Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 15, 2012

Generasi Kanak-Kanak Zaman Sekarang, Bila Mereka Dewasa Nanti, Apa yang Membuatkan Mereka Teruja?



Satu hari dalam minggu cuti sekolah ni,
aku berjalan di sebuah shopping mall berhampiran.

Sekali terdengar annoucement di corong speaker.

"Wassup Pelanggan.
Di pentas utama akan diadakan persembahan sempena cuti sekolah.
Jom semua kerumun, kalau tak rugi."

Sudah tentu bukan macam tu annoucement dia.
Tapi isi yang nak disampaikan tu masih ada.

Aku pun bergerak ke pentas utama.

Memang selalu shopping mall ni buat persembahan pentas.
Selalunya promo filem atau sekadar orang menari-nari.

Sekali, yang keluar ialah tiga Pokemon.



Sudah tentu kemunculan mereka dapat sorakan ramai.
Mereka menari-nari, buat sedikit sketsa.
Anak-anak kecil pengunjung semua teruja.
Ada yang menari bersama.

Aku?

Ini ekspresi aku....





Aku yakin, kebanyakan budak kecil yang teruja ni tak kenal pun apa benda yang menari-nari atas pentas tu.
Mereka teruja kerana ianya patung yang comel.
Budak kecil memang suka benda comel.

Aku lain.
Dari kecil, aku membesar dengan Pokemon.
Aku tengok anime bersiri dia.
Walaupun yang terkini agak mengarut, tapi aku masih tengok.
Aku main game Pokemon.
Dari GameBoy skrin hitam putih, sampai sekarang yang dah 3D.
Aku sampai kenal semua nama Pokemon dari generasi 1 sebanyak 150.
Tapi generasi seterusnya semakin ntahapehapentah,
jadi nak hafal nama pun payah nak sebut.

Pendek kata,
aku dewasa bersama Pokemon.
Peribadi aku, pasti ada sedikit terkesan dengan Pokemon.

Bila nampak Pikachu di depan mata,
ada timbul satu perasaan dalam diri aku.
Seolah-olah jiwa kanak-kanak aku dibangkitkan semua.
Aku terimbau penuh zaman kanak-kanak.

Dulu....
Sesama adik beradik berebut pilih Pokemon.
Beli patung Pokemon kecil kemudian tayang atas rak TV.
Beli komik Pokemon walaupun jalan cerita sama dengan cerita TV.
Dalam buku tulis sekolah, conteng makhluk aneh kemudian namakan dia dengan nama Pokemon.

Ya. Aku teruja.
Sangat teruja.

Ini membuatkan aku terfikir panjang.

Generasi kanak-kanak zaman sekarang,
bila mereka dewasa nanti,
apa yang akan membuatkan mereka teruja seperti aku melihat Pokemon?

Upin & Ipin?
BoBoiBoy?
BeyBlade?
X-Box? Wii? PS?

Apa pendapat kalian?

postquam-scriptum:
Tak lekang.
Permainan seperti teng-teng, penutup botol, galah panjang, polis sentri, konda-kondi dan lain-lain lagi permainan rakyat tak pernah gagal dalam membuatkan aku teruja juga.

.




11 comments:

  1. hahahahaha...aku giler time cuti sem sebelum masuk degree dengan upin ipin...tengok upin ipin boleh siap gelak guling guling...tak puas kot tgk kt tv9 yang tak sampai 30 minit tu...rasa nak bakor tv jek kalau episod episod sengal yang best tetiba kene tunggu next episod..hahahahahaahahaha

    ReplyDelete
  2. musti dorang teruja kalo terjumpa maskot angry bird! dorang giler agry bird kot walopun itu cuma games. takda cite kat tv tapi angry bird sgt kuat pengaruh daa.. yang dah besor pun sama juga beli barang2 angry bird.

    ReplyDelete
  3. maybe naruto? mcm generasi kita more to dragon ballz. while for malay dah ada upin ipin, boboiboy while for us mcm usop santorian etc.

    ReplyDelete
  4. bdk2 skg x layan dh pokemon sgala bgai...msing2 de ipad kot...bdk skolah menengah lak tnjuk hebat dgn hisap rokok n men gitar kat mall...nk mtk sedekah kot..haha3
    hapekejadah tol dak2 skg...cpt sgt mmbesar..gaya diikutnya tp pemikiran tak plak nk ikt..

    ReplyDelete
  5. generasi aku membesar dengan M.A.S.K, Saber Rider, Spiral Zone dan Transformers G1. Transformers ramai yang kenal, yang lain lain?

    ReplyDelete
  6. doraemon dan anak-anak sidek please! ;D

    ReplyDelete
  7. @Bukan Cinderella
    Upin Ipin mmg fenomena. Sampai mak aku pon layan gelak kalau tgk kat tv..hehehe

    @nur.sa
    since angry birds takde kaki, kalau ada muncul maskot dia mesti nampak pelik sbb akan ada kaki..hehehe

    @WZ
    Uih, aku sampai skrg takkan pernah bosan dgn dragon ball..dah ulang kat tv beribu kali dah, tapi still aku layan..hehehe

    @Miss Comot
    Bila diorg besar nanti, mesti diorg takde apa yg boleh dibanggakan pada zaman kecik diorg, kan?

    @Aujinz
    Uih! Kenapa zaman ko macam kebelakang sikit??

    @Elie Lily
    Doraemon mmg legend!
    Sampai sekarang Abah layan sekali..hehehe

    ReplyDelete
  8. aku rasa kartun yang tak lapuk dek zaman adalah Doraemon!

    ReplyDelete
  9. @hanaahmad
    Doraemon FTW!!
    Aku sangat suka Nobita yg bodoh2 alang tu..hehehe

    ReplyDelete
  10. obviously..aku pun same..dlm lappy aku ade game pokemon (yg kene tick pokemon same jenis tu..).. ayh aku (ntah mcm mane die pandai main) die sibuk la main kat lappy aku bila balik keje..pastu mak aku pun nk jugak join..pastu bila xjumpe cari suh aku carikn..mula la aku sebut nama sekor2 pokemon tu sume dorg xtau..pastu dorg pandai2 bg nama ikut jenis haiwan..kalo betul xpe jugak..ni kuda laut di panggilnye cacing..xhangin aku??!!
    hahaha..game pokemon punye pasal ley bawak gado anak beranak dowh!! hahahaha...!!!

    ReplyDelete
  11. @pu3aan
    kisah aku lain sikit..
    aku pernah gaduh besar dgn adik aku..
    tp bila hari ahad pagi, ada kamen rider, disbbkan dua2 layan tengok, terus jadi baik macam tak pernah jadi ape2..
    dua2 sorakkan kamen rider menentang raksasa jahat..hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: