Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 31, 2011

30 Hari Mencari Berkat


Bulan Ramadhan datang lagi.



Jadi,
bila bulan puasa datang,
banyak bazaar Ramadhan yang tumbuh,
banyak program masakan di TV,
banyak makanan yang kita sangat mahu cuba,
kebanyakkannya adalah makanan yang jarang
yang hanya muncul kerap pada bulan Ramadhan.

Walaupun bulan puasa adalah bulan menahan dari makan, tapi ironinya, bulan puasa selalu dikaitan dengan kepelbagaian makanan.

Dalam banyak-banyak makanan,
apa makanan yang kalian paling 'look forward' sekali dalam Ramadhan ini?



SELAMAT MENYAMBUT
RAMADHAN 1432h




Jul 29, 2011

Panduan Mengenakan Orang! #4 [impromptu siri 2]



Bertemu lagi kita dalam Panduan Mengenakan Orang,
di mana anda diajar bagaimana kemungkinan anda dikenakan oleh kawan anda yang nampak baik hati, tapi sebenarnya berseronok melihat muka anda berkerut di dahi.







postquam-scriptum:
Durian antara makanan yang, kalau dah berjam pun berlalu, jika sendawa, kita tetap akan merasakannya, atau bau, atau kedua-duanya sekali.

Jumpa lagi dalam siri Panduan Mengenakan Orang! yang lain.

Disclaimers:
Aku tak bertanggungjawab ke atas kesan dan akibat dari sesiapa yang mengamalkan perbuatan ni. Tapi kalau kalian buat, kalian memang da bomb! Oh! C'mon..




Jul 27, 2011

Weez Wordless Wednesday 4 #WW [Get A Life!]






Jul 25, 2011

Bila Bangku Diduduki Tiga Lelaki


Biar aku berkongsi sesuatu,
hidup sebagai lelaki single dan mempunyai kawan-kawan yang satu kepala tak laa menyedihkan sangat.
Ianya terletak kepada bagaimana kita menjalani RUTIN harian kita sebagai manusia.










Kalian tahukah apa yang mereka bualkan di atas?
Cuba teka.

Aku yakin,
suatu masa dalam kitar hidup kita,
setiap orang pernah berkelakuan sedemikian.



postquam-scriptum:
Sila lakukan aktiviti yang berfaedah. Jangan jadikan perangai ini sebagai amalan. Perbuatan sendiri, tanggungjawab sendiri. Haha.




Jul 23, 2011

#9 Menghadapi Jerebu


Minggu lepas, Kuala Lumpur dan beberapa kawasan lain yang terlibat mengalami jerebu yang, boleh dikatakan, teruk.
Walaupun tak sampai ke tahap mencacatkan jarak pandangan, tapi pada aku, asalkan ada jerebu, walaupun hanya sedikit, tetap adalah bahaya.




Jadi, apa punca jerebu sebenarnya?



Jerebu di tanah air kita adalah berpunca dari kebodohan.
Ingat tak masa kita belajar geografi di sekolah dahulu, cikgu ada membebel tentang angin monsun dan arah tiupannya yang silih berganti dari setiap tahun?
Segala yang diajar cikgu kalian dulu, kini, sudah tidak dapat dipakai lagi.
Angin bertiup sesuka hati dari mana mahu ke mana.
Semuanya berpunca dari kebodohan manusia yang terlalu rakus mengejar kemodenan sampai tak perasan cuaca di seluruh dunia sudah berubah.
Buktinya, dahulu, kita dapat bezakan dengan jelas musim hujan, musim panas, musim tengkujuh.
Namun, kini, musim-musim tersebut macam suka hati nak datang bila, sekejap ke,lama ke, semua dah tak mampu kita, manusia, menduga.

Kebodohan kedua adalah berpunca kepada kehebatan negara jiran membuat pembakaran hutan secara besar-besaran.
Mereka petani. Bila tanah sudah kehabisan galian untuk tanaman, mereka bakar apa sahaja yang berada di atas tanah itu, termasuklah hutan, supaya abu yang mendap akan mengembalikan galian kepada tanah itu, dan dalam masa 5-10 tahun kemudian, tanah itu akan cukup bersedia untuk dijadikan tanah pertanian kembali.
Hasil dari tindakan bijak mereka itulah, asap dari kebakaran itu ditiup angin yang tak tentu hala tadi, dan jika kita bernasib malang, ianya akan berkumpul di bahagian lembah di Semenanjung Malaysia, iaitu Lembah Klang.




Kenapa berkumpul di Lembah Klang?

Bukan Lembah Klang semata-mata, tapi beberapa kawasan rendah lain juga. Malangnya Lembah Klang adalah kawasan tanah rendah yang luas meliputi sekitar Sungai Klang dan sungai-sungai sekitarnya. Lembah Klang juga dikelilingi oleh beberapa susunan gunung dan banjaran sekitarnya, membuatkan ianya seperti satu mangkuk yang besar menadah apa sahaja yang ditiupkan oleh angin monsun.




Maka, kita adalah mangsa kebodohan orang sekitar?

Baca balik apa aku tulis di atas.
Aku kata kebodohan manusia.
Dan manusia yang aku sebut itu termasuk diri kita sendiri.
Bakar longgokan daun kering, bakar sampah sarap, modified motor sampai kuar asap banyak-banyak, semua itu JUGA menyumbang kepada keparahan kualiti udara kita.
Maka, bila aku kata mangsa kebodohan manusia, ianya termasuk kita.
Aku, kau, orang sebelah kau, awek depan rumah kau, semua itu termasuk.

---------------------

Baiklah,
walaupun keadaan sudah tidak berjerebu,
namun tiada siapa di dunia dapat bagi keyakinan 100% hal jerebu takkan berulang lagi.

Jadi, di bawah adalah
TIP-TIP SEMASA JEREBU MELANDA:
  1. Kurangkan aktiviti luar spserti bersukan, berjogging, berjalan-jalan dengan kekasih di taman tasik, sebarang aktiviti luar.
  2. Banyakkan minum air masak yang bersih. Jika kebiasaannya 12 gelas sehari, cuba gandakan jadi 20 gelas sehari.
  3. JANGAN sesekali membuat pembakaran secara terbuka, tak kira berapa banyak amaunnya.
  4. Untuk langkah pencegahan, pakai penutup mulut dan hidung jika anda keluar.
  5. Elakkan aktiviti keluar malam, kerana debu jerebu jika bergabung dengan wap air tengah malam (embun), dan masuk ke dalam sistem badan, akan memudaratkan kesihatan.
  6. Jika anda pengidap asma, sediakan ubat secukupnya.
  7. Jika anda penunggang motosikal, pakai penutup muka.
  8. Jika anda pemandu kereta, tutup semua tingkap.
  9. Jika anda perokok, JANGAN MEROKOK!
  10. Selepas pulang dari luar, berkumur dan basuh bahagian kulit yang terdedah dahulu sebelum buat perkara lain.

Download risalah tentang JEREBU di sini.

Demikian beberapa tip semasa jerebu.
Jika kalian ada pendapat tambahan,
jangan lokek untuk BERKONGSI.

postquam-scriptum:
Maaf jika ada yang tidak selesa bila aku kata kita semua manusia bodoh. Jika kalian bukan manusia bodoh, jadi kalian mesti tahu apa yang perlu kalian buat untuk tidak dilabel bodoh kemudian hari kan?



Mari sokong cEro menjadikan dunia tempat yang lebih baik:


Lagipun, Kita Hanya Ada SATU BUMI.
#1 Save Water, Save The World
#2 Dunia Hebat Tanpa Beg Plastik
#3 A Billion Acts of Green®
#4 Harimau dan Panda Merintih dalam Facebook
#5 Kita Pelihara Dunia Untuk Pewaris Di Masa Akan Datang
#6 Nasib Si Rusa
#7 Makhluk Paling Sunyi
#8 Jimat Tenaga Bermula Dari Rumah




Jul 21, 2011

Memperkenalkan Muka Yang Selalu (dan Bakal Selalu) Anda Lihat Dalam Blog Ini



Hari demi hari,
blog ini menjadi tempat utama aku meluahkan perasaan sama ada suka, gembira, geram, sedih, menangis, atau sekadar mahu berseronok.
Ianya menjadi sesuatu yang dekat dengan aku,
dan aku amat harap ia juga menjadi
sesuatu yang dekat dengan kalian semua.



Perasan atau tidak,
ada beberapa watak lakaran yang sering kali muncul dalam blog ni.
Si rambut tajam, si rambut cacak,
si rambut tempurung, si rambut gulung.

Jadi,
biarlah kali ni aku kenalkan mereka,
siapa mereka, dari mana mereka datang,
apa buat mereka spesial..

1. Si Rambut Tempurung. Codename: F



Perasan tak dia ni macam siapa? Ilham mencipta dia aku dapat dari dua watak iaitu Son Gohan semasa saga Planet Nameck dalam Dragon Ball z, dan Rock Lee dari siri Naruto.

'F' aku tonjolkan sebagai seorang lelaki yang sinis, memiliki mata kuyu, dan selalu kelihatan seperti tidak berminat tentang sesuatu perkara. Namun, elemen yang aku simpan untuk si 'F' ini ialah kebolehan dia membuatkan orang sekeliling terkejut. Kerap tampil dengan bow-tie, 'F' memang seorang yang mementingkan penampilan, walau ketikanya agak tidak kena.

Ilham personaliti 'F' aku dapat dari kawan aku semasa sekolah rendah. Sinis, mulut bisa, dan selalu melukakan, namun kesetiaan sebagai seorang kawan adalah tunjang kekuatan dia.






-----------



2. Si Rambut Cacak. Codename : I



Ini satu dari dua watak terawal ciptaan aku. Dia wujud sejak aku tingkatan 1, di mana buku tulis aku penuh dengan doodle lakaran si 'I' ni. Oleh kerana terlalu lama sudah, aku tak dapat ingat dari mana ilham lakaran ini aku dapat.

Sedar tak, kalau berkumpulan dengan kawan, akan ada seorang yang bising, banyak cakap, dan kadang-kadang annoying? 'I' adalah orang sedemikian dalam blog ini. Berbangga dengan diri sendiri, sentiasa rasa dia ketua, dan kadang-kadang geram dibuatnya, dia adalah watak dimana tanpanya, kita akan rasa sunyi. 'I' gemar ditonjolkan dalam baju T pink, tapi dia tak pernah mengaku ianya pink, sebaliknya dikatanya itu 'merah' lambang keberanian.

Ilham personaliti 'I' juga datang dari seorang kawan aku semasa sekolah rendah. Sama seperti yang aku sebut di atas, bising dan annoying, tapi tanpanya, kita sunyi.






-----------



3. Si Rambut Tajam. Codename : C



Seperti 'I', 'C' adalah antara lakaran terawal aku. Aku persembahkan dia sebagai avatar kepada aku, pseudo-identiti kepada aku, juga alter-ego kepada aku. Namun, tak semua yang aku tonjolkan dalam 'C' mewakili aku. Sudah tentu, dia kelihatan 100 kali lebih cool dari aku.

Aku mengambil keputusan untuk menjadikan 'C' sebagai satu watak, bukan semata-mata penampilan aku dalam blog. 'C' memiliki personaliti seorang pemalas, selalu kelihatan memejam mata dengan mulut muncung, dan selalu kelihatan bersifat pasif dan tidak mengambil bahagian. namun, akan datang, aku akan kembangkan personaliti 'C' menjadi seseorang yang menarik untuk ditunggu dalam blog ini.






-----------



4. Si Rambut Gulung. Codename : A



Setelah menjadikan 'C' sebagai satu watak, aku terpaksa mencipta satu personaliti baru sebagai surrogate diri aku dalam blog ini.

Memperkenalkan, 'A', atau aku.

Sudah tentu rambut dia lebih cool dari rambut sebenar aku, tapi, akan datang, setiap entri yang menampilkan diri 'A' sebagai subjek, ianya adalah mengenai diri aku, mungkin luahan, rintihan atau sekadar suka-suka.

'A' mungkin takkan keluar bersama tiga watak lain; 'F', 'I', dan 'C', kerana dia adalah penampilan aku dalam blog, segalanya tidaklah mutlak, ianya bergantung kepada kemahuan aku selaku pemilik blog untuk buat apa yang aku suka dalam blog ini.






-----------


Juga, akan datang, aku akan perkenalkan beberapa watak sampingan dan sokongan dalam blog ini sebagai memeriah suasana.

Aku juga sedang berlatih melukis perempuan.
Mungkin akan datang, ada watak perempuan dalam blog ini.


Oh,
bagi yang mempersoalkan kenapa perlu cEro masukkan watak yang langsung tak signifikan terhadap pembaca,
biar aku ceritakan sesuatu.

Dari kecil, YA!.
Dari aku tadika rasanya, aku sentiasa ada cita-cita ingin melukis kartun dalam mana-mana majalah. Semasa sekolah rendah, aku ada melukis satu cerita pengembaraan dalam gua berjumpa semut raksasa. Sekolah menengah aku ada lukis cerita dua sahabat menyelamatkan sekolah dari di bom.

Namun,
aku sedar, lukis kartun bukan sesuatu yang dipandang hebat, tambahan oleh orang terdekat aku. Jadi, ianya menjadi satu cita-cita yang sekadar hobi, seperti mana kita dulu kanak-kanak nak jadi doktor laa, nak jadi peguam laa, dan akhirnya meringkuk depan meja kerja makan gaji.

Jadi,
walaupun aku tak dapat melukis untuk mana-mana majalah, komik atau surat khabar, at least aku mampu melukis untuk blog aku sendiri, kan?
Aku amat berharap sedikit sentuhan peribadi dalam blog perkongsian pengalaman ini takkan memudaratkan mana-mana pihak.






-----------


Maka,
terimalah wajah-wajah OOHHSSEEEEMMM dari watak-watak dalam blog aku.



OOOHHHHSSSEEEEEMMM kan??




Jul 19, 2011

Monolog Dengan Bulan - Cinta dan Jarak



Hai awak.
Biar saya berterus terang.
Awak tahu satu perkara saya tak yakin?
Ianya cinta jarak jauh.
Tapi saya bukan tak yakin dengan perasaan cinta itu sendiri, saya cuma tak yakin dengan diri sendiri untuk memberi komitmen terhadap cinta tersebut.

Setiap pasangan cinta jarak jauh akan berkata
"Hey, kita mampu lakukannya."
Dan dengan kepercayaan itu, mereka tempuh hari-hari seterusnya.

Mereka akan terus percaya,
walaupun dalam hati perit terasa.
Tiada suara, tiada belaian, tiada jaminan.
Hanya berbekalkan kepercayaan.

Satu hari, ketika orang sekeliling berpasang,
mereka hanya seorang.
Hakikat paling kejam dunia datang merejam
kesunyian datang mencengkam.

Hari demi hari,
panggilan makin kurang,
suara makin suram,
dan datang dugaan berulang
yang dekat lebih selesa
dari yang jauh kononnya percaya.

Curang. Nafsu. Marah. Geram.
Percaya semakin tenggelam.
Cinta yang diucap dulu, kini dalam kolam.
Mana semua janji?
Mana semua panji?
Mana kata "Hey, kita mampu lakukannya" pergi?

Maka, berakhirlah satu cerita cinta.
Yang dipisah bermula dengan jarak,
dan diikuti dengan percaya, yakin, tulus, cekal.
Lalu tiada apa yang tinggal.

Sebab itulah, awak.
Walaupun kita dipisah 400,000 KM perginya,
walaupun kita tiada suara datang berdering,
biarkah kisah kita berkubu di sini.
Di sini di mana semuanya bermula.

Andai satu hari nanti kita bertemu semula
kita akan fikirkan jalannya.
Sebelum tiba waktu itu,
hiduplah seperti sediakala,
bertemu sesiapa yang mahu ditemu,
ketawalah sekuat yang hendak ditawa,
menangis esak seesak-esaknya,
bercinta dengan hati yang penuh ria.

Kerana itulah kehidupan.

Jangan kerana cinta jarak jauh,
kehidupan digadaikan.
Kerana cinta itu sendiri adalah sebahagian dari kehidupan.



Biar apapun,
hati ini akan kekal, dan kekal ada ruang berisi sesuatu yang saya gelar 'awak'.




Jul 17, 2011

Kini, Semua Orang Mampu Membezakan Senyuman


Kita semua tahu satu hakikat tentang senyuman.
Ianya satu perbuatan yang akan dikira menjadi jika dan hanya jika kita tak memikirkan tentangnya.

Tak percaya,
cuba ke depan cermin dan senyum.
Aku pasti ianya nampak pelik sebab kita memaksa untuk senyum.

Tapi cuba ke depan cermin dan fikirkan saat gembira dalam hidup.
Senyuman yang timbul, itulah senyuman yang menjadi.

Maka, wujudnya dua jenis senyuman;
1) Senyuman yang nampak semulajadi
2) Senyuman yang nampak pelik dan janggal

Dan sekarang,
aku nak berkongsi cara bagaimana membeza senyuman semulajadi dan senyuman buat-buat.



Ambil mana-mana gambar orang senyum yang ada.
Dalam Facebook, dalam majalah,
ataupun guna gambar dalam IC anda je.



Perhatikan bahagian muka.
Bahagikan muka itu kepada dua;
1) hemisfera atas
2) hemisfera bawah



Senyuman selalu berada di hemisfera bawah.
Namun, bukan hemisfera bawah yang perlu diteliti,
ianya hemisfera atas.

Pisahkan hemisfera atas dengan hemisfera bawah.
Atau kalau tak boleh pisahkan,
tutup hemisfera bawah dengan kertas atau tangan
dan perhatikan hemisfera atas.

Senyuman semulajadi adalah tindakan dalam otak yang akan mencetuskan pergerakan otot di seluruh muka.
Dengan kata lain, bukan hanya mulut mengukir senyuman, malah mata, hidung, dan bahagian lain muka juga mengukir tindakan 'senyuman'.

Dalam kes gambar gadis cantik di atas,
hanya mulut mengukir senyuman,
manakala mata, kening dan ruang antara kening tidak menggambarkan sedemikian.
Hemisfera atas gadis berkenaan kelihatan suram dan sedikit 'keterpaksaan'.

Kesimpulan,
itu satu senyuman tidak semulajadi.

Kita cuba sekali lagi menggunakan gambar lain untuk gadis yang sama.




Perhatikan kening yang tajam ke depan
dan mata yang leper di hujung.
Walaupun ditutup tanpa mulut,
kita masih tahu bahawa watak dalam gambar sedang tersenyum.

Itu adalah senyuman semulajadi.




------------------------


Bagaimanapun,
kita tidak dapat mengaitkan senyuman dengan keikhlasan.
Bak kata seseorang yang aku dah lupa siapa orangnya,
ikhlas adalah satu-satunya perkara yang kita tak dapat nak ukur dalam dunia.

Senyuman yang tidak semulajadi tidak bermakna orang tersebut tidak ikhlas.
Ada 1001 faktor lain, sebagai contoh
keletihan, perasaan, makanan, suasana, cuaca
atau mungkin sekadar perasaan 'aku kena senyum kalau tidak nanti orang kata sombong' seperti yang selalu para artis amalkan.

Ya.
Perkara yang aku ajar di atas memang pernah dikaji di seluruh dunia.
Namun, satu prinsip yang semua pengkaji sosial dan kehidupan manusia pegang adalah
SEMUA PERKARA TENTANG MANUSIA ADALAH TIDAK MUTLAK.
Jangan 'assume' semua manusia adalah sama.
Manusia mampu berubah dalam sekelip mata.
Hari ini sayang, esok jadi benci.
Siapa tahu.

Berbalik kepada topik,
manusia juga boleh 'mencipta' senyuman semulajadi mereka.

Antara caranya ialah,
ketika diperlukan untuk senyum
(seperti situasi diminta senyum untuk bergambar)
cuba fikirkan perkara yang gembira dalam fikiran
dan secara semulajadi, senyuman semulajadi akan muncul di bibir.

Antara manusia yang hebat dalam mencipta senyuman semulajadi ialah;
selebriti, ahli politik, pekerja bahagian perkhidmatan yang melibatkan pertemuan mata ke mata, 'con-man', jurujual barangan dan pembunuh bersiri upahan professional.

Antara manusia yang sangat tak pandai mencipta senyuman semulajadi ialah;
pekerja bahagian perkhidmatan yang tidak melibatkan pertemuan mata ke mata seperti telefonis dan operator, pekerja yang dah bosan dengan kerja mereka sebab asyik ulang perkara yang sama setiap hari, dan (percaya atau tidak) blogger sepenuh masa.

Dan bagaimana mahu senyuman anda tidak dapat dibezakan?
Cuba tutup hemisfera atas anda dengan cermin mata gelap.



postquam-scriptum:
Oh, kalau nak cuba bezakan senyuman kawan depan mata, tak perlulah sampai nak tutup sana-sini bagai. Cukup dengan memerhatikan keliling mata dia. Bak kata orang, tengok senyuman di mata dia, bukan di bibir.

postquam-subscriptum:
Special thanks to Lisa Surihani sebab jadi model.
Dan aku yakin, seyakin-yakinnya dia takkan sedar entri picisan ini, jadi tak perlu aku minta maaf sebab curi gambar dia dari FanPage Facebook dia.
Dan nak tunggu dia komen, seribu tahun lagi pun takkan, kan Lisa?...




Jul 15, 2011

Ajaran #11 - Tak Salah 'Ignore' Friend Request Dalam Facebook





--------




--------




--------




--------




--------




--------





postquam-scriptum:
Bila ada 'friend request' dari orang yang tak dikenali, berkali-kali aku ingatkan diri sendiri, "Ingat, tak salah kalau kita 'ignore' friend request dari orang yang kita tak kenal", tapi selalunya end up dengan "Tak sampai hati laa nak 'ignore'", akhirnya, bertimbun friend request tak direspon.




Jul 13, 2011

Weez Wordless Wednesday 3 #WW






Jul 11, 2011

Tanya Sama Pokok..













Entah kenapa,
fenomena sejenis ini dah semakin parah
berlaku di mana-mana.

Tapi orang ramai banyak bertindak dengan hanya mendiamkan diri.
Termasuk aku.

postquam-scriptum:
Walaupun ada beberapa kenalan aku sudah terjebak dengan masalah ini, namun itu tidak bermakna aku menerima keadaannya. Percayalah, selagi nyawa dikandung badan, aku tetap takkan terbuka mengenainya. Call me homophobic, i am just afraid of my God.




Jul 9, 2011

#8 Jimat Tenaga Bermula Dari Rumah



Satu hari,
satu famili kami duduk di ruang tamu menonton TV.

Tiba-tiba Abah bersuara.

"Kita kena jimat sikit pakai elektrik."

Walaupun itu kata dia, tapi dalam maksud sebenarnya ialah;
"Abah tengok bil elektrik melambung tinggi. Kering poket sebab nak bayar bil je. Jadi, tak reti-reti nak jimat? Dah nak dekat raya ni, kang takde baju raya kang..."

Ya, kami semua memahami apa yang Abah maksudkan.

Tiba-tiba sesi menonton TV bertukar sesi membahas idea bagaimana nak jimat elektrik dalam rumah.
Maka,
timbullah 15 idea jimat elektrik di rumah;


  1. Bersihkan atau ganti penapis udara dalam pendingin hawa setiap bulan.
  2. Bersihkan kipas angin selalu dari habuk.
  3. Guna seterika sekali untuk banyak pakaian daripada berulang kali untuk pakaian yang sedikit.
  4. Cas henset dalam tempoh masa optimum. Jangan tinggal semalaman dengan bateri penuh.
  5. Tutup suis alat pemanas (minuman atau mandian) jika kita bercadang untuk tiada di rumah untuk satu jangkamasa panjang.
  6. Tutup mana-mana lampu yang kurang digunakan (sebagai contoh lampu untuk kolam hiasan di luar rumah)
  7. Selalu guna air tadahan untuk mandi daripada alat pemanas air.
  8. Bila guna oven, jangan asyik nak tutup buka tutup buka konon nak tengok makanan hangus. Tenaga yang terbebas ketika oven sedang diguna terbuka sama dengan nilai elektrik untuk 20-25 minit.
  9. Jangan suka buka tutup peti sejuk secara kerap.
  10. Mana-mana barang elektrik yang tidak digunakan, cabut plag dari soket punca elektrik.
  11. Jangan melampau menggunakan cabangan untuk satu plug elektrik.
  12. Pastikan wayar bumi rumah anda berfungsi bagi mengelakkan kebakaran sewaktu terkena panahan kilat.
  13. Beli dan guna alatan elektrik dengan model terbaru. Model lama selalunya guna tenaga lebih.
  14. Guna lampu floresen mengantikan lampu pijar biasa.
  15. Tanam pokok keliling rumah untuk suasana redup tanpa bergantung kepada pendingin hawa.

Aku pasti ada lebih dari 15 cara jimat elektrik di rumah.
Jika kalian ada terfikir mana-mana yang tertinggal,
silakanlah BERKONGSI.

Mari sokong cEro menjadikan dunia tempat yang lebih baik:


Lagipun, Kita Hanya Ada SATU BUMI.
#1 Save Water, Save The World
#2 Dunia Hebat Tanpa Beg Plastik
#3 A Billion Acts of Green®
#4 Harimau dan Panda Merintih dalam Facebook
#5 Kita Pelihara Dunia Untuk Pewaris Di Masa Akan Datang
#6 Nasib Si Rusa
#7 Makhluk Paling Sunyi




Jul 7, 2011

Kita Manusia...



Kita manusia.
Ada maruah.
Ada perasaan.


Namun kita
seringkali terlupa.
Kita sama.
Semua sama.
Ada salah.
Ada jatuh.
Ada malu.
Ada sakit.


Bila lupa,
kita menghukum.
Kita melabel.
Kita mengeji.
Kita memaki.
Kita menjari.
Satu pergi.
Empat mari.


Bila dihina,
kita sakit.
Kita pedih.
Kita jerit.
Kita sisih.


Kita lupa.
Semua manusia,
ada khilaf.
Maka hendaknya
usah dihukum
sesuatu yang
sudah dihukum.


Menuding jari
tidak membawa
kepada penyelesaian.
Mengguna aqli
mencari punca
sesuatu sesalan.


Aku mati.
Mati dalam
diri sendiri.



postquam-scriptum:
Sebab manusia selalu lupa. Bila menghukum seseorang, kita lupa hakikat azali bahawa yang dihukum juga manusia biasa. Manusia yang buat silap, dan sesal akan kesilapannya.




Jul 5, 2011

Panduan Mengenakan Orang! #3 [impromptu]



im·promp·tu
[im-promp-too, -tyoo]
–adjective
1.made or done without previous preparation: an impromptu address to the unexpected crowds.
2.suddenly or hastily prepared, made, etc.: an impromptu dinner.
3.improvised; having the character of an improvisation.











postquam-scriptum:
Tak semua perkara semulajadi disukai manusia.
Ini adalah salah satu contoh...

Jumpa lagi dalam siri Panduan Mengenakan Orang! yang lain.
Disclaimers:
Aku tak bertanggungjawab ke atas kesan dan akibat dari sesiapa yang mengamalkan perbuatan ni. Tapi kalau kalian buat, kalian memang da bomb!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: