Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 29, 2011

Weez Wordless Wednesday 2 #WW





Jun 25, 2011

#7 Makhluk Paling Sunyi

Pernah rasa kesunyian?
Sudahlah tiada pasangan, duduk pula di rumah seorang diri.
Makan di kedai pun pakai meja untuk dua, tapi kerusi hanya satu.
Nak ajak kawan-kawan keluar, banyak sahaja alasan.
Kerja laa, keluar dengan awek/pakwe laa..
Maka, bernafaslah kita dalam udara kesunyian,
keseorangan.

Jangan bersedih!
Selalu dengar orang-orang hebat berkata,
"Jika kita bersedih, ada yang lagi sedih dari kita."

Inilah dia,
makhluk paling sunyi dalam dunia.

Memperkenalkan,
GEORGE
(a.k.a Lonesome George, individu terakhir dalam subspesies Kura-kura Pulau Pinta ,Chelonoidis nigra abingdoni, wiki)



Kura-kura gergasi ini berasal dari Kepulauan Galapagos dan salah satu dari 15 cabang subspesies kura-kura di kepulauan itu.

Dipercayai George merupakan satu-satunya individu dari subspesies itu yang tertinggal di muka bumi selepas bermacam-macam usaha mencari mana-mana pasangan betina untuk George.

Pertama kali di lihat di Kepulauan Galapagos pada 1971, George dipercayai berusia lebih 100 tahun.

Pelbagai usaha membiak dijalankan termasuk percubaan mengacuk dengan baka subspesies kura-kura yang lain, tapi (setakat artikel ini ditaip) tak pernah berjaya.






Dipercayai antara sebab subspesies kura-kura ini menuju kepupusan adalah tindakan membawa masuk kambing yang meragut habis makanan utama kura-kura ini iaitu rumput Kepulauan Galapagos.
Kini semua kambing yang menjadi punca ketandusan rumput di kepulauan itu sudah dibawa keluar, dan rumput kembali tumbuh subur di sana.
Namun, agak terlambat, subspesies kura-kura ini kini hanya tinggal SATU.

Juga diberitakan,
kepada sesiapa yang terjumpa subspesies kura-kura ini yang betina di mana-mana pelosok dunia, akan diberi ganjaran $10,000.



Maka,
apabila kita terasa diri ini sunyi dan berasa kesian dengan diri sendiri, sentiasa percaya bahawa ada lagi makhluk yang lagi sunyi dari kita.
Buktinya, Lonesome George.

Nak jadikan motivasi, simpan gambar George dalam henset anda.
Setiap kali berasa sunyi dan kesian dengan diri sendiri, tatap wajah ceria kura-kura tua beusia lebih 100 tahun ini sebagai motivasi.

postquam-scriptum:
Aku pernah maki seorang kawan dengan berkata, "Jika hanya tinggal kau seorang sahaja manusia dalam dunia ini pun, aku takkan pernah mintak tolong kau lagi." Tetiba rasa takut, sebab kalau tinggal seorang dalam dunia ini, nak minta tolong siapa lagi?

-----

Mari sokong cEro menjadikan dunia tempat yang lebih baik:


Lagipun, Kita Hanya Ada SATU BUMI.
#1 Save Water, Save The World
#2 Dunia Hebat Tanpa Beg Plastik
#3 A Billion Acts of Green®
#4 Harimau dan Panda Merintih dalam Facebook
#5 Kita Pelihara Dunia Untuk Pewaris Di Masa Akan Datang
#6 Nasib Si Rusa




Jun 23, 2011

Monyet Dalam Diri





Cuma aku,
tapi aku berpendapat dalam diri manusia
dalam diri semua manusia
ada monyet mereka sendiri.

Bayangkan seorang manusia,
dia berjaya.
Kawannya kurang berjaya
maka, selepas seketika
istilah kawan hanyalah 'sejarah'

Itu aku panggil monyet yang memilih bulu.
Bulu sama dipuja, bulu lain dicerca.

Seorang lagi manusia,
sibuk menjaja cerita buruk.
Sibuk berjaringan sosial hanya untuk mencaci.
Sibuk menabur cerita propa
yang sebenarnya, tidak seburuk sangka.

Itu aku panggil monyet yang mencari kutu.
Sedangkan dia sendiri berkutu seribu.


Juga alkisah cerita,
pantang terlihat si cantik rupa
segenap tubuh mahu ditelanjangi
seluruh badan mahu dibogeli
mata terbuka mulut menggigi
seolah-olah semuanya boleh dibeli

Itu aku panggil monyet bernafsu kuda
lepas dibunting, semuanya diluah.


Aku juga ada monyet sendiri dalam diri.
Tapi monyet yang mana, hanya aku yang mengerti.

Kalian?
Sedarkah kalian apa monyet yang bersarang dalam diri kalian?





Jun 21, 2011

Baka Manusia Baru Hanya Dijumpai Dalam Pawagam? Kenali Mereka..

Aku Homo sapiens. Aku manusia.

Walaupun dah tak berapa kerap dah sekarang,
tapi menonton wayang antara hobi aku selain dari termenungkan langit malam, kumpul tisu dan mengintai anak perempuan jiran.
Kepuasan menonton wayang lain dari menonton DVD dalam bilik gelap.
Ianya hanya boleh diungkap manusia yang menonton wayang sahaja.



Namun,
jangan ingat menonton wayang ini indah-indah belaka.
Hobi menonton wayang juga ada musuhnya tersendiri.

Biar aku kenalkan musuh aku dalam wayang..
Spesies biadab yang hanya wujud dalam wayang.
Bak kata pepatah,
'Be close to your friends, but be closer to your enemies'

Memperkenalkan...



1. Homo sapidalamwayangmainhensetus
Manusia Biadab yang Dalam Wayang Pun Nak Main Henset.

Bukan nak seksis, tapi kebanyakan jenis manusia biadab adalah perempuan.
Ntah laa, mungkin sebab semangat nak tweet dalam fon kot, nak up-to-date konon.
Nak bagitahu semua orang yang dia tengah tengok wayang.
Tak pun, nak tipu laki/boifren/sugardaddy (potong mana berkenaan) kononnya dia tengah buat perkara lain "You, I tgh tolong mummy tumbuk sambal kat dapur ni" padahal tengah berkepit dalam wayang dengan lelaki lain.

Tak tahu ke diorang, dalam gelap, cahaya dari henset tu walaupun sikit sudah cukup menyilaukan semua orang di belakang?

-------



2. Homo sapikakitakberhentibergoyangus
Manusia biadab yang Suka Goyang-Goyang Kaki Sampai Orang Depan Terganggu.

Manusia jenis ni selalunya bajet kool habis.
Selalunya dia sedaya upaya nak melunjurkan badan supaya kaki dia kena kerusi hadapan.
Lagi malang, sebab kebanyakkan kerusi dalam wayang adalah jenis bercantum satu row,
jika dia goyang kaki, sampai ke hujung pun dapat rasa goyangan dia tu.

Mungkin dia goyang sebab aircond dalam panggung yang melampau sejuk, atau dia tak tahan terangsang dengan adegan romantis cerita yang ditayangkan kot.
Bro, c'mon laa.. Takkan tengok Nur Kasih The Movie pun nak terangsang?
Ko terangsang dengan siapa?

-------



3. Homo samuluttakberhentibercakapus
Manusia biadab yang Tak Berhenti Bercakap.

Spesies ni banyak variasi.
Ada yang sibuk nak bagi spoiler, lepas ni adalah itu, lepas itu adalah itu.
Ada yang sibuk bagi komen, patut scene ni macam ni, patut scene tu macam tu.
Ada yang sibuk bercerita hal lain, "Eh you, I rasa I hensem laa, you rasa I hensem tak?"
Ada yang sibuk bercakap telefon macam orang lain tak ada telefon.

Yang lagi menjengkelkan kalau orang jenis ini duduk sebelah kita.
Lepas tu, sibuk nak kita menjawab segala persoalan dia.
Lagi rasa nak tumbuk, orang tu bukan kenal kita pun, tapi tetiba je macam member lama yang dah 15 tahun tidur sebantal.

-------



4. Homo akupunnakbuatwayangjugak jantan
/ Homo akupunnakbuatwayangjugak betina
Dua jenis sub-spesies yang Suka Buat Wayang Sendiri.

Hey, man. GET A ROOM!.

Lagi meloyakan, dan pernah berlaku,
sub-spesies Jantan buat wayang dengan sub-spesies Jantan jugak!
Hilang selera makan seminggu.

Memikirkannya pun dah meloyakan.

-------



5. Homo heylookatmyawesomehairus
Manusia biadab dengan Rambut Menutup Separuh Skrin

Ada jenis manusia yang dah tahu dah rambut ko tinggi mengalahkan Emak Simpsons,
Kembang mengalahkan dua kali David Arumugam bergabung,
pastu pergi duduk tegak macam abang askar kena inspection, apehal?

Kesian orang belakang, separuh skrin tu nampak ombak-ombak rambut kembang.
Lagi syahdu, dalam rambut tu siap ada bunyi pelik lagi.
Buat orang sekeliling tak tenteram.

-------

Jadi,
macammana nak describe hari menonton wayang yang teruk?
Bayangkan semua 5 spesies manusia baru ni duduk di sekeliling anda yang normal.



Ada banyak lagi spesies baru manusia ditemui hanya dalam panggung wayang.
Tapi untuk kali ni, cukup setakat ini.

Anda ada jumpa spesies baru anda sendiri?




Jun 19, 2011

Ajaran #9 - Kerana Kami (Lelaki) Ada Bahasa Kami Sendiri!



Aku bukanlah anak bapa.
Tak, sudah tentu aku merupakan anak kepada Abah aku, tapi hubungan kami tak serapat seperti sesetengah bapa dan anak yang sikit-sikit bapak dia, sikit-sikit bapak dia.

Sebenarnya,
dari kecil, aku kurang berbual dengan Abah aku.
Sampai sekarang, kalau tinggal kami berdua sahaja di depan TV, suasana amat sunyi.
Aku sendiri terasa kejanggalan di atmosfera.

Mungkin semuanya bermula semasa aku kecil dulu,
aku berkeras nak besar dan menjadi seorang polis seperti Abah aku.
Tapi, bila aku suarakan kehendak aku itu,
Abah aku berkeras menentang.
Alasan kukuh dia,
"Abah tahu susahnya kerja polis ni.."
Dan aku sentiasa balas dengan;
"Alaa, kerja apa yang tak susah, Bah!"

Sejak detik itu,
kami sentiasa bercanggah pendapat.

Aku suka makan nasi duduk di lantai,
Abah suka makan nasi di meja makan.

Aku suka rambut panjang dan tak bersikat,
Abah kata rimas, macam orang jahat.

Aku suka minum air sejuk, berais,
Abah kata minum air suam terbaik.

Aku suka T-shirt kolar bulat,
semua set baju Abah adalah baju berkolar.

Aku suka buah ciku,
Abah selalu beli langsat.

Aku kata The Rock wrestler paling hebat sebab masuk Hollywood dapat berlakon,
Abah kata Undertaker seorang legend sebab sampai sekarang masih beraksi.

Aku suka tunggang moto pakai helmet,
Abah kata, "Alaa, setakat dekat ni takyah helmet pon takpe.."



Sebenarnya,
perkara-perkara di atas ni semua hal kecil.
Tapi sebab hal kecil ni semua laa kami pernah bermasam muka.


Namun,
kami sedar satu hakikat.
Walau macam mana teruk sekalipun percanggahan pendapat kami,
kenyataan bahawa kami masih dapat duduk sebumbung,
kami boleh makan semeja,
kami boleh berada dalam satu kereta,
kami boleh bergelak ketawa dengan cerita Mr. Bean di TV,
kami boleh berkongsi gelas minuman yang sama,
dan aku boleh pinjamkan moto aku bila moto Abah rosak,
semua itu menunjukkan kami masih bahagia.

Di mata aku,
Abah tetap hero pertama aku sejak aku dilahirkan.

Kerana kami berdua lelaki,
aku tak perlu berpelukan dan mengucapkan perkataan 'saya sayangkan Abah', memberi hadiah berbalut wrapper bercorak hati, membuat surprise party untuk hari Bapa hanya untuk memberitahu dia apa dalam hati aku.

Pada kami, sebagai lelaki,
cukup sekadar...

"The Rock lagi hebat!!!"
"Mana ada...Undertaker sampai sekarang still maintain..."



postquam-scriptum:
Dan akhirnya, kami tetap sama-sama bersetuju bahawa Emma Stone ada mata yang cantik.

Selamat Hari Bapa 2011.




Jun 17, 2011

Rambut Oh Rambut 3



Penerangan gambar:

1) Bayangan biasa cEro dalam blog ni, but actually dalam real life tak secomel ni. Alaa, siapa dalam dunia yang tak exaggerate avatar sendiri dalam dunia siber?

2) cEro sebelum dapat rambut dalam no.1. Deng! Muka skema nak mampus sampai disalah anggap sebagai abang askar.

3) cEro hari Ahad lalu. Stylo beb! Rambut guling di hujung sampai tahap tak boleh nak bendung dah. Pakai gel keras pon tetap tak dapat tahan.

4) cEro kini. Sebab hari Isnin hari tu pergi gunting rambut sebab kalah rambut lebat berguling buat kepala panas dan busuk.

5) cEro kini jika dia hanya sikat rambut ke belakang. Adik aku cakap ni rambut Bruno Mars dalam video klip The Lazy Song. Tapi aku amat yakin (seyakin-yakinnya) Bruno Mars berjuta kali lebih good-looking dari aku.


Cik tukang gunting aku tu (perempuan tau, sebab tu 'Cik') sangat peramah. Sambil-sambil kerat rambut aku, dia banyak borak, pasal KL Gangster laa, rumah laa, dan bila dia tanya nama aku dan aku jawab, dia terkejut dan tak percaya sebab kata nama aku tu nama perempuan.

Habis kerat rambut aku dia kata,
"Dah selesai! Awak tadi dari rambut macam mamat basking kat CM, sekarang dah gaya peguam keluar mahkamah. Jap! Awak kerja apa sekarang?"

"Saya seorang pembunuh bersiri upahan."
Dia terus terdiam.


Realitinya, aku sangat tak suka sikat rambut sampai tahap kalau aku nak sikat rambut kena selongkar sikat kat dalam almari yang dah terbenam entah ke mana. Aku hanya sikat rambut jika dan hanya jika aku perlu keluar rumah dan berjumpa dengan orang baru, sebab pada aku, first impression adalah SANGAT PENTING dan bagi lelaki kurang kacak macam aku, rambut dan pakaian adalah first things to impress orang.

Biar aku annoy korang dengan image GIF yang baru aku buat ni..
Maklum laa, baru belajar buat semalam..hahahaha




Jun 15, 2011

Weez Wordless Wednesday 1 #WW





Jun 13, 2011

Ajaran #8 - Tak Tahu Perkara Baik Atau Buruk, Hantu Kini Tak Menakutkan Lagi









Masa kecil aku dulu,
aku sangat takut gelap sampai tahap nak tidur tak nak tutup lampu.

Tapi, dek kerana peredaran zaman,
masyarakat kini tak takut gelap dah,
maksiat dalam gelap,
hisap rokok curi-curi dalam gelap,
buat jahat dalam gelap..

Sedikit sebanyak,
lambakan cerita seram (yang kadang-kadang tak seram mana pun) di pawagam menyumbang kepada perubahan ini.

postquam-scriptum:
Hanya nak beritahu, satu-satunya yang mampu menakutkan aku dalam filem-filem seram di wayang adalah elemen 'terkejut' yang disertakan dengan bunyi gegar Dolby Digital. Hantu dalam wayang sangat tak menakutkan, aku siap boleh buat wallpaper henset lagi tatap tiap-tiap malam. Cit!




Jun 11, 2011

#6 Nasib Si Rusa

Tengok gambar kawan aku dalam Facebook pergi berkunjung ke Zoo Negara bergambar dengan rusa mengingatkan aku dengan satu haiwan yang aku pernah buat kajian satu ketika dulu.

Memperkenalkan, Rusa Irish (Irish Elk, Wiki ).



Dikatakan sejenis spesies rusa terbesar pernah wujud, Rusa Irish ini masih berlegar di muka bumi sebelum didapati pupus sejak 7,700 tahun dahulu. Rusa ini terkenal dengan tanduknya yang besar dan lebar mampu mencecah 3.65 meter, walaupun badan mereka juga besar dengan ketinggian 2 meter.

Jadi, apa yang membuat haiwan hebat ini pupus 7,700 tahun yang lalu?



Konsep Pemilihan Semulajadi (Natural Selection) dalam kehidupan membuatkan Rusa Irish ini berevolusi. Untuk mendapat pasangan, Rusa Irish jantan perlu berlawan dengan jantan yang lain. Rusa yang berbadan besar dan bertanduk lebar akan menang dalam pertempuran merebut rusa betina, menyebabkan rusa yang berbadan kecil dan bertanduk pendek tidak mampu meneruskan zuriat. Akibatnya, generasi Rusa Irish berkembang sinonim dengan badan besar dan tanduk lebar.

Namun, sesuatu yang dianggap kelebihan pada mulanya, memakan diri dimana Rusa Irish dipercayai dek kerana mempunyai badan yang besar dan tanduk yang lebar, gagal melakukan aktiviti normal harian seperti mencari makanan, mahupun menyorok dari haiwan pemangsa yang lain. Malah, tanduk yang besar dan lebar dengan berat mencecah 90 pound (40++ kilogram) di kepala dipercayai antara punca haiwan ini pupus. (Ye laa, siapa mampu tanggung 40 kg beban di kepala seumur hidup?)



Kenapa blog peribadi yang bosan ni nak bertambah bosan dengan menonjolkan haiwan yang sudah pupus 7700 tahun dulu?

Aku hanya nak bercerita, dek kerana pernah terlalu obses buat kajian tentang haiwan ni dulu, aku sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Aku mimpi, aku menunggang rusa besar ni berjalan-jalan di padang rumput luas seperti di Prairie. Indah. Lagi menyeronokkan bila bukan seekor, tapi banyak ekor rusa ini di keliling aku.
Tapi, itu hanya mimpi....

Sekarang, haiwan ini hanya boleh dipotrait oleh para pelukis hanya berbekalkan fossil tulang dan lukisan gua.

Cuba bayangkan, satu hari nanti, harimau, gajah, zirafah, dan beberapa haiwan lain yang sekarang simbol kehebatan, hanya dapat digambarkan ke generasi seterusnya hanya dengan gambar dan video yang dirakamkan.

Itu, buat aku sangat sedih.





Mari sokong cEro menjadikan dunia tempat yang lebih baik:




Lagipun, Kita Hanya Ada SATU BUMI.
#1 Save Water, Save The World
#2 Dunia Hebat Tanpa Beg Plastik
#3 A Billion Acts of Green®
#4 Harimau dan Panda Merintih dalam Facebook
#5 Kita Pelihara Dunia Untuk Pewaris Di Masa Akan Datang




Jun 9, 2011

Ajaran #7 - Beza 'Pandai' dan 'Hebat' Hanyalah Sesuatu Yang Disebut 'Keyakinan'













Aku PANDAI Bahasa Inggeris,
cuma aku tak HEBAT dalam mengamalkannya.

Benar,
sesetengah orang (macam aku) tahu BELAJAR bahasa inggeris,
dan bila perlu diamalkan, terkontang-kanting berpeluh sana sini.

Masalah kita bukan tak pandai Bahasa Inggeris,
cuma kurang diamalkan.

Dan akhirnya, tanpa amalan
yang pandai pun akan semakin hilang dan berkarat.

Apa kata berubah sikit,
tambahkan dengan keyakinan, amalkan apa yang pernah kita pelajari.

postquam-scriptum:
Siapa tahu lagu apa yang si rambut cacak tu sedang nyanyikan di panel pertama?




Jun 7, 2011

Monolog Dengan Bulan

Hai awak, sihat?

Pada masa macam sekarang, saya selalunya baring atas katil dan mengira kambing melompat pagar. Tapi entah kenapa saya hari ni nak sangat berbual dengan awak.

Awak tahu, saya sangat sangat sangat sangat sangat tak suka dengan diri saya sekarang. Keluar dan berjumpa kawan-kawan lama hujung minggu hari tu buat saya berfikir panjang.

Mereka semua seolah-olah sedang berada di atas kapal terbang menuju ke destinasi mereka, sedangkan saya masih sedang perit mengumpul duit syiling dalam tabung hendak dibuat modal beli tiket.

Mereka seolah-olah hidup dengan lancar, sedangkan saya tersekat, dan berundur, tersekat, dan meronta, tersekat dan tidak tahu bila akan selesai.

Kerana itu, duduk dan bersama mereka membuatkan mulut saya hilang kewujudan, saya senyap. Diri saya terasa begitu kerdil, kaki saya terasa mahu berjengket, dan nafas saya terpaksa ditahan, hanya kerana saya berada dekat dengan mereka, berpijak di atas bumi yang sama dengan mereka dan bernafas dengan udara yang sama dengan mereka.

Berkali saya renung kembali masa.
Banyak kali juga saya rasa saya sangat mahu mengundurnya, memadamnya dan seterusnya menulis semula jalur masa itu dengan peristiwa yang lancar supaya apabila masa kini tiba, saya sejajar dengan tingkat mereka.

Saya juga mahu berdiri sama tinggi, pijak di atas rumput hijau, dan bernafas dengan udara yang sama.

Namun, saya tahu, undur masa dan ubahnya hanyalah fiksyen ciptaan manusia yang gagal menempuh dugaan masa hadapan.



Duduk di luar rumah, mendongak ke langit berhias bintang dan menatap tepat ke bulan, dan berbual dengan awak memang seperti perbuatan orang kurang waras jika diperhatikan oleh jiran sebelah.

Tapi siapa kisah!

Kerana saya tahu, bila saya mengadap bulan dan berbual dengannya, di suatu tempat lain bawah hemisfera yang sama, awak juga mengadap permukaan bulan yang sama.





Jun 5, 2011

Ajaran #6 - DSLR Tergantung Di Leher Tidak Bermakna Kita Seorang Jurugambar Sebenar





Satu hari masa aku pergi kenduri kahwin kawan aku,
aku ada terperasan satu perempuan ni dengan berDSLR tergantung di leher sibuk tangkap gambar pengantin situ sini..

Setelah selidik kaji jaga tepi kain orang sikit
aku dapati perempuan tu BUKAN fotografer rasmi bagi majlis tu.
Kawan aku dah tempah baik punya satu fotografer berpengalaman untuk majlis dia tu, jadi aku assume, perempuan tu adalah seorang fotografer amatur yang (mungkin) nak tangkap gambar majlis perkahwinan sebagai satu wadah mengisi pengalaman diri.

Ya, bagus! Passion itu penting!

Tapi, satu perangai dia yang kurang aku senang walaupun muka dia comel adalah perangai dia yang sibuk mengalahkan fotografer rasmi.

Hampir setiap waktu, dari sesi pengantin datang dengan kompang, ke sesi menyusun barang hantaran di ruang tamu rumah pengantin, hingga ke sesi terjah bilik pengantin, perempuan tu mesti akan berada di hadapan seterusnya menghalang fotografer lain dari bergambar, dengan harapan dia mahukan gambar yang terbaik. Lebih mengecewakan, dengan fotografer rasmi sekali jadi mangsanya.

Beberapa kali aku nampak adegan si fotografer rasmi mencuit bahu perempuan itu kerana dia menghalang skop gambarnya, tapi setiap kali itulah si perempuan tu akan buat muka 'aphal-ko-cuit-cuit-orang-ni-aku-tengah-sibuk-arr' dengan jelingan super-sengal.

Maka, aku dan kawan aku berkeputusan mahu mengajar dia satu pengalaman yang hebat.

Kami berdua (aku dan seorang lagi kawan) masing-masing meminjam kamera digital biasa milik kawan yang lain, dan seperti apa yang dia buat, kami halang setiap lensa kamera dia dengan alasan kami juga mahu mengambil gambar.

Dia panas dan tegur,
"Brader, tengok laa orang belakang sama. Saya pun nak amik gambar. Tak perlu laa sampai nak halang-halang orang."

Belum sempat aku nak bantai balik, si fotografer rasmi majlis yang kebetulan berada di belakang perempuan tu balas balik,
"Cik adik pun buat perkara yang sama, halang saya nak buat tanggungjawab saya."

Selepas itu, si perempuan tu pun kelihatan sentiasa mengutamakan fotografer rasmi sebelum dirinya. Mungkin malu kena tegur agaknya, walaupun kelihatan passionnya terhadap fotografi masih tak luntur.

Yes, passion is important, but respect is the most important aspect in fotography.

Aku tak layak nak cakap banyak tentang fotografi sebab ilmu yang sangat cetek, tapi momen yang nak dicapture oleh fotografer adalah sangat kritikal, dengan kata lain, jika satu momen itu dirosakkan dengan bayangan fotografer lain, momen tersebut tidak akan kembali berulang. Semua fotografer mahukan shot yang terbaik, tapi hormatilah siapa yang diberi keutamaan.

Lagipun, dengan hanya berbeg kotak disandang sebelah kiri, dan berDSLR terlilit di leher, tak bererti orang itu sudah layak digelak fotografer.

Pemikiran bahawa dengan memilik DSLR sudah melayakkan kita digelak fotografer ialah, dalam kata aku sendiri,
  'TOTAL BS!'

postquam-scriptum:
Di akhir majlis aku nampak si perempuan tu sedang meneguk air sirap baki majlis, mungkin penat 'bekerja'. Memandangkan aku tak makan telur, aku hampiri dia dan hadiahkan bunga telur dan berkata 'Nice job' dengan harapan kami boleh berbual-bual dan bertukar nombor telefon sebab fakta bahawa dia seorang gadis yang comel tak pernah berubah. Namun, mungkin dah terbina kebencian dari awal pertemuan kami tadi, dia hanya ambil bunga telur itu dan berlalu tanpa sepatah kata. Kesian aku.




Jun 3, 2011

The Pencil Maker



The Pencil Maker took the pencil aside, just before putting him into the box.

"There are 5 things you need to know", he told the pencil.

"Before I send you out into the world. Always remember them and never forget, and you will become the best pencil you can be."

  1. You will be able to do many great things, but only if you allow yourself to be guided by Someone's hand
    .
  2. You will experience a painful sharpening from time to time, but you will need it to become a better pencil
    .
  3. You will be able to correct any mistakes you might make
    .
  4. The most important part of you will always be what's inside
    .
  5. On every surface you are used on, you must leave your mark. No matter what the condition, you must continue to write!
    .

The pencil understood and promised to remember, and went into the box with purpose in its heart.

No matter what the situation, you must continue to do your duties. By understanding and remembering, let us proceed with our life on this earth having a meaningful purpose in our heart.

postquam-scriptum:
This post was originally published in Classical Islam site and was republished recently in ILuvIslam.com. And I was just copied-and-pasted it.




Jun 1, 2011

Ajaran #5 - Yang Pasti, Depan dan Belakang Tidak Pernah Sama!









Sesetengah, tidak, kebanyakan dari kita hanya menilai orang lain dari hanya apa yang kita nampak di hadapan mata kita.

Dan yang lebih menonjol di mata kita adalah yang hitam.

Namun, jika kita melihat secara menyeluruh, apa yang tersirat adalah lebih berhikmah dari yang terpampang.

Jadi, jadilah manusia yang melihat seluruhan.


postquam-scriptum:
Tafsirlah entri ini dengan apa yang kalian fikirkan.
Ianya dapat diterjemah ke dalam pelbagai keadaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: