Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 9, 2011

"Eureka!! Eureka!!"

"Saya sudah gunakan 100% emas yang diberi Tuanku."

Seorang Tukang Emas cuba meyakinkan Raja. Permintaan Raja mahukan mahkota emas perlu dipenuhinya. Namun, ada sinis dalam senyumannya.

Seorang menteri di raja menimbang mahkota emas itu.

"Ya, Tuanku. Beratnya sama dengan ketulan emas yang kita bekalkan."

Senyuman si Tukang Emas semakin melebar.

Raja meneliti butiran mahkotanya. Warnanya kelihatan sedikit lain dari sepatutnya. Raja was-was dengan ketulenannya.

"Beta rasa beta mahu siasat lebih lanjut. Panggil pendeta kita! NOW!"
Titah Baginda dituruti. Muka si Tukang Emas mula menaikkan riak risau.



Pendeta Negara masuk mengadap. Mukanya yang 'toya' memang menyembunyikan kecerdikan dirinya. Muka berjambang, mata kuyu, kalau bukan kerana bajunya, dia saling tak tumpah seperti pengemis di kaki lima jalan.

"Pendita Archok! Beta rasa mahkota ini tidak tulen emasnya. Beta mahu kamu cari penyelesaian masalah ini TANPA mengubah bentuk mahkota. Kamu dilarang melebur, mematahkan atau apa saja yang mengubahnya. Beta suka design dia, nampak groovy dan up-to-date, sesuai untuk citarasa beta..Ehemm!"

Titah Baginda Raja membuatkan Si Archok garu kepala.

"Tak guna punya Raja, suka hati je nak titah arahan yang susah. Buat sendiri laa..." geram benak hati Archok.

"Jika kamu gagal mencari penyelesaian, kamu potong kepala.
Kalau didapati si Tukang Emas bersalah, dia potong kepala.
Beta dah lama tak tengok orang kena potong kepala..."

--------------

Titah Baginda Raja merunsingkan Archok. Sakit kepala dia memikirkan cara.

Senang jika dia dibenarkan melebur. Boleh dia kira isipadu.
Ini tidak, taste orang tua kutuk tu menyusahkannya, fikirnya.

Beberapa jam berfikir, Archok masih buntu.
Dia sempat chat Facebook dengan beberapa kawan bertanyakan masalahnya, tapi kebanyakkan kawan dia sibuk layan chat dengan awek, jadi Archok masih buntu.

Peluh kering, Archok rasa dia perlukan mandian nyaman.
Nak berendam dalam mandian Lux baru yang si cantik Fazura baru jadi duta tu.
Archok peminat setia Fazura.

Dibukanya paip air tab mandi, dan bersiap-siap untuk mandi.
Archok fikir, dia nak lari dari negara itu sebab dia tak nak mati penggal kepala.
Dia fikirkan, dia nak mati dalam pelukan kekasih tersayang, favorably Fazura.

"OhEmGee, air tab dah penuh!"
Archok tutup paip, berlenggang masuk ke dalam tab mandi.
Air tab yang penuh melimpah keluar.



Archok terdiam.

"Air mengikut bentuk bekas. Maka, air yang tersesar keluar adalah jumlah isipadu aku yang masuk ke dalam tab. Dari isipadu, aku boleh dapat ketumpatan. Ketumpatan berbeza jika bahan berbeza. Maka, aku boleh tahu jika mahkota tu tulen atau palsu."

"Yes! Tak payah lari dari negara ni!
Yes! Tak payah penggal kepala!"

Dalam keadaan bertelanjang bulat, Archok lompat keluar dari tab mandi dan berlari menuju ke singgahsana Raja kerana teruja dapat selesaikan permasalahan itu.

Dia menjerit,
"Eureka!! Eureka!!"

Wahai Archok, apa kata pakai dulu baju.
Tak pasal-pasal ada yang kena potong nanti.




postquam-scriptum:
Ini adalah cerita tentang cendekiawan Matematik Greek, Archimedes yang telah dirosakkan aku. Maaf. Archok adalah nama manja yang aku reka.

postquam-subscriptum:
Semasa sedang dia mengkaji sesuatu tentang matematik dengan menggunakan bulatan, bilik Archimedes diserang askar Roman yang menyerang Greek kerana perang. Archimedes menyuruh askar tersebut memberi dia sedikit masa lagi kerana dia mahu selesaikan kajiannya yang sudah di fasa terakhir sebelum mereka membunuhnya. Tapi askar Roman degil. Perkataan terakhir Archimedes sebelum mati ialah "Jangan sentuh 'bulatan' itu (Noli turbare circulos meos,)" merujuk kepada perlakuan seorang askar Roman yang menyentuh hasil kajiannya selepas Archimedes ditikam dan menanti ajal. Kuburnya diletakkan satu sfera dan satu silinder, seperti yang diminta dia dalam wasiatnya.

postquam-subsubscriptum:
Aku anggap ini satu cerita yang hebat (yang original, bukan olahan aku tau). Tapi apakah pengajaran dari kisah Archimedes ni?
Boleh kalian kongsi apa pengajarannya?





16 comments:

  1. 1)Jangan putus asa.
    2)Jangan wat keje separuh jalan.
    3)Biarkan otak aktif berfikir.
    4)Jadilah jujur kalau dah diamanahkan tugas.
    5)Terus terang la kalau nak ganjaran dari kerja, jangan la tipu. (merujuk Tukang Emas)

    Anyway....

    Muke tu lebih kepada Nostradamus dalam manga Doraemon.
    Hauhau

    -kudozu

    ReplyDelete
  2. jangan jupa raja tak pakai baju. kahkah

    ReplyDelete
  3. jangan terlalu excited sampai lupa pakai seluar.hahaha.

    ReplyDelete
  4. tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad..ehehhe..

    ReplyDelete
  5. kita boleh belajar dekat mana2 je walaupun dalam tab mandi!

    ReplyDelete
  6. em..ilmu boleh di cari sehingga akhir hayat..x kira dalam keadaan kite sihat,sakit n etc..ilmu itu subjektif..bkan lalu pembacaan je boleh dapat pengetahuan..dari dgr dan melihat jg..

    *semangat gile aku komen*

    ReplyDelete
  7. ade dlm lab physics aku sem lepas.lol

    haha!

    ReplyDelete
  8. aku nak komen yang takde kena mengena dengan entry boleh?

    kau seorang lelaki yang bijak cEro. aku kagum.

    ReplyDelete
  9. de morel value iss kite kene mandi pakai kain..

    ReplyDelete
  10. hahaha, aku suka jwpn hahau

    ReplyDelete
  11. @Anonymous
    nice one kudozu, byk lg sebnarnye pangajaran citer ni, kan???

    @a e i o u
    hahaha, nanti ade yg kena potong..hahaha

    @storyfromme
    hahaha, pastikan anda pakai baju sebelum excited...

    @pu3aan
    betul! 100% setuju!!

    @WZulhilmi
    yup! ilmu berada di mana2, asalkan kita mencari...

    @m i r a f i q a
    fazura cun..aku suka!!

    @tulip
    bagus2, semua yg kau bgtau, semua betul..hehehe

    @iemaZAIMAH
    hahaha, aku bet bab dia mati tu ko tak belajar dlm kelas, kan???

    @hanaahmad
    kenapa aku?? aku hanya oleh cerita menjadi cerita aku..heheh
    terima kasih!

    @hahau
    hehehe, at least capai tuala sebelum keluar...

    @Fisz
    aku suka jawapan kau..hehehe

    ReplyDelete
  12. er.fikir secara kreatif? hehe :P

    ReplyDelete
  13. @Nesa Wazir
    nice one nesa...
    don't worry, takde salah betul dlm pengajaran..hehehe

    ReplyDelete
  14. kdg2 kite dpt idea @ penyelesaian ketika wktu x seswai n mmbuatkn kite lupe ape yg kite tgh buat msa tue...cthnye: dpt idea nk tlis blog dlm toilet tp hlg lps kluo toilet...haha3

    ReplyDelete
  15. @Miss Comot
    hahaha, selalu jadi kat aku...
    nanti aku buat entri terangkan kenapa fenomena tu berlaku...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: