Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 29, 2011

Pohon Bernama Memori



Aku percaya,
setiap yang bergelar manusia
akan ada satu waktu dan ketika
di mana dalam benaknya berkata
"Aku harap aku mampu putar masa.."


Bagi aku
yang lemah dan berkelemahan
waktu dan ketika itu adalah SEKARANG!
Kerana kini
terlalu banyak saat dan detik
kalau boleh aku petik
dan buang dari pohon bernama memori.


Aku harap memori adalah model mainan
yang mampu dibina dan dimusnah
dan dibina semula menjadi lebih baik.
Tapi
ianya lebih menyerupai baju
walaupun kotoran dibasuh berkali akan luntur
namun kesannya tetap masih ada
dan takkan pernah sama dengan sebelumnya.


Namun,
siapalah kita
kita manusia
apa yang daya
adalah terus maju ke depan
walau kaki dipenuhi lecah
walau daki degil di celah
kita HARUS TERUS KE HADAPAN.





10 comments:

  1. teruskan perjalanan dan jangan mengeluh :)

    ReplyDelete
  2. klu aku, nak undur masa sebab nak ulang semula saat2 manis yg prnh aku rasa dulu. cth, zmn skolah menengah. seronok!

    ReplyDelete
  3. hurm...betul3..aku pun asik rase mcm tu je semenjak dua menjak nih..tp nk wat camne kn?..kite bukannye dlm filem Back To The Future atau cite Doraemon yg ade mesin merentas masa..so..kene la move on aje..

    ReplyDelete
  4. Let's appreciate what we have right now and keep moving forward! =)

    ReplyDelete
  5. memori kadng2 satu kenangan yg indah untuk di ingati balik..tapi kalo memori pahit lupakan secara pelan2..=)

    ReplyDelete
  6. buang memori silam jadikan sebagai pengajaran dan kita gerak ke hadapan dengan semangat yang kuat!

    ReplyDelete
  7. kita sentiasa diberi peluang utk mengubah memori atau peristiwa yg x brape kite suke..cuma perlu cari peluang itu..n dun gv up!

    *tp mmg teringin pintu suke hati dan laci ajaib dlm cite doremon :P

    ReplyDelete
  8. tiadalah tersungkurnya manusia melainkan bangunnya dengan kekuatan baru!

    kalo xbangun2 boleh urus jenazah dengan sempurna..lalala~

    xda istilah lupakan kenangan, ia sejarah! cuba kesannya diubati masa...

    sekadar pendapat:)

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: