Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 11, 2011

Terperangkap Dalam Sistem





Perkara ini mesti pernah berlaku dalam hidup kalian,
di mana semasa kita masih di bangku sekolah dahulu,
cikgu bertanyakan satu soalan di depan kelas.
Apabila kelihatan ramai angkat tangan menjawab A,
sedangkan jawapan yang kita rasakan betul ialah B,
kita jadi ragu-ragu dengan jawapan kita
dan lebih teruk, kita juga angkat tangan untuk menjawab A,
mengabaikan usaha kita dengan jawapan B sebelumnya.


Namun, apabila cikgu berkata "Jawapannya B"
dalam hati mahupun mulut, akan termaktub kata
"Aku dah agak dah jawapannya B."
Pada waktu iut, bising satu kelas
dan akan muncul seorang yang dianggap 'poyo'
dan berkata dengan lantang
"Aku dah agak dah jawapannya B"
dan dalam hati kita kata
"Poyo hipokrit salah tu salah laa.."


Pernah jadi?
Mungkin tak setepat itu, tapi mungkin sekelumit cuma.
Namun hakikatnya, kita manusia ada naluri yang aku gelar
'Takut dengan Sistem'


Dalam kehidupan,
pada aku ada tiga golongan dalam sistem;


1) Yang Mengatur
- Golongan yang mencipta sistem sama ada secara sengaja atau tidak. Golongan ini mencipta peraturan, supaya orang lain ikut dan segalanya berjalan lancar di bawah kehendak mereka. Golongan ini mencipta keadaan, dan melabel sama ada ianya betul atau salah, kadang-kadang tanpa berteraskan kebenaran itu sendiri. Mereka boleh jadi baik, boleh jadi kurang baik.

Golongan ini, seperti contoh, adalah cikgu dalam situasi kelas yang aku sentuh sebelum ini.




2) Yang Beratur
- Golongan yang berada khusus dalam sistem, dan mengikut sistem itu. Pada mereka, sistem adalah segalanya. Keluar dari sistem bermakna keluar kehidupan, sesat dan tidak betul. Golongan ini majoriti, selalunya mengikut majoriti, dan berpegang kepada prinsip 'majoriti sentiasa betul'. Golongan ini adalah golongan yang apabila nampak orang ramai berkerumun mendengar seorang penjual ubat berceloteh, dia sertai walaupun ubat yang dijual tiada kaitan dengan dirinya. Golongan ini adalah golongan yang mesti kena ada artis korea kegemaran di saat kegilaan budaya K-Pop korea menjadi-jadi.

Golongan ini, seperti contoh, adalah sekumpulan pelajar yang angkat tangan hanya kerana jawapan A dipilih oleh ramai pelajar lain.




3) Yang Tidak Beratur
- Golongan ini minoriti. Mencipta sistem sendiri dan hanya mereka ikut sistem mereka cipta. Golongan ini tidak peduli senario, keadaan semasa, hanya berteraskan keputusan yang mahu dicapai. Golongan ini adalah yang meredah hujan dengan kepala bertutup surat khabar ketika yang lain berteduh di perhentian bas hanya kerana mahu sampai cepat. Golongan ini adalah yang masih menggunakan telefon bimbit skrin dua warna hitam putih di kala yang lain sibuk berpapan sentuh hanya kerana fungsi yang lain tidak diperlukannya. Golongan ini adalah yang bila di dalam ceramah, tidak akan menguap hanya kerana melihat orang di hadapan menguap.

Golongan ini, mungkin adalah kita, jika kita tetap berpegang kepada jawapan B di kala yang lain menjawap A.






Sedar tak sedar,
kita semakin tenggelam dalam sistem.
Manusia mencipta kalendar, jam dan jadual hanya untuk merasakan diri lebih teratur dalam sistem yang mereka sendiri cipta. Manusia melabel cantik, jelik, kacak, hodoh sebagai tanda aras penampilan. Manusia meletakkan harga sebagai penilai kepada sesuatu barangan.






Seorang kawan merungut pada keadaan umurnya yang hampir mencecah suku abad namun masih tidak mempunyai pasangan, sedangkan kawannya yang lain sama ada sudah menamatkan zaman bujang, atau sudah meletakkan RSVP untuk majlis perkahwinan mereka.

Seorang kawan merungut pada keadaan dirinya yang sudah tamat belajar namun masih belum berkesempatan mempunyai pekerjaan tetap, sedangkan kawannya yang lain sedang sibuk mengajak yang lain berkaraoke selepas waktu pejabat.

Seorang kawan merungut pada keadaan kawannya yang asyik menyusahkannya sudah masuk kali kedua dan berkata jika masuk kali ketiga, sabarnya akan hilang.




Siapa yang meletakkan tahap umur 25 tahun mesti melabuhkan tirai bujang?
Siapa yang meletakkan syarat lepas habis belajar MESTI dan MESTI terus bekerja tetap?
Siapa yang meletakkan had sabar hanya 3 kali?


Itu sistem, itu manusia.




Jika anda jadi yang beratur, anda normal.
Jika anda jadi yang mengatur, anda hebat.
Jika anda jadi yang tidak beratur, anda istimewa.
Pilihan di tangan anda.







Postquam-scriptum:
Maaf post kali ni agak berat. Nasihat di atas diberikan oleh seorang cikgu kepada aku semasa aku sekolah rendah dulu. Dek kerana terlalu kecil untuk memahami, prinsip yang aku pegang dalam hidup hanyalah 'tidak suka beratur' dan 'pandang ke mana yang anda suka walaupun yang lain semuanya pandang ke kanan.' Aku hanya fed-up dengan sesetengah orang yang hanya memilih mahu berpasangan hanya kerana orang sekelilingnya semua sudah berpasangan. Satu amaran aku, jangan pandnag rendah dengan CINTA.




13 comments:

  1. betei tu cero. betei!!!!!!!aku setuju (angkat dua dua tangan

    ReplyDelete
  2. hailaa..

    manusia yg special kengadang d gelar POYO. ape nk di kata? tu sume pandangan kaum kita. setuju? angguk. xsetuju? diam.


    if air d jadikan aras utk umur berkahwin, alamatnya aku da lama lemas. =="

    ReplyDelete
  3. Bro,
    Biarkan mereka, biar kita hidup dalam sistem kita sendiri..
    x perlu orang lain-yang penting jati diri dan keluarga..
    jaga diri dan sentiasa cuba lakukan yang terbaik...INSYAALLAH...ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk HAMBANYA..

    kalo rajin bace,cari link kat bawah,(tak reti nak link kan kat comment box)- sekadar utk berkongsi ~~:)

    http://filemrealiti.blogspot.com/2010/01/renungkanlah-sedalam-dalamnya.html

    ReplyDelete
  4. I definitely agreed with all that points. Mmg manusia mmg begitu. for example part kahwin yg ko ckp tu. mula org tanya kahwin, lepas tu bila nk dpt anak, lepas tu bila nak dpt cucu. masyarakat tak akan berhenti bercakap. Kadang2 tension dgn benda2 mcm itu. so in conclusion stick what you think best for urself. Org nk ckp apa2 pun ckp lah. sbb bukan diorg yag terima kesan drpd keputusan yg kita buat. diorg nk tunggu hasil shj.

    ReplyDelete
  5. betul3..sape kate umur 25 kene kawen? sape kate pas bljr mesti keje tetap?..argghh!! terlalu ramai golongan yang menetapkan sedemikian menyebabkan aku jadi semakin tension ngan idup..
    xleh ke aku wat ape yg aku nak wat??..kn idup aku??? buaknnye aku xmo dgr ckp org lain..tp aku xnak jadi sama macam orang lain..salah ke kite menjadi diri sendiri..?? kan???

    ReplyDelete
  6. itu namanya terlalu mengikut. bila orang lain berpacaran kita pun mesti ada, dan wujulah kata-kata siapa single dia loser. (prnh dikatakan oleh seorang teman) dan, aku rasa nak lempang kerana CINTA itu bukan mainan. dimain2 dan dibuang-buang apabila tidak suka. jodoh tidak menetapkan umur berapa kita perlu kawen. belajar tinggi2 belum tentu bekerja juga tinggi. belajar tak tinggi belum tentu tak berjaya. hidup memerlukan peraturan dan aturan. kawal ia sendiri dan pilih sebaiknya.

    ReplyDelete
  7. sapa yg letak adat kawen yg menyusahkan, kenduri mau paling koman hidang sorang seketul ayam, secawan sirap, itu ini segala... leceh! gua nak jumpa tok imam, salam, then bawak laki hanimun.


    ha, sapa yg buat sistem hanimun nih?? menyusahkan otak nak pk tempat hanimun yg gah utk poyo d depan teman2...

    haishh..


    eh, terkarang 1 entri untuk blog lu plak.. hihi

    ReplyDelete
  8. memang betul apa yang kau cakap. tapi jangan sebab terlalu taknak sangat beratur, itu yang menjadi alasan untuk melewat2kan mencapai apa yang patut/boleh dicapai sebelum umur2 tertentu.

    hope you get what I mean. :)

    ReplyDelete
  9. takot dengan sistem atau dari sudut pandangan aku, manusia takut buat silap..

    ReplyDelete
  10. saya x pandang rendah pada cinta :)

    ReplyDelete
  11. @kata kila
    aku pun setuju jugak dgn kata2 aku..hahah

    @~* chirpy_chummy *~
    satu pandangan salah manusia adalah, majoriti adalah benar!
    Majoriti tak pernah sentiasa benar!

    @MS. NO NAME
    pd aku, asalkan sistem yg kita ada tak melanggar mana2 sistem tuhan, aku akan ikut sistem aku sndiri..

    @WZulhilmi
    Manusia suka dgn persoalan..
    mereka suka mempersoalkan...
    sbb tu keluar istilah 'nafsu manusia tiada batasan'

    @pu3aan
    pemikiran terlalu mengikut arus tak boleh dijadikan sandaran..kita sbg manusia, perlu ada arus sendiri..kalau perlu ikut, kita ikut..kalau perlu tentang, kita tentang...

    @hanaahmad
    manusia juga suka buat perbandingan tambahan sesama kawan..tu yg ada org berbangga bila suka bercouple, sedangkan pasangannya itu baru dikenal semalam...

    @JelinaJoli
    tiada umur mampu mengehadnya...
    tiada adat mampu membatasanya...
    tiada hanimun mampu menyeronokkannya..hahahah

    @Anna Boleyn
    JANGAN!
    Jangan sesekali pandnag rendah pada cinta..

    ReplyDelete
  12. oh... aku pernah menjadi mcm2 sepanjang kehidupan aku, ke3-3 kategori tu pernah aku jadi... yg beratur, yg mengatur dan akhirnya yg tidak beratur... sepanjang aku cuba mendalami dan mengenali diri aku sendiri, aku mendapati yg aku mmg tidak suka diatur... oh manusia sememangnya suatu makhluk yg complex, sampai sekarang aku masih belum cukup mengenali diri aku sendiri... hahah

    ReplyDelete
  13. complexity itulah yg membuatkan semakin hari manusia semakin menarik...
    begitu ramai manusia di luar sana, dan setiap dr mereka begitu berbeza...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: