Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 5, 2011

Dan Jarum Bulan Sedang Menunjukkan Angka Dua Belas


Disember datang lagi.

Seperti Mei,
Disember adalah antara bulan yang aku kurang minat.

Ada satu hari dalam Disember di mana hati aku penuh dengan benci dan dendam, namun harus aku cari topeng kegembiraan untuk dipakai kerana hari tersebut juga adalah hari yang sepatutnya senyuman sentiasa terukir di bibir aku.

Ingin tahu kenapa?

Bila secebis diri kalian yang bernama hati telah kalian isi dengan penuh kasih sayang cinta dan setia, dan akhirnya cebisan itu dicampak si dia ke dalam tong sampah busuk bernama alasan pada hari yang sepatutnya merupakan hari keraian diri sendiri, baru kita berdua boleh duduk berborak berbincang tentang dendam berteman secawan teh pahit berperisa kenangan.



Ya. Aku seorang pendendam.


.




12 comments:

  1. tak baik woo..simpan dendam.

    aku lebih senang memaafkan, walaupun ianya amat sakit utk di ucapkan.

    ReplyDelete
  2. Dendam x bwk kemane cEro. percaya lah. ia cuma akan menimbulkan satu lg masalah dlm hidup.4give n 4get :)

    ReplyDelete
  3. kalau itu yang membahagiakan kau cEro, teruskan berdendam tapi yakinlah ia langsung tak membuah apa-apa. hey, lupakan segala.

    ReplyDelete
  4. dendam hanye membuahkan sakit dekat diri kau je Cero.. siyes.. aku tau~

    ReplyDelete
  5. @~* chirpy_chummy *~
    aku pun senang memaafkan walaupun seorang pendendam..
    tp apa yg aku perlukan hanyalah perkataan mudah 'maaf', atau berkelakuan seperti memaksudkannya..
    itu yg aku tak dapat, skaligus tak dapat memaafkan...

    @Nesa Wazir
    forgive itu mmg senang, aku boleh buat..
    tp forget? never! parut walau seribu tahun takkan hilang..

    @hanaahmad
    sudah tentu ianya tidak membahagiakan, tp paling tidak ianya pengalaman yg sgt tegas mengajar aku erti kehidupan...

    @cinderella gemuk
    aku pun tak suka berdendam, tp utk apa aku memaafkan kalau si pelaku tidak langsung kesal akan perbuatannya?

    @sha
    jadi pendendam boleh, tp jangan sampai memakan diri...

    ReplyDelete
  6. cEro!hehe
    alaa nape ni..
    kuat ok?
    :)

    ReplyDelete
  7. dendam?? aku mungkin juga begitu..tapi lebih kepada forgive but NEVER EVER forget..! kejam?..mungkin juga...

    ReplyDelete
  8. kejap..hurmmmmmm...kalau ia betul betul menyakitkan, ia aku memang pernah berdendam..

    ReplyDelete
  9. @Shaheera Harun
    terima kasih kepada cikgu BM aku dulu..hehehe

    @Amirah Yusof
    kuat adalah satu-satunya jalan untuk terus ke depan, kan?

    @itu.aku
    ..but yet really not as easy as the words.

    @pu3aan
    itu cara kita. Mungkin org tak faham, tp yang rasa hanya kita, kan?

    @Aujinz
    dendam adalah sesuatu yang manis bila disajikan sejuk (literally translated)

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: