Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 17, 2011

Kini, Semua Orang Mampu Membezakan Senyuman


Kita semua tahu satu hakikat tentang senyuman.
Ianya satu perbuatan yang akan dikira menjadi jika dan hanya jika kita tak memikirkan tentangnya.

Tak percaya,
cuba ke depan cermin dan senyum.
Aku pasti ianya nampak pelik sebab kita memaksa untuk senyum.

Tapi cuba ke depan cermin dan fikirkan saat gembira dalam hidup.
Senyuman yang timbul, itulah senyuman yang menjadi.

Maka, wujudnya dua jenis senyuman;
1) Senyuman yang nampak semulajadi
2) Senyuman yang nampak pelik dan janggal

Dan sekarang,
aku nak berkongsi cara bagaimana membeza senyuman semulajadi dan senyuman buat-buat.



Ambil mana-mana gambar orang senyum yang ada.
Dalam Facebook, dalam majalah,
ataupun guna gambar dalam IC anda je.



Perhatikan bahagian muka.
Bahagikan muka itu kepada dua;
1) hemisfera atas
2) hemisfera bawah



Senyuman selalu berada di hemisfera bawah.
Namun, bukan hemisfera bawah yang perlu diteliti,
ianya hemisfera atas.

Pisahkan hemisfera atas dengan hemisfera bawah.
Atau kalau tak boleh pisahkan,
tutup hemisfera bawah dengan kertas atau tangan
dan perhatikan hemisfera atas.

Senyuman semulajadi adalah tindakan dalam otak yang akan mencetuskan pergerakan otot di seluruh muka.
Dengan kata lain, bukan hanya mulut mengukir senyuman, malah mata, hidung, dan bahagian lain muka juga mengukir tindakan 'senyuman'.

Dalam kes gambar gadis cantik di atas,
hanya mulut mengukir senyuman,
manakala mata, kening dan ruang antara kening tidak menggambarkan sedemikian.
Hemisfera atas gadis berkenaan kelihatan suram dan sedikit 'keterpaksaan'.

Kesimpulan,
itu satu senyuman tidak semulajadi.

Kita cuba sekali lagi menggunakan gambar lain untuk gadis yang sama.




Perhatikan kening yang tajam ke depan
dan mata yang leper di hujung.
Walaupun ditutup tanpa mulut,
kita masih tahu bahawa watak dalam gambar sedang tersenyum.

Itu adalah senyuman semulajadi.




------------------------


Bagaimanapun,
kita tidak dapat mengaitkan senyuman dengan keikhlasan.
Bak kata seseorang yang aku dah lupa siapa orangnya,
ikhlas adalah satu-satunya perkara yang kita tak dapat nak ukur dalam dunia.

Senyuman yang tidak semulajadi tidak bermakna orang tersebut tidak ikhlas.
Ada 1001 faktor lain, sebagai contoh
keletihan, perasaan, makanan, suasana, cuaca
atau mungkin sekadar perasaan 'aku kena senyum kalau tidak nanti orang kata sombong' seperti yang selalu para artis amalkan.

Ya.
Perkara yang aku ajar di atas memang pernah dikaji di seluruh dunia.
Namun, satu prinsip yang semua pengkaji sosial dan kehidupan manusia pegang adalah
SEMUA PERKARA TENTANG MANUSIA ADALAH TIDAK MUTLAK.
Jangan 'assume' semua manusia adalah sama.
Manusia mampu berubah dalam sekelip mata.
Hari ini sayang, esok jadi benci.
Siapa tahu.

Berbalik kepada topik,
manusia juga boleh 'mencipta' senyuman semulajadi mereka.

Antara caranya ialah,
ketika diperlukan untuk senyum
(seperti situasi diminta senyum untuk bergambar)
cuba fikirkan perkara yang gembira dalam fikiran
dan secara semulajadi, senyuman semulajadi akan muncul di bibir.

Antara manusia yang hebat dalam mencipta senyuman semulajadi ialah;
selebriti, ahli politik, pekerja bahagian perkhidmatan yang melibatkan pertemuan mata ke mata, 'con-man', jurujual barangan dan pembunuh bersiri upahan professional.

Antara manusia yang sangat tak pandai mencipta senyuman semulajadi ialah;
pekerja bahagian perkhidmatan yang tidak melibatkan pertemuan mata ke mata seperti telefonis dan operator, pekerja yang dah bosan dengan kerja mereka sebab asyik ulang perkara yang sama setiap hari, dan (percaya atau tidak) blogger sepenuh masa.

Dan bagaimana mahu senyuman anda tidak dapat dibezakan?
Cuba tutup hemisfera atas anda dengan cermin mata gelap.



postquam-scriptum:
Oh, kalau nak cuba bezakan senyuman kawan depan mata, tak perlulah sampai nak tutup sana-sini bagai. Cukup dengan memerhatikan keliling mata dia. Bak kata orang, tengok senyuman di mata dia, bukan di bibir.

postquam-subscriptum:
Special thanks to Lisa Surihani sebab jadi model.
Dan aku yakin, seyakin-yakinnya dia takkan sedar entri picisan ini, jadi tak perlu aku minta maaf sebab curi gambar dia dari FanPage Facebook dia.
Dan nak tunggu dia komen, seribu tahun lagi pun takkan, kan Lisa?...




14 comments:

  1. tak pasal2 lisa jadi bahan experiment.. haha

    ReplyDelete
  2. chirpy_chummy17 July, 2011 10:17

    aku senyum ni weh!

    ^_^

    nampak x?

    nampak x?

    senyum ikhlas utk ko..

    *ok,da lenguh

    -.-

    ReplyDelete
  3. A'ah yg no satu tu nmpk mcm dibuat2 sikit. lps ni klu ak jumpa ko kena lah senyum netul2 ye dak. nanti ko dpt detect! hahaha. =)

    ReplyDelete
  4. bahaya kalau nk senyum dpn cero..kna senyum betul2 ikhlas ni..hahha

    ReplyDelete
  5. paling tak pandai senyum depan kamera. semuanya jadi tak ikhlas..

    ..walauuuupun dulu pernah kerja sebagai front liner yg 8 jam kena senyum je T___T

    ReplyDelete
  6. Aku paling menyampah kalau kena paksa senyum. Dalam kata lain aku memang jarang senyum. Kalau gelak sampai mengilai-ngilai tu biasa miahahaha

    ReplyDelete
  7. senyum dengan mata - smile with eyes - smize <- Tyra Banks (banyak sangat tengok ANTM sebab berangan nak jadik model HAHA)


    -kudozu

    ReplyDelete
  8. awek yusr senyum memang terbaik...tapi aku suka tgk budak kecl senyum...

    sungguh ikhlas...

    ReplyDelete
  9. hey cEro. aku suka ini entry. sbb b4 ni pun aku ade post picta yang senyum melalui mata. kita mempunyai kefahaman yang sama. kalau nak tengok orang tu betul2 happy or ikhlas tengok saja mata dia. mata tu boleh jadi menggambarkan hati kita.

    *senyum, tak perlu kata apa-apa.

    have a nice day bro!

    ReplyDelete
  10. betul-betul tk ikhlas ni..hehehe..depan kamera..nak tak nak kenalah senyum kan..wat-wat senyum

    ReplyDelete
  11. adik nesa ckp kalau nesa senyum slalu nmpak x ikhlas walaupun abes ikhlas da ni T___T

    ReplyDelete
  12. senyuman semulajadi = senyum dgn mata...mata x leh menipu...hihi3 lgpon senyum terpaksa akn mmbuatkan otot2 disekeliling bibir bergetar apabila ditahan terlalu lama...haha3

    ReplyDelete
  13. @1799957277068291916.0
    cik kukumerah,
    hahaha, dia je yg senang nak cari gambar, sbb banyak..hahah

    @chirpy_chummy
    hahaha, senyum yg buat lenguh tu laa yg selalunya nampak janggal..hehehe

    @WZulhilmi
    hahaha, antara sbb aku takut nk buat entri ni adalah nanti org yg kenal aku akan cuba nak kontrol senyum diorg supaya aku takleh detect..hahah

    @Elie Lily
    hahaha, senyum, biar kat mana2 pon, kena laa ikhlas, kan???

    @Fina Fento
    sama laa, bila kameramen kata "senyum!!" kita akan rasa sangat janggal, dan selalunya senyuman tak asli akan muncul..hahah

    @7216959385936993665.0
    Shee,
    hahaha, kena paksa senyum mmg akan buatkan senyuman paksa kita tu nampak pelik sangat..hahahah

    @Anonymous
    SMIZE?? wow! bagus perkataan baru tu..hahahah! aku tak pernah tgk ANTM, selalu tgk American Idol je, adakah aku brangan jadi penyanyi?? hahah

    @kueh bakar
    budak kecil (selalunya bawah 5 tahun) sentiasa senyum dengan ikhlas..tambahan plak yg baby tak tau ape2 tu lagi, kan??

    @hana ahmad
    aku perasan entri tu, yg tutup mulut dgn kain tu..
    mmg sepatutnya kita kena lihat mata utk tentukan keikhlasan senyuman itu, tp ikhlas tak dapat diukur oleh manusia biasa..kan??

    @abah khalisha
    sebab tu byk photographer suka ambil gambar kandid, sbb kandid akan wujud senyuman yg tak dibuat2...

    @m i r a f i q a
    apa yg aku pernah belajar, nak detect senyuman buakan pada mata, tp pada kawasan keliling mata macam kening, hujung alur mata, kerut antara kening dsb..

    @Miss Comot
    betol2, sangat setuju..
    senyuman janggal adalah memenatkan..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: