Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 3, 2011

Ajaran #10 - Sama Ada Ucapkannya Secara Penuh, Atau Jangan Ucapkannya Langsung



Antara perangai aku yang tak boleh buang dari dulu ialah 'decoding'.
Dengar macam gempak, tapi ianya satu perangai pantang nampak kod (code), aku akan fikir apa maksud disebalik kod tersebut.
Tak kira ianya betul atau tidak, masuk akal atau tidak, kepuasan 'decoding' mengalahkan makan aiskrim goreng.

Antara yang menjadi 'mangsa' decoding aku ialah nombor plat kenderaan di atas jalan.
Sebagai contoh mudah,
melihat nombor plat seperti BGL XXXX, aku akan bayangkan 'bogel' (BoGeL),
kalau WTF XXXX aku akan bayangkan 'what the f**k',
dan kalau BAB 1XXX, aku bayangkan 'b*bi'..

Ianya tak tertakluk kepada no plat..
apa saja kod yang aku terpandang, automatik aku nak decode..



Nak dijadikan cerita,
suatu hari, aku berada di hadapan laptop bagak aku yang dah obsolete tu.
Aku tekun meneliti gambar awek-awek cun dengan muncung itik dalam Facebook.
Aku tengok bukan sebab diorang cun, tapi sebab kagum kehandalan diorang ambil gambar sendiri dengan sudut dongakan 30-60 darjah.

Tiba-tiba,
ada satu wall-to-wall dari dua kawan aku muncul dalam wall feed.
Ianya satu kod!



Apa lagi,
otak aku pun ligat nak decode mende tu..
Selalunya, selagi aku tak dapat decode mende tu, hati rasa tak tenang.

Banyak kali aku cuba decode,
'harimau belang', 'hari berak', 'hantu bungkus', 'henset baru',
'hensem betul', 'Hentak Belipat', 'hidung b*bi', 'hembus buih',
'handle basikal', 'hampeh betul', 'Hospital Bahagia',
'hidup Bersih 2.0''hidung besar', 'Hollywood Bollywood',
'hati batu', 'housing Blackberry'...
Namun tiada satu pun yang masuk akal...



Aku buntu...



Apakah neraka maksudnya menatang HB tu?

postquam-scriptum:
Pada aku, sama ada kita ucapkan dengan penuh, atau jangan ucapkan langsung.
HB means nothing!




28 comments:

  1. happy birthday

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday! Skrg mmg trend org wish just letak HB je. Tapi aku tak suka sbb nmpk mcm tak iklas aje letak mcm tu.

    ReplyDelete
  3. wakakakak...ko mempunyai tabiat yg sama mcm aku bab nak decode no plat tu. aku pantang kat jln mesti dok sebut decode satu-satu keta yg lalu. ekekeke..

    HB.

    aku tak suka dowh yg wish cmni. mmgla wish. tp kdg2 mcm mls sgt. bak kata Wzulhilmi, nmpk mcm tak ikhlas.

    ReplyDelete
  4. happy birthday.

    rasanya ramai jer orang yang suka decode apa2 sahaja yang dibaca. tanpa kita sedari dan tanpa niat musti kita akan buat walaupun dalam hati :D

    ReplyDelete
  5. woi..boleh geng woi..ahaha..aku pun ade tebiat suke decoding cenggitu..;p

    ReplyDelete
  6. hepi birthday?
    macam tak best je letak HB?
    apa ke payah sgt nak tulis panjang2?
    haish!
    *emo tetibe* :p

    ReplyDelete
  7. hidung besar?? LOL !! XD

    ReplyDelete
  8. cEro, dalam hal ni ko kena anggap, lebih baik ada daripada xde.. HB pon ok lah, tanda ingatan drpd takde lgsg.. ;)

    ReplyDelete
  9. chirpy_chummy03 July, 2011 15:59

    eh,aku chirpy_chummy kt atas tu..xsempat nk type perabih nm td. :p

    ReplyDelete
  10. dlu x phm jgk HB ni tp ble tgk wall yg org len duk HB bru pham...ske jgk tgk no plat cun2...haha3 setahu aku la...no plat terengganu TAN n TAM rmi gle org cina guna...haha3 agk2 de x no plat ni nnt...TEX 45?

    ReplyDelete
  11. ohh ya, kalau plat kereta aku suka carik kereta baru. mcm BLG XXXX baruuu bau kedai. BLA XXXX kereta tahun lepas. hahaha.

    ReplyDelete
  12. hb = Hai Bro!
    uhuhuhu...
    hai cero, lame x komen kat cni.
    keep up the good work!

    ReplyDelete
  13. HB. mcm tak ikhlas je nak wish. btw. Happy beday ya :)

    ReplyDelete
  14. eyh sorry ingt beday kau. takpe la wish jugak dah leps lom? ahha

    ReplyDelete
  15. Haha.nice.sy suka gak decoding ni..plat kete sy WTD = what to do.
    Sedaya upaya mengelak plat no WTF & WTH ms tu..haha

    ReplyDelete
  16. HB tu happy besday incik...
    bab2 decode tu...hahah suke betol ko berimaginasi dgn nombor n huruf kn?unik..maknenye ko ni jnis ske bepke..:)

    ReplyDelete
  17. ok mmg xsuke pun orang wish birthday dengan HB

    ReplyDelete
  18. Aku suke pakai HB sbb simple pantas dan jitu....hehehe SHJ cam terlebih satu huruf..

    ReplyDelete
  19. @Anonymous
    oh, thank you, anonymous!

    @fadh ^_^
    hahaha, yeke?? thanks!

    @WZulhilmi
    tak suka, macam susah je nak eja even 'hepi besday' pon..kan??

    @hanaahmad
    decoding dah mcam hobi sepenuh masa aku..pantang jumpa..hahah
    btw, setuju dgn pendapat ko ttg Hb tu..

    @Miss N
    ramai ek?? yes! i'm not alone..hehehe

    @3423836150796100673.0
    cik sha, best kan decoding..hehehe

    @Elie Lily
    kan kan kan?? macam susah je kalo tulis hepi besday pon..

    @sha :)
    hahaha, itu yg terbaik ak boleh fikir..hehehe

    @CikGusi BingbOo
    oh, in my case, aku rasa tak ucap lg bagus dr sekadar HB..sbb tak nmpak keikhlasan..kan??

    @chirpy_chummy
    ggg tu apa?? 'Gelak guling-guling?'
    hahaha

    @Miss Comot
    wooah! nice TEX 45..
    kalo PEN 15? hahaha!!!

    @m i r a f i q a
    yup! aku pon slalu keep track dgn plat baru, slalunya plat W** je laa, sbb aku duk KL..hehehe

    @MS. NO NAME
    hahaha, nice!
    Hai Bro!!!

    @EZAN IDMA
    belom lagi laa ezan..my besday bulan disember...hahaha

    @airaniez wirdani
    WTF = what the fish, WTH = where's the hat..hahaha
    (berfikiran suci..hahaha)

    @DaUnAn
    hahaha, sbb mcam best, tambahan plak kalo yg tak masuk akal..hehehe

    @.::WaNiE::.
    HB sucks!!! hahahaha

    ReplyDelete
  20. hb itu hatibaik..hang bagus..hang beranak..adeyh..hehehe.. :0

    ReplyDelete
  21. @syafiq
    'happy birthday' kan kedengaran lebih ikhlas dar sekadar 'HB'..hehehe

    ReplyDelete
  22. @mr delirium
    hujan batu...hensem berbakat...hutan batu..hahaha

    ReplyDelete
  23. belajar banyak

    ReplyDelete
  24. hang beruk....ekikikiku

    ReplyDelete
  25. @Anonymous
    Haha, baguslah belajar banyak, kan?

    @boloogokko
    Uwak uwak kikiki ek kiki kuk..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: