Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 5, 2011

Vice Versa

Pak Saari (sudah tentu bukan nama sebenar) baru balik dari solat Isya' berjemaah di surau perumahannya.
Dia seorang yang cukup lantang bab agama,
sentiasa menjaga kawasan perumahannya dari segala kecacatan perihal keagamaan.

Dalam perjalanannya pulang ke rumah dengan moto kapcainya,
dia nampak kelibat dua anak remaja bersama di bawah lampu jalan yang malap.
Seorang berambut panjang, seorang berambut pendek.



"Ish, anak muda sekarang. Halal haram dah tak tau beza dah.." benak hatinya.

Pak Saari dari belakang meninggikan suara,
"Oi anak muda!! Buat apa berdua tempat gelap tu??
Bila berdua, pasti ada yang ketiga, iaitu Syaitan!!"

Seraya, yang berambut panjang menoleh ke arah Pak Saari dan berkata
"Maaf pakcik. Nak habis dah!!!"

Pak Saari terkejut!
Lelaki rupanya.
Yang berambut panjang tu rupanya seorang lelaki!

Pak Saari termalu.
Dalam diam, dia berlalu pulang.

Moral:
Kebanyakan yang berusia selalunya memikirkan hanya kerana mereka banyak pengalaman dalam hidup, segala yang dilakukan mereka adalah betul. Perlu diingatkan, ada masa, kita manusia akan berbuat silap. Dan kesilapan tak mengenal erti siapa tua siapa muda.



Cerita tak habis di situ.

Pak Saari baru tahu yang berambut panjang tu adalah lelaki,
walaupun kelihatan seperti perempuan dari belakang.
Namun, Pak Saari tak tahu bahawa yang berambut pendek disebelahnya itu adalah perempuan,
yang kelihatan seperti lelaki dari belakang.

Pendek kata,
Pak Saari tidak SILAP dalam perlakuannya untuk menegur,
cuma dia silap persepsi.

Moral:
Banyak dah aku perhatikan,
yang lelaki nak menyerupai perempuan,
yang perempuan nak menyerupai lelaki,
boleh tak kalian bersyukur dengan jantina kalian masing-masing?
Kerana setiap jantina ada kelebihan-kelemahan masing-masing.
Don't give up your sex! (er, betul ke ayat ni???)


postquam-scriptum:
Cerita ini aku dengar sendiri dari lelaki berambut panjang tersebut.
Dia merupakan kawan kepada kawan aku, yang kebetulan lepak sekali masa ngeteh kat mamak.
The best part was, he told the story as he was very proud with what had happened.
Er, bro! Bukankah yang buat salah di sini adalah kau??
Kenapa nak bangga pulak dengan kesalahan diri??


=================

Buat kali ketiga, aku sisipkan di sini FB Page blog ni..
Saja nak promote..Harap-harap kita boleh lebih berinteraksi dengan kerap di Facebook!
Like laa yek!!!






24 comments:

  1. "The best part was, he told the story as he was very proud with what had happened" Hoh, part tu aku plg mmg tak suka. Apalah org skrg suka bangga2 dgn kesalahan. Mmgla manusia tak perfect, mmgla boleh 'ter'buat salah. Tp bglah sikit malu tu n faham sendiri dah wat salah. Aku lak shortname je mcm other sex, tu pun sbb dgr org susah sgt nak sbut nama 'ayu' aku tu. hahaha, dr fisah jd pisah..hoh sungguh tak memberangsangkan

    ReplyDelete
  2. kdg2 manusia merasakan buat kesalahan adalah satu perkara yg membanggakan..pelik btul...

    ReplyDelete
  3. yep..yep..sokong ngn kamu2 diatas..

    p/s: don't give up your sex??..
    ape2 la cero..

    ReplyDelete
  4. agak plik with dun give up with ur sex itu@@"

    sejahat2 bencane adlh krn sikap abnormal n mntang tabiat.tabiat lelaki n perempuan.msg2 ade kelebihan n keistimewaan sndri.

    Rasulullah s.a.w melaknat gologan ini

    ReplyDelete
  5. Don't give up your sex!

    ayat ok je. tp tah nape aku rasa nak gelak xDDDD

    ReplyDelete
  6. Don't give up your sex!

    hahahhahaha... ok ok..
    tak tau nape aku gelak gak...

    ReplyDelete
  7. haha.." don't give up ur sex".. ak x tau npe ak gelak tbe2..entry yg penuh tersurat n tersirat...npe la mamat tu bleh proud ngn diri die?? haisshhh...kemuskilan tol..

    ReplyDelete
  8. Don't give up ur sex? hahaha.. mcm mana tu? pak saari kena tgk tv dgn lebih byk klu nk mengetahui hal2 remaja zaman sekrang. Kdg2 2 org laki duduk dlm gelap pun bahaya jugak.. wakakaka

    P/s: akhirnya nmpk jugak button Fb tuh.

    ReplyDelete
  9. bangge la kot sebab orang tua tu malu so die pikir die betol.

    aku ada gak dulu member2 lelaki pernah cerita rambut Rasulullah dahulu panjangnya sampai mencecah bahu ye ke? kalo salah, tolonglah betolkan, aku pon tak tahu.

    sebab yang pasti kalo rambut aku panjang lebih je dari paras cuping tlinge pon dah rimas sebab rambut aku jenis kembang (boleh buat afro). so nak simpan panjang ala-ala slash? ooo tidaklah.

    pendek untuk perempuan ok, tapi dia ada guideline untuk mengatakan dan menampakkan fesyen itu adalah fesyen wanita dan bukannya lelaki. kalo potong style lelaki tu memang ada yang kurang la tapi kalo potong pendek tapi dari belakang pon orang cam itu potongan wanita, pada aku ok la sebab tidak resemble lelaki.

    yang tak ok kalo rambut style lelaki, pakaian style lelaki, yang kembong dikempiskan, yang bergetah dibuangkan, so masyarakat akan keliru. paling pelik kalo getah tu tibe2 ade dekat lelaki, huweehhhh muntah seminggu aku~!

    ReplyDelete
  10. mana laki tu tau pokcik tu pkir mcm tu? bole baca fikiran ea?

    betul pakcik tuu. sokong pokcik!

    tapi aku tak paham yg, "dah nak abis dah" tu. erkk. takkan erkk. takkan lah... hahaha

    ReplyDelete
  11. bangga? myb sbb die rase bangga sbb dpt menipu pakcik tue kot...
    mcm2 la org skg ni....rase klakar pon ade kan tgk gaye diorg skg ni...

    ReplyDelete
  12. bercakap pasal ni, aku penah jumpe seorang ni kat BK, pny lama nak cam die tu laki ke prempuan. rambut panjang muke jambu gilee, kulit putihhh. sies mcm pompuan! tp ada misai sket, pastu pakai agak slekeh.

    misai ngan slekeh tu lelaki je boleh buat! at last mmg betol die lelaki zz

    ReplyDelete
  13. @Fisz
    hahaha, kalo yg takde niat tu takpe laa..
    boleh dimaafkan...
    tp yg saje2 suka nk tukar jantina hape segala bagai..
    ish ish ish...

    @fadh ^_^
    baguslah kalau nmpak!

    @::ienafazlyna::
    kdg kali org camtu...
    ade kawan aku yg bangga minum arak!

    @pu3aan
    ek?? aku tau korg mesti salah anggap punya perkataan tu...

    @mr delirium
    apa yg seronok ntah dgn sikap abnormal tu...

    @Amir Auxin
    hahaha, sbb perkataan sex tu sndri dh mcam taboo...

    @Aujinz
    hahaha, tp ayat tu betul, kan???

    @tulip
    tau takpe...
    tak ada ape yg boleh dibanggakan dgn buat salah!

    @WZulhilmi
    Pak Saari baik orgnye...
    dia tak layan tv lain selain tv9 dan tv al-hijrah!
    hahaha

    @Faaein Himura
    owh dunia2

    @Shukjessa
    eee yekk!! aku sgt anti dgn org yg tak berape normal ni...
    geli geli geli jijik jijik geli...

    @m i r a f i q a
    hahaha, yg laki tu cerita lain laa, takde laa sebijik cam aku citer ni, ni aku olah sendiri..nk bg extra dramatik!!
    hahahaha

    @Miss Comot
    tau takpe...
    ape salahnye hidup normal, kan???
    normal adalah yg terbaik!!!

    @Lupi
    hahaha, ade laki yg konon rock rambut panjang, tp rmbut licin dan lurus mcam buat rebonding..hahaha

    @little cart00n
    hehehe, bagus laa elie dpat tangkap!!

    ReplyDelete
  14. tula weh, org zmn skrg ni buat slh tu adalah cool! p clubbing cool! p berfoya2 cool! segala benda nak cool. kita tengok akhirat nanti cool ke hot kan?

    ReplyDelete
  15. byk pengajaran..
    bese la tu..
    dunia akhir zaman..
    manusia b'lumba2 nk lakukan kslahn,...
    =D

    ReplyDelete
  16. situasi yg ko cter mmg menarik
    misperception juga berkemungkinan menyebabkan seseorang terbunuh! haha

    ReplyDelete
  17. pergghh cero!!
    da ade fb pge utk blog!!hebat!!

    buat kan aku satu!!

    em aku tau manusia sering buat silap..dan aku tau manusia tu tak sempurna..tp kenapa manusia susah sgt nak menghargai peluang ke 2??

    dan masih nak ckaap lagi "aku manusia seringkali buat silap."??..

    tp smp bile??

    cero,aku x percaya pada peluang ke2 yang aku bg pada org yg menipu..

    kau mcm mane?pcaye pd peluang ke2 yg kau berikan?


    sori mcm lari tajuk

    ReplyDelete
  18. @hanaahmad
    yg paling menakutkan, dirog siap bangga cerita kat org lain lg...hahahah

    @hana
    akhir zaman...
    takut plak dgr!

    @Dark Half
    betol! sangat setuju!!
    bahaya btol sanggap anggap ni...

    @lumut
    oh! secara peribadi, aku rase manusia mmg layak utk peluang kedua,
    tp yg buatkan mereka tak patut dapat adalah kesalahan mereka...
    ada setgh kesalahan, walaupon berapa byk peluang diberi, takkan dpat replace salah yg pertama..

    ReplyDelete
  19. Normal dan sederhana mmg terbaek!!! :)

    ReplyDelete
  20. be what u are is the best.dh elok2 Tuhan cipta xpyh la nk ubah2.

    ReplyDelete
  21. @Miss Comot
    kan?? sgt terbaEk!!!

    @iemaZAIMAH
    betol! setuju 800%!!

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: