Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 10, 2011

Saya Perlukan Pelukan

Baik, ringkas dan mudah.



Aku tak ingat cerita mana aku tengok,
tapi ada seorang lelaki ni walaupun tak hensem
dia berlegar di kawasan orang ramai dan memegang satu kertas yang tertulis
'FREE HUGS
AVAILABLE HERE'

Dan beberapa orang datang mahu dipeluk.
Tak kira siapa, lelaki, perempuan, tua, muda, buruk, lawa,
lelaki itu tetap akan peluk..
Ada sampai tahap menangis kerana dipeluk.

Persoalannya, apa faedahnya?

Jawapannya mudah,
PELUKAN MELEGAKAN.

Kecil-kecil dulu, sewaktu kita belum mampu mengingati
kalau kita jatuh ketika berlari, sakit,
kita akan berpaling dan cari ibu atau bapa untuk mengadu,
mereka akan peluk kita, kita akan rasa lega.

Itu naluri semulajadi manusia.
Dipeluk akan terasa 'secure', 'comforting' dan 'relieving'.

Tapi, bila semakin dewasa,
semakin (konon) matang, ego,
kita beranggapan kita kuat untuk menempuh hidup sendiri
tanpa bergantung kepada orang lain.

Dan apabila kita buntu, bila kita sedar,
kita sudah tiada orang yang menunggu untuk memeluk.



Suatu hari, aku mahu jadi orang yang memeluk.
Kerana dengan memeluk, kita akan melegakan orang yang dipeluk.

Dan, aku juga perlukan pelukan. Sekarang.



postquam-scriptum:
Jika ada orang dikeliling anda yang berada dalam keadaan sulit, susah, atau sakit.
Peluklah mereka. Percayalah, anda sudah membantu dengan hanya memeluk mereka.




27 comments:

  1. betul2 manusia bila makin besar dia makin ego. tak akan sanggup buat benda2 peluk ni. konon2 geli lah apa lah. org dewasa mmg pelik betul. Jom2 buat group hug. LOL!

    ReplyDelete
  2. Ada satu hari blek penah cite kat aku.

    Aku tengok gambar aku peluk mak aku masa kecik. Bila dah besar ni aku pikir, boleh lagi ke aku peluk mak aku macam masa aku kecik2?

    Kadang2 aku rasa bertuah orang yang duk ngan family (since aku dah jarang duk ngan family)

    sebab bagi aku if aku need comfort, balik jumpe parents adalah terbaik.

    neway, amik la bantal peluk tu. hahaha

    -kudozu

    ReplyDelete
  3. ye..hugs mmg very comforting. dr.fadzilah pernah ckp, dpt peluk sekali sehari pun dah kira ckup releasekan hormon yg merelaxkan. Untuk yg halal jelah.. yg haram tu bkn merelaxkan tp akan meresahkan, haha.. Dan biasanya org yg amalkan peluk2 halal ni akan berjaya dlm hidup, atau dia leh kata dlm spesifik, sethn boleh naik pangkat. Tu yg sronoknye dah kawen, peluk hubby, peluk anak2 stiap hari. Lapang je dada..

    ReplyDelete
  4. dulu time kecik aku jarang peluk abah aku sebab kitorang tak rapat.aku asikla dok berkepit ngn atuk n nenek je.hahaha.
    sekarang aku walaupun dah agak dewasa tak rase malu pun nak peluk abah aku depan orang ramai.sebab ape?ape ku kesah orang nak cakap manja or ape.aku ada abah kan :)

    ReplyDelete
  5. betul2. tapi dengan muhrim saja tau :) ada terbaca kajian yang menyatakan pelukan antara suami dan isteri akan memanjangkan umur. tapi tak ingat umur si suami atau si isteri.

    ReplyDelete
  6. masih dpt hugs dr mak smpai skrg..sgt selesa :)

    cadangkan cEro kawin cpt2.bole dpt hugs hari2..ehehe:P

    xpon bli teddy yg BESAR punye!:D

    ReplyDelete
  7. dah besar panjang segan puLak nak peLuk-peLuk tak macho Langsung..haha

    ReplyDelete
  8. kalo aku sedih aku cari bahu seseorang...melepaskan segalanya..yg penting rase lega..tibe2 teringat pelukan mak aku..

    ReplyDelete
  9. agree. need hugs. n ready to hug

    ReplyDelete
  10. betul2..sekuat mana pun kita tapi kalau kita dipeluk org atau memeluk org lain,for sure perasaan sedih yang kita pendam tu automatically terkeluar...

    ReplyDelete
  11. ak ske pelok mak aku :D

    n also kwn2 ak yg montel. hauhauhau

    ReplyDelete
  12. lucky to have my luvlyteddy....smpai da kempes da prut teddy tu....

    ReplyDelete
  13. @WZulhilmi
    hahaha, jom jom buat group hug..aku nak join!

    @Anonymous
    betul kudozu, kdg2 kita sbg org konon dewasa tak faham dgn diri sendiri..kdg2 ape yg kita nak ada depan mata, tp kita tak nampak (serius mcam takde kena ngena)

    @sha :)
    thank you!

    @Fisz
    dua perkara yg aku rasa nk buat selalu bila kawin nanti adalah peluk dan cium..hehehe

    @farahmoque
    aku pon, bezanya, besar pon aku tak peluk gak...anak laki dgn abahnya mcam vibe tak berapa ngam laa..hahah

    @storyfromme
    compom laa dgn muhrim je..yg bukan halal lg tak boleh..heheheh

    @Nesa Wazir
    hahaha, mmg rase nk kawen pon, tp apekan daya..manyak masalah ooo...

    @DuniakuAbstrak
    hahahaha, tp tak faham kenapa semua L ko hurup besar..hehehe

    @tulip
    kalau ade yg nk pinjam bahu, bagus laa...kalo takde, susah gak, kena pendam sorg2...

    @m i r a f i q a
    jom hug hug..wahahaha

    @sakura lover's
    betul..pelukan mmg membahagiakan...

    @Lupi
    aku peluk mak aku, tp kalo kawan2 mcam susah sikit arr..hahaha

    @chomelxii
    hahaha, laki takleh arr ade teddy bear bsar2, jatuh kejantanan nanti..kecik2 takpe...

    @Encik Psychopath
    alolo, sedih je dgr...

    ReplyDelete
  14. @mr delirium
    haha, aku terima semua hug..
    favorably dr fazura..hahaha

    ReplyDelete
  15. awww.segannya nak peluk org!haha

    well,some hugs might ease ur mind.and some crying too :)

    ReplyDelete
  16. @iemaZAIMAH
    alaa, kalo peluk kawan rapat pon takkan segan kot..hahah

    ReplyDelete
  17. Plukn boleh menyejukkn hati yg tgh pnas mmbara... :)

    ReplyDelete
  18. @Miss Comot
    setuju! pelukan meredakan hati yang panas..

    ReplyDelete
  19. sgt best kalau dipeluk. rasa dilindungi. huhu

    ReplyDelete
  20. @a e i o u
    tp tak ramai org suka memeluk...kan?

    ReplyDelete
  21. @Bungakopi
    terharu?
    c'mon, come here, gimme a hug..hehehehe

    ReplyDelete
  22. Kalau besfren kita nakkan pelukan kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @shensi battousai
      Peluk laa dia. Tapi kalau lain jantina, kena laa fikir dulu sebelum buat keputusan...hehehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: