Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 28, 2011

Dear Nyamuk,















postquam-scriptum:
Sekarang musim hujan yang tidak menentu.
Air bertakung di mana-mana.
Air bertakung tempat nyamuk membiak.
Aedes sejenis nyamuk pembawa denggi.
Jika tidak mahu demam denggi, atau tidak mahu orang tersayang mendapat denggi, atau tidak mahu siapa-siapapun dapat denggi,
SILA KEMAS PERSEKITARAN RUMAH ANDA.
Jangan biar ada tempat biak nyamuk.




Feb 25, 2011

Merah

Setelah selesai prosedur wajib, aku menunggu di atas sebuah katil khas.
Kiri kanan aku diapit dua buah mesin yang pada aku, jika aku tiada asas dalam sains hayat,sudah tentu aku merasakan mesin itu pelik.

Datang seorang perempuan seragam putih bertag nama Salina (bukan nama sebenar) menghampiri.

Dia mengambil buku kecil merah dari tangan aku.
Dibeleknya beberapa muka surat, lalu berkata,

"Wah! Dah banyak kali derma darah. Rajin ye encik derma darah."

Aku senyum tanpa kata.

"Boleh saya tanya kenapa suka derma darah?"

Aku mendiamkan diri seketika. Memikirkan jawapan.

"Dulu, ada seorang budak lelaki ni, dari kecil, dia bercita-cita nak jadi seorang doktor. Semuanya bermula apabila dia kesian melihat neneknya terbatuk-batuk di tangga rumah kampung mereka. Dari situ, budak itu membesar dengan niat mahu menolong manusia yang memerlukan bantuan dengan menjadi seorang doktor."

"Namun, nasib tak selalu menyebelahi kita. Budak tu gagal untuk lulus cemerlang dalam SPMnya. Walaupun bukan teruk, namun keputusannya tidak melayakkannya untuk mendapat biasiswa tajaan bagi meneruskan pelajaran dalam bidang impiannya. Maklumlah, tak mampu, yuran pula mahal, nak biaya sendiri memang mustahil."

"Maka, sejak dari itu, budak itu berjanji, walau apa pun bidang yang diceburinya, dia akan sentiasa berusaha untuk membantu orang yang memerlukan."

"Pada dia, menderma darah adalah sekurang-kurangnya usaha yang dia mampu lakukan untuk memujuk hati yang kecewa tidak tercapai cita-cita."

Cik jururawat itu tergamam. Aku tahu, ayat aku terlalu buku.


Selepas selesai urusan derma darah, ketika aku sedang nak bangun dari katil, Cik Salina jururawat tadi menegur,
"Budak yang encik ceritakan tadi, ialah encik ke?"

"Oh, bukan! Itu orang lain yang saya kenal.
Tujuan saya derma darah sebab makanan yang disediakan selepas derma darah di sini sedap-sedap belaka"
Sambil aku tersenyum, aku beredar.





Dalam jalan keluar aku dari Pusat Darah Negara, aku terserempak dengan seorang doktor yang cun meletup habis. Tiba-tiba kepala rasa tekanan, macam nak tersembur darah dari hidung.
(Itu bukan sebab aku pervert, tapi sebab aku tak minum air milo yang disediakan. Serius! Bukan alasan. Tapi doktor tu memang cun.)




postquam-scriptum:
Aku rasa dah banyak entri aku cerita tentang derma darah dalam blog ni. Tapi, kalau korang nak tahu, perasaan melihat darah yang terisi dalam beg plastik, dan memikirkan darah itu bakal digunakan oleh manusia lain yang memerlukan, dan mungkin bakal menyelamatkan nyawa mereka, adalah perasaan yang membuatkan aku kagum dengan keindahan ciptaan terbaik Tuhan, iaitu MANUSIA.




Feb 24, 2011

Hari Penentuan: Selepas 5 Hari

5 hari sudah berlalu. Cabaran tidak minum minuman pra-campuran 3-in-1 dan minuman bersusu sudah sampai ke garisan penghujung.


Seperti yang dijanjikan (kepada semua dan diri sendiri),
selepas 5 hari aku bertahan dari anasir itu (air 3-in-1 dan air bersusu)
aku akan minum segelas dan perhatikan apa yang berlaku kepada diri aku.

Ke dapur, ambil gelas.
Ambil pek 3-in-1 Milk Tea, bancuh.
Kacau, hidu, hirup.

Dunia aku terhenti seketika.





Segalanya bermula (seperti yang disebut dalam Hari #0 Control your Drink) apabila selepas aku habiskan secawan air Teh dari pek 3-in-1, aku sudah tidak merasa kesedapan yang sama seperti saat aku pertama kali meminumnya. Dek hampa dengan kemampuan lidah yang mengecewakan, aku berkeputusan mahu berhenti minum air pra-campuran 3-in-1 dan bersusu selama 5 hari.

Hari pertama, dek kerana bersarapan tanpa segelas air manis bersusu, aku jadi cepat penat. Tak sampai tengahari, badan aku macam sudah diperah tenaganya sama seperti lepas merentas desa. Dari situ aku belajar, walaupun tidak mengambil susu di pagi hari, aku perlu gantikan sumber gula dengan yang lain, seperti contoh, air teh-o (walaupun pada masa itu aku decide untuk ambil 2 bungkusan gula-gula)

Hari kedua mencabar aku untuk lebih berdisiplin. Oleh kerana sudah biasa beli air tin nescafe ais di kedai serbaguna, aku hampir meminumnya. Nasib aku sedar tentang cabaran aku, lalu tukarkannya kepada air alternatif lain (air soya). Aku boleh je minum air nescafe ais tu dan kata kepada semua yang aku tidak meminumnya, namun kalau aku menipu, itu termasuk juga aku menipu diri sendiri. Di akhir hari, aku rasa lebih puas dan kuat hanya kerana aku berjaya disiplinkan diri.

Namun, kadang-kadang nasib bukan di tangan kita. Hari ketiga menunjukkan aku perlu membuat keputusan genting. Tuan rumah kepada sebuah keluarga yang aku ziarah menghidangkan secawan kopi, dan aku dalam dilema sama ada mahu minum sebagai tanda hormat, atau tetap pendirian untuk bertahan. Hasilnya, aku teruskan cabaran dan dengan kesopanan, menolak minuman yang dihidangkan. Aku bersyukur, dapat mempelajari adab menolak dari guru terbaik dunia, iaitu PENGALAMAN.

Hari seterusnya, aku lebih santai dengan membincangkan perihal perlakuan manusia duduk di warung-warung untuk santapan teh. Siapa tahu perkara yang selalu diambil mudah semua orang seperti perlakuan 'ngeteh' terkandung isi yang sangat bermakna. Aku dapat belajar 'ngeteh' adalah bahasa Jawa dari selatan Tanah Air dan maksudnya tiada kena mengena dengan teh. Maka, perkataan 'ngemilo', 'ngopi', atau 'ngeteh-o' TAK PERNAH WUJUD!

Hari terakhir, pada aku paling berharga. Aku belajar ilmu yang aku tak pernah fikir mahu belajar; ilmu membancuh teh-o..Sebab waktu tu rumah aku hanya ada uncang teh strawberry, maka percubaan pertama aku adalah teh-o strawberi yang wangi! Namun, buat teh-o YANG SEDAP buakn semudah koyak pek 3-in-1 dan bancuh dengan air panas. Jumlah dan suhu air panas yang tepat, waktu rendaman uncang yang sesuai, bilangan sudu gula dan penyediaan adalah amat penting. Percaya tak, semalam aku berangan nak bancuh teh-o kepada bakal isteri aku. Bunyi macam sangat cool.


********


Tak sangka saat ini sudah sampai.
Air bancuhan teh 3-in-1 yang aku minum itu adalah TERBAIK yang pernah aku minum.
Bukan kerana rasanya, bukan kerana aromanya,
tapi kerana usaha aku untuk sampai ke hari itu.
Aku sungguh tak sangka aku mampu bertahan (walaupun selama hanya 5 hari)
Sangat terharu.


Namun,
selepas beberapa ketika, perut aku memulas.
Perasaan yang sama seperti bila aku minum kopi.
Nampak gaya, badan aku sudah menolak sebarang air pra-campuran 3-in-1.
Aku cirit selama 5 minit.



postquam-scriptum:
Maka, aku berkeputusan untuk mengurangkan jumlah pengambilan minuman 3-in-1 dan bersusu. Mungkin seminggu dua gelas, dan jika di kedai mamak atau warung minuman, aku akan berusaha memesan air buah (bukan kordial). Menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat.


postquam-subscriptum:
Seorang kawan pernah beritahu,
"Kalau kita pulang dari Raub ke KL, apa yang penting adalah sama ada kita sampai ke destinasi atau tidak. Namun, yang lebih berharga adalah apa yang kita dapat sepanjang menempuh perjalanan 1 jam setengah itu."

"It’s about the journey, not the destination"




Feb 23, 2011

Hari #5 Mai Secawan

Kalau dibandingkan cara aku mencabar diri sendiri, takkan sama dengan cabaran orang lain seperti mahu terjun bungee, mahu berjoging 5 km sehari, mahupun mahu menyelam sedalam 50 meter. Cabaran aku mudah, iaitu tahan diri dari minum minuman pra-campuran 3-in-1 dan minuman bersusu. Namun, bagi seseorang yang sudah biasa dengan minuman jenis itu selama sejak 12 tahun yang lalu, cabaran ini amatlah susah.

Bermula 16 Februari lalu, cabaran ini bermula, dan kini apa kata kita ulangkaji apa yang terjadi sepanjang beberapa hari cabaran ini sudah berlalu:




20 Februari 2011

Maknanya, sudah masuk hari kelima,
merangkap hari terakhir cabaran.
Aku sedikit rasa sudah terbiasa hidup tanpa minuman pra-campuran 3-in-1 dan yang bersusu.
Setelah difikirkan, bukanlah susah mana nak tempoh beberapa hari ni.

Oleh sebab aku melarang diri dari minum air sebegitu,
maka aku perlu ada minuman alternatif, terutamanya di rumah.
Maklumlah, selalunya di rumah jika aku mahu minum, aku akan buat air sendiri.
Bila air pra-campuran 3-in-1 dan bersusu bukan dalam pilihan,
hanya satu sahaja pilihan minuman untuk aku,
iaitu TEH-O.

Aku tak pernah buat teh-o sendiri,
malah, peristiwa berak keras akibat terlampau banyak minum teh-o masa kecil dulu pun masih segar dalam ingatan.
Maka, aku perlu belajar caranya.
Dan tentunya dari mak aku.



Mak aku ajar cara buat teh-o.
Kedua-dua cara, menggunakan uncang dan yang menggunakan serbuk.
Maka, ilmu buat teh-o sudah aku pelajari.
Aku bangga sebab tak ada seorang pun adik-beradik lain yang pandai buat teh-o.

Sedang aku mengacau cawan aku sambil hidu aroma teh strawberi yang aku buat,
Abah aku tegur.

"Wah! Wangi laa teh ni... Mai Abah secewan.."

Maklumlah, anak yang baik (sebenarnya nak berbangga), maka aku pun turuti kehendak Abah aku tu.

Siap.
Aku bawa cawan teh ke kerusi malas dia.
Dia sambut, hidu dan hirup.

"Kenapa tak sedap?"

Mendengar kata-kata Abah, hati aku remuk, hancur luluh!
Airmata hampir menitis, tapi sebab anak jantan, aku tahan.
Sampai hati Abah kata direct macam tu?
Kalau ye pun tak sedap, apalah salahnya berkias sikit!

"Betul, tak sedap!
Tak caya cuba hang rasa..."

Aku capai cawan dari Abah, dan hirup sedikit.
Terbeliak mata, aku diam.










Aku lupa elemen penting dalam pembuatan teh-o,
iaitu GULA.
Tanpa gula, teh-o rasa sangat tak sedap!
Tak caya, cuba buat teh-0 tanpa gula...



postquam-scriptum:
Cikgu Sains tingkatan 3 aku pernah berkata,
"Kawan yang hanya berpura-pura di hadapan kita umpama air teh tanpa gula.
Nampak luaran sama, baunya pun sama, namun rasanya tidak pernah sama."
Pada ketika itu, aku tak faham apa maksudnya,
kini, selepas aku pandai buat teh-0,
baru aku sedar intipati perumpamaan itu.




Feb 22, 2011

Hari #4 Ngeteh

Bagi yang tidak tahu, sejak 16 Februari lalu, akibat dari perasaan badan yang lain macam selepas minum air 3-in-1, aku berniat mencabar diri sendiri dengan cuba untuk TIDAK minum mana-mana air pra-campuran 3-in-1 mahupun air yang bersusu (teh tarik, milo dll) selama 5 hari, dan selepas hari ke-5, aku akan buat keputusan sama ada mahu teruskan cabaran ini ataupun hentikannya.


Sudah masuk hari ke-4, apa kata pergi ulangkaji hari-hari sebelumnya:
Hari #0 Control Your Drink
Hari #1 Deprivasi Gula
Hari #2 Memecah Tabiat
Hari #3 Salah Cakap

19 Februari 2011

Ya, aku tahu.
Ramai dah naik bosan dengan entri aku menahan diri dari minum air pra-campuran 3-in-1 dan air bersusu. Tapi, ketahuilah. Susah sebenarnya nak elak dari air-air ni, tambahan jika kita dah bertahun-tahun terbiasa dengannya, seperti dah sebati dengan hidup.

Maka, kali ini aku berniat nak jadikannya sebuah entri ringkas.

Aku bagi satu situasi,
dan aku kemukakan beberapa soalan,
dan aku nak dengar (baca sebenarnya) jawapan dari kalian.

Situasi:



Maka, adalah lumrah kepada anak muda belia tak kacak macam aku ni menghabiskan masa melepak dengan kawan-kawan di waktu petang hujung minggu di mana kebanyakan lelaki kacak seusia aku akan memenuhi waktu itu dengan keluar berdua bersama awek tercinta.

Dan sudah jadi lumrah kepada aku yang gila point dalam foursquare untuk check-in di setiap tempat lepak aku.

Lalu, petang itu, kawan-kawan aku ajak lepak kedai mamak borak-borak kosong orang bujang. Dibawanya aku ke sebuah kedai mamak yang tak pernah aku kunjungi, dan berkobar-kobarlah aku nak check-in di lokasi itu dalam foursquare aku.

Aku masuk apps Foursquare, pilih nama tempat, tekan button check-in here, dan muncul ruangan untuk isi caption.
Aku taip N-G-E-T-E-H.

Aku terhenti. Lalu terfikir.
"Aku tak jalankan kajian yang mendalam, tapi perkataan 'ngeteh' bermaksud 'pekena teh' yang selalunya digunakan masyarakat sekarang untuk mencirikan perbuatan duduk di warung atau kedai makan bersama kawan-kawan sambil minum teh dan berbual-bual, which is what is actually am i doing right now."

Ini dia persoalannya.

"Since I am not ordering 'teh', am I still valid to use the word 'ngeteh'?"


"If not, what is the best word to replace 'ngeteh'?"


"Is 'ngeteh' a book-word? Or just a made up word?"

Aku order limau ais pada waktu tu..Jadi, wujudkah perkataan 'ngelimauais'.
Kawan aku order kopi, maka dia 'ngopi'.
Seorang lagi order neslo panas, jadi dia 'ngeslo'...

postquam-scriptum:
Tak tahu kebenarannya, kawan aku kata perkataan 'ngeteh' berasal dari bahasa jawa dan banyak digunakan oleh masyarakat yang tinggal di selatan tanah air. Ada sesiapa yang boleh tolong kompemkan? Saja nak tahu, tambahkan ilmu..


postquam-subscriptum:
Then, I was not captioning it as 'ngeteh'. Instead, I was not checking in there, at all. Rugi +5 points. (cet! si gila points foursquare!)





Feb 21, 2011

Hari #3 Salah Cakap

Dari 16 Februari 2011,
aku mencabar diri sendiri supaya sedaya upaya tidak akan mengambil minuman sama ada bercirikan 3-in-1 ataupun mana-mana minuman yang bersusu. Aku akan cuba bertahan selama 5 hari, dan selepas hari ke-5, aku akan buat keputusan sama ada mahu teruskan cabaran ini ataupun hentikannya.


Berikut adalah catatan pengalaman aku:
Hari #0 Control Your Drink
Hari #1 Deprivasi Gula
Hari #2 Memecah Tabiat

Semasa hari ketiga,
aku ziarah rumah seorang makcik (kawan kepada emak aku)
yang anaknya cun-melecun-tebabom-meletup.
Namun malangnya, masa aku ziarah, anak dia tiada.
Maka, aku misi 'nak-tackle-anak-mesti-tackle-emak-dia-dulu' pun BERMULA..















Maka, misi pertama aku gagal.

"Kenapa tak minum air tu??"
"Saya tak boleh minum, makcik."
(Maka saham yang aku laburkan jatuh menjunam tanpa harapan.)

postquam-scriptum:
Aduh, aku dah terlepas cakap. Tapi takkan aku nak kata "Makcik boleh buatkan saya air yang bukan 3-in-1 dan bukan bersusu?". Ko ingat ziarah rumah orang lepas tu boleh order minuman macam ko duduk lepak kat mapley??




Feb 19, 2011

LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal

Walaupun aku tak tahu apa kaitan aku dengan ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia), aku telah terima satu emel dari pihak mereka mengenai sesuatu yang menarik hati.



Untuk lebih lanjut mengenainya, sila ke sini.
'Like' mereka di Facebook Page LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal
'follow' mereka di Twitter @LAT_muzikal

Kepada yang tak kenal Datuk Lat, atau mungkin tak tahu Kampung Boy, atau mungkin kedua-duanya sekali, sila tinggalkan nama penuh, alamat dan no telefon supaya aku senang pergi dan sembelih anda hidup-hidup untuk diberi makan ikan talapia dalam kolam belakang rumah ketua kampung aku. Buat malu je kat IC ada tulis warganegara Malaysia tapi tak tahu LAT ngan Kampung Boy.

Aku bercadang nak pergi, mungkin tiket RM40 kot, yang duduk belakang kena pakai teropong nak intai pentas. Siapa nak join??




Feb 18, 2011

Hari #2 Memecah Tabiat

Untuk mengikuti cabaran 5 hari cEro tanpa air 3-in-1 dan bersusu,
klik link di bawah
Hari #0 Control your Drink
Hari #1 Deprivasi Gula


Tabiat boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang berterusan dan sering kali dilakukan secara berulang sehingga menjadi rutin individu itu.

Memecah tabiat pula adalah suatu perilaku yang menentang tabiat tersebut.


17 Februari 2011

Sebagai penunggang motosikal dan sering bergerak dari satu titik ke satu titik yang lain, aku selalu singgah ke kedai serbaguna yang terhampir dengan kedudukan aku.
Selalunya yang boleh diterima pakai adalah 7-Eleven.
Maklumlah, bila dahaga atau lapar, kedai macam ni laa yang paling mudah untuk di akses.

Tabiat aku, setiap kali masuk 7-Eleven untuk melepaskan dahaga,
aku akan beli air tin Nescafe Ais (RM 2.00 +/-)



Nescafe ais versi tin ni amat lain dari nescafe yang lain.
Sebab, ini adalah satu-satunya air berasaskan kopi yang aku boleh minum tanpa perlu bergegas mencari tandas selepas 5 minit.
Mungkin kerana ada elemen mint dalam air ni kot, ntah laa, aku pun tak tahu..

Tak tahu lah sama ada aku terlupa ataupun dah terbiasa,
petang tadi aku masuk 7-Eleven dan rembat satu tin Nescafe Ais.
Sudah selesai bayar, sedang berdiri tegak di hadapan pintu 7-E,
baru aku sedar, aku dalam misi 5 hari tanpa minuman bersusu (dan 3-in-1).

Macam mana?
Air sudah di tangan.
Belum dibuka, tapi sudah dibayar.
Takkan nak refund, tak silap aku 7-Eleven tak boleh refund (kan?)

Ternampak seorang budak lelaki berumur lingkungan 14-15 tahun lintas di hadapan aku.
Dari pakaian, sama ada baru balik tusyen, ataupun ponteng dari kelas tambahan yang cikgu anjurkan di sekolah.

Dipanggilnya aku,
"Dik, sini kejap!"

Dia pandang, turuti dan datang dekat.

"Nak air ni tak? Abang tak minum kopi laa.." sambil aku hulur tin Nescafe ais tu.
Budak tu macam ragu-ragu.

"Abang tak letak racun kan?"
Sikap terbuka dalam kata-kata budak tu sedikit sebanyak menghiris jiwa.
Ai, budak zaman sekarang memang cakap main lepas je ke?

"Tak ada faedah nak racun ko,
kalau aku nak racun, baik aku racun anak menteri ke,
CEO syarikat ke, kan?"

Mungkin kerana logik, budak itu terima air tin Nescafe ais tu.
Selepas ucap terima kasih, dia berambus dari pandangan aku.

Tapi,
aku sangat dahaga dan perlukan air.
Apakah alternatif lain selain Nescafe ais di 7-Eleven?
Tanpa fikir panjang, ini jawapan aku.





Bila dah habis minum baru aku sedar.
Adakah air soya berada di bawah kategori 'susu'?
Sebab kan ada sesetengah orang panggil 'susu soya'?
Apa pendapat kalian?
Apa kata pakar soya encik WZulhilmi?


postquam-scriptum:
At the end of the day, aku terfikir, kalau tujuan aku singgah kedai serbaguna seperti itu adalah untuk menghilangkan dahaga, kenapa aku tak beli air botol mineral je? Bukankah air yang paling mujarab untuk hilangkan dahaga adalah air kosong? Mungkin memang tabiat aku selalu nak beli air yang manis dan tak tawar. Nampak gaya aku kena pecahkan tabiat aku tu.




Feb 17, 2011

Hari #1 Deprivasi Gula

Adalah amat digalakkan bagi kalian untuk membaca entri
Day #0 Control Your Drink sebelum membaca entri ini.

Belumpun sampai sehari,
jam pun belum sampai pukul 11 pagi
tapi badan aku dah penat nak mati rasanya.



Selalunya, pagi aku disarapankan oleh sebiji kuih dan segelas teh.
Itulah sumber tenaga aku dari pagi sampai mulut bertemu makan tengahari.
Namun, pagi tadi aku hanya makan sebutir kuih dengan air suam.
Maklumlah, nak cuba hidup tanpa minum air bersusu atau jenis 3-in-1.

Penat!
Badan aku jadi cepat penat.
Tak ada tenaga yang selalunya penuh macam kolam air melimpah.
Tambahan pula aku perlu menempuh 33.3km perjalanan ke Shah Alam menunggang motosikal.
Tenaga aku macam diperah bak kain tuala muka basah lepas maraton 5 batu.

Semuanya sebab aku kurang bekalan gula segera dalam badan.
Selalunya sumber tenaga segera aku dapat dari air manis yang aku minum semasa sarapan.
Namun, oleh sebab sarapan kali ni tiada air manis,
aku jadi cepat penat.

Aku lihat jam (di telefon bimbit)
"Aduh! Lambat lagi nak masuk waktu makan tengahari..
Apa patut aku buat?"

Kalau perkara ini berterusan,
alamatnya aku takkan dapat bertahan 5 hari,
entah-entah 2 hari je aku dah dijumpai terdampar di tepi highway Kesas.

"Aku perlu buat sesuatu..."
Aku tekad.

Berhenti di kedai serbaguna di sebuah stesen minyak,
aku masuk dan mencari sesuatu.
Sumber tenaga segera.

Gula-gula.



Dibeli aku dua bungkus besar gula-gula manis yang selalu aku makan.
Aku bekalkan di dalam beg aku supaya tiap kali aku rasa aku perlukan gula,
aku akan ambil sebiji sebagai sumber tenaga segera.

Dan hasilnya,
aku bertenaga hingga ke petang.
Aku rasa kalau aku tak makan tengahari pun aku OK.

Cuma,
dari dua bungkusan besar gula-gula yang berisi 10,
di akhir hari, hanya tinggal 20 bungkus plastik bungkusan.
Arghh!
Takut nanti, deprivasi gula dapat aku elak,
tapi jangkitan kaviti pada gigi pula yang aku dapat!


postquam-scriptum:
Mak aku pernah label aku yang aku ni adalah anak dia yang paling banyak berfikir. Sampaikan cara nak buang sampah dengan lebih efisyen tanpa perlu menyusahkan diri pun aku kena fikir panjang. Akibatnya, otak aku sentiasa bergerak walaupun untuk perkara yang tidak berfaedah. Bila banyak berfikir, kita perlukan lebih tenaga. Tenaga datang dari makanan. Oleh itu, diingatkan kepada semua, jika mahu berprestasi tinggi di awal pagi, JANGAN TINGGAL SARAPAN!




Feb 16, 2011

Hari #0 Control Your Drink

Ke dapur.
Ambil gelas, ambil pack Lipton instant Milk Tea.
Isi ke dalam gelas, tekan air panas.
Kacau...





Aku hirup air yang aku bancuh.
Muka berkerut.

"Kenapa air ni dah tak sedap?
Dulu bau dia pun dah menambat jiwa..."

Dari situ aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena...
Perasaan ni sama dengan perasaan satu masa dulu di mana aku sangat kerap minum kopi dan sampai satu tahap bila aku minum kopi, aku hanya ada 5 minit sebelum perut aku memulas sakit.

Mana tak, hampir setiap hari minuman 3-in-1 atau yang bersusu akan masuk ke badan aku.
Teh tarik, teh halia,
kalau kat rumah Lipton Milk Tea, Cadbury Hot Chocolate.
Mungkin aku terlalu banyak minum air 3-in-1 macam ni.

Jadi, aku patut ambil satu inisiatif baru untuk me'mantain'kan kebolehan tunas rasa di lidah aku supaya aku masih mampu makan makanan yang sedap di masa akan datang.

Maka,
aku berkeputusan mahu mencabar diri.
Aku akan berhenti minum sebarang minuman 3-in-1 dan yang bersusu selama 5 hari.
Dan selepas 5 hari, aku akan minum segelas untuk lihat perubahan diri.
Kalau tetap negatif, aku akan berhenti mungkin selama yang mungkin.
Kalau jadi positif, aku akan kawal minuman aku, mungkin segelas setiap dua hari.

Maka,
ianya bermula.
Day #0 Control Your Drink

postquam-scriptum:
Badan manusia terlalu istimewa di mana setiap perubahan yang berlaku pada badan akan diberi amaran terlebih dahulu. Sebagai contoh, kita akan terasa lain sebelum mahu menipu seseorang, kita akan rasa masin di tekak sebelum muntah, dan kita akan pedih mata sebelum mengantuk mahu tidur. Andai kita sedikit peka dengan amaran itu, kita mampu mengawal apa yang akan berlaku.
Tak percaya, cubalah.




Feb 14, 2011

Kekasih















Ingatkah anda?
sudah tentu, kan?




Feb 12, 2011

'Terrified'

"You, by the light
Is the greatest find
In a world full of wrong
You're the thing that's right"



Telefon bimbit bergetar hebat dalam poket.
Aku lupa nak tukar dari mode silent selepas selesai Solat Jumaat tadi.

Aku lihat nama pemanggil yang tertera.
Seseorang yang aku takkan tidak angkat panggilannya.
Seorang gadis yang sealau mengisi mimpi-mimpi siang aku.

"Hello..Rumah mayat Ah Seng, boleh saya bantu?"
Aku mulakan dengan lawak bodoh.

"Haha..sob..hahaha"
Ketawa dari sebelah talian sana agak lain.
Seolah-olah ada bendalir lendir di dalam hidungnya.

"Biar saya teka, sama ada awak selsema atau awak baru lepas menangis!"

"Saya tak selsema...."
Oops, maknanya dia baru lepas menangis.
Aku terasa seperti mahu ketuk diri dengan telefon bimbit sendiri kerana gagal mengawal mulut.

"Kenapa awak? Cuba cerita perlahan-lahan..."
Sedang berusaha menjadi seorang yang menenangkan.

"Last month, Abah and Abang kata mereka confirm nak buka bisnes di (_____).
Tapi semalam mereka confirmkan yang kami semua akan berhijrah ke sana."

Aku terdiam seketika.
Ianya mengambil masa sebulan untuk Abah dan Abang W nak beritahu berita itu kepada dia.
Sedangkan aku tahu 2-3 hari selepas mereka pulang dari sana.

"Segala urusan perpindahan sudah di peringkat akhir.
Kami akan ke sana akhir bulan ni.
Sangat cepat."

Aku faham. Bisnes, pada mereka masa itu duit.
Tiada saat boleh dibazirkan.

"Kenapa awak diam?"

Ya, dari tadi aku belum ada sepatah perkataan terucap.

"Awak ikut sekali?"


"Even Pak Harun dan Mak Tom pun ikut sekali.
Jadi saya tak ada pilihan, walaupun sebenarnya saya tak nak."

Nampaknya dia masih tak tahu tentang tawaran Abah dan Abang W kepada aku.
Aku harap dia takkan tahu, dan takkan tahu apa pilihan aku.

"Tak apalah awak, ikutkan sahaja. Kita belum berkuasa untuk membuat keputusan."


"Saya akan kehilangan...kawan..Bukankah itu satu yang menyedihkan?"
"Sebab itu ke awak menangis?"


"Ya!"
"Awak perlu faham sesuatu. Sekali digelar kawan, jauh mana pun takkan boleh memadam gelaran itu. Jarak bukan pemusnah persahabatan."


"Betul?"
"Bunuh saya kalau saya tipu.."

Kami terdiam beberapa saat.

"Awak, saya ada satu cerita kelakar masa pagi tadi.
Saya jamin lepas awak dengar, awak takkan sedih lagi...."


Dan biarlah isi panggilan seterusnya hanya aku, dia dan Tuhan yang tahu. Aku yang sedang berada di tepi lebuhraya dapat membayangkan keadaan kami berbual dalam talian dan dibayangi irama lagu Terrified (Katherine McPhee tapi yang dengan Zachary Levi punya versi)



postquam-scriptum:
Sepanjang perbualan, aku dapat rasa dia sangat remuk dan sedih dengan keputusan Abah dan Abangnya. Manakan tidak, dia baru sahaja berjaya mengembangkan corak kehidupan sosial dia dengan meramaikan kawan, dan akhirnya dia perlu tinggalkan semuanya dan mula dari kosong kembali di tempat baru. Namun, seremuk hati dia, hati aku lagi remuk. Keputusan yang aku buat, jika aku mahu sesali sekalipun, sudah terlambat.

postquam-subscriptum:
Aku terpaksa sembunyikan tempat dia sekeluarga bakal berhijrah atas sebab-sebab yang aku sendiri tak mampu nak jelaskan. Kepada yang tahu, diharap jangan sesekali terdetik nak keluarkan dari otak ke mana-mana medium. Kita kena hormat hidup orang lain.



...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse




Feb 11, 2011

Cerita Kedai Kopi #2 [Topik Tipikal]

Bagi yang rabun dan tak pakai cermin mata atau kanta lekap,
pandangan mata mereka adalah kabur.
Ya! Aku juga begitu.
Tapi, mari pandang dari sudut positif yang berbeza.
Bila mata tak nampak, telinga dan hidung menjadi lebih sensitif.



Duduk di kedai mamak layan teh halia memang best.
Apatah lagi bila luar hujan turun membawa suasana dingin.
Setiap teguk air panas mengalir di tekak adalah nikmat.
Syukur!

Sedang duduk berteman secawan teh halia,
dengan niat menghilangkan pening kepala,
telinga sensitif aku terdengar perbualan orang sekeliling.

Kumpulan pakcik sebelah kanan lantang tentnag politik.
Mereka bercerita lebat tentang peristiwa di Mesir.

"Nampak tak macam mana rakyat Mesir nak jatuhkan pemimpin mereka?
Belum cerita pasal Tunisia lagi..
Kita pun patut buat macam tu kalau nak orang atas dengar!"

Dalam hati aku berkata,
"Are you suggesting that rakyat Malaysia patut menggugat keharmonian negara semata-mata nak jatuhkan pemimpin?
Berbaloi kah?"

Aku tak kata pemimpin kita 100% adil dan tak ada salahguna kuasa,
tapi adakah kita sampai ke tahap itu untuk menggulingkannya?


Kumpulan belakang aku adalah remaja belasan tahun bercerita tentang artis.
Seorang kata Ayu Raudhah cun, seorang kata Intan Ladyana cute.
Hati kecil aku berkata,
"Dude! Ko lupa ke kewujudan Lisa Surihani?
Sharifah Amani?
Itulah definisi cun dan cute!"



ambil tanpa izin.. follow her @sharifahamani



Kawan aku yang sedang duduk di sebelah berkata,
"Bro! Awek sihat?"
Dengan sekali pandangan tajam,
aku abaikan soalan itu.

Tipikal.
Asal lelaki lepak duduk di kedai kopi.
Apa yang dibualkan mesti ada perempuan, politik, kereta dan bola.
Tak ada topik lain ke?

AKU SILAP!
Ada juga bincang topik lain.

Aku terdengar perbincangan kumpulan belia meja sebelah kiri aku.
"Aku nak tanya kau. Nabi Adam manusia pertama kan?"
"Yup!"
"Kau rasa dia ada pusat tak?"

Satu kedai terdiam........





postquam-scriptum:
Bila siap je lukisan gambar teh dalam gelas tu di atas,
baru aku perasan ada sesuatu yang sangat tak selaras.
Cuba kalian teka apakah dia?
Cuba bandingkan lukisan itu dengan gambar di bawah.




Feb 10, 2011

Segitiga Kehidupan Remaja

Baiklah! Ringkas dan padat.

Masa aku sekolah dulu,
ada seorang kawan lukiskan aku satu rajah yang dinamanya sebagai
SEGITIGA REMAJA.

Kata dia,
"Sebagai remaja, kita ada pilihan untuk memilih cara hidup.
Tapi perlu diingat pilihan bermaksud ada batasan.
Ini dia pilihan dan batasannya."



"Malangnya, kita hanya mampu pilih dua dari tiga pilihan."

Semakin usia aku meningkat,
aku dapati memang betul apa yang dikatakannya.

Aku pernah terjumpa dengan orang yang berniat nak memperolah ketiga-tiga pilihan.
Percayalah, jika kalian mahu ketiga-tiganya,
apa yang kalian dapat hanyalah
sebahagian dari ketiga-tiga.
Dengan kata lain, kalian takkan dapat manfaat sepenuhnya dari mana-mana pilihan tersebut.


postquam-scriptum:
Bagi yang 'kurang remaja' atau 'bukan pelajar',
anda boleh ganti 'Cemerlang Dalam Pelajaran' dengan 'Cemerlang dalam Kerjaya' atau yang sama erti dengannya.




Feb 8, 2011

Tanpa Tajuk #2

Neh! Aku tahu entri tEka-tEki takkan mendapat sambutan hangat dari para blogger sebab tak ada sapa nak tunjuk hebat di blog orang lain dengan menjawab tEka-tEki yang dia tak tahu jawapannya.
So, hari ini aku keluarkan entri kedua pada pukul 12.01 tghari.

Kenapa 12.01 tghari?
Sebab smpai sekarang aku tak pasti 12 tghari adalah 12am ataupun 12pm.
Oleh kerana ini adalah scheduled post,
aku hanya tahu 12.01 pm adalah 12.01 tghari...
(Tiba-tiba aku rasa aku sedang merumitkan keadaan)

-------------------------------------------



Aku ada anak buah, seorang..
Yup! Aku seorang uncle..hahaha
Ceritanya anak buah aku yang setahun lebih ni baru je dapat kaki untuk berjalan.
Dulu asyik duk sorong dia dalam kereta sorong baby tu je (hape ntah namenya)
Kini, dia bebas untuk bergerak ke mana saja dia nak.

Sedang berjalan-jalan kat shopping mall,
kami semua sekeluarga berjalan ke satu arah.
Tiba-tiba budak kecik ni melencong ke kanan...
Teka dia ke mana?
Dia ke seorang awek cun tengah berdiri tepi dinding bergayut telefon.
Dia pergi peluk kaki awek tu, awek tu tergelak je..
Abang aku (merangkap bapak budak tu) pergilah selamatkan kehidupan awek tu sebelum lebih diganggu budak tu..

Perkara yang sama berlaku beberapa minit kemudian.
Budak kecik tu berlari menuju ke satu kelompok perempuan sedang berbual di meja makan.
Yang menarik, ada 3 orang gadis,
seorang agak jauh,
seorang cun rambut perang sikit,
seorang badan berisi dan tak menarik...

My dear nephew terus menuju ke yang cun berambut perang tu.
Siap peluk dekat pinggang mintak nak dukung...

Abah aku (merangkap datuk budak kecik tu) berkata,
"Pandai pulak budak kecik ni memilih orang ek.."

Aku jawab,
"Abah patut bersyukur, at least cucu abah tu lelaki sejati..
Jadi satu hal pulak kalo dia pergi peluk lelaki, kan?"

-------------------------------------------

Nafsu manusia tak pernah berkesudahan, kan?



Aku selalu ber'window-shopping' ke dalam kedai Apple.
Sebab aku berangan nak dapat iPad sebijik.
Perasaan memegang, menyentuh dan menggosok permukaan iPad macam lebih seronok dari makan makanan kegemaran.
Tapi, bila aku tengok price label dia, hamekkaw...
Pecah tabung pon tak cukup lagi...
So, aku biarkan ia terus jadi angan-angan...

-------------------------------------------

Bertemu dengan satu manusia ini di sebuah shopping mall amatlah menyakitkan mata aku.
Dia bukan musuh aku, malah juga bukan kawan aku.
Aku tak kenal dia, dia pun takkan kenal aku.
Tapi, aku tetap sakit mata dengan dia.
Bertembung dengan dia membuatkan aku nak bunuh diri.
Memusingkan mood aku sepanjang hari.
Pencemaran!!

Dia perempuan.
Bertudung.
Pemakaiannya agak up-to-date laa sebab dia pakai jaket kecil dengan puffy-shoulders.

Tapi apa yang menyakitkan hati?

Dia pakai baju singkat, nampak pusat.
Dan maafkan aku, aku tak patut sebut hal ni...
Tapi pusat dia jelas hitam berdaki.
(Aku dapat bayang ekspresi muka kalian bila baca ayat di atas)






Please! Cover your navel!




Jawapan tEka-tEki #14 Apakah Tajuk Untuk Esok?

garu kepala..
aku hampir terlupa wujudnya tEka-tEki ni...
Maka, aku persembahkan jawapannya...



Sebelum tu, kita baca dulu soalannya.

Soalan:
Esok Ahad, aku jamin blog ni tiada entri untuk esok..
Tapi, jika aku adakan entri,
APAKAH TAJUK UNTUK ENTRI HARI AHAD ITU??

Klu:
Berdasarkan lima entri sebelumnya,
setiap tajuknya menunjukkan satu pola..
Jika kalian dapat 'selesaikan' pola tersebut,
kalian mampu ramal apa tajuk untuk hari AHAD.

13 Dis (Isnin) - Bulan
14 Dis (Selasa) - Api
15 Dis (Rabu) - Air
16 Dis (Khamis) - Kayu
17 Dis (Jumaat) - Emas

Klu tambahan:
Sesiapa yang ada sedikit kemahiran dalam bahasa asing akan ada advantage.
Sesiapa yang tiada kemahiran bahasa asing, boleh 'google' mende alah klu di atas.
Emas juga boleh dijadikan sebagai 'logam'.

APAKAH TAJUK UNTUK ENTRI HARI AHAD??

Sebelum itu, apa kata cuba cabar kemampuan diri sendiri,
jawab dulu sebelum baca seterusnya..






Feb 7, 2011

tEka-tEki #16 Di Mana Silapnya

2 = 1 ?
Semua orang tahu penyataan di atas adalah SALAH!

Aku tak pandai matematik.
Tapi kalau nak ajar adik aku yang tingkatan 4 subjek Matematik Tambahan aku rasa aku tak ada masalah.

Satu hari,
ada seorang kawan kepada adik aku datang kepada aku nak tunjuk belang.
Dia tulis satu mathematical equation.

Persamaan itu adalah seperti di bawah:



Sekali pandang, si hebat matematik pun susah nak cari mana silapnya.
Tapi, dua kali pandang, anda akan tergelak kecil macam bayi dapat susu.

Jadi,
DI MANA SILAPNYA?




Feb 5, 2011

Nilai Persahabatan Hanya Dengan Satu Klik

Aku ada kenal seorang perempuan ni.
Aku kenal dia sebab dia awek kepada kawan sekolah aku.
Pernah duduk makan sama (sekali dengan kawan aku laa)
pernah lepak borak sama-sama (juga dengan kawan aku)
dengan kata lain,
walaupun dia awek kepada kawan aku,
tapi kami adalah kawan.

Dua tahun lalu dia add aku dalam Facebook.
Aku accept.

Baru-baru ni,
aku dapat tahu dia putus dengan kawan aku tu.

Sebab nak tahu sebab apa diorang putus,
dan kawan aku tu suruh tanyalah ex-awek dia,
aku cuba nak contact perempuan tu melalui Facebook.
Nak dijadikan cerita, dia dah 'unfriend' aku.

Aku fikir, mungkin sebab diorang putus gaduh.
Tapi, yang lagi lawak, mutual friend adalah kawan aku merangkap ex-bf dia.
Dengan kata lain, dia hanya unfriend aku, bukan ex-bf dia..

Jadi,
adakah aku masih kawan dia?
Aku sendiri bingung..
Nak add balik pun rasa AWKWARD!

Ini membuatkan aku terfikir,
berapa nilai sebenar kawan pada kita?
Adakah semudah satu klik 'Add as Friend' untuk berkawan?
Dan semudah satu klik 'Unfriend' untuk tidak berkawan?



postquam-scriptum:
Wujudnya jaringan sosial yang luas seperti Facebook membuatkan kita manusia semakin memandang enteng nilai 'kawan' kepada kehidupan.


postquam-subscriptum:
Tahukah anda perkataan 'unfriend' hanya wujud kebelakangan beberapa tahun ni?
Terima kasih kepada perkembangan laman jaringan sosial yang pesat membangun.




Feb 3, 2011

Dari Harimau Ke Arnab

3 Februari 2011
















Selamat Tahun Baru Cina 2011

selamat bercuti...

postquam-scriptum:
Aku tak rasa ada pembaca blog ni berbangsa cina.
Tapi, apa salahnya, kan?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: