Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 9, 2011

#8 Jimat Tenaga Bermula Dari Rumah



Satu hari,
satu famili kami duduk di ruang tamu menonton TV.

Tiba-tiba Abah bersuara.

"Kita kena jimat sikit pakai elektrik."

Walaupun itu kata dia, tapi dalam maksud sebenarnya ialah;
"Abah tengok bil elektrik melambung tinggi. Kering poket sebab nak bayar bil je. Jadi, tak reti-reti nak jimat? Dah nak dekat raya ni, kang takde baju raya kang..."

Ya, kami semua memahami apa yang Abah maksudkan.

Tiba-tiba sesi menonton TV bertukar sesi membahas idea bagaimana nak jimat elektrik dalam rumah.
Maka,
timbullah 15 idea jimat elektrik di rumah;


  1. Bersihkan atau ganti penapis udara dalam pendingin hawa setiap bulan.
  2. Bersihkan kipas angin selalu dari habuk.
  3. Guna seterika sekali untuk banyak pakaian daripada berulang kali untuk pakaian yang sedikit.
  4. Cas henset dalam tempoh masa optimum. Jangan tinggal semalaman dengan bateri penuh.
  5. Tutup suis alat pemanas (minuman atau mandian) jika kita bercadang untuk tiada di rumah untuk satu jangkamasa panjang.
  6. Tutup mana-mana lampu yang kurang digunakan (sebagai contoh lampu untuk kolam hiasan di luar rumah)
  7. Selalu guna air tadahan untuk mandi daripada alat pemanas air.
  8. Bila guna oven, jangan asyik nak tutup buka tutup buka konon nak tengok makanan hangus. Tenaga yang terbebas ketika oven sedang diguna terbuka sama dengan nilai elektrik untuk 20-25 minit.
  9. Jangan suka buka tutup peti sejuk secara kerap.
  10. Mana-mana barang elektrik yang tidak digunakan, cabut plag dari soket punca elektrik.
  11. Jangan melampau menggunakan cabangan untuk satu plug elektrik.
  12. Pastikan wayar bumi rumah anda berfungsi bagi mengelakkan kebakaran sewaktu terkena panahan kilat.
  13. Beli dan guna alatan elektrik dengan model terbaru. Model lama selalunya guna tenaga lebih.
  14. Guna lampu floresen mengantikan lampu pijar biasa.
  15. Tanam pokok keliling rumah untuk suasana redup tanpa bergantung kepada pendingin hawa.

Aku pasti ada lebih dari 15 cara jimat elektrik di rumah.
Jika kalian ada terfikir mana-mana yang tertinggal,
silakanlah BERKONGSI.

Mari sokong cEro menjadikan dunia tempat yang lebih baik:


Lagipun, Kita Hanya Ada SATU BUMI.
#1 Save Water, Save The World
#2 Dunia Hebat Tanpa Beg Plastik
#3 A Billion Acts of Green®
#4 Harimau dan Panda Merintih dalam Facebook
#5 Kita Pelihara Dunia Untuk Pewaris Di Masa Akan Datang
#6 Nasib Si Rusa
#7 Makhluk Paling Sunyi


14 comments:

  1. Tenaga yang terbebas ketika oven sedang diguna terbuka sama dengan nilai elektrik untuk 20-25 minit.

    Ni aku baru tau!

    ReplyDelete
  2. Aku pun memang tengah try nak jimatkan elektrik ni Cero..

    Mak aku selalu bukak peti ais beso², aku selalu jugak nasihat.. kata anak baik.. ;D

    ReplyDelete
  3. good sharing :) tp adek bradik lain sush bak follow. asek main ps je

    ReplyDelete
  4. abg aku paling susah nak follow. tidur asyik nak on air cond jeh walaupun mak aku dah pesan pasang sekejap jeh. duh~

    ReplyDelete
  5. salam cero...

    boleh tak aku nak request...

    nak ko reka satu kartun..nak buat cover buku...

    tajuk buku,

    ikan di laut
    garam di darat
    dalam kuali bertemu jua

    ideanya ada 3 gambar...

    gambar ikan kat laut
    gambar garam kat darat
    dan gambar ikan dalam kuali

    boleh ler.tq.
    aku belanja kau..bleh? he he he

    ReplyDelete
  6. waa..harus praktik ni.maybe blh jimat byk dr biase kn..

    tmbh 1 lg..jgn ltak mknan yg msih pns lm peti sjuk ;)

    ReplyDelete
  7. 1) time maghrib tutup tv pegi sembahyang n mengaji (now waktu maghrib) - ni mak aku selalu marah kitorang haha

    2) pakai 1 je laptop dlm rumah

    3) 1 lampu terpasang dalam 1 rumah pada waktu malam

    4) jangan pakai kipas atau aircond. sila bersauna sedikit. abang aku surut 2 kilo dlm masa sebulan akibat kipas rosak dan malas nak beli baru.

    -kudozu

    ReplyDelete
  8. mana2 baju yg bila pakai kejap je, then tak berkedut, gantung semula..so takyah iron sekali ag..kata nak jimat elektrik! :)

    ReplyDelete
  9. tempoh tok caj hp tok penuh 2 jam je...org jual hp bgtau atau nnt bateri hp cpt KONG! :)
    klu bsuh bju gn mesin basuh btter bsuh byk2 trus...jgn bsuh sikit gile...mmbazir je air, elektrik n sabun bsuh...haha3

    ReplyDelete
  10. wohooo kalau rumah besar mmg bil letrik ratus ratus ratus...stgh org pasang capacitor bank. Tak tahulah worth it ke tak..tp capacitor mmg bole save energy. Try tanya technician terdekat :D

    ReplyDelete
  11. www,hahasale...alat penjimat elektrik berkesan.area negeri sembilan

    ReplyDelete
  12. www.hahasale/www.mudah.com

    untuk keterangan lanjut sms/call 0172333143

    ReplyDelete
  13. bukan ke ikan di laut .. asam di darat hahahahaha

    ReplyDelete
  14. bukan ke ikan di laut .. asam di darat hahahahaha

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License