Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 30, 2011

Memperkenalkan, CEROLIANA


Ini cEro.
Bagi yang selalu singgah blog picisan ni, pasti tahu.
Dia adalah alter-ego kepada aku.
Namun, tak ada satu ciri pun pada dia yang sama dengan aku.
Rambut dia tajam, rambut aku bergulung di hujung.
Kulit dia cerah, kulit aku sama dengan Usher.
Dia selalu kelihatan memakai baju warna hijau,
sedangkan hijau bukanlah warna kegemaran aku.

Dan aku tak boleh nak explain kenapa setiap kali aku taip 'cEro',
yang jadi huruf besar adalah E bukan c.




Ini pula cEroliana.
Dia dicipta khusus oleh WZulhilmi dari blog StarStruck.

Bagi yang perasan, jarang aku lukis karekter perempuan dalam blog ni.
Pada aku, perempuan begitu indah,
dan lukisan buruk aku tak akan mampu menggambarkan keindahan mereka.
(Ok, itu alasan terbaik aku reka, padahal aku tak reti lukis perempuan sebenarnya. Tak percaya cuba tatap gambar cEroliana tu, dah macam cEro versi drag, kan??)

Entri ini aku buat sebagai tanda TERIMA KASIH kepada WZulhilmi (which is aku prefer noted dia sebagai WZ)
untuk entri 'Doodle (Kau pun!)' dia.

Entri itu mampu membuatkan huruf D dalam perkataan DUKA
bertukar menjadi S untuk membina mood SUKA dengan serta-merta.

Sila check-out blog dia di mana aku takkan pernah tinggal satu pun entri dia.
Dan tinggalkan komen like 'U R AWESOME'!




postquam-scriptum:
YES. For past few days, I had bad days.




Mar 29, 2011

Pohon Bernama Memori



Aku percaya,
setiap yang bergelar manusia
akan ada satu waktu dan ketika
di mana dalam benaknya berkata
"Aku harap aku mampu putar masa.."


Bagi aku
yang lemah dan berkelemahan
waktu dan ketika itu adalah SEKARANG!
Kerana kini
terlalu banyak saat dan detik
kalau boleh aku petik
dan buang dari pohon bernama memori.


Aku harap memori adalah model mainan
yang mampu dibina dan dimusnah
dan dibina semula menjadi lebih baik.
Tapi
ianya lebih menyerupai baju
walaupun kotoran dibasuh berkali akan luntur
namun kesannya tetap masih ada
dan takkan pernah sama dengan sebelumnya.


Namun,
siapalah kita
kita manusia
apa yang daya
adalah terus maju ke depan
walau kaki dipenuhi lecah
walau daki degil di celah
kita HARUS TERUS KE HADAPAN.





Mar 28, 2011

Hidupku Bukan Slot Samarinda













Kalau kat bandar,
mesti ada kongsi gelap/along, selalunya berbangsa cina.
Cerita mesti libatkan Datuk, Tan Sri.
Rumah orang kaya BESAR! Tiap-tiap drama rumah sama.
Kereta MAHAL-MAHAL, selalunya bukan jenama tempatan.
Artis perempuan kena HOT.

Kalau kat kampung,
mesti ada samseng kampung, selalunya naik moto.
Cerita mesti sedih, libatkan orang OKU.
Yang OKU mesti dikutuk! (macam laa org kampung semua jahat)
Pakaian compang camping, muzik latar kena sedih.
Selalu tak happy ending.

Itukah REALITI MASYARAKAT KITA?



postquam-scriptum:
Walaupun aku letak tajuk 'Slot Samarinda' tapi aku kira termasuk semua slot drama Melayu di TV tak kira stesen.




Mar 26, 2011

Lagipun, Kita Hanya Ada SATU BUMI.

Baiklah,
jika anda baca entri ini pada hari sabtu 26 Mac,
maka malam ini akan berlangsung Earth Hour 2011
satu acara di mana pada jam 2030,
semua yang turut serta akan menutup lampu tidak penting selama satu jam sebagai tanda sokongan.

Tapi jika anda baca entri ini bukan pada sabtu 26 Mac 2011,
entri ini masih relevan.

Baiklah,
ini adalah entri bersempana Earth Hour 2011,
tapi aku takkan bercerita tentangnya,
kalau kalian nak baca soalan lazim yang sering didebat semasa Earth Hour,
kalian boleh ke sini.

Apa yang aku nak ceritakan adalah tindakan SELEPAS Earth Hour.


Selepas acara Earth Hour,
akan ke udara berita khas tentang sambutannya di media-media tempatan mahupun antarabangsa.
Akan ada orang yang berkata,
"Eleh! Apa kebaikan event ni? Saje suka-suka je..Bukan boleh sejukkan bumi yang makin memanas ni.."

Abaikan mereka.
Now, keep your positive thinking hat ON,
dan fikir...

Setiap perubahan adalah bergantung kepada individu.
Sebab itu wujudnya pepatah 'Every building starts with a brick'.
Jadi, apa boleh kita buat selepas Earth Hour untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik?
Apa kita boleh buat bukan sahaja pada waktu Earth Hour, tapi pada waktu-waktu selepas itu.


Idea Earth Hour ialah usaha nak memelihara tenaga.
Kerana tenaga menyebabkan haba,
dan haba memanaskan bumi.

Salah satu cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga ialah 'GO GREEN'.

Aktiviti Go GREEN melibatkan 3R:
  1. Reduce (Kurangkan):
    Kita boleh mulakan dengan kurangkan penggunaan tenaga. Tutup lampu yang tidak perlu. Selepas cas henset, tutp plak dan cabut charger dari soket. Jika nak bergerak ke tempat yang dekat, gunakan basikal atau berjalan kaki. Kurangkan penggunaan plastik bag, kerana plastik mengambil masa 500 tahun untuk degradasi semulajadi, lagi lama bermakna lagi banyak tenaga diperlukan.
    .
    .
  2. Reuse (Guna semula):
    Jika ada barang yang kemungkinan masih boleh diguna semula, jangan buang. Seperti contoh, bekas aiskrim besar boleh dijadikan cebok pengganti gayung. Juga, jika ada barang yang masih boleh digunakan, tapi anda tak ada kegunaan, bolehlah dermakan kepada orang yang memerlukan. Baju-baju lama yang masih elok, boleh dikumpul dan diberikan kepada agensi yang menguruskan hal-hal seperti itu. Kadang-kadang, di kawasan perumahan, akan ada kotak besar di mana ianya boleh diisi dengan barang yang masih boleh digunakan dan akan disalurkan kepada rumah-rumah amal dan anak-anak yatim.
    .
    .
  3. Recycle (Kitar Semula):
    Paling mudah, tapi paling susah dilakukan manusia. Bahan-bahan seperti plastik, kaca, kertas, dan besi boleh dikitar semula menjadi sesuatu yang baru. Masih ingat lagu "Coklat untuk kaca, biru kertas punya, tin untuk jingga dan plastik juga." Kitar semula mudah, tapi perlukan keazaman dan disiplin. Kita boleh latih diri kita supaya lebih berdisiplin dengan kitar semula.


Ok, cukup sampai di sini.
Dengan ini aku mengumumkan setiap hari Sabtu aku akan buat entri untuk berkongsi cara-cara untuk menjadikan Bumi kita tempat yang lebih baik.
At least itu yang boleh aku buat dengan blog ini.
Percayalah, kita hanya ada satu je Bumi.
Jika bukan kita yang jaga Bumi kita, SIAPA LAGI?




Baiklah,
APA IDEA dan CARA ANDA
UNTUK JADIKAN BUMI
TEMPAT YANG LEBIH BAIK?
Berbasikal ke tempat kerja?
Tanam pokok luar rumah?
Tak guna plastik pada setiap masa?
Kongsi kereta ke tempat kerja?
Guna buku kertas kitar semula?
Kongsi dengan aku di ruangan komen dan mungkin dengan sedikit kajian, aku akan buat satu entri khusus tentang idea anda dalam usaha menjadikan Bumi tempat yang lebih baik.



Pesanan komuniti ini dibawa khas oleh cEro.
You read this because YOU CARE.




Mar 25, 2011

Muka Macam Awek Cun Minta Cium

kesinambungan dari entri semalam
Muka Macam Kambing Minta Lempang


Ini aku yang hari kelmarin.




Disebabkan hilang mood, semua orang kecewa dengan aku.




Ini pula aku pada hari semalam...




Pada mata aku, semua orang yang aku pandang
macam awek cun minta dicium.





Ini semua gara-gara pertemuan dengan doktor gigi,
gigi aku tak sakit lagi..Hahaha


Syukur Alhamdulillah,
sakit gigi tiada lagi.
Sakit gigi mengajar aku sesuatu. Walaupun aku dihurung mood yang berasap-asap macam Gunung Merapi bakal meletus, tapi aku berjaya menahannya dan akhirnya tiada siapa menjadi mangsa amarah aku.
Way to go, cEro! (cheer utk diri sendiri)


postquam-scriptum:
Perasaan mulut kena suntik bius macam perasaan mulut aku kebas membengkak sebab termakan ketam..Cuma tak gatal je..


postquam-subscriptum:
Kalian tahu kan Klinik Gigi cEro adalah rekaan?




Mar 24, 2011

Muka Macam Kambing Minta Pelempang.

Ini sepatutnya entri semalam,
tapi aku tahu kalian mesti tahu kenapa aku tak publish semalam, kan?


Ini aku yang biasa.




Siapa-siapa pun aku jumpa, aku senyum, aku gembira.




Ini aku untuk SEMALAM.




Siapa-siapa pun aku jumpa, aku geram,
nampak semua macam kambing yang nak makan pelempang.




Jadi, aku kena tahan sabar. Serius, aku sangat tahan sabar.



Semuanya disebabkan,
AKU SAKIT GIGI!
Kalian pernah sakit gigi? Sakit kan?
Betul ke org kata sakit gigi sakit yang paling sakit lepas kematian dan sakit beranak?

postquam-scriptum:
Sakit gigi betul-betul buat selera aku lari 90%
dan buat mood aku lari 100%..




Mar 22, 2011

Beritahu Aku Definisi KEMAS



Semalam kawan aku call bertanya,
"Bro, tolong aku. Bagitahu aku definisi KEMAS!"

Aku raba diri sendiri,
kemudian lega mengingatkan aku ni manusia bukan Kamus Dewan.
Lalu aku balas balik,
"Slow down tiger! Cer citer cer citer!"

"Aku ada tanya seorang awek ni.
Dia awek idaman aku. Comel. Lembut. Sopan. Hot. Comel..."


"OK, i got it. Lurus ke titik laa..(straight to the point)"


"Aku tanya dia apa ciri lelaki idaman dia.
Dia jawab, dia tak memilih sangat,
dia cuma nak yang BAIK dan KEMAS."


"Ok, apa masalahnya?"


"Masalahnya, tang BAIK tu aku faham.
Tapi tang KEMAS tu, aku tak berapa dapat.
Kemas bagi sekolah ialah rambut pendek, baru tuck-in, kasut bersih.
Kemas bagi universiti ialah baju berkolar, tak ada jeans, berkasut.
Kemas bagi orang berkerja ialah baju kemeja, tie, tali pinggang, kasut kilat.
Tapi kemas bagi perempuan apa pulak?"

Sekali lagi aku raba diri sendiri,
kemudian lega mengingatkan diri aku ni lelaki, bukan perempuan.

"Bukankah soalan tu untuk perempuan.
Jadi, kenapa ko tanya aku?"

~~~~~~~~~~~~~Suasana sunyi seketika.

"Haha, pokok pangkalnya KEMAS tu apa?"


Baiklah rakan-rakan.
Aku sendiri tak tahu definisi kemas yang diperkatakan.
Boleh kalian bantu kawan aku ni?

APAKAH DEFINISI KEMAS pada anda?



postquam-scriptum:
Maaf entri kali ni pendek. Semalam aku terhantuk kat almari, menyebabkan gigi aku sumbing dan berdarah. Kesannya aku sakit gigi sampai sekarang dan mood aku sangat teruk sampai nyamuk seekor terbang pun aku bunuh dengan menumbuknya lumat ke dinding.




Mar 21, 2011

Hidupku Bukan Drama Korea













Pengaruh drama korea dalam kehidupan masyarakat kita terbukti apabila semasa aku bertanyakan beberapa kawan perempuan tentang satu soalan
"Apakah ciri-ciri lelaki idaman anda?"

Mereka akan jawab seperti
"Korean look."
"Mata sepet."
"Rambut tajam-tajam."
"Pakaian korean style."
"Comel macam Lee Min Ho"
Bla-bla-bla...



postquam-scriptum:
Dengan ciri-ciri lelaki idaman yang melampau, kalian kaum hawa membuatkan kami kaum lelaki sedikit berkecil hati seolah-olah kami takkan dipandang pun. Perlu diingat, adakah diri kita sendiri layak untuk meminta sesuatu seperti 'itu'.


postquam-subscriptum:
Apa-apa pun aku minta maaf jika entri ni ada membuatkan sesiapa terasa, sebab aku tahu, yang membaca entri ni pun ramai yang mempunyai arits korea idaman mereka sendiri. MAAF.




Mar 19, 2011

Lagu Indo Terbaik Sepanjang Zaman (Bagi Aku)

Aku bukan seorang pendengar radio yang kerap.
Tambahan lagi, lambakan lagu indon memang menjengkelkan.
Dan lagi, radio sekarang banyak main lagu korea pulak,
dah tu, macam mana aku nak layan lagu artis tempatan?

Bercakap tentang lagu indon,
satu kelebihan lagu indon adalah lirik yang catchy dan sedap didengar,
tambahan pula, lagu mereka senang, 'range' takde nak melalak-lalak kelangit.
Seba itu, lagu-lagu dari Indon memang jadi faveret ramai dalam arena karaoke tempatan, termasuk aku.



Pada aku, lagu indon sekarang dah tak se'syok' dulu...
Secara peribadi, of all time, Sheila On 7 (SO7) adalah band Indon terbaik.
Lagu yang aku layan masa sekolah dulu, sampai sekarang jadi nyanyian aku dalam bilik air.

Antara lagu-lagu mereka,
aku suka, dan paling suka, sangat suka satu lagu ni
berjudul 'Sahabat Sejatiku'.



Bagi yang dah terkedepan dari generasi SO7,
cuba layan lagu ni.
Lagu macam ni memang taste aku.
Tak perlu menjerit tak tentu pasal sebab nak tunjuk ada high range of vocal yang sangat dikejar-kejar penyanyi tempatan kita sejak kemunculan Azlan (of The Typewriter) dan Black.

Pada aku,
lagu yang baik adalah lagu yang jika hari ini kita dengar kita kata sedap,
esok lusa kita dengar, kita masih kata sedap,
walaupun 5 tahun kemudian kita dengar, kita masih kata sedap.

Jadi,
APAKAH LAGU INDON
PILIHAN ANDA??

btw, Happy Weekend!




Mar 18, 2011

Mata Kanan atau Mata Kiri


Suatu malam,
dua sahabat sedang melepak atas rumput di tepi pagar.
Sedang mereka khusyuk melayan permandangan 'indah'
si kawan bernama A berkata:

"Kau nak tahu, mata kita ada dominannya."

Seorang lagi yang bernama B menjawab:
"Dominan? Apa maksud kau?"

"Begini,
Cuba kau pilih satu subjek pegun dalam jarak lebih satu meter.

Kau buat lubang dengan jari kau, seperti simbol OK.
Melalui lubang itu, kau lihat subjek yang kau pilih tadi.
Kemudian, kau tutup sebelah mata kanan.
Perhatikan subjek.

Seterusnya, kau tutup sebelah mata kiri.
Perhatikan subjek.

Jika semasa tutup mata kanan, subjek masih berada dalam lubang jari,
dan semasa menutup mata kiri, subjek sudah lari ke kanan lubang,
maka mata kau yang DOMINAN ADALAH MATA KIRI.

Jika semasa tutup mata kanan, subjek lari ke kiri lubang,
dan semasa menutup mata kiri, subjek berada dalam lubang jari,
maka mata kau yang DOMINAN ADALAH MATA KANAN."


"Woah!! Very nice..Aku dominan mata kanan.
Adakah ianya ada kena mengena dengan aku bukan kidal?"

"Kebanyakkan yang dominan mata kanan adalah pengguna tangan kanan,
tapi tak semestinya semua. Hampir dua per tiga manusia dominan mata kanan."

"Tapi, apa kebaikan kita tahu dominan mata kanan atau kiri?"

"Bagi ahli sukan yang memerlukan ketepatan seperti memanah dan menembak. Mata yang dominan amat perlu diketahui. Dengan menggunakan mata yang dominan, kita mampu tahu jarak, kelajuan dan bentuk dengan lebih tepat."

"HAHAHA, nampaknya, maklumat tersebut sangat perlu untuk orang yang macam kita.."

"HAHAHAHA"

Mereka berdua gelak kecil, seperti takut diketahui kedudukan mereka.

Di mana lokasi mereka?
Di luar pagar sebuah kolam renang wanita persendirian.
Ada 'parti' di kolam itu.


Anda dominan mata mana?
Kiri atau Kanan?




Mar 16, 2011

Berjalan dengan cik Lisa Surihani

13 Mac lalu,
aku check-in Foursquare seawal 7 pagi kat Dataran Merdeka.
Buat apa? Ada acara berjalan amal diberi nama 'Walk for Children: 1Malaysia Goes Green' anjuran International School Kuala Lumpur (ISKL).

Oleh sebab petang kerap hujan belakangan ni, aku pun join berjalan amal ni dengan niat nak keluar peluh.

Ada ramai selebriti yang turut serta, tapi yang menjadi perhatian sudah tentu duta acara amal ni, cik Lisa Surihani.

Selepas dilepas-tembak oleh isteri PM, aku berjalan untuk 5km.
Sepanjang perjalanan 5km, aku dapat kelaskan beberapa golongan peserta.




Kalau korang join sekali, agaknya korang dalam kelompok yang mana?
Aku berada dalam kelompok B.
Tapi sebenarnya aku nak join kelompok F, sebab rasa malas..
Tapi sebab dah datang punya pasal, rasa rugi pulak datang tapi tak buat apa-apa, jadi aku pun berjalan je..

Tapi sebab aku agak di belakang pada mulanya,
ada satu ketika, masa tengah jalan, rasa macam
"Apahal tetiba ramai sangat orang kat sekitar aku ni..."
Rupanya toleh tepi je, cik Lisa Surihani kita tengah berjalan jugak dengan Farish Aziz.
Ooo, patut laa tetiba ramai, rupanya (kontrol cool)...

Habis larian ada konsert mini,
artis macam Aizat and the band, Altimet, The Fabulous Cat, Amber Chia, FBI, Aishah Sinclair dan beberapa lagi yang aku tak ingat nak mention pun ado..
Konsert mini tu diacarakan oleh, lagi sekali, Lisa Surihani (ehem ehem..kontrol..) dan Farish Aziz.

Sebenarnya, ini kali pertama aku join event amal camni..
Maklumlah, muka rempit cam aku dan acara amal memang tak ngam..
Dan juga, ini kali pertama aku jumpa cik Lisa Surihani secara live.
Dalam TV nampak lawa, tapi bila live, alaa..OK laa.. (lek lek, jangan tunjuk eksaited)
K, Bye...



postquam-scriptum:
Actually, aku sangat teruja dapat jumpa cik Lisa Surihani. Tapi hati aku punah bila semasa sesi bergambar lepas konsert mini tu, sepatutnya dia ada bergambar dengan aku sekali, tapi entah nak carut kat sape ntah, bila belek kamera tu balik, gambar aku dengan cik Lisa dah tak ada. Kecewa macam rasa nak hentak kepala kat almari. Biar aku rephrase ayat dalam post di atas, 'Dalam TV nampak lawa, tapi bila live, PERGHHH, rahang aku jatuh tak terangkat dah. Perasaannya macam orang yang selama ni hanya dapat tengok kereta Lamborghini dalam majalah dan TV, tapi kali ni nampak live depan mata, tak berkelip'. Aku baru bercadang nak mintak nombor dan ajak keluar tengok wayang (mustahil), tapi bila berhadapan dengan cik Lisa, lidah kena ikat. Tapi, kenapa gambar kami berdua tak menjadi..AAARRGGGHHHHH!!!!




Mar 15, 2011

Semalam dan Hari Ini





Mar 14, 2011

Hidupku Bukan Sinetron















Itu adalah kehidupan dalam sinetron,
tapi, ini REALITINYA...



Dalam sinetron, perkara mudah yang sepatutnya mengambil masa 2 saat, dipanjangkan sampai boleh bersambung-sambung, dengan diiringi muzik super-suspen dan aktiviti menge-zoom yang terlalu kerap sampai ke tahap boleh nampak jerawat bawah mulut pelakon utama perempuan. Patutlah satu siri sinetron memakan sampai beratus-ratus episod. But still, inilah yang menarik hati para makcik-makcik, ibu-ibu, dan para suri rumah kita.

Malangnya (atau mungkin tuahnya), hidup kita bukan sinetron. Segalanya pantas dan tuntas.

postquam-scriptum:
Walaupun kata bersambung minggu depan, kalian tahukan ianya takkan bersambung? kan? kan? kan?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: