu, aku berminat jugak sbb berkali2 dah ko invite, tp segan laa nak datang..hehehe

    @lumut
    Aku, kalau komik, memang laju.
    Malangnya, komik jarang yg ilmiah dan byk knowledge, so aku sgt dahagakan ilmiah, tp dlm masa yang sama, tak minat membaca..

    @ajlaa
    Ha'ah laa.. Apa yang basic adalah niat.
    Kenapa kita nak membaca..kan?

    ReplyDelete
  16. cuba pilih satu genre yg kau betul2 minat nak baca. dari situ develop sikit2 tabiat membaca. kalau 30minit tu lama sangat, mulakan dengan 10 - 15 minit. tapi apapon genre buku tu kena match dgn minat ko.

    tapi...kalau ko langsung tak minat satu pon, erm...????

    ReplyDelete
  17. @Haris Khairuddin
    Skil membaca ni bukan boleh didevelop dalm masa satu malam...
    Aku sendiri sedang sedaya upaya meningkatkannya...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: