Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 28, 2011

Merah-Kuning-Hijau

Aku tak tahu sama ada aku terlalu banyak berfikir
atau aku memang tak ada hala tuju kehidupan,
aku selalu ingin tahu sebab kepada sesuatu yang remeh.

Soalan seperti
"Kenapa buku dipanggil buku? Kenapa bukan dipanggil pensel?"
seringkali muncul dari mulut aku.
Padahal, jika aku tahu jawapannya sekalipun,
tak membawa perubahan langsung kepada apa-apa entiti di dunia.

Satu hari,
aku dapat ilham satu soalan semasa menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau.





Balik rumah,
aku bertanya kepada semua yang memandu atau menunggang,
abah, abang, kakak, adik, jiran, dan beberapa kawan terdekat.

Soalannya:

"Kita semua tahu lampu isyarat yang tegak disusun dari atas sebagai merah, kuning, dan hijau.
Dengan kata lain, kalau kita nampak lampu atas yang bernyala, maka ianya merah dan kita kena berhenti."

Sampai bahagian ni, 100% dari responden akan angguk kepala tanda setuju.
Aku tersenyum kecil.

"Tapi, kalau kita tengah memandu / menunggang,
dan dari jauh kita nampak lampu paling bawah sedang bernyala.
Tapi ianya menyala warna merah, bukannya hijau seperti sepatutnya.
Agaknya, kita perlu berhenti atau jalan??"

Memeranjatkan, tak ada siapa berani menjawab dengan tepat.
Semua main selamat dengan berkata (lebih kurang macam ni..)
"Kita perlahankan kenderaan dan lihat lampu isyarat yang lain..
Kemungkinan besar lampu tu rosak..
Kalau rosak, jika selamat, kita jalan terus.."
(duh!!! play safe!!)

Ok, itu soalan dari segi lisan..
Jadi, aku teruskan bertanya dengan menunjukkan gambar yang aku lukis dalam henset guna application PaintPad.



Aku tanya,
"Apa tindakan kita kalau nampak lampu dengan gambar A?
Gambar B pula?"

Memeranjatkan, 80% dari responden menjawab,
"Sudah tentu yang A akan berhenti, dan yang B akan jalan.."


Aku sangat berminat nak buat eksperimen ini di atas jalanraya sebenar,
tapi ianya mustahil kerana melibatkan nyawa dan keselamatan manusia, kan?

Jadi,
agaknya, apa pengajaran dari soalan yang aku tanyakan ini?
Kalau kalian pula, agak-agak apa tindakan kalian jika sedang memandu / menunggang dan nampak lampu isyarat seperti di rajah A dan B di atas?


postquam-scriptum:
Otak manusia sangat menakjubkan di mana otak akan memilih sesuatu yang mudah untuk diproses dan diterima sebagai memori. Dalam kes lampu isyarat ini, otak kita lagi suka memproses input mengenai 'warna' berbanding 'kedudukan'. Maka, majoriti akan terus jalan untuk rajah A, dan berhenti untuk rajah B.
Cuba tanya diri sendiri, semasa di jalanraya, adakah kita ambil perhatian di mana kedudukan warna lampu isyarat. Apa yang kita mahu lihat hanyalah warna lampu, kan?
Sebab itu, jika kalian mahu diberi perhatian dalam satu majlis keramaian, pakailah pakaian yang berwarna cerah dan menonjol. Macam aku, aku lagi suka berpakaian selamat seperti coklat, biru gelap dan hitam.
Bila diingat balik, kalau ada dinner, yang bermekap tebal paling diingat.

postquam-subscriptum:
In the end, aku rasa entri ni hanya omong kosong dari aku. Tak ada isi! *sigh*




26 comments:

  1. kesian la yang buta warna..

    ReplyDelete
  2. xde la..mane plak omong kosong..
    jgn kau xtau..soalan2 remeh ni jugak la yg slalu aku tnye kat org2 sekeliling aku..(kdg2 dgr iklan petrosains kat radio aku gelak sendiri sbb mcm menyindir aku je..)
    berbalik kepada perihal lampu isyarat ni..aku pun rase sume org lebih alert dgn warna berbanding kedudukan lampu..
    ade satu lampu isyarat kat area BP nih..bg sesape yg tau kat area seri bengkal - pura kencana, sgt menyelirukan..smpai ade accident blaku..sumenye gara2 warna lampu..
    marabahaya sungguh..

    ReplyDelete
  3. untuk wani

    merah itu berhenti

    hijau itu jalan

    tak kire la

    atas ke bawah ke tengah2 ke

    kekekekekeke

    ReplyDelete
  4. haha, aku taktau la nak komen ape dgn post ko yg ni cEro. byk benor pk ni? haha

    ReplyDelete
  5. arghhhh!!! kau bat aku penat pikir hari jumaat ni apahal

    ReplyDelete
  6. setuju! Manusia lebih ingat warna dari aspek alin. cth lagi satu klu kita tulis perkataan hijau tapi kaler dia biru. mostly semua akan kata warna dia biru. (klu sekali pandang lah) :)

    ReplyDelete
  7. aku pun kadang2 tertanya knp buku tu dipanggil buku..dah jadi satu kebiasaan untuk sume yg merah tu jalan n hijau tu benti..senang cte dari azali da memang camtu..

    ReplyDelete
  8. aku pun selalu pikir benda benda amcam tu, kenapa buku nama dia buku.Kenapa A tu A bukan Z ke. haha. kalau aku pun aku tengok warna bukan kedudukan. btw, ada isila entry kau ni cero :) heeh

    ReplyDelete
  9. yg aku pk plak mcm mne klu kat lampu isyarat simpang 4..semua arah warna merah jer yg nyala..nk berhenti ke nk jalan??yg mne 1 patut jalan dulu???
    n ape kebarangkalian yg akan berlaku klu terjadi mcm ni???:P

    ReplyDelete
  10. @Anonymous
    hahaha, ini adalah contoh org yg konon berani nak panggil org bodoh, tp penakut nak tinggal nama..
    YOU SUX!!

    ReplyDelete
  11. uish cero ter'emo' dgn komen itu. Relax brader. aku tumpang jap
    @pu3aan, kau cite kat pura kencana. yg kat bndar dpn BHP ngan dpn Pelican tu pun giler gak traffic light dia. Ada satu scene yg buat aku ngan hubby aku tergelak sampai skrg. traffic light no rosak dpn pelican, kejap merah kejap hijau, skalitu ada apek bwk moto. dahla dia kat dpn skali mcm tgh2 jln gitu, last tercangak2 gelabah tgk traffic light. Lucu tgk aksi dia. Last2 like naturela semua bertindak ikut situasi.

    ReplyDelete
  12. hahaha ada benarnya apa yg ko tulis.

    sebab hakikatnya, ramai pemandu yang akan langgar lampu merah. sebab mereka sangkakan hijau (alasan).

    ReplyDelete
  13. Makin bosan blog ini.

    ReplyDelete
  14. Hmm..macam2. Bagaikan cero makin berbangga2. hidung tinggi.

    ReplyDelete
  15. xpernah ingt pn yg mna atas or bawah...
    sbb lebih fokus warna...
    haha :D

    ReplyDelete
  16. haha... i could smell all those comments came from the same sick person..lekk je cEro. dorg saje nak bikin ko butthurt

    btw, aku suka look at things simple. tp ada jugak masa aku jadi agak abstrak cam kau. depends on situation gak la

    ReplyDelete
  17. merepek apa dia ni.
    ok jap, aku nak komen..
    sketch lampu isyarat tu comel. hoho ;)

    ReplyDelete
  18. tuan blog ini bangang.
    aku pandai.
    haha.

    ReplyDelete
  19. ble ko citer ttg ni aku tigt msa skol menengah dlu...msa kaunseling...cikgu kaunselor de wat ujian ala2 mcm ni kat dewan...
    mmg manusia lbih cpt igt sesuatu yg kompleks mcm wrna dan gmbr...sbb tu esstgah org mcm aku ssh nk igt n hafal tulisan...kikiki3

    ReplyDelete
  20. hahaha.interesting thought btw.having fun reading it.

    btw,
    terlalu menonjol jugak tak elok.lebih2 lg kalau bermekap tebal tp xlawa.hehe

    ReplyDelete
  21. "in most cases, people tend to follow the color rather than the sequent." kata2 dari lecturer ergonomik aku.

    soalan ni bagus sebenarnya.. sebab benda2 camni la yang menyebabkan pakar2 satu dunia buat satu standard utk setiap perkara. for example, this traffic light scenario.

    bagi aku, aku akan lagi tekan minyak if lampu yang tengah tu yang menyala. hahahaha.. XD

    ReplyDelete
  22. @Haris Khairuddin
    Bak kata Abah aku,
    "Lampu kuning bukan bererti 'perlahankan kenderaan untuk berhenti', tapi bermaksud 'tekan minyak lagi kuat'"

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: