Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 23, 2011

Notis Sibuk Menyelamatkan Dunia





Sebelum apa-apa,
aku nak minta maaf.
Atas sebab aku sedang sibuk menyelamatkan dunia,
blog ini akan berada dalam keadaan rehat buat sementara.
Bermakna tiada post akan diterbitkan sehingga satu masa yang bakal diberitahu.
Selalunya tak lama, sebab aku memang tak boleh berenggang dengan blog ni.

Aku MINTA MAAF sekali lagi.




postquam-scriptum:
Konon hero, padahal si penulis sedang kalah bertempur dengan virus demam. Maklumlah, cuaca sekarang sekejap panas sekejap sejuk, ramai orang jadi batuk dan demam-demam. Kepada yang demam dan batuk di luar sana, sila jangan malas makan ubat, sebab si penulis sendiri malas makan ubat dan hasilnya dia hanya lama terlantar di katil pesakit berbau disinfektan hospital. Uwaaaa!!!




May 21, 2011

#5 Kita Pelihara Dunia Untuk Pewaris Di Masa Akan Datang



















Selepas tatap setiap gambar di atas,
pejam mata dan bayangkan sesuatu....


Perkara paling menyeramkan tentang gambar di atas jika difikirkan ialah apabila kemungkinan satu masa nanti apa yang tinggal untuk kita hanyalah memori dari kepingan gambar-gambar sahaja.


Diharap tak terkeluar kata-kata dari cucu-cicit kita seperti
"Semua salah moyang kita dulu kerana membiarkan mereka lenyap tanpa usaha memeliharanya."
Sampai ketika itu, tiada guna menyesalinya lagi.


postquam-scriptum:
My personal favorite is the third picture. Nampak cool giler harimau bintang tu jeling ke belakang. Sexy back!


Mari sokong cEro menjadikan dunia tempat yang lebih baik:


Lagipun, Kita Hanya Ada SATU BUMI.
#1 Save Water, Save The World
#2 Dunia Hebat Tanpa Beg Plastik
#3 A Billion Acts of Green®
#4 Harimau dan Panda Merintih dalam Facebook




May 19, 2011

Ajaran #4 - Cara Nak Mengajar Orang Tak Tepati Masa Adalah Dengan Buat Perkara Yang Sama Terhadap Dia














Kebanyakan orang yang suke membuat orang menunggu adalah orang yang tak suka menunggu.
Jadi, apa salahnya memulangkan paku buah keras kepada mereka sekali-sekala.
Sebab mungkin mereka kadang-kadang lupa semua orang hanya ada 24 jam satu hari, tidak lebih tidak kurang.




May 17, 2011

Surat Untuk Cikgu Ali








Percayalah.
Anda boleh berada di mana anda sedang berada sekarang adalah kerana dia.
Insan bernama guru.

Selamat Hari Guru.




May 15, 2011

Ajaran #3 - Mencarut Memang Nampak 'Cool', Tapi Tak Mencarut Pastinya Lebih 'Cool'











Mencarut memang boleh meredakan kemarahan,
tapi hati-hati kepada siapa yang kita carutkan..
Salah carut, payah nanti...


postquam-scriptum:
Kan ke lebih baik kita tak mencarut langsung...
Kenapa perlu mencarut??




May 11, 2011

Terperangkap Dalam Sistem





Perkara ini mesti pernah berlaku dalam hidup kalian,
di mana semasa kita masih di bangku sekolah dahulu,
cikgu bertanyakan satu soalan di depan kelas.
Apabila kelihatan ramai angkat tangan menjawab A,
sedangkan jawapan yang kita rasakan betul ialah B,
kita jadi ragu-ragu dengan jawapan kita
dan lebih teruk, kita juga angkat tangan untuk menjawab A,
mengabaikan usaha kita dengan jawapan B sebelumnya.


Namun, apabila cikgu berkata "Jawapannya B"
dalam hati mahupun mulut, akan termaktub kata
"Aku dah agak dah jawapannya B."
Pada waktu iut, bising satu kelas
dan akan muncul seorang yang dianggap 'poyo'
dan berkata dengan lantang
"Aku dah agak dah jawapannya B"
dan dalam hati kita kata
"Poyo hipokrit salah tu salah laa.."


Pernah jadi?
Mungkin tak setepat itu, tapi mungkin sekelumit cuma.
Namun hakikatnya, kita manusia ada naluri yang aku gelar
'Takut dengan Sistem'


Dalam kehidupan,
pada aku ada tiga golongan dalam sistem;


1) Yang Mengatur
- Golongan yang mencipta sistem sama ada secara sengaja atau tidak. Golongan ini mencipta peraturan, supaya orang lain ikut dan segalanya berjalan lancar di bawah kehendak mereka. Golongan ini mencipta keadaan, dan melabel sama ada ianya betul atau salah, kadang-kadang tanpa berteraskan kebenaran itu sendiri. Mereka boleh jadi baik, boleh jadi kurang baik.

Golongan ini, seperti contoh, adalah cikgu dalam situasi kelas yang aku sentuh sebelum ini.




2) Yang Beratur
- Golongan yang berada khusus dalam sistem, dan mengikut sistem itu. Pada mereka, sistem adalah segalanya. Keluar dari sistem bermakna keluar kehidupan, sesat dan tidak betul. Golongan ini majoriti, selalunya mengikut majoriti, dan berpegang kepada prinsip 'majoriti sentiasa betul'. Golongan ini adalah golongan yang apabila nampak orang ramai berkerumun mendengar seorang penjual ubat berceloteh, dia sertai walaupun ubat yang dijual tiada kaitan dengan dirinya. Golongan ini adalah golongan yang mesti kena ada artis korea kegemaran di saat kegilaan budaya K-Pop korea menjadi-jadi.

Golongan ini, seperti contoh, adalah sekumpulan pelajar yang angkat tangan hanya kerana jawapan A dipilih oleh ramai pelajar lain.




3) Yang Tidak Beratur
- Golongan ini minoriti. Mencipta sistem sendiri dan hanya mereka ikut sistem mereka cipta. Golongan ini tidak peduli senario, keadaan semasa, hanya berteraskan keputusan yang mahu dicapai. Golongan ini adalah yang meredah hujan dengan kepala bertutup surat khabar ketika yang lain berteduh di perhentian bas hanya kerana mahu sampai cepat. Golongan ini adalah yang masih menggunakan telefon bimbit skrin dua warna hitam putih di kala yang lain sibuk berpapan sentuh hanya kerana fungsi yang lain tidak diperlukannya. Golongan ini adalah yang bila di dalam ceramah, tidak akan menguap hanya kerana melihat orang di hadapan menguap.

Golongan ini, mungkin adalah kita, jika kita tetap berpegang kepada jawapan B di kala yang lain menjawap A.






Sedar tak sedar,
kita semakin tenggelam dalam sistem.
Manusia mencipta kalendar, jam dan jadual hanya untuk merasakan diri lebih teratur dalam sistem yang mereka sendiri cipta. Manusia melabel cantik, jelik, kacak, hodoh sebagai tanda aras penampilan. Manusia meletakkan harga sebagai penilai kepada sesuatu barangan.






Seorang kawan merungut pada keadaan umurnya yang hampir mencecah suku abad namun masih tidak mempunyai pasangan, sedangkan kawannya yang lain sama ada sudah menamatkan zaman bujang, atau sudah meletakkan RSVP untuk majlis perkahwinan mereka.

Seorang kawan merungut pada keadaan dirinya yang sudah tamat belajar namun masih belum berkesempatan mempunyai pekerjaan tetap, sedangkan kawannya yang lain sedang sibuk mengajak yang lain berkaraoke selepas waktu pejabat.

Seorang kawan merungut pada keadaan kawannya yang asyik menyusahkannya sudah masuk kali kedua dan berkata jika masuk kali ketiga, sabarnya akan hilang.




Siapa yang meletakkan tahap umur 25 tahun mesti melabuhkan tirai bujang?
Siapa yang meletakkan syarat lepas habis belajar MESTI dan MESTI terus bekerja tetap?
Siapa yang meletakkan had sabar hanya 3 kali?


Itu sistem, itu manusia.




Jika anda jadi yang beratur, anda normal.
Jika anda jadi yang mengatur, anda hebat.
Jika anda jadi yang tidak beratur, anda istimewa.
Pilihan di tangan anda.







Postquam-scriptum:
Maaf post kali ni agak berat. Nasihat di atas diberikan oleh seorang cikgu kepada aku semasa aku sekolah rendah dulu. Dek kerana terlalu kecil untuk memahami, prinsip yang aku pegang dalam hidup hanyalah 'tidak suka beratur' dan 'pandang ke mana yang anda suka walaupun yang lain semuanya pandang ke kanan.' Aku hanya fed-up dengan sesetengah orang yang hanya memilih mahu berpasangan hanya kerana orang sekelilingnya semua sudah berpasangan. Satu amaran aku, jangan pandnag rendah dengan CINTA.




May 9, 2011

YES! I'm DEFINITELY at Home!













Walau di mana kita berdiri,
ianya hubungan suci yang kekal abadi.

Selamat Hari Ibu.






May 7, 2011

#4 Harimau dan Panda Merintih dalam Facebook







Sumber dari tumblr WWF.
Terima kasih kepada WZulhilmi kerana tweet dialah aku dapat post ni.



Baca status di atas membuatkan aku terfikir..
"Sebagai manusia, apa yang kita boleh buat untuk menyelamatkan mereka?"

Kita asyik berkata sana sini bahawa kita manusia dilahirkan sebagai khalifah di muka bumi. Tapi dari sini nampaknya kita tak menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah menjaga muka bumi ini, kan?


Apa patut kita buat?
Yang penting kita belum terlambat. Takkan pernah ada terlambat!




Mari sokong cEro menjadikan dunia tempat yang lebih baik:


Lagipun, Kita Hanya Ada SATU BUMI.
#1 Save Water, Save The World
#2 Dunia Hebat Tanpa Beg Plastik
#3 A Billion Acts of Green®




May 5, 2011

Pondok Dimamah Api

Ini adalah terjemahan aku dari tumblr Islamic Thinking.
Mengenai satu cerita tentang seorang yang terselamat dari tragedi kapal karam.


Mangsa Kapal Karam yang Terselamat.


Satu-satunya mangsa yang terselamat dari satu tragedi kapal karam dihanyutkan arus ke sebuah pulau yang kecil dan tidak berpenghuni.
Setelah sedar, dia tekun berdoa kepada Yang Maha Esa supaya dia diselamatkan.


Setiap hari dia tinjau ufuk laut untuk meminta tolong,
mana tahu ada kapal yang lalu,
namun ianya tetap sunyi dari sebarang tanda kapal lalu.
Walaupun kepenatan,
namun dia berjaya membina satu pondok berteduh kecil dari serpihan kayu kapal yang hanyut bersamanya.


Satu hari,
selepas selesai mencari sumber makanan di hutan,
ketika perjalanan balik ke pondok,
dia nampak pondoknya sedang marak dimakan api,
dengan asap yang berkepul menjulang ke langit.


Merasakan dirinya kehilangan segalanya,
dia menjerit meronta marahkan nasib malang yang bertalu-talu menimpanya.


Jeritnya,
"Ya Tuhan Yang Maha Esa! Kenapa nasibku seburuk ini?"


Pagi keesokan hari,
dia terjaga dek terdengar deruan dari kapal yang menghampiri pantai.
Kapal itu adalah milik pasukan penyelamat yang datang khusus untuk dia.


Dia bertanya kepada pasukan itu,
"Bagaimana kalian tahu saya di sini?"


"Kami nampak isyarat asap yang diberikan kamu itu."
Balas mereka.



Moral cerita:
Memang mudah hilang pedoman bila ditimpa kesusahan,
tapi kita tak patut hilang pertimbangan,
kerana Tuhan Yang Maha Besar sentiasa bersama kita
tak kira senang, susah, sakit mahupun derita.

Ingatlah, di saat ketika 'pondok kita terbakar dimamah api'
Akan ada 'isyarat asap' yang membawa hikmah ke bumi.



postquam-scriptum:
Sebanyak mana aku nak berkongsi cerita ini
ianya lebih berfungsi sebagai pengingat diri sendiri.
Kita selalu ungkap 'Ada hikmah di sebalik semua perkara yang berlaku'
Tapi berapa ramai dari kita yang betul-betul memahaminya?


Baca artikel sebenar Islamic Thinking di sini
Follow twitter mereka di @IslamicThinking




May 3, 2011

Rambut Oh Rambut 2

Kalau kalian pembaca blog bosan ni dari dulu,
pasti akan teringat beberapa entri berkaitan rambut..

24 Jun 2010 Rambut Oh Rambut
9 Okt 2010 Pendek? Bengong!
22 Okt 2010 'Spiky' jadi 'Spooky'

Aku macam selalu bercerita tentang rambut, kan??
Bukan apa, aku cepat rimas dengan rambut sendiri.
Bila panas sikit, panjang sikit, mula laa...

Macam sekarang, aku sedang dan sangat rimas dengan rambut.

Rambut aku bukan jenis yang lurus sangat.
Tapi tak pulak bergulung-gulung kerinting.
Rambut aku bergulung di hujung, membuatkan rambut aku macam spring kalau panjang sikit..
Itu yang merimaskan..



Bila pendek macam budak sekolah, aku susah nak kawal rambut sebab asyik nak penyet je..
Bila panjang pulak, susuah nak kawal sebab nak bergulung di hujung je...
Aku pernah botak, dan memang nak botak selalu, tapi abah dan mak aku larang,
kata diorang
"Rambut botak buat muka nampak macam orang jahat.."

Memang betul sebab muka aku pun memang cop rempit habis.
Kalau botak, memang pelakon cerita Juvana habis..



Jadi, apa penyelesaian aku?
Sekarang, sebab rambut macam panjang sikit, dan lebat,
aku pakai cekak yang aku cilok dari adik aku..
Nampak laa kemas sikit, maklum laa,
aku ni jenis yang tak suka sikat rambut..



Yang tak best bila pakai cekak rambut ialah
bila keluar rumah, orang suka pandang slack!
Aku tak faham kenapa, tapi menurut adik aku,
lelaki pakai cekak selalunya mat moto yang bajet bagus langgar lampu isyarat dan ragut beg tangan makcik yang baru keluar pasar..
Tapi..apa aku peduli??

Dan yang tak best pakai cekak ialah
cepat sakit kepala..
Dan kalau nak pakai cekak, rambut tak boleh kering,
sebab kalau kering, nanti rambut nampak lagi kembang
sampai tahap nampak macam rambut MonoLoque..



postquam-scriptum:
Dari kecil, hampir beratus kedai gunting rambut aku cuba,
dari mamak, cina, melayu, sampaikan ke yang nampak professional macam kedai gunting RM15=10 minit tu, semua aku cuba...
Tapi, sampai sekarang, tiada yang memuaskan hati aku..




May 1, 2011

Aku Perlukan PLAN B



Bila jenguk luar rumah,
dengan melihat matahari yang tersenyum lebar memancarkan cahayanya
sampaikan si botak berseluar merah pun memantulkan silau menusuk ke mata,
dan burung-burung biru yang tak dapat dikenali spesiesnya
riang gembira beterbangan di awan yang hanya ada dua ketul sahaja...

Maknanya,
ianya waktu yang sesuai untuk keluar beriadah.




Dan bila beberapa saat aku ke dalam rumah untuk salin pakaian
apa yang aku tak tahu adalah matahari mula dibayangi awan besar
dan awan berubah warna dari biru ke kelabu
dan burung-burung biru pelik pun terbang pulang ke sarang
dan si botak pun sudah tiada di tepi jalan..




Akhirnya,
setelah siap berkelengkapan riadah dengan kasut sport oren
dan saat ketika melangkah keluar dari pintu
air turun dari langit tanpa khabar berita
membasahi baju dan seluar yang berbau downy
dan di hadapan ternampak si botak dengan payung bermuka kucing
angkuh berjalan meredah titisan hujan...

Maka,
niat untuk keluar beriadah sudah terbantut.
Plan yang dirancang awal tidak menjadi.


Merancang memang bagus.
Tapi bila rancangan dilintang halangan diluar kawalan.
Maka, aku perlukan plan B.

postquam-scriptum:
Sebab tu kadang-kadang aku lebih suka menjadi manusia seperti, "Eh? Nak riadah? JOM!"




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: