Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 22, 2011

Beritahu Aku Definisi KEMAS



Semalam kawan aku call bertanya,
"Bro, tolong aku. Bagitahu aku definisi KEMAS!"

Aku raba diri sendiri,
kemudian lega mengingatkan aku ni manusia bukan Kamus Dewan.
Lalu aku balas balik,
"Slow down tiger! Cer citer cer citer!"

"Aku ada tanya seorang awek ni.
Dia awek idaman aku. Comel. Lembut. Sopan. Hot. Comel..."


"OK, i got it. Lurus ke titik laa..(straight to the point)"


"Aku tanya dia apa ciri lelaki idaman dia.
Dia jawab, dia tak memilih sangat,
dia cuma nak yang BAIK dan KEMAS."


"Ok, apa masalahnya?"


"Masalahnya, tang BAIK tu aku faham.
Tapi tang KEMAS tu, aku tak berapa dapat.
Kemas bagi sekolah ialah rambut pendek, baru tuck-in, kasut bersih.
Kemas bagi universiti ialah baju berkolar, tak ada jeans, berkasut.
Kemas bagi orang berkerja ialah baju kemeja, tie, tali pinggang, kasut kilat.
Tapi kemas bagi perempuan apa pulak?"

Sekali lagi aku raba diri sendiri,
kemudian lega mengingatkan diri aku ni lelaki, bukan perempuan.

"Bukankah soalan tu untuk perempuan.
Jadi, kenapa ko tanya aku?"

~~~~~~~~~~~~~Suasana sunyi seketika.

"Haha, pokok pangkalnya KEMAS tu apa?"


Baiklah rakan-rakan.
Aku sendiri tak tahu definisi kemas yang diperkatakan.
Boleh kalian bantu kawan aku ni?

APAKAH DEFINISI KEMAS pada anda?



postquam-scriptum:
Maaf entri kali ni pendek. Semalam aku terhantuk kat almari, menyebabkan gigi aku sumbing dan berdarah. Kesannya aku sakit gigi sampai sekarang dan mood aku sangat teruk sampai nyamuk seekor terbang pun aku bunuh dengan menumbuknya lumat ke dinding.




28 comments:

  1. kemas terlalu subjektif. depend pada org yg menilainya. x sume pompn mendifinisikan kemas yg sama.

    for me, kemas for lelaki is:

    - simple and x serabai.

    simple? cth simple cane?
    ie: xperlu berkasut bagai,tp ckuplah x pakai selipar jepun stok msok jamban tu je. xperlu la tuck in 24hours, tp ckup dgn bj yg x lusuh. (ini hanya cth ok.)

    serabai tu ape plak?
    serabai tu nmpk kotor aka busuk.



    ok,get it? tp ni hanya pandangan chummy je..

    ReplyDelete
  2. kemas tu maksud dia suka korek hidung merata rata

    ReplyDelete
  3. kemas? lelaki pujaan aku jugak. kemas tu cukuplah kalau sekadar pakai seluar panjang(tanpa pokey poket yang semak bhgn tepi tepi tu), t-shirt, jam, selipar tu bersih lah sikit jangn lah berdaki segala

    ReplyDelete
  4. rambut sikat, baju tu janganlah renyuk sangat mcm ambik dari bakul. Kalau nak kemas lagi baju bergosok. Kuku tu tak nak hitam-hitam. Kena pendek. Muka tu cuci jangan berminyak. Pakailah cologne or perfume. Tu baru lah kemas. tp mcm cerewetlh plak kn..

    ReplyDelete
  5. bak kata petisuara..kemas dalam bahasa perempuan adalah SMART!..so smart dlm bercakap, smart dalam berpakaian plak mksudnya kene dgn apa yg kau buat dgn pkaian kau..contoh: bila dating, kalau bf keluar hanya pakai selipa jamban, sua bola dan baju jersey itu bukan smart...itu sengal

    ReplyDelete
  6. off the top of my head ni..
    kemas = tak kusut







    o_o owh

    ReplyDelete
  7. bagi saya,
    kemas tu, sedap mata memandang. bukan setakat perempaun je pandang sedap. orang lain pandang pun sedap.

    better pakai ikut keadaan lah. kalau nak pegi pasar mlm, tak kan nak pakai "KOT" bagai. juz pakai bese-bese sudah.

    tapi yang penting, sedap mata memandang lah.

    ReplyDelete
  8. kejap, aku raba diri sendiri.
    ok, aku perempuan -,- hahaha.

    kemas bagi aku, wangi. ok ke?
    asal wangi, dah mandi, ok je kot bg aku. :P

    ReplyDelete
  9. cero........ouchhh....sakitnyeeeeeeeeeee.......:( kau dah g klinik gigi belum?xnak masuk workshop ke gigi kau tu?..adeh..mesti sakit sgt2 ni...mcm mana la kau leh terhantuk cero oiii...ermmm...

    kemas?kalau bagi aku...cukup la dia tak selekeh... :) xperlu nak bawak masuk baju kat dalam....hehe...huhu..kalau g kuliah pakai selipar jamban tu kemas ke x ek?(hohohoho..itu aku...hehe) ermmm...tu jelar...bg aku kemas ni...kita tak serabut tgk dia...simple but nice.. :)..tp..berbeza pulak kalau dlm majlis formal...kemas tu berubah maksud...hehe..pendapat aku je bro..

    -nekmo-

    ReplyDelete
  10. bagi aku..rambut xserabai..myak rmbut kne ade..
    mak aku cakap..kalu xpkai myak rmbut..mcam xde mak ayah..hahahaha
    kemudian.sentiasa berpakaian lengkap..kemasla tu..hehe

    ReplyDelete
  11. bak kata chummy, kemas tu subjektif.
    Nak tau camne subjektif nye, kena tgk dulula awek tu punya dressing camne. kalau dia dressing kaw2. maksud kemas dia tu ada high class skit. kalau jenis besa2 tu, means kemas yg simple dan tak serabai.

    p/s: teringat 1st date ngan hubby. dia pakai selipar yg ada biji2 tu (titik akupunktur tu). mcm selipar makcik2. tp I didn't mind at all. sbb dressing tak serabai, just t-shirt n jeans. n beliau hensem..hahaha

    ReplyDelete
  12. kemas=xserabai la..

    cer bygkn 2 org lelaki yg pakai berpakaian yg sama iaitu bju tshirt, suar jeans, selipar (n sama ada pakai spek or cap xkisah la..) yang bile kite letakkn sebelah2..kite leh kate sorg ni kemas n sorg lagi serabai..

    p/s: aku xtau ko paham ke x mksd aku..tp cara paling senang skali ko duk kat kedai kopi n perhati lelaki2 disekeliling ko..yg mane ko leh kate dia kemas, serabai, serabut n pakaian xkene tempat..

    ReplyDelete
  13. KEMAS bagi saya jika orang perempuan, bila mengatakan pada lelaki bahawa saya suka yang kemas bermaksud terurus dari segi penampilannya, cara dia menguruskan kehidupannya, tingkah lakunya.

    Saya ada mengenali orang yang sgt kemas :) tapi kadang2 ada sedikit rimas kadang2 sebab terlampau teliti, bila nak cepat pun jadi lambat.

    ReplyDelete
  14. kemas utk laki, bg aku terletak pd rambut..klu pendek, sikat leklok, nampak la kemas nye..bj pon penting gak..lg kemas klu pakai tshirt kolar..ah, skema lak aku nih..hehe

    ReplyDelete
  15. wuuu..aku nak describe pun tatao camna wei...

    bagi aku jeans n t-shirt dah enuf..tapi kalo aku, aku x suka jeans rabak kat peha ka bontot ka.. kat lutut xpa, tpi biar berpada..haha jgn sampai rabak nak jadik seluaq pendek..

    t-shirt aku x kesah jugak jgn lusuh sngt sudah la..kalo kaler merah tu biaq la nmpak kaler, ni dah mcm kena clorox..huhu..

    n pleasee jgn pakai sliper jmban yg berdaki tu ye..hhuhu..sliper comey la skit abg ooii..

    ReplyDelete
  16. mcm ckp chirpy..kemas tu subjektif..depend pade org..kalo aku maksud kemas tu TERATUR dlm segala hal..penampilan mestilah bersih dan x selekeh..hahaha

    g klinik la cero..check gg tu..=)

    ReplyDelete
  17. kemas: Kebajikan Masyarakat.

    Kemas:

    1) Trim rambut elok2, even rambut panjang, jangan serabai
    2) Bulu kat muka pun trim elok2
    3) Baju tak comot tak menggelebeh dan menggelabah
    4) Kasut kalau boleh basuh lawa jangan lusuh buruk

    Macam tu la lebih kurang. Hehe

    -kudozu

    ReplyDelete
  18. nesa meraba diri sendiri..oh nesa perempuan. jadi nesa bole jwb soalan ni.

    kemas itu bagi nesa: dr segi penampilan, x serabai dan simple. dr segi percakapan, x mengarut dan mencarut lebih2 dan kata2 dia harus ada point bukan ckp kosong. dr segi sikap, sopan dan thu bertindak ikut situasi ;)

    ReplyDelete
  19. tadika kemas? hehe..bg aku kemas tu simple dan tak serabut. rambut bersikat, baju tak kedut medut or lusuh, seluar elok pakai, misai kasi trim, janggut segala, bulu edung tak kuar, taik idung tak nampak...hahahhaha..

    ReplyDelete
  20. hahahahahha part raba diri tu sangat takleh bla!!!

    adoi pagi2 wat aku gelak dah zzz

    btw, kemas untuk perempuan tu...

    hmmm

    ape ek...

    *raba diri sendiri*

    xDDD

    ReplyDelete
  21. bagi aku laki tu kemas kalau die pembersih.

    ReplyDelete
  22. @~* chirpy_chummy *~
    bagus, penerangan yg lengkap..hehehe

    @MOFASAD
    hahaha, ko sgt klakar...

    @kata kila
    alamak, bab jam tu aku takleh arr..
    aku takleh pakai jam..hehehe

    @nourelcahaya
    takpe...cerewet kalo mende baik tak kisah rasenye..

    @hentakbelipat
    aku suka jawapan ko..
    smart dlm bercakap..

    @kusut
    kemas = tak kusut
    kusut = tak kemas??
    hehehe, gurau..

    @a e i o u
    sedap mata memandang...
    bagus, aku suka..

    @m i r a f i q a
    haha, aku sebelum tido mesti kena wangi, sbb aku takleh tido dlm keadaan busuk..hahaha

    @8889980563751570186.0
    nekmo, gigi ak sgt sakit smpai aku nk menjerit satu dunia...
    hehe, btw, thanks..

    @mr delirium
    alamak! aku jenis yg tak pakai minyak rambut..hehehe

    @Fisz
    hehehe, sbb dia hubby fisz, dah tentu laa dia hensem..hehehhe

    @pu3aan
    jangan risau, aku paham maksud ko..
    thanks ya..

    @.::WaNiE::.
    hahaha, kemas camtu agak susah kan??
    tp kalo ok, ape salahnye..

    @CikGusi BingbOo
    rambut panjang tak kemas ke???

    @nyonya penang
    baik, aku akan buang selipar jamban berdaki aku..hehehe

    @tulip
    bersih dan x selekeh...
    yes! got it..hehehe

    @Anonymous
    actually bila aku google kemas,
    ape yg dpat ialah jabatan kebajikan masyarakat..hehehe
    btw, thanks 4 da tips..

    @Nesa Wazir
    oh! rupanya kemas ni meluas ek maksudnya pd perempuan..hehehe

    @hanaahmad
    taik idung takleh kawal laa...
    kdg2 terkeluar tp takde sape nk tegur..maluuuu...

    @Amir Auxin
    hahahaha, just nak check je..hehehe

    @storyfromme
    haah, bersih...
    poin penting tu..heheheh

    ReplyDelete
  23. Kemas dari segi rambut tak panjang. sentiasa berpakaian smart dan kemas. takde la baju tak iron, tie pakai yg sama je. color tak match. hahaha~
    good luck :)

    ReplyDelete
  24. @Fiqa
    tp, takkan t-shirt pon nak iron?
    hehehe..
    btw, thanks!

    ReplyDelete
  25. kemas bg definisi sorg pompuan cam aku...
    1) x slekeh...bju kmas msuk dlm @ bio luo tp jnji nmpk bersih...
    2) rambut, misai jambang kn slalu trim...x pki myk rambut pon x pe tp jnji rmbut nmpk kemas...
    3)x de koyak2...haha3 mksdnya sluo, bju x koyak sana sini...

    pki jean, t-shirt n sneaker sje pon leh nmpk kmas asl x kotor, x srabai n emmm...ala2 nmpk metroseksual kot...hihi3 llki pki jaket mmg nmpk kemas dan smart... :)

    ReplyDelete
  26. @Miss Comot
    alamak, kebanyakan yg ko sebut macam sgt tak kena dgn aku..hahahha

    ReplyDelete
  27. definasi lelaki kemas dari kacamata pmpuan cam aku :

    1)pembersih.. bdn tak berbau.. skurangnya pakailah deodorant kalu tanak pakai perfume pon..

    2) rambut kemas.. takdek la selekeh cam baru bgn tido.. kalu tanak sikat pon skurangnya tolak ke belakang ke..

    3) tak gelojoh/cool jek.. so nampak kemas segala perbuatan dia..

    4) nak pakai slipar jamban pon tak kisah.. tp jgn la kuku kaki terkeluar2.. itam2 lagik.. kuku tangan pon camtu gak..

    hahah itu je kot..

    ReplyDelete
  28. @Sellynna
    thanks sellynna..semua itu akan diambil kira..hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: