Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 31, 2011

Kebebasan Memilih dan Cara Hidup



Lately I was wondering myself,
"Adakah usia aku cukup untuk aku lihat dan nilai kemanusiaan?"

Jawapan yang aku ada,
"Tidak pernah cukup.."
Tapi, aku tetap mencari jawapan walaupun aku tahu,
perjalanan yang aku mulakan ini memang tiada noktah.

Jumaat lalu,
aku terlibat dengan sebuah majlis korporat.
Apa yang menjadi isu pada aku bukan majlis itu,
tapi parti selepas majlis itu
yang digelar 'post-party'.

Selalu aku dengar hanya dari cerita orang.
Namun, first-hand experience begini sangat bermakna.

Tetamu yang berbilang bangsa, agama dan negara.
Makanan dihidang beraneka rupa.
Hiburan disertakan setiap masa.
Satu yang menarik minat aku.
Minuman.

Tiga minuman disediakan.
Air kosong, coke dan sejenis air kuning digelar arak.

Air kosong itu jernih.
Coke gelap kehitaman.
Arak itu kuning keemasan.
Ya, dari warna kita mampu membezakannya.
Namun, segala pilihan tetap di tangan kita.

Aku tak terkejut ada Islam kita bergelaskan air kuning.

Kerana aku tahu,
ini yang mereka gelar
'Freedom of Choice'
Salah pilihan anda, itu salah anda.


Keesokkannya,
di sebalik muka syiling yang satu lagi,
semasa dalam perjalanan aku (dan seorang kawan) pulang dari timur tanah air,
bersaksikan pekat gelap langit dek malam,
kami yang terlalu letih berkeputusan berehat sebentar di sebuah surau.

Setiba di depan surau tersebut kami tersedar,
rupanya ianya sebuah sekolah maahad tahfiz,
yang mengajar anak-anak muda menghafal Al-Quran.

Setelah mengetahui niat kami mahu tidur seketika dari keletihan perjalanan panjang,
seluruh ahli maahad itu dengan tangan terbuka menerima kedatangan kami.
Malah kami dilayan sebegitu baik,
diberi kami sleeping bag (dipanggil bedding), bantal,
dibukanya kipas untuk keselesaan,
ditegurnya mereka yang bising supaya tidak mengganggu tidur kami.

Jika bibir kita kerap memainkan irama lagu hit terkini,
bibir mereka sentiasa basah dengan ayat suci.
Jika gerak kita sentiasa kasar mengikut rasa dan hati,
gerak mereka sopan, lembut, tertib peribadi.

Dengan hanya duduk di sebelah mereka,
aku sudah terasa sejuk, nyaman dan tenang.

Kerana aku tahu,
ini yang mereka gelar
'Way of Life'


Dan bila dalam dua hari sahaja aku mampu merasai kedua-dua keadaan manusia,
aku sangat bersyukur.



Postquam-scriptum:
Haha, dah laa lama giler tak update, pastu bila update je buat pulak post yang banyak perkataan dari gambar. Nevermind if korang tak baca habis, korang yang rugi, aku cuma nak berkongsi pengalaman best yang aku alami. Oh, by the way, korang patut komen dan berkata "Welcome back cEro, we tot u dah tiada di alam ini.."




20 comments:

  1. hmm..aku pun pernah alami situasi yg first tu..majoriti yg hadir dinner tu adalah MElayu Islam..cina dan india hanya minoriti dan boleh dikira bilangannya..malah yg organise majlis tu adalah orang Melayu sendiri..jadi apakah fungsi majlis tu menyediakan mini bar yg menyajikan air kekuningan/kebiruan tu? sangat menjengkelkan..(-_-")

    ReplyDelete
  2. welkam bek mr.cero!i tot u alredy gone..isk isk isk..itulah jadiknye kalau malaysia xnak tegak hukum hudud..org islam xdpt rase hidup care org islam..=,=

    no politics..

    ReplyDelete
  3. ahaha yeah!i wanna say welcome back cero!!
    great comeback lah dgn entry cengini :D
    supaya yang islam itu sedar satu hari nnti :)

    ReplyDelete
  4. Welkem Bek cEro.. we tot U dah tiada di alam maya nie.. hahahahahha..

    betul..kita takkan tahu diri kita kalau kita tak cari..

    ReplyDelete
  5. suka ayat..

    Salah pilihan anda..itu salah anda!

    btw..selamat kembali bang cero! :D

    ReplyDelete
  6. welcome back Mr Cero. I miss u, keh keh keh...

    ini kali kedua (agaknya) mengomen di sini. sebab selalunya, aku cuma silent reader je.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Welcome back cEro, we tot u dah tiada di alam ini..

    #1 =(

    #2 =')

    ReplyDelete
  9. ada yang lebih dari itu cEro!

    hey, selamat kembali. kau dah kerja eh sekarang? :)

    ReplyDelete
  10. nice to hear from u again, cEro.
    and what a nice sharing.
    =)

    ReplyDelete
  11. ada dua jalan utk tiap manusia.
    kalau salah pilih sendiri merana.
    bahagia kan sementara saja.

    ReplyDelete
  12. dah baca habis, sebab mesti ada something yang cero nak bgtau kat hujung-hujung cite tu. haha.

    anyway, lama x update, p mana? :)

    ReplyDelete
  13. rindu cero.. apesal lama tak hapdet? :)

    ReplyDelete
  14. pilihan ditangan manusia...kita tak boleh paksa kan???

    btw:aku rindu kau sangat tahu!!!!

    ReplyDelete
  15. Welcome back cEro, i really-really tot u dah tiada di alam ini..haha..update byk2 k pasni :D

    ReplyDelete
  16. wei wei..aku x pasan hapdet ko yg ni! hoho..

    webek! rindu nk tgok lukisan ko.

    hapdet kali ni sgt bagus!

    ReplyDelete
  17. @266881342061605982.0
    Cik Sha,
    kehidupan mereka dah lain..yg tinggal hanya agama dlm IC..

    @hahau
    betol2..
    pemimpin kita tak pandang isu hudud sbg satu yg serius..
    itu silapnya..

    @Amirah Yusof
    amaran utk diri aku sendiri jugak..
    harapnya kita tak tersasar dlm landasan-Nya..

    @Aujinz
    Di mana kita berpihak, di situ kita terletak..
    thank you..

    @Elie Lily
    thanks elie,
    ayat tu, dlm kata lain berbunyi
    "kubur masing2, jgn nak sibuk hal org lain.."

    @MS. NO NAME
    ;)

    @MoonStone
    rajin2 laa komen..hehehe

    @WZ
    #1 :I
    #2 :D

    @hanaahmad
    aku nak kembali dan terus kembali..
    tak nak hilang-hilang dah..

    @aQel
    thank you..
    sama-sama kita beringat..

    @syafiqakarim
    tapi ketahuilah,
    jalan taubat sentiasa terbuka walau di mana kita tersimpang..

    @nur.sa
    hilang idea berbulan-bulan..
    tu yg lama tak update tu..

    @3553195632353879976.0
    Cik Kukumerah
    rindu ke? takde idea nak update ape laa..heheh

    @Bukan Cinderella
    pilihan kena laa tepat, supaya tak kecewa di kemudian hari..
    btw, aku pon rindu semua..hehhe

    @ZerOeS MinDeD
    insyaAllah..sedang nak seimbangkan kehidupan realiti..heheh

    @~* chirpy_chummy *~
    thanks mar...
    jarang aku hapdet bagus2 camni..heheh

    ReplyDelete
  18. Saya rasa kehidupan kite setiap hari,semuanya bergantung pada niat yg bermula dari hati.Kalau baik niat nya,maka baiklah jadinya dan sebaliknya.Sebagai muslim,kita tau menda tu bukan utk kite..kenapa mesti teguk.Mgkin kita lupa apa agama kita bila hiburan melbih akal manusia.

    ReplyDelete
  19. @Anonymous
    Setuju.
    Apa-apa pun, kita kena kembali kepada perkara paling asas dlm kehidupan..
    iaitu "Kenapa kita dihidupkan?"

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: