Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 31, 2010

SARABA!! 2010!!

dua-sembilan-tiga


Pejam celik, katup buka,
2010 dah nak pergi menjadi sejarah!

Selaku AKU,
2010 aku anggap sebagai tahun paling tak produktif.
Namun, 2010 juga adalah tahun aku banyak berubah ke arah lebih baik walaupun aku sedar diri aku tak layak nak dilabel baik lagi.
2010 juga satu tahun di mana aku banyak kenal diri sendiri.
Ketawa, menangis, setahun ini mematangkan aku lebih banyak dari jumlah kematangan aku dari aku keluar perut mak aku.

Aku bersyukur.


Azam.


Azam tahun 2010.
Aku ada senaraikan 100 perkara yang aku nak lakukan awal tahun dulu.
Tapi, bila aku selak kembali,
hanya beberapa sahaja yang aku dapat selesaikan.
Yang paling membanggakan,
aku berjaya derma darah sebanyak 3 kali dalam tahun ni,
mengulangi rekod tahun lepas.
Maknanya, dah dua tahun berturut-turut.

Untuk tahun 2011,
aku juga akan senaraikan 100 perkara yang aku nak lakukan.
Dan aku rasa, salah satu darinya adalah ingin mendapatkan lebih ramai kawan.
Hm, mungkin kalian salah seorang darinya.
Berminat??


Blog.


Aku cuba nak bereksperimen sikit tentang dunia blog ni.
Nak selami sedalam mana aku mampu pergi.
Maka, untuk 2011,
aku akan sediakan satu projek terbaru.

Satu tempat aku bebas berkarya.
Nantikan, YA!!

Termasuk entri ni,
dalam blog ini,
2010 menunjukkan aku ada 260 post entri.
Bila dibuat matematik,
akan keluar satu entri setiap 33 jam.
Wow! Rajin aku berblog ek??

Sehingga perkataan ni ditaip,
aku ada 569 orang tekan butang follow.
Satu angka yang dahsyat pada aku memandangkan aku berblog secara anonymous dan kurang mesra SEO.
Blog picisan ni sangat bermakna untuk aku.
Harap ia juga sangat bermakna untuk hidup kalian.
Hahahaha.



Tahun Baru.


Sejak masuk millennium,
satu perkara yang paling aku berminat nak tengok semasa tahun baru,
believe it or not,
adalah cermin mata sambutan tahun baru!



Kalau dari tahun 2000-2009,
senang je nak buat..
2010 pun nasib baik ada 0 kat belakang..
Tapi untuk 2011 ni, agaknya macamana plak ek??
hahaha..

Aku bakal sambut malam tahun baru kat rumah je kot..
Sebab, pada aku, tak perlu nak sambut meriah segala bagai
sebab tahun baru hijrah hari tu pun biasa-biasa je..
Siap ada orang tak sedar lagi dah masuk Muharam..
Hahaha



Maka,
entri ini akan membungkus arkib tahun 2010.
Beberapa jam lagi, 2010 akan jadi 'past-tense'

Sampailah sudah!
2010, aku bakal merindui kamu.

Farewell! 2010!!


postquam-scriptum:
Aku berazam 2011 aku nak jatuh cinta.
Apa azam anda?
Jom kongsi sama!!




Dec 30, 2010

Panduan Mengenakan Orang!

cEro mempersembahkan,
PANDUAN MENGENAKAN ORANG!



Untuk entri kali ni kita belajar skil asas dulu.
Kalau skil camni pun tak berani nak buat,
sila jangan berangan nak prank orang lain dengan skil yang lagi tinggi.

Aku selalu buat skil-skil di bawah ni masa sekolah dulu dengan kawan-kawan rapat, dan junior-junior busuk, dan budak yang beratur kat kantin, koperasi, dewan makan, pondok telefon, kaunter pejabat, kaunter perpustakaan, tangga pelajar bla bla bla.....






1. Eh? Tiada orang??
Cuit bahu mangsa yang bertentangan dengan anda.
Jika anda di kiri dia, cuit bahu kanan dia.
Sorok tangan anda sebelum dia toleh ke arah cuit.
Jika di pandang ke arah anda, buat macam anda tak tahu apa.







2. Toleh dan cucuk!
Pegang bahu mangsa dari belakang,
lagi berkesan jika panggil nama.
Semasa mangsa nak toleh, keluarkan jari telunjuk anda
supaya jari tersebut tercucuk pipi dia.
(Agak menggelikan jika muka mangsa berminyak! Yeek!!!)







3. Alamak, hilang kestabilan!!!
Hampiri mangsa dari belakang dalam keadaan senyap.
Semasa dia tegakkan lutut berdiri,
anda tolak lutut mangsa dari belakang guna lutut anda.
Mangsa akan kehilangan keseimbangan kaki.
(Paling sesuai untuk mangsa yang bersaiz badan lebih kurang anda. Agak menyusahkan jika mangsa berbadan besar atau lebih rendah dari anda. Kemungkinan untuk mangsa jatuh ke lantai 23%. Lebih meninggalkan kesan mendalam jika dilakukan semasa mangsa berjalan.)


Peringatan:
Risiko untuk mangsa kembali menyerang anda serta merta adalah tinggi.
Sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan termasuk putus kawan.
Untuk mengelakkan salah faham, setiap skil haruslah diikuti dengan gelak tawa sebagai tanda anda sedang bergurau.
Anda mungkin dibenci selepas melakukannya.
Terlalu kerap melakukannya merendahkan kemungkinan untuk berjaya.



postquam-scriptum:
cEro menafi bertanggungjawab keatas segala akibat dari perlakuan di atas jika diamalkan pembaca.


postquam-subscriptum:
Sebab zaman sekolah dah berlalu, aku selalu buat bende ni kat adik-adik aku.


Ada idea mengenakan orang yang lain?
Kongsi di ruangan komen...




Dec 29, 2010

DIA, yang Aku Sangat Kagumi 2 : Sportsmanship



Masa aku darjah..er..ntah berapa ntah..lima kot,
ada seorang classmate aku (perempuan).
Dia tak berapa pandai dalam akademik, tapi dia SANGAT CEMERLANG dalam sukan,
terutamanya Taekwan-do..

Satu perhimpunan,
dia dipanggil ke atas pentas khusus oleh guru besar aku yang boroi
untuk menerima penghargaan kerana dia baru sahaja menang
pingat emas dalam Taekwan-do peringkat zon,
dan dari segi pencapaian,
adalah mudah baginya untuk menang peringkat negeri dan seterusnya kebangsaan.

Kami yang sekelas dengan dia ni bangga nak mampus.
Ye laa, sekolah aku bukannya famous pon nak banding sekolah lain,
jadi bila ada yang hebat camni, kelas sendiri plak tu,
memang cacat arr sape yang tak bangga..


Satu hari, waktu PJ, aku nampak dia termenung tepi padang seorang diri.
Adalah pelik untuk pencinta sukan seperti dia tak ambil bahagian dalam PJ.
Aku tegur...

"Apsal ko tak main same??"
"Aku takde mood laa.."


"Apsal??"
"Gini, aku menang hari tu buat aku tak semangat.."


"Apsal plak??"
"Ye laa, aku menang bukan sebab aku menang lawan.
Lawan aku tu sakit perut sebelum bertanding, gastrik..
Aku menang automatik.."


"Tapi hakikat ko menang tak boleh diubah.."
"Aku bersukan bukan sebab aku nak menang,
tapi sebab aku suka bersaing.
Aku suka kemanisan persaingan..
Aku rela kalah lawan dari menang free.."

Aku terlopong!



This is what people called
SPORTSMANSHIP.

sports·man·ship

[spawrts-muhn-ship, spohrts-]
Sportsmanship expresses an aspiration or ethos that the activity will be enjoyed for its own sake, with proper consideration for fairness, ethics, respect, and a sense of fellowship with one's competitors. Being a "good sport" involves being a "good winner" as well as being a "good loser".

Source Wikipedia

Aku bukanlah pengamal setia semangat kesukanan ni.
Sebab aku bukanlah orang yang kuat bersukan sangat.
But still, aku amalkan satu konsep yang bagus,
'kemanisan persaingan'..

Dalam Facebook,
aku main Frontierville, Farmville, Treasure Isle, Mafia Wars dan baru-baru ni games yang dikatakan Zynga sebagai FB games yang paling cepat berkembang dalam sejarah Zynga dan bakal menjatuhkan takhta Farmville sebagai game FB No.#1, Cityville.

Apa yang aku suka dalam game di atas adalah keseronokan bersaing sesama kawan.
Macam aku, aku bersaing dengan adik aku. and of coz laa yang menang, ..ehem ehem..

Tapi ada juga laa beberapa kawan aku,
yang aku tak tahu niat dia apa, bersaing jugak kot..
tapi persaingan dia sedikit tidak unfair
sebab dia melibatkan diri dalam (contoh) forum berkongsi link untuk share hadiah, rewards, experience dan lain-lain.
No wonder laa aku tengok dalam game yang dia main,
hari ni baru level 10,
esok tetiba je dah sampai level 25 (dalam semalaman je!!)..

Cara tu bukan tak elok, tapi sedkit unfair laa kalo nak bersaing dengan orang lain yang totally main dari bawah dengan usaha sendiri.

Yang lagi sakit hati, si polan si brag kat status FB dia yang dia dah tewaskan aku dari segi level.
Then aku amik keputusan, terus berhenti main game tersebut!
(hoh! amat rendah semangat kesukanan aku..)



OK, tapi itu bukan point utama aku..
Aku membebel pasal SPORTSMANSHIP ni sebab tak puas hati dengan satu negara bangang tak kenang budi ni yang kalah main game tolak-tolak benda bulat tu.


Orang lain pun pernah kalah, tapi tak laa menyalak macam anjing kurap!
Mane SPORTSMANSHIP korang?? Dah buang buat sapu taik penyanyi porno?
Peduli apa aku serumpun, kalau nak ajak perang, aku memang front-line!


Datang negara orang haram, dapat duit, rogol anak org sorang dua, balik kampung, bakar Jalur Gemilang!
Sebab tu aku kata bangang tak kenang budi!


(dari cerita sekolah rendah, ke semangat kesukanan, ke game Facebook, ke negara bangang, aku semakin hilang daya berblog dengan fokus!)

Baca bahagian pertama 'DIA, yang Aku Sangat Kagumi' di sini.

postquam-scriptum:
Perbualan aku dengan kawan aku di atas dah aku olah sikit supaya sesuai dengan pembaca. Mana mungkin budak darjah lima boleh cakap macam tu punya ayat. Tapi aku jamin, poin dia still sama.


postquam-subscriptum:
Anda dah baca entri sampai habis? Baca semula.




Dec 27, 2010

Masa Untuk Berkeputusan



Dari mana mula, aku tak tahu.
Tapi sedar-sedar je, kepala aku sedang berada dalam air.
Buih udara keluar dari mulut.
Air masuk mengisi ruang kosong dalam dada.
Aku hampir lemas.

Tiba-tiba,
terasa ada tangan pegang belakang kepala aku dan angkat aku ke atas.
Aku kembali keluar dari air, dan dapat merasa udara.

"Sejak bila kau jadi sebegini??" satu suara dari belakang.
Empunya tangan yang memegang kepala aku.

Sekali lagi tangan itu merejam.
Kepala aku dimasukkan kembali ke dalam air dengan keras.
Aku tak sempat menarik masuk udara bekalan.
Aku hampir lemas.

Diangkat kembali kepala aku.
Aku terbatuk-batuk!

"Kau kata kau ada dua pilihan.
Dan tak kira mana kau pilih,
pilihan itu tetap akan melukakan.
Apa itu semua?? Sejak bila kau jadi begini??"

Aku cuba mahu menoleh ke belakang, namun pegangan kepala aku terlalu kuat.

"Kau yang aku kenal,
jika diberi dua pilihan,
dan kedua-duanya tak bagus untuk kau,
kau akan buat pilihan ketiga!
Kau putuskannya sendiri.
Itu KAU yang aku kenal."





"Uhhhhh..."
Aku tarik nafas panjang.
Aku tersentak tegak dari baring.
Aku kini di atas katil.
Aku mimpi.

Penat.
Badan basah dengan peluh.
Aku mengucap banyak kali.
Jam di sisi bertatah neon mengukir 4.05 am..
Aku terasa takut.


***************


Ustaz aku pernah berceramah panjang masa sekolah dulu.
Kata dia, mimpi baik tak apa di kongsi.
Mimpi buruk tak elok dicerita.

Tapi hakikatnya,
aku sedang menceritakan perihal mimpi direjam lemas.
Apa yang sedang aku lakukan???



Dari buku tafsir mimpi yang pernah aku baca,
air bermaksud kehidupan.
Jika kita mimpikan sesuatu yang berkaitan air yang banyak seperti kolam, sungai, tasik, laut..
bermaksud ianya ada kaitan dengan kehidupan.

Lemas dalam air pula dikatakan 'ditindas' dalam kehidupan.
Ada sesuatu akan berlaku di luar kawalan.
Jika kita diselamatkan dari lemas,
bermakna kita akan bangkit selepas lumpuh dengan dugaan kehidupan.

Tapi itu semua hasil kajian manusia sekular.
Tiada hukum dari segi agama yang membenarkannya.
Maka, aku abaikan segala maksudnya.

Hakikatnya,
sebab aku berkongsi mimpi ini dengan kalian,
kerana mimpi aku di atas memberi aku satu sinar baru.
Ada suara memberitahu aku sesuatu yang tak pernah aku fikirkan.

'PUTUSKAN DENGAN SENDIRI'

Segala ujian dalam hidup disertakan dengan pilihan.
Kita yang memilih, berdasarkan akal dan kebijaksanaan.

Aku memandang mimpi di atas sebagai satu nasihat dari Dia.
Yang Maha Bijaksana dalam Menyampaikan Sesuatu.
Kerana hari sebelumnya, aku 'down' dek kerana dugaan dunia yang menimpa-nimpa.
Dan kerana nasihat itu, aku kembali melihat dugaan itu dari perspektif berbeza.

Aku perlu bangkit!
Aku perlu berjuang!
Bukankah nama aku bermaksud
'Lelaki yang Bakal Menyentuh Hati Semua Orang'??


postquam-scriptum:
Isi entri agak berat. Maaf. Tiada cara lebih mudah untuk aku sampai selain dari ini.
Tapi segalanya dapat dirumuskan kepada satu ayat.
We are the masters of our own destiny.

postquam-subscriptum:
Aku pelik sekejap. Bukankah mimpi yang sampai boleh menggugat nyawa akan berakhir dengan kejutan? Tapi kenapa aku direjam dua kali baru tersedar? Allah Maha Bijaksana.
Aku rasa aku kena kurangkan praktis 'lucid dreaming' ni.




Dec 25, 2010

Sehari



"Jika satu jam bersamaan dengan satu tahun,
hari ini aku genap sehari."




Dec 24, 2010

Pitch Black

dua-lapan-lapan..




"Aku ingat kita kawan..."

"Aku memang kawan, tapi aku bukan kawan ko..
Aku kawan L.
Aku taknak L sakit satu hari nanti."

Suasana agak tegang.
Aku tak suka.
Aku benci.

Ini semua bertitik tolak dari permintaan Nani itu.
Dia ajak aku untuk bertemu kerana katanya sesuatu penting perlu dia sampaikan.

Permintaan dia:
"Aku nak kau jauhkan diri dari L, boleh?"

Aku hanya mampu terdiam.
Kosong! Tiada kata.


"Aku tahu aku agak kejam, tapi aku nampak kau macam tak serius. Walaupun korang rapat, tapi korang berdua hanya bermain-main di permukaan. Selaku kawan, aku nak L bahagia. Tapi tindakan kau tak melanjutkan hubungan korang ke arah yang lebih serius membuatkan aku berfikir yang kau hanya main-main. Kau seolah-olah memberi L harapan kosong."

Walaupun ayat tak sama, tapi at least itulah yang aku faham Nani cuba sampaikan.

"Aku tak menentang hubungan korang. Tapi aku taknak L menanam harapan ke atas kau, but in the end kau dan dia tak ke mana pun. Aku lagi rela dia ada hubungan dengan Padi sebab Padi terang-terangan sukakan L sedangkan kau macam main tarik tali, tak ada kata putus sama ada hubungan korang hanya kawan atau lebih dari itu. Kau seperti sedang memukul angin."

Aku biarkan Nani bercakap.
Jauh sudut hati aku, aku tahu apa dia cakap adalah betul.

"Jalan terbaik, kau jauhkan diri dari L. Jangan bagi dia harapan lagi. Benarkan dia jalani hidup dia tanpa dibayangi harapan kau."




"Pada aku, kau pengecut!"

Benar. Aku gagal.
Walaupun aku tahu apa yang aku mahu, tapi aku masih tak mampu mengejarnya.
Adakah jalan terbaik aku adalah mengikut permintaan Nani?
Aku buntu. Aku benci.

End of December should be a wondeful time for me.
But as far, nothing come eloquent.
All came in pitch black. PITCH BLACK!



=============================
49) [link] SNAP dan EPIK!
48) [link] Suatu Ketika...
47) [link] 17 Minit Percuma Hidupku
46) [link] Sampai #3 Jika
45) [link] Sampai #2 Kenapa?
44) [link] Sampai




...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse




Dec 22, 2010

Peti Bernama Hati.



Aku ingin lukis rasa jiwa, biar terpampang jelas umpama papan iklan jalanraya, namun malangnya Aku lelaki yang menyimpan perasaan di dalam peti bernama hati.




postquam-scriptum:
Aku sedang menimbang-tara sama ada mahu berhenti dari arena pemblogan, namun di tara kiri 500gram, di tara kanan setengah kilo.




Dec 21, 2010

'The Man That Will Touch People's Hearts.'

Walaupun tajuk macam panjang, tapi entri ni agak pendek sebab aku tidur awal semalam..



Di satu kaunter bank,
aku serahkan satu borang berisi nama aku dan beberapa butir..

"Oh! Nama awak A______ K________..
Unik. Tak pernah dengar..
Orang panggil awak ape??"
kakak pegawai kaunter menyibukkan diri bertanya.

"L _ _ _"
Aku jawab pendek dengan senyuman.

"Wah! Nama macam perempuan.
Awak tak kisah ke??"


"Hehehe, saya bangga dengan nama saya.."


"Haha, nama sendiri, mestilah bangga, kan??
Apa maksud nama awak sebenarnye??"

Respek, walaupun banyak bertanya,
tangan dia masih berjalan, cekap buat kerja.

"Maksud panjang nama saya ialah,
'Lelaki yang bakal menyentuh hati semua orang melalui apa yang dia lakukan'.
Macam cik, cik harus berehat sekali-sekala dan jangan kerja teruk sangat.
Lipstik di bibir menunjukkan cik belum makan tengahari walaupun sekarang dah pukul 2.30.
Walaupun cik cuba nak simpan kuku, tapi kerja dengan komputer membuatkan kuku cik kurang terjaga.
Saya sarankan, hujung minggu ni cik pergi laa pedicure manicure kat mana-mana spa.
Kerja terlalu kuat pun, kesihatan kena jaga, yek!"

Kakak tu terdiam seketika.
Tersenyum.

"Urusan encik selesai. Terima kasih."

Aku pun berlalu dengan senyuman.

Berurusan di kaunter bank CIMB memang mesra.


postquam-scriptum:
Agak-agak berjaya tak aku sentuh hati kakak tu??


postquam-subscriptum:
Maksud nama aku yang sebenar ialah 'Yang mulia, kekasihku/kawanku/sahabatku'.
..and I love my name!







Dec 20, 2010

Ajaran #1 - Lelaki Yang Suka Makan Aiskrim Selalunya Tidak Sombong.

dua-lapan-empat
maaf..




Aku.
Sedang tertonggeng-tonggeng depan tong aiskrim dalam 7-eleven tu..
Aku sedang mengorek aiskrim kegemaran yang terbenam jauh di bawah tong.
Hari tu hari Sabtu.
Sabtu adalah hari aiskrim.

Bahu aku kena tap dua kali dari belakang.
Tap tap..

Siapa berani kacau sesi bermesra aku dengan tong aiskrim ni?
Aku toleh.

"Saya tengok dari belakang, ingatkan orang lain.
Nasib baik awak..Kalau tak malu je.."

"Er, awak nak aiskrim?" aku pelawa spontan.



Dia S, anak kepada Makcik Ti merangkap makcik yang paling annoying pernah aku jumpa. (rujuk entri ni.)
Tapi keperibadian anak dia serius lain sangat dari mak dia.
S ni pendiam, dan pada pandangan orang lain macam ayu-ayu gitu.
Tapi pada pandangan aku, dia ni terkemut-kemut.
Hahaha, mungkin perempuan lemah lembut gemalai ala-ala perempuan melayu terakhir memang bukan taste aku.

Malangnya,
atas pelawaan aiskrim tu, S setuju.
Melayang RM2.50 aku untuk sebatang Drumstick.

Kami duduk di koridor luar 7-Eleven.
Dah jadi habit aku lepak makan aiskrim sorang-sorang kat luar 7-E pada hari Sabtu.
Cik Misnah, selaku cashier hari tu, jugak dah tau habit aku ni.

S pon duduk lepak makan sekali dengan aku.
Lantak dia laa selesa ke tidak.
Takkan laa kerana dia seorang, aku kena ubah habit aku, kan??


"Cikgu tak keje??"
Oleh sebab dia masih degil nak ber'saya-awak' dengan aku, aku nak bahasakan dia 'cikgu' memandangkan dia cikgu tadika.

"Saya cuti sekarang."


"OOOooo...Cikgu buat apa gi kedai? Nak masak ke??"


"Takde laa, nak beli barang keperluan sikit.."

Aku jeling plastik dia bawak tu. Dia beli sesuatu berbentuk kuboid tapi lembut, bukan kotak. Oh! Barang tu rupanya.

"Mak camne? Sihat?" aku tanya.
"Mak macam biasa je. Sama je macam apa yang pernah awak tengok.."

"Hahaha.." kami ketawa kecil sebab masing-masing faham apa dimaksudkan.




"Awak nak tahu? Lelaki yang suka makan aiskrim selalunya ialah lelaki yang tidak sombong, peramah dan ceria."

Aku terkedu.

"Adakah ini ada dalam buku psikologi yang awak baca??"

"Hahaha, tak jugak. Tapi kami diajar supaya menilai manusia bedasarkan logik pemikiran. Awak bayangkan, jika seorang lelaki tu tidak kisah untuk menunjukkan muka comot makan aiskrim dia di hadapan orang ramai, adakah dia seorang yang sombong dan tak ceria? Boleh awak bayangkan? Lelaki yang sombong takkan cuba nak menunjukkan kepada awam bahawa dia seorang yang comot kerana mereka memandnag maruah lebih tinggi dari yang biasa."

Aku tersenyum.

"Kenapa? Kenapa awak senyum? Saya salah cakap ke??"

"Itu adalah ayat paling panjang pernah cikgu sebut sejak kita kenal."

Dia termalu.



postquam-scriptum:
Adakah aku termasuk dalam golongan lelaki yang suka makan aiskrim? Aku hanya maletakkan hari sabtu sebagai hari aiskrim dan mesti makan sekurang-kurangnya satu pada hari itu.




Dec 18, 2010

tEka-tEki #14 Apakah Tajuk Untuk Esok?

dua-lapan-tiga
maaf..



Aku mengambil masa 5 hari sebagai persediaan tEka-tEki ni..
5 hari punya entri aku terpaksa korbankan tajuknya supaya dapat ke entri ni..

Aku pasti, ramai kawan-kawan (ramai ke??) yang perasan hal ni..
5 entri lepas, merangkap 5 hari sebelum ni,
Tajuk setiap entri agak sedikit OFF dengan isi, kan??

"Apahal cEro ni?? entri pasal lavender, tajuk jadi 'Kayu'"
"Apakah neraka? Cite pasal hukum 3 saat, tapi tajuk 'Emas'??"
"Adakah cEro sudah kontang idea, sewel, ataupun terlalu tertekan dengan fenomena politik semasa (takde kene ngena..)"

Ini semua dek kerana tEka-tEki #14 ni..

Baca baik-baik!!



Soalan:
Esok Ahad, aku jamin blog ni tiada entri untuk esok..
Tapi, jika aku adakan entri,
APAKAH TAJUK UNTUK ENTRI HARI AHAD ITU??

Klu:
Berdasarkan lima entri sebelumnya,
setiap tajuknya menunjukkan satu pola..
Jika kalian dapat 'selesaikan' pola tersebut,
kalian mampu ramal apa tajuk untuk hari AHAD.

13 Dis (Isnin) - Bulan
14 Dis (Selasa) - Api
15 Dis (Rabu) - Air
16 Dis (Khamis) - Kayu
17 Dis (Jumaat) - Emas



Klu tambahan:
Sesiapa yang ada sedikit kemahiran dalam bahasa asing akan ada advantage.
Sesiapa yang tiada kemahiran bahasa asing, boleh 'google' mende alah klu di atas.
Emas juga boleh dijadikan sebagai 'logam'.


APAKAH TAJUK UNTUK ENTRI HARI AHAD??



postquam-scriptum:
tEka-tEki ini ditaja oleh cik quAtro yang dah lama tak hinggap blog ni.
Siapa yang pertama dapat jawab dengan tepat berserta hujah yang jitu dan mantap tanpa sebarang ragu, RM10 bakal jadi miliknya. Serius.

UPDATED!
Entri Jawapan untuk tEka-tEki ini telah diterbitkan.
Jawapan tEki-tEki #14 Apakah Tajuk Untuk Esok?
Don't spoil the fun just because of curiousity. Common.




Dec 17, 2010

Emas

===========================================
===========================================
===========================================
===========================================
===========================================
===========================================
===========================================


===========================================


postquam-scriptum:
Walaupun aku tak tahu sejauh mana kebenaran hukum 3 saat ni, tapi aku adalah pengamal setia hukum ni..hahahah




Dec 16, 2010

Kayu

dua-lapan-satu
maaf..



Bangun pagi, gosok gigi..
Mandi..
Tengok sabun, wangian lavender!
Arghh!! Spoil!!
Sejak bila tukar sabun lavender pulak ni..

Oh! Dah janji nak ke rumah seorang kawan..
Katanya ada hal mahu dibincang..
Sebab dekat, jalan kaki..
Sampai di rumah dia, duduk di ruang tamu..
'Psst..' kedengaran satu bunyi,
ianya pewangi ruang tamu...
Juga, bauan lavender..
Huh..

Kawan aku bersiap di atas,
aku duduk atas sofa di bawah..
Ibu kawan aku keluar dari dapur
bawa minuman..
"Minum teh tak?" " Minum, makcik!"
"Nak teh O.." "Terima kasih.."
Aku hidu, aku hirup..
Alahai, teh perasa lavender..
Ada jugak ek??

Kawan aku ajak keluar, nak beli barang..
Aku pun setuju, kami keluar...
Masuk kereta dia, bau semacam..
Tengok lubang aircond,
ALAMAK, pewangi lavender ke??

Lepak kedai mamak dulu, makan roti..
Guna tangan sebab lagi sedap..
Minum teh tarik, bangun dari kerusi..
Ke sinki, basuh tangan..
Tekan hand soap, ARGHH!!!
Lavender lagik??

Di pasaraya, di bahagian minyak wangi,
kawan aku menghampiri
"Ko nak bau perfume ni?? Wangi!!"
Disemburnya tester tu kat aku..
ARGHH!! LAVENDER!!!
"Kayu punya budak!!!..."
Tanpa disedari, aku tumbuk perut dia...
Terduduk dia tahan senak...



Maafkan aku Z,
aku tak sengaja tumbuk ko..
Bukan aku benci ko,
cuma mood aku kurang baik..
Dan ko berada di masa dan ketika yang tidak sesuai..

YA!
Aku tak suka LAVENDER...
Walaupun ramai orang kata baunya menenangkan,
aku tetap tak suka...

Lavender buat mood aku lari...



postquam-scriptum:
Pada aku, satu-satunya yang menarik tentang lavender ialah warnanya.




Dec 15, 2010

Air

dua-lapanpuluh
maaf..


Aku berdiri tegak entah di mana.
Dalam pandangan aku nampak seseorang sedang mengacukan lensa kamera ke arah aku dalam jarak dekat kurang 2 meter.
Tangan kanan aku diusik seseorang...

"Awak, kenapa berdiri tegak macam patung?
Rapat laa sikit..."
Suara gadis hinggap di telinga kanan aku.
Aku berpaling.



"Ana Raffali??"

"Kenapa ni? Cepat laa posing, nak amik gambar tu.."

Aku berundur dua-tiga langkah ke belakang.
Aku persoalkan, sejak bila aku kenal Ana Raffali??
Sejak bila aku rapat dengan Ana Raffali sampai dia sanggup rangkul tangan aku?
Macam mana aku boleh berada di sini sedangkan rasa tadi aku kat rumah?

"Aku tahu!! Aku mesti SEDANG BERMIMPI!!!
YA!! Aku MIMPI!!"

Ana Raffali membalas,
"Ye laa..Kalau mimpi pun, tangkap laa gambar dulu.."

SNAP!!!
Cahaya dari cerobong flash kamera tu menyilaukan mata.
Tiba-tiba pandangan jadi putih penuh.
White-out!






Aku tersedar!
Badan aku memang di rumah, di atas katil.
Aku tidur petang!
Ya, tadi hanya mimpi!!

Agak pelik bila dalam mimpi aku sedang yang aku sedang bermimpi.
Ada satu istilah untuk fenomena 'sedar diri sedang bermimpi dalam mimpi' ini.
Aku buka laptop dan cari...

Lucid Dream.

Lucid dreaming means dreaming while knowing that you are dreaming. The term was coined by Frederik van Eeden who used the word "lucid" in the sense of mental clarity. Lucidity usually begins in the midst of a dream when the dreamer realizes that the experience is not occurring in physical reality, but is a dream. Often this realization is triggered by the dreamer noticing some impossible or unlikely occurrence in the dream, such as flying or meeting the deceased.

Dari pembacaan aku, 'lucid dreaming' boleh dilatih di mana sampai satu tahap, kita boleh kawal mimpi, seperti terbang tinggi ke awan atau berlari laju seperti peluru.

Kemahiran 'lucid dreaming' boleh dilatih seperti kita belajar bahasa baru.

Dalam 'lucid dream' kita boleh lakukan sesuatu yang dianggap mustahil, seperti dalam kes aku, Ana Raffali beriya nak bergambar dengan aku (which is mustahil memandangkan aku hanya semut merah).

Setelah dikorek lagi dalam tentang 'lucid dreaming' ni, aku dapati memang banyak kajian tentang mimpi telah dibuat oleh saintis seluruh dunia, namun tiada satu pon fakta yang memegang kukuh alasan dan fungsi mimpi.

Andai kemahiran 'lucid dreaming' ni boleh diasah sedikit demi sedikit, aku nak cuba.
Seronok dapat buat sesuatu yang tak mampu dibuat dalam realiti.

Cuma, aku tak tahu pandangan Islam tentang 'lucid dreamers' ni.
Ada sesiapa tahu di mana boleh aku tanya sebagai rujukan??

Untuk lebih lanjut tentang LUCID DREAM, klik sini.

LUCID dalam bahasa bermaksud JELAS.
Tapi, 'lucid dream' menjadi 'mimpi jelas' tidak menerangkan maksudnya.


postquam-scriptum:
Tapi, kenapa Ana Raffali?? Nak kata aku peminat dia, tak jugak. Nak kata aku dengar lagu dia sebelum tidur, tak jugak. Bagi laa Lisa Surihani ke, Gemma Arterton ke, Aragaki Yui ke...



postquam-subscriptum:
Bermula dengan Ana Raffali, berakhir dengan 'lucid dreamers', aku memang semakin hebat dalam mengaitkan dua perkara berbeza. HAHAHA!




Dec 14, 2010

Api

Kisah benar tentang seorang 'manusia yang tidak dianggap'..



..dan sebab tu aku tak suka pintu automatik!
Diorang selalu anggap yang aku ni tak wujud!!




Dec 13, 2010

Bulan

dua-tujuh-lapan
maaf..


Krisis identiti benar aku ni.

Semalam aku duduk diam dan berfikir.
Dalam banyak orang yang gelar aku kawan,
agaknya, berapa ramai yang benar-benar maksudkannya??

Maksud aku,
pada aku, kawan bukan sekadar 'Nama awak apa? Nama saya cEro. Oh! Nama awak uNo. So, kita kawan.'
Ianya lebih kepada 'Baik kau fikirkan keputusan kau ni sama ada ianya akan memberi kesan kepada kau di masa akan datang atau tak.'

Aku terfikir,
kalau kelak aku dimasukkan ke dalam hospital,
berapa ramai kawan yang akan datang jenguk aku??

Aku terfikir,
akan datang satu hari aku takkan lagi bernafas dengan udara dunia,
berapa ramai kawan yang terkesan dengan ketiadaan aku??
Berapa lama pula mereka akan terus mengingati aku??
Dan berapa cepat pula mereka melupakan aku??


Untuk persoalan pertama,
aku mungkin dapat tahu dalam satu jangka masa terdekat ni.

Untuk persoalan kedua,
aku takkan boleh tahu.


Maka,
aku berharap aku boleh berbuat baik kepada semua orang yang aku jumpa,
tak kira sama ada dianggap sebagai kawan atau hanya kenalan,
atau sekadar makhluk yang berlalu pergi..

Aku ada seratus perkara mahu lakukan. Tapi semuanya takkan berjalan tanpa dimulakan oleh satu hal ini.
Iaitu MENTALITI.


Entri bosan tanpa gambar,
berapa ramai dapat apa yang aku maksudkan.




Dec 11, 2010

Pathetic Me!

dua-tujuh-tujuh
maaf..


Satu

Satu yang aku suka tentang diri sendiri ialah
baby/ budak kecik/ bayi suka pandang kat aku.
Kalau berselisih kat shopping complex atau kat luar
kadang-kadang tu baby tu siap pusing kepala lagi semata-mata taknak aku lepas dari pandangan diorang.
Bangga.

Adik aku pun perasan hal tu.
Dia persoal, "Kenapa baby selalu pandang Alang ek??"
Aku dengan tinggi hidung dan kembang punggungnya jawab,
"Baby umpama kain putih. Kudus. diorang suka pandnag yang indah-indah."

Satu ketika di Tesco, aku sedang berdiri di bahagian minyak masak,
(jangan tanya aku buat apa kat bahagian tu)
ada seorang budak kecik umur dalam 3-4 tahun berlari agak jauh dari mak abahnya dan menghampiri aku.
Dalam jarak 1 meter, dia berdiri dongak tatap muka aku.
Aku senyum.
Dia tiada respon.
Aku buat muka biasa.
Dia tiada respon.
Sekali, aku sebut "Boo!!" sambil besarkan mata.
Dia lari ke arah mak abah dia sambil menjerit.

Seharian aku down.
Sebab, aku rasa, budak suka pandang aku bukan sebab aku 'indah',
sebab diorang anggap aku freak.
Macam budak nampak badut kat funfair.




Dua

Aku tahu ianya tak bagus.
Tapi sebab degil dengan diri sendiri, aku tetap teruskan.
Apa dia??

Aku suka makan jeruk mangga.
Beli satu bungkus, boleh habis dalam masa 15 minit je.
Serius tak elok pemakanan aku.

Semalam sebelum tidur,
aku makan sebungkus.
Akibatnya, aku perlu bertempur dengan perut sepanjang malam.

Mak aku kata "makan jeruk banyak nanti dapat ulser perut."
Aku budak sains, aku tahu mak aku kata betul.

Tapi....
Jeruk mangga sangat sedap dan tak boleh tolak laa..
Mungkin aku patut tak singgah 7-Eleven dah pas ni...






Tiga

Oh ya, lupa nak bagitahu..
Semalam (10 Disember) adalah genap setahun aku bergelar 'uncle'..
Hahaha!! Terasa dah tua!!





SELAMAT HUJUNG MINGGU!!




Dec 10, 2010

Wit

dua-tujuh-enam

wit (wɪt)
—n
  1. the talent or quality of using unexpected associations between contrasting or disparate words or ideas to make a clever humorous effect
  2. speech or writing showing this quality
  3. a person possessing, showing, or noted for such an ability, esp in repartee
  4. practical intelligence (esp in the phrase have the wit to)
  5. dialect (Scot), (Northern English) information or knowledge (esp in the phrase get wit of)
  6. archaic mental capacity or a person possessing it
  7. obsolete the mind or memory

Biar aku kerat entri ini supaya pendek dan padat.
Supaya mesej yang cuba nak disampaikan sampai.
Supaya mata tidak tertumpu kepada melodrama semata-mata.
Supaya tiada kesan khas dan tokok tambah diselit bersama.

Semalam aku di bahagian barangan bayi di sebuah pasaraya terkemuka berdutakan Siti Nurhaliza dalam kompleks membeli-belah tengah lembah, Kuala Lumpur.
Jangan tanya kenapa aku di situ, sudah tentu mahu membeli barangan bayi.

Sedang khusyuk membelek, berkedudukan pukul 8 aku,
dalam jarak 2 meter ada seorang gadis Melayu,
sedang membelek anak patung Barbie.
Berusia mungkin dalam lingkungan 12-15 tahun, berkaca mata.
Namun, perihal perwatakan dia yang paling menyerlah adalah,
dalam nada yang perlahan, dia menyanyikan sebuah lagu.

Lagu yang selalu berkumandang dalam corong radio tempatan Melayu 2 kali sejam.
Lagu yang selalu dikongsi videonya dalam facebook.
Lagu yang menjadi kegilaan kebanyakan anak muda perempuan zaman sekarang.
Super Junior - Sorry Sorry.




Beberapa ketika kemudian,
setelah aku peroleh apa yang aku ingin dibeli,
aku bertenggek di bahagian figura mainan Kamen Rider Den-O di satu ceruk bahagian lain.
Berkedudukan pukul 3 dalam jarak 2 meter juga,
ada seorang perempuan berusia lingkungan 25-30 tahun,
sedang 'humming' satu lagu yang sangat familiar buat aku.

Aku jeling siapa dia.
Berkulit putih, berambut pendek, pakai skirt labuh.
Tiba-tiba,
datang seorang budak lingkungan 5-6 tahun tarik baju perempuan itu
dan berkata-kata dalam bahasa cina,
namun aku dapat tangkap bahawa perempuan itu adalah emaknya.

Dan terhinggap di benak fikiran aku,
lagu familiar yang dia 'humming' tadi adalah lagu
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku.




What a witty situation.
A Malay girl singing one (foreign) Korean song.
A Chinese woman humming one (unbelievably) Malay song.

Kalian dapat tak apa yang aku cuba nak sampaikan?


postquam-scriptum:
Walaupun aku kata nak buang melodrama, kesan khas dan tokok tambah, namun ianya tetap wujud, kan?
Tak boleh lari laa..


postquam-subscriptum:
Siapa tahu 'humming' dalam Bahasa?




Dec 9, 2010

The Misadventure of cEro in Train

dua-tujuh-lima


"Cis! Mana satu ni?? Mana satu ni??"




Disebabkan Elisa kesayangan intan payung anja aku tu tengah injured kat parking, aku terpaksa berkaki je nak ke mana pon.

Huh! Nak pinjam kete abang dan kakak aku?
Bila sebut je perkataan 'pinjam' kat dalam rumah, rumah automatik sunyi berbunyi cengkerik. Kedekut betul.

Maka, untuk perjalanan yang jauh, aku apa lagas, guna kemudahan awam laa..

Ke tempat yang hendak dituju memerlukan aku menaiki KTM Komuter dengan LRT Rapid KL Putra.

Dalam hati agak teruja,
WAH!! Dah lama tak naik Komuter!!
Dulu ni je laa kenderaan aku..
Rindu nak dengar bunyi 'teet teet teet' masa pintu nak tutup.

Dari stesen Bandar Tasik Selatan, aku tenung jadual.
9.28 pagi. Oh! Sekarang 9.15 pagi.
Aku ada masa lagi. OK!
Walaupun dalam wallet ada kad Touch 'n Go,
tapi aku berjiwa rakyat, pergi beratur beli tiket!
Perghh!!! Nostalgik habes beli tiket,
dah lama dah tak beratur macam ni..
Menitis airmata aku tahan syahdu.

Dah beli tiket, lepak kat platform,
neves ni, ada 2-3 minit lagi..
Eksaited gile tunggu tren nih...












Tahi lembu!
Dah 9.49 pagi, tren pukul 9.28 tadi pon tak sampai lagi.
Dari platform ada beberapa orang je boleh kira dengan jari kaki,
sampai laa penuh habes tak nampak tanah dah penuh dengan orang!
Inilah kelemahan utama Komuter!
'SANGAT' tepati masa!


Bla bla bla bla bla..
Dah petang, selesai urusan...
Aku kena balik!!



Dari tempat berlepas aku kena naik LRT Putra, Taman Melati.
Sebab stesen tu dah hujung-hujung, maka yang naik pun beberapa kerat je.
Banyak tempat duduk kosong, sorang boleh amik 8 seat.

Tapi beberapa stesen kemudian, bila dah masuk area Ampang Park,
tren dah mula penuh!
Klimaksnya di KLCC.
Macam sardin.
Dah laa tren pun kaler merah.
Memang sardin habes!!

Aku sedang duduk.
Sedang berdiri berdekatan kiri ada seorang bapa sedang bersusah payah dukung anak kecil yang tak selesa berhimpit.
Tapi di sebelah kanan pula berdiri seorang perempuan separuh abad tengah gosok-gosok pinggang, lenguh gamaknya.

Aku dilema, naluri 'baik' aku kata suruh berdiri kasi tempat kepada yang memerlukan.
Tapi kalau nak bagi pun, siapa??
Kalau aku bagi kat bapa dukung anak tu, kang makcik tua ni kata ape pulak.
Kalau bagi kat makcik tu pulak, bapak tu nampak memerlukan.

"Cis! Mana satu ni?? Mana satu ni??"

Akhirnya, aku berkeputusan untuk bangun keluar dari tren pada stesen seterusnya, Kampung Baru.
Pasal tempat kosong tu, korang rebut laa sendiri, malas aku nak offer kat sape-sape..

Pada waktu tu, aku rasa itu keputusan terbaik dalam keadaan begitu.
Itulah satu kelemahan LRT Putra, seat kurang!




Aku akhiri perjalanan pulang ke rumah aku dengan KTM Komuter lagi, dari KL Sentral.
Waktu petang memang haram! PENUH!
Tang penuh aku tak kisah, aku laki boleh redah!
Tapi aku sangat kisah tang KOC WANITA!



Wahai wanita sekalian,
yang berkeluarga, keluar dengan suami dan famili AKU FAHAM!
Yang berpasangan, awek-pakwe couple of the year pon AKU FAHAM!
Yang keluar ramai-ramai dengan kawan lelaki perempaun pon AKU FAHAM!
Tapi yang aku tak faham ialah,
yang perempuan keluar seorang, balik kerja seorang, yang memang seorang PUN nak naik koc campur apasal??

Satu tren biasa Komuter ada 3 gerabak.
Yang tengah dikhususkan sebagai Koc Wanita, wanita sahaja sepanjang masa.
Ini meletakkan lelaki hanya mendapat 2/3 peluang sahaja memasuki gerabak.

Yang bestnya, KOC WANITA LENGANG!
Koc campur pulak PADAT MACAM MILO FUZE!
Pastu berhimpit-himpit segala bagai, kena tolak tau pulak marah.
Dah korang tak masuk koc wanita tu apasal??
Nak kena raba sangat?
Meh sini aku raba..
Raba raba raba raba raba!!!!

Ehemm, sori!!
Emo sekejap..
Bukan ape, aku kena tuduh meraba dalam tren sardin tu.
Bangang punya pompuan depan aku tu,
dah tren penuh, dia nak aku bagi ruang kat dia lagi.
Tangan aku masuk dalam poket kot, kena tuduh gak!
Ko ingat aku selera nak raba ko??
Ish, geram!! Kalau ada pisau, aku siat muka ko macam kupas kulit epal hijau.
GERAM!


Sekian,
the misadventure of cEro in Train [new year edition]

postquam-scriptum:
Aku balik rumah, aku termenung panjang.
Muka aku muka peraba dalam train ek?




Dec 7, 2010

Hari yang Janggal

dua-tujuh-empat


Aku berada di ruang tamu rumah dia, berdua.
Sedangkan ahli keluarganya yang lain sibuk 'mengemas' di dapur.

"Macam drama Melayu, kan?" aku kata.
"Haha, agak laa..." dia bersuara.



Peristiwa ini berlaku pada 20hb Nov lalu,
dan ianya kesinambungan kepada entri Panggilan dari 'Mak Mertua'.

Seketika tadi ruang itu penuh dengan orang, tiba-tiba lesap semuanya, meninggalkan aku bersama seorang gadis manis berbaju kurung biru. Bertudung.
Serius, aku kelu seribu bahasa.
Tapi, suasana sunyi lebih membuatkan aku rasa janggal.

"Sedap tadi?" dia tanya.
"Sedap. Kenyang makan tadi. Banyak amik!" aku merujuk kepada lauk aqiqah yang dimasak ibu dia, Makcik Ti.

"Baguslah awak kalau makan banyak. Nanti malam awak tak payah makan dah."

Nama dia S. Anak ketiga dari entah berapa adik beradik.
Tapi yang penting, semua adik beradiknya perempuan.
Mungkin sebab tu mak dia semangat nak cari jodoh untuk anak-anaknya.
Oh ya, S ni bakal jadi cikgu tadika.

"Kalau tak kisah, boleh tak kita jangan ber'saya-awak'? 'Aku-kau' lagi mesra rasanya. Boleh?"
Itu ayat standard aku untuk semua perempuan yang baru aku kenal.

"Baiklah, saya cuba!"
"Cuba?? Tak macam cuba je.."
"Saya tengah cuba laa ni.."
"Tapi awak masih berkata 'saya'.."
"Ooopss!"
Ketawa kecil kami berdua.

Serius,
aku sedikit janggal.
Mungkin 'sedikit' terlalu tidak adil.
Aku SANGAT berasa janggal.



"Biar saya terus-terang sementara mak awak tak ada di sini.
Saya sangat tak biasa dengan hal macam 'omiai' dan 'xiangqin' ni..."
"Omiai?? xiangqin?? Apa tu??"


"Oh! Abaikan..Hm..Apa yang saya nak cakap ialah..."

Aku hela nafas panjang dan lepaskan sebelum sambung perkataan seterusnya.

"Awak dah ada pakwe??"
Sama ada terlalu direct, atau sesuatu yang dia tak expect,
mata dia terbulat tiba-tiba.

"Oh, tidak!! Maksud saya, saya pun tak ada makwe!"
Muka S semakin membimbangkan.

"Jap jap..Sebelum awak salah sangka, saya nak terangkan. Saya tak ada makwe, tapi dalam masa yang sama, saya tak bersedia dengan sebarang komitmen. Maka, saya nak kata, kalau awak ada pakwe, saya akan katakan sesuatu kepada mak awak supaya apa yang kita lakukan sekarang tidak akan membawa ke mana supaya awak tiada masalah dengan pakwe awak. Tapi kalau awak tak ada pakwe, saya tetap mahu kawan dengan awak (sebagai kawan)."

Muka S kembali reda. Kelakar pulak tengak dia macam tu.

"Saya pendiam. Pemalu. Mak kata, dengan perangai saya, takkan ada orang nak dekat dengan saya. Nak duduk dengan awak ni pun dah macam nak luruh jantung saya. Jadi, saya memang tak ada pakwe. Kalau awak sudi kawan dengan saya (sebagai kawan) saya tak kisah!" S balas.

"Oh! Great!! Saya tak pernah ada kawan seorang cikgu tadika."
Aku berdiri.

"Sebelum mak awak datang, saya rasa saya nak minta diri dulu. Kirim salam kat Makcik Ti dan Pakcik yek!"

S pun berdiri, dan mengiringi aku ke pintu.

"Jap! Saya panggilkan mak ye"
"Eh? Takpe-takpe. Dia tengah sibuk tu."


"Jap, awak! Saya nak tanya!!"
"Ya??"


"Awak nak kawan (sebagai kawan) dengan saya sebab saya ni cikgu tadika je?"
"NO! Saya nak kawan dengan awak sebab awak belajar psikologi."


"Psikologi kanak-kanak je pun.."
"Kanak-kanak pun still manusia."

S tersenyum.

"Terima kasih!"

Aku angkat kening.
Selepas sarung kasut, aku angkat tangan tanda 'bye-bye' dan berlalu.

Oleh sebab rumah dia dalam kawasan kejiranan rumah aku, aku hanya berjalan kaki.
Sepanjang perjalanan pulang, aku mempersoalkan, "..untuk apa ucap terima kasih? Sebab aku datang makan rumah dia ke??"





postquam-scriptum:
Entri ini sudah lama dalam draft, tapi baru di'publish' sebab aku kurang yakin dengan isi dia. Haha, maaflah kepada yang menunggu.


postquam-subscriptum:
Kalian boleh google 'Omiai' dan 'xiangqin' untuk ketahui maknanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: