Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 30, 2010

Enam Bulan Sahaja

double-two-and-a-one
I'm sorry.





Ini akan jadi entri teringkas yang pernah aku tulis.
Tapi, ini juga adalah entri yang paling bermakna sejak aku menulis blog.


Aku sedang dalam satu projek
diberi nama Project Hotwind.


Salah satu task projek tersebut memerlukan aku memahami perasaan seseorang yang dapat tahu hidupnya hanya berbaki 6 bulan.


Maka,
aku perlukan pertolongan kalian.


Jika anda dapat tahu,
diri anda hanya akan mampu hidup selama 6 bulan sahaja,
selain dari mengabdikan diri sepenuhnya kepada Yang Maha Kuasa,
apakah yang anda
akan lakukan sepanjang 
6 bulan tersebut?


(dengan menganggap sepanjang 6 bulan itu anda mampu bergerak seperti manusia normal)


Sangat-sangat perlukan pendapat semua.
Kalau nak komen panjang-panjang pun tak kisah.


Sama ada menolong atau tidak, atau sekadar melepaskan batuk di sini,
aku dahului dengan ucapan


"TERIMA KASIH"






Sep 29, 2010

"Are We Cool?"

two-twenty and sorry.

Ahad 26 Sep. jam2015.



Aku berdiri di atas tanah berumput.
Mendongak.
Kulihat dua bintang berhampiran
berlatarbelakangkan langit malam
dan bulan dilindung kepulan awan.
Wah!
Satu permandangan yang tidak selalu ada di bandar.
Maklumlah, radiasi dari bangunan maju membuatkan malam tak seindah desa.

Dibuang gelombang bunyi,
dari pandangan aku, aku seperti keseorangan merenung langit malam.
Tetapi, sebenarnya,
di belakang jasad aku tersergam indah satu rumah agam,
dan kaki aku berpijak di lamannya yang luas,
dan berhampiranku terdapat ramai manusia
di samping pelbagai makan yang dihidang,
didendang alunan nada perlahan koleksi lagu raya.

YA, aku di rumah terbuka.
Rumah terbuka L.


Aku difahamkan,
rumah ni mengadakan rumah terbuka dari awal pagi.
Namun, sebalik malam dikhaskan untuk rakan-rakan L dan Abang W.

Aku dicuit dari belakang.
Aku berpaling.

"Wey, aku dah dengar dah dari L"
Nani. Aku dah agak dah.

"Aku taknak cakap apa-apa.
Aku sangat nak marah dengan kau.
Tapi sekarang bukan masa sesuai.
Mungkin lain kali..."
"Yeah! Simpan dulu marah ko tu..."

"Tapi aku nak bagitahu kau...
Dia tak gembira.."

Aku diam.

Dari jauh, aku nampak kelibat dia.
Dari dalam rumah, keluar.
Berjalan ke arah aku dan Nani.

Aku tahu aku suka dia.
Maka, aku suka dia dalam apa juga pakaian.
Tapi, setiap kali aku nampak dia sopan berbaju kurung,
aku pasti akan tarik nafas panjang
dan lepaskannya perlahan-lahan
seolah-olah mahu menikmati setiap bait nafas yang aku hirup
selama mana jantung boleh berdegup.

"Awak!
Abah nak jumpa.
Jom saya bawak awak ke bilik bacaan.."
L menyampaikan pesan.

"Takpe, wak..
Saya tahu bilik bacaan kat mana..
Saya pernah sampai dulu..
Awak temankan Nani..."

Aku naik ke bilik bacaan.
15 minit kemudian aku keluar dari pintu.
Apa yang berlaku?
Aku tak boleh kongsi.

Dalam perjalanan turun ke bawah,
aku bertemu Abang W.

"L"
(ok, nak clarify, Abang W tak panggil aku L, tapi L***, dan dia pun panggil adik dia L***, tapi sebab tak suka simbol * tu ada banyak, jadi aku letakkan L je untuk kami berdua)

"L, L dah bagitahu Abang.."
"Oh! Abang marah???"

"No, Abang percaya kau ada sebab sendiri.
Tapi apa-apa pun Abang nak mintak kau sesuatu.."
"Apa dia bang??"

"Always be by her side.
Please?"
"Saya akan buat yang terbaik, bang!"


Seberapa ketika,
aku cuba cari masa berdua bersama L.
Akhirnya.....

"Hai..." L mulakan.
"Hai, awak...Cantik baju..."

"Itulah ayat awak dari dulu, kan???"
"Dah baju awak memang cantik, takkan saya nak bagitahu stokin awak pulak yang cantik.."

L ketawa.
Memang ceria, seperti biasa.
Aku hanya senyum di tepi.

"Awak, tanya sikit??" aku bersuara.

L pandang tepat ke mata aku.
Aku cuba nak mengelak dari pandangan dia,
tapi kalau dia perasan aku nak mengelak,
tentu dia fikir yang bukan-bukan.

"Are we cool??" aku tanya.

"Ianya terpulang pada jawapan awak untuk soalan saya,
ARE WE COOL??"

Aku tahan mata aku dari berkelip,
dan aku jawab,
"we're cool...."

L ketawa kecil,
dan berkata
"sejak kecil saya dilatih Abah untuk melihat hati orang melalui mata.
So, we're cool..."


Aku lupa...
Dari awal aku kenal L,
dia menarik minat aku kerana dia lain dari mana-mana perempuan aku pernah kenal.
Apa yang aku jangka dari dia,
semuanya terjadi yang berlainan.



=============================
41) [link] "You don't even have the right to say any 'L' words."
40) [link] Sampai Bila-Bila
39) [link] Aku Genggam Tanganku, Aku Lepas Ikatannya
38) [link] HARAPAN? It's a BIG word.
37) [link] Awak JAHAT! Awak BODOH!!
36) [link] Tiga L Bawah Satu Bumbung
35) [link] Ceritera Rindu








...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse




Sep 28, 2010

Hidup Sebagai Blogger

two-nineteen
I'm sorry..




Sedang sibuk mengunyah biskut madu cornflakes di rumah terbuka seorang kawan,
aku disapa seseorang.
Nama dia J.
Seorang kawan, seorang blogger.


Di awal aku berblog,
salah satu sumber inspirasi aku adalah blog kawan aku si J ni.
(Aku takkan letak link blog dia di sini sebab aku tak nak dia tahu dialah sumber inspirasi aku. Cukup hanya aku yang tahu.)

Hasil tulisannya bersahaja.
Walaupun kesemuanya entri dia panjang lebar,
tapi setiap cerita dia seolah-olah kita sedang mengalaminya.
Sebab itu, blog dia terasa dekat di hati.

Memang setiap update, aku akan baca,
tapi sekali sekala je aku komen dalam blog dia.
Sebab entri dia kebanyakannya berbentuk peribadi
aku kurang mampu nak beri pandangan peribadi sikit.
Hahaha..


"Kau tahu, aku selalu baca blog kau
Tulisan kau macam lepak-lepak..
Aku suka..."
"Oh, ye ke??? Terharu beb..."

Perbualan di atas adalah antara aku dengan J.
Tapi,
jangan salah sangka,
yang memuji tu bukan aku,
tapi dia.

Aku agak terkejut bila J cakap begitu pada aku.
Dalam hati terdetik,
"Beb, that's my line...
Aku yang terinspired dengan ko."

Sekali dia cakap kat aku,
"Nak henfon, nak tengok gambar L"

Alamak! Apakah???

"Sori beb, ni henfon baru,
jadi semua gambar dia tak ada dalam ni.
Ada dalam henfon lama."
Itulah alasan aku kepada hampir 10 orang kawan yang membuat permintaan yang sama.
Kebenarannya, hanya aku yang tahu.




Di sini aku nak menegaskan,
kepada pembaca yang mengenali aku.
One of the reason why I use cEro as an alter ego instead of my real name is
aku tak mahu campuradukkan kehidupan sebagai blogger dengan kehidupan realiti.

Dan sebagai kawan, aku memohon kepada kalian,
aku meminta kepada kalian yang mengenali,
kalau boleh,
jangan panggil aku cEro di luar dari blog,
terutamanya di dalam Wall Facebook.
(kalau dalam message aku boleh terima lagi..)

Tugas anda sebagai pembaca, hanya perlu hormat itu sahaja.
Yang lain terserlah.
Nak kritik, nak kutuk, nak marah, silakan.
Itu sebab aku tak tutup komen dari Anonymous.

Kepada yang ingin mengenali aku.
Sebenarnya, aku ada sediakan beberapa 'lubang' di blog ini yang sengaja aku biarkan supaya linked dengan Facebook peribadi aku.
Hanya jika kalian berminat nak 'add as friend' sila sertakan dengan message dengan mengatakan anda pembaca dari blog.

Kalau nak berhubung dengan blog di Facebook,
jangan segan klik 'like' di
http://www.facebook.com/cerolian

Yang dah klik 'like'
apa kata klik 'suggest to friends' kat bawah gambar profil tu.
Hehehehe..

Bermula dengan biskut madu cornflakes,
berakhir dengan klik 'like' dan 'suggest to friends',
aku memang pakar dalam merosakkan jalan cerita.

Together we INSPIRE each other.





Sep 27, 2010

AKU MALUUU

Kawan aku merungut aku suka tulis panjang lebar.
Maka, aku tulis bagi pendek, padat dan tepat...




Aku nak kongsi 3 cerita,
dan tiga-tiga ni berlaku dalam minggu yang sama,
serius aku ingat, sebab aku tulis dalam diari..
HAHAHAHA!!!


Kes 1:

Aku nak keluar ke Mid Valley.
Sebab rumah dah dekat sangat dgn stesen,
dan moto aku abah aku pinjam,
aku naik komuter je laa.

Serius aku habis smart.
Deodoran separuh botol aku spray.
Baju iron taknak ada kedut langsung.
Seluar tak ada kesan kotor pun.

Maka, dalam perjalanan berkaki ke stesen.

Cuaca pun baEk punya,
tak panas, mendung berangin.
Angin bertiup, fuuuhhhhhh, satu badan rasa nyaman.

Berselisih dengan dua awek.
Putih, gebu, cun.
Aku dari jauh kena arr maintain beb..
Mana tau untung-untung diorg nak kenal.
Cover habis.

Selisih je, diorang dua senyum.
Bila diorang belakang aku, terdengar diorang tahan gelak.

Adakah diorang dah terjatuh chintan dengan aku??
Adakah penampilan aku menggugat naluri diorang sebagai wanita?

TIDAK!

Rupanya aku terlupa zip seluar.
Memang nampak habis boxer kat dalam.
Patut arr awek-awek tu tersenyum dan tergelak.

Siot doooooh!!! Malu akuuu!!!

Sejak dari tu, setiap kali aku keluar rumah,
di pintu akan aku pastikan

'keretapi sampai ke destinasi'.





Kes 2:

Aku bawak moto,
nak ke pekan sebelah.
Naik moto, memang berangin habis.
Melayang oo rambut macam filem hindustan.


Naik moto,
TAIK!!!
Ada polis trafik kat depan.






"Lek arr, aku lengkap semua.
Lesen ngan roadtax kat dalam wallet.
Moto beli, bukan curi.
Kompom diorang tak tahan.."


Sekali pakcik misai tu angkat tangan ke aku tahan ke tepi.
Dalam hati,
"Apakah persetubuhan neraka?? Najis lembu ooo"


"Mintak IC ngan lesen.."
Pakcik misai tu terus nak saman.
Apakah??
Briefing laa dulu sebelum saman.
At least bagitahu laa aku kena sama sebab 'terlalu hensem sampai boleh buatkan awek-awek yang memandu terlalu asyik lalu kemalangan' ke??
Hape ke??


"Saya salah ape, encek??"


"Helmet awak halimunan..."


Aku balik rumah dan hentak kepala ke dinding 5 kali.
Macammana aku boleh lupa pakai helmet ni??
Patut laa berangin sampai melayang rambut.
siap nak argue dengan polis lagi..


Sejak itu, setiap kali aku keluar rumah bermoto,
aku akan pakai helmet,
walaupun nak ke rumah jiran sebelah. (ok melampau tipu..)


Kes 3:



Aku singgah ke rumah kawan aku, perempuan.
Aku dilayan di ruang tamu oleh kawan aku tu.


Tengah rancak berbual,
datang seorang perempuan duduk di tepi sofa.
Entah macammana, dia join borak sekali.
Aku pon layan je arr...


"Hahaha..
Makcik ni pandai bergurau...
Patut laa muka awet nampak muda, macam 30-an.
Selalu buat lawak arr ni..."
aku memuji dia.


Tiba-tiba dia bangun dan berlalu masuk ke dalam.


Aik???


"Weyh, tu adik aku laa...
Dia baru habis SPM...
Siot je ko..."


Alamak!!!
Aku ingatkan mak kepada kawan aku tu..


Sejak itu, bila aku ke rumah sesiapa,
aku akan tanya yang aku kenal orang-orang dalam rumah tu.

**********************







Entri ini bersempena contest
AKU MALUUU
anjuran blog kata kila

hadiah lumayan, dari 3Sep hingga 3Okt.
Dia suruh tag tiga orang..
Aku tag dinie, WZ, ngan Zaim.

Kepada cik Kila,
"Ko cun laa, bagi laa aku menang!!"
(kompom kila tak bagi aku menang)




tEka-tEki #12 Misteri Meja no.13

two-one-seven
I'm sorry..




Ok, aku tahu dah agak lama..
Bukan tak nak buat, tapi lebih kepada sedang kumpul maklumat.

Okay laa, nak meredakan perasaan rindu,
cEro mempersembahkan
tEka-tEki #12

***************************

Hal ini berlaku masa aku tingkatan 5,
satu kelas bersetuju nak ubah kedudukan meja dan kerusi,
katanya nak ubah angin belajar.

Ketua kelas sediakan pelan kelas.
Ada 16 lelaki dan 17 perempuan.
Maka, susunan terbaik kami adalah seperti di bawah.



klik untuk pembesaran mantap!!!

Yang pink adalah perempuan,
yang biru adalah lelaki.

Kawan aku, Wan (bukan nama sebenar) berbisik,
"C, ko nak meja mane??"
Aku jawab,
"Boleh pilih ke?? Bukan ikut cabutan undi ke??"

"Laaa, cabutan ke?? Malang arr kalo duk depan.."
"Pada pengamatan aku, meja nombor 13 adalah terbaEk!
Paling blakang port baEk tido berselindungkan buku teks.
Dekat dengan pintu belakang, senang nak lari ponteng.
Jauh dari tong sampah yang busuk.
Dekat dengan locker buku, senang sorok barang."

"Aku nak laa no.13 tu.." Wan berangan
"Haha, mimpilah kau...
Aku confirm dapat tempat tu.."

"OK! Kita tunggu dan lihat!!!"

Kesiankan ketua kelas yang buat kerja sorang-sorang,
aku volunteer nak tolong dia buat kertas nombor.
Alaa, kertas kecil ada tulis nombor yang perlu dicabut dari dalam kotak nanti..
Wan pula bertugas memasukkan 16 nombor untuk lelaki yang aku siapkan itu ke dalam kotak.

Siap semua, ketua kelas datang kepada budak satu demi satu membawa kotak cabutan..

"Dapat nombor, ko jangan bukak lagi,
kita bukak sama-sama..OK??" Wan suggest...
"Setuju bebeh!!"

Macam budak-budak lain,
kami masukkan tangan dalam kotak dan keluarkan tangan dengan kertas cabutan seorang satu.

"SATU DUA TIGA!...."
Kami buka kertas masing-masing.

Wan dapat no.5,
aku dapat (sudah tentu) no.13!

"Ko main tipu,
apa ko dah buat, huh???"
Wan mempertikaikan kejayaan aku.

"Kepla hot ko,
ko nampak aku korek nombor macam orang lain jugak.
Lagipun ko yang masukkan nombor tu tadi dalam kotak.
Cukup 16 kan??
Apsal tipu pulak??"
Aku mempertahankan kemenangan.
Wan garu kepala tak mampu nak bantah.

Maka, sesi malas di kelas akibat duduk belakang pun bermula.

------------------------

Baru-baru ni, semasa ziarah rumah terbuka raya seorang kawan,
aku bertemu semula dengan Wan.

"C, camne ko wat ek dulu?
Yang masa pilih tempat form 5 tu???"
Wan tanya.

"Ko ada beribu cara menjamin kejayaan 100% dalam keadaan tu..."
Aku jawab.

**********************

Soalan:
Kalau kalian mampu,
bagi aku salah satu cara aku menjamin kejayaan 100% mendapat meja nombor 13 tu.


Caranya mestilah LOGIK dan mempunyai segala elemen yang aku sebutkan di atas.
Untuk perhatian, aku tak menipu,
at least bukan dengan kata-kata.


Hint:
Sila perhatikan rajah,
dan teliti setiap kata-kata aku.

GOOD LUCK!


Anak panah menunjukkan kelas aku masa form 5.





Sep 25, 2010

Glee

Buang jauh-jauh cerita sedih.
Tajuk entri ni saja sudah menceritakan semuanya.

Bila diketahui aku layan Glee,
seorang kawan kata
“Haha, so GAY!!”
Kemudian aku pinjamkan dia set lengkap musim pertama Glee.
Dia tonton.
Beberapa hari kemudian, aku dapati ada notification kat Facebook wall dia bagitahu yang dia 'like' Glee (fanpage).
Itulah, kuasa Glee.

Selasa lepas, episod baru untuk musim ke-2 drama muzikal Glee telah ke udara.

Musim kali ni dengarnya macam best,
tapi spotlight diberikan kepada Charice.
Ala, budak dari Filipina yang membuatkan Oprah melopong dan berkata "WoW!!" dengan kelantangan suaranya dan dari miskin terus jadi super-terkenal tu.
Dia main watak Sunshine Corazon, budak transfer dari Filipina.



Okay, aku tak pandai buat sinopsis.
Jadi mari berkongsi gambar.






Sep 24, 2010

Haruskah?

quick update...

sejurus sahaja petang tadi aku buka blog nak tengok komen,
aku terbaca satu mesej yang ditinggalkan di Kotak Jerit blog ni..




Dari Guest007 berbunyi
'..ada dia contact tak slps kes tu?'

Beberapa saat selepas itu,
L call aku...

Kami berbual kosong beberapa saat,
dan dia bertanya,
"Kami satu family ada buat open house hujung minggu ni..
Abah dan Abang suruh jemput awak..
Datang tau..."

Aku tergamam..

HARUSKAH AKU PERGI??

postquam-scriptum:
Aku gembira dengar suara dia macam biasa.
Tiada nada sedih.
Seperti yang aku jangka,
dia bukan seorang insan yang lemah.




"You don't even have the right to say any 'L' words."

two-fourteen
I'm sorry..


Malam 15 Syawal..
Tengah bulan, maka bulan sepatutnya penuh malam ni.
Aku seperti biasa, seperti tengah bulan-bulan lain,
akan keluar dan bergoyang kaki di atas batang besi penghadang jalan depan rumah aku
dan melihat langit malam mencari bulan dan bintang.
Sempurna, malam ni berjaya aku lihat bulan penuh sempurna.





Telefon bimbit di poket bergetar.
Silent mode.
Sebab aku kurang minat diganggu semasa sesi melayan langit malam.

Panggilan dari seorang yang lama mendiamkan diri,
ms cuAtro.

(cE untuk aku, cU untuk ms cuAtro)


cE : Assalamualaikum...Yo!
cU : Waalaikumsalam...Ko kat mana??


cE : Luar rumah layan langit..Kenapakah?
cU : Memang kau yang aku kenal, asal ada masalah, layan langit..


cE : Siapa kata aku ada masalah??
cU : Aku dah baca blog ko..Lama aku tinggal, tiba-tiba ada pulak hal camni..


cE : Oh! Kenapa??
cU : Kenapa ko buat macam tu???


cE : Aku ada sebab sendiri laa...
cU : Ko ni bodoh laa, kalau ade masalah pun, cuba laa atasi dulu..
Ko buat camni, kan dah lepas peluang..


cE : Masalah aku bukan boleh selesai sehari dua beb..Ko kena faham..
cU : Then apa masalah kau?? Takde masalah takleh selesai laa...


cE : Kau kena faham..Aku takleh...
cU : Apa lagi alasan kau? Aku kenal kau dah lama.
Aku tahu semua masalah kau dari kau sekolah, habis sekolah, kat universiti, sampai sekarang...Semua kau boleh harung..Tapi kenapa sekarang tak boleh pulak??


cE : Kalau ko kata ko kenal aku, ko sepatutnya tahu kenapa aku buat semua ni..Dan ko sepatutnya sokong, bukan pertikai...
cU : Nonsense! Kau masih nak berdalih..Apa masalah ko SEBENARNYA?

(ms cuAtro dah mula naik nada tinggi dalam perbualan..Aku dah rimas..)

cE : It's INFERIORITY COMPLEX!
Even if I love her, it is not an option.

Long pause...Long silence

cU : STUPID LOSER!
You don't even have the right to say the 'L' word.
You don't even have the right to say any 'L' words.

Doooo Dooooo Dooooo...

Talian diputuskan.
Aku simpan kembali telefon bimbit yang sudah panas ke dalam poket,
dan kembali melihat langit malam yang suram.





postquam-scriptum:
Aku dah habis kena basuh.
Ada sesiapa nak basuh aku lagi?
Aku persilakan.

=============================
40) [link] Sampai Bila-Bila
39) [link] Aku Genggam Tanganku, Aku Lepas Ikatannya
38) [link] HARAPAN? It's a BIG word.
37) [link] Awak JAHAT! Awak BODOH!!
36) [link] Tiga L Bawah Satu Bumbung
35) [link] Ceritera Rindu








...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse




Sep 23, 2010

Sampai Bila-Bila

213 Sorry..

Hujan...
Turun membasahi bumi...
Namun, hujan di hati siapa yang tahu?





Satu masa aku kecil dahulu,
Abah aku ingin memberikan ikan Flowerhorn betina yang cantik miliknya kepada kawannya.
Aku bertanya,
"Kenapa Abah nak bagi??
Susah payah Abah bela dari dia kecil.
Abah tak sayang ke??"

Abah aku menjawab,
"Bila kita sayang sesuatu,
kita akan berusaha memastikan dia mendapat yang terbaik.
Abah makin sibuk kebelakangan ni,
jadi Abah tak mampu nak bagi perhatian untuknya.
Jalan terbaik adalah bagi kawan Abah
sebab dia ada akuarium lagi besar.
Dan di dalamnya ada ikan jantan.
Ikan pun ada keperluan juga, kan??"

---------------------------

Di beranda rumah,
aku tenung ke luar mneliti titisan hujan.
Lalu, aku hilang dalam memori semalam...



*****


"MAAF. Saya harap awak faham..."


"Haha..."
L ketawa kecil..
Aku pelik..


"Awak ingat saya ada hati kat awak ke??
Mana ada..Dari awal saya anggap awak macam kawan je laa..
Awak kan kawan terbaik saya..."


Aku senyum, tapi diam.
L seluk poket seluarnya, dan keluarkan telefon bimbitnya.


"Ahhh!!
Pak Harun dah call..
Nampaknya ini masa untuk saya balik..
Bye!!"


L berlalu segera sambil menekapkan telefon bimbitnya ke telinga.
Perlahan meninggalkan aku.
Aku masih diam.


"Haha, L...
Awak memang 'pandai' menipu...
Dari dulu lagi awak tak suka silent handset.
Sampai saya yang kena paksa 'silent'kan masa kita dalam pawagam.
Tiba-tiba, Pak Harun call?
Tiada bunyi tiada apa.
Awak memang 'pandai' berbohong.."
Aku berbisik kepada diri sendiri.



*****


-------------------------------

Aku tahu banyak dari kalian mempersoalkan tindakan aku.
Aku pun tak terdaya nak beri penjelasan.
Tapi, aku pasti,
jika kalian berada di dalam kasut aku,
kalian akan dapati itulah tindakan terbaik aku.
Terima kasih kepada yang menyokong.

YA! AKU SUKA DIA.
Sebab aku suka dia lah, aku buat begini...
Suka bukan bermaksud perlu bersama..
Aku hanya nak dia gembira,
bukan hanya sementara, tapi sampai bila-bila...
sampai bila-bila...

postquam-scriptum:
Entah sejak bila aku suka hujan.




=============================
39) [link] Aku Genggam Tanganku, Aku Lepas Ikatannya
38) [link] HARAPAN? It's a BIG word.
37) [link] Awak JAHAT! Awak BODOH!!
36) [link] Tiga L Bawah Satu Bumbung
35) [link] Ceritera Rindu
34) [link] Tentang Seseorang 5 [The Interlude]








...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse




Sep 22, 2010

Aku Genggam Tanganku, Aku Lepas Ikatannya

dua-duabelas
Maaf.

Berhenti seketika di stesen minyak,
aku singgah membeli satu yogurt.
Disambung perjalanan seketika, aku berhenti di bawah sebatang pokok.
Sambil menikmati yogurt dibeli tadi, aku layani perasaan wajah ditiup angin sepoi bahasa.
Tenang.
Permandangannya adalah tepi hentian tol lebuhraya Kesas.





Dilihat jam di telefon bimbit,
7.07 petang.
Hampir Maghrib.
Aku terkenang apa yang berlaku 2 jam sebelumnya.

-----------

Bermula dengan sedikit perbualan kosong,
aku mulakan apa yang aku ingin perkatakan sejak semalam.

"L, saya ada hal nak cerita..."
"Apa dia??"

Aku mulakan sesi menipu aku.

"Semalam, ada seorang kawan, seorang perempuan..
Dia jumpa saya...
Dan dia terus terang pada saya..
Dia katakan dia sukakan saya...
Dia nak bersama saya..."

Aku sedaya upaya memandang ke tempat lain,
tapi aku sedar L menatap tepat ke wajah aku...

"Apa awak jawab?? Awak terima??"
"TIDAK!
Saya menolak...
Saya menolak dengan alasan saya belum bersedia untuk apa-apa komitmen.
At least for the next few years."

L diam.

"Saya masih mahu berkawan dengan dia.
Tapi dia kata, kami takkan boleh jadi sebagai kawan memandangkan saya dah menolak hati dia.."

L masih diam.

"Sekarang, saya nak pastikan sesuatu dari awak.
Awak tak ada apa-apa perasaan kat saya, kan???
Sebab, kalau awak ada, saya tak mampu nak membalas perasaan itu.."

L masih lagi diam.

"Namun, saya harap awak dan saya tetap kawan sampai bila-bila."


"Tapi kenapa sekarang baru awak cakap??"
L mula bersuara.
Aku pejam mata, tak mampu nak lihat muka dia.

"Seperti manusia lain, saya juga suka bila disayangi dan menyayangi.
Tapi, saya sedar, saya belum bersedia.
Saya manusia kerdil.
Dan saya tak mahu menjadi penghalang kepada kehidupan awak."

"Apa maksud awak??"
"Saya mahu kita terus sebagai kawan.
Dan dalam masa yang sama,
saya tak mahu menghalang awak kalau ada lelaki lain nak mendekati awak..."

"Awak nak beritahu, saya dan awak akan tetap sebagai kawan.
Kawan yang bermaksud kawan??"









It's a long pause.








"YA"

-------------------

Maka, aku sudahpun menegaskan kepadanya,
bahawa kami sekadar kawan.
Semuanya disebabkan, dari awal aku sudah membina harapan.
Dan aku sedia maklum, harapan aku hanyalah satu senda takdir.
Aku manusia kerdil.

Kini,
aku genggam tanganku, aku lepaskan ikatan.
Aku benci.

Tiba-tiba yogurt yang sepatutnya masam
menjadi masin.





=============================
38) [link] HARAPAN? It's a BIG word.
37) [link] Awak JAHAT! Awak BODOH!!
36) [link] Tiga L Bawah Satu Bumbung
35) [link] Ceritera Rindu
34) [link] Tentang Seseorang 5 [The Interlude]
33) [link] Tentang Seseorang 4 [The Last Verse]








...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse







Sep 21, 2010

HARAPAN? It's a BIG word.

two-double-one
I'm sorry



Berderingnya telefon tangan tanda orang memanggil..
Satu nama muncul di skrin.
NANI.

Nani adalah kawan kepada L.
Antara kawan paling rapat dengan L.
Aku kenali dia pun melalui L.

"Aku nak jumpa kau kejap...
Kat tempat biasa tau, petang ni pukul 530..
Ok tak??"
Nada Nani sentiasa kedengaran seperti arahan.
Dari awal aku kenal dia lagi,
tapi aku tak kisah sebab kalau dia nak jumpa
maknanya adalah hal penting.
Selalunya berkaitan dengan L.

Pendekkan drama,
aku berdiri tegak di tempat yang dijanji jam 530ptg.
Tiba-tiba dicuit dari belakang.
Nani dengan muka serius.
"Lama sampai??"

Setelah cari tempat untuk duduk,
aku terus bertanya,
"Kenapa Nani?? Macam nak marah je.."


"Aku memang marah dengan kau.."
"Kenapa??"


"Nak tanya kau sikit..Kau suka L tak??"
"Perghhh!! Apsal tiba-tiba??"


"Sebab aku rasa tak puas hati..."
"Apsal pulak??"


"Kalau kau suka dia, apa kata kau terus-terang je..
Aku cukup sakit tengok korang berdua masing-masing degil tak nak mengaku isihati sendiri..."
"Jap...aku pelik.."


"Apa dia??"
"Macammana kau boleh tahu isihati aku sedangkan aku sendiri tak pernah cakap apa-apa??"

Nani terdiam seketika.
Tiba-tiba suaranya jadi lembut.

"Aku tahu kau sukakan dia walaupun kau tak pernah cakap.
Aku pun rasa dia sukakan kau walaupun dia menafikan.
Aku tahu kau ada sebab sendiri kenapa tak nak luahkan.
Aku cuma tak nak korang berdua masing-masing menaruh harapan
dan akhirnya tak ke mana sebab masing-masing diam.."

HARAPAN?
It's a big word.

"Baiklah Nani,
aku faham apa yang kau cuba sampaikan...
Aku akan tamatkan semuanya."

Nani terkejut pandang aku.
"Adakah kau bercadang nak luahkan isihati kat L??"

Aku senyum dan berkata,
"You just wait and see..."




=============================
37) [link] Awak JAHAT! Awak BODOH!!
36) [link] Tiga L Bawah Satu Bumbung
35) [link] Ceritera Rindu
34) [link] Tentang Seseorang 5 [The Interlude]
33) [link] Tentang Seseorang 4 [The Last Verse]
32) [link] Tentang Seseorang 3 [Reprise; the untold stories]






...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse







Sep 20, 2010

Aku Benci

two-ten
I'm sorry..


Salah satu hobi aku ketika depan laptop adalah layan YouTube.
Aku suka bila layan video amatur yang orang dari serata dunia cuba nak kongsi.



Alkisah bermula bila
aku klik satu pautan video dalam wall seorang kawan..
Tajuk macam best, aku pun nak laa layan apa yang nak dikongsi..
Aku klik button 'play'..

"Apakah video ni, perlahan je audio.."
Aku 'up'kan volume kuat..
Muzik layan..
menenangkan...
gambar pun layan..
mengasyikkan...

Tiba-tiba...















muncul gambar hantu hodoh kat skrin..

CELAKA!!!
Itu video prank!!
Bagi aku terkejut dengan muka hodoh dan audio yang super-kuat..
Bodoh!!
Bodoh!!
Bodoh!!

Berkali-kali aku sumpah seranah dalam hati...
Lebih menyakitkan hati,
akibat terperanjat, mouse aku pecah casing akibat aku genggam kuat..
Nasib baik boleh guna lagik...

Sejak peristiwa tu,
setiap video yang aku nak tengok
sama ada di dalam Facebook atau Youtube
atau mana-mana lama perkongsian video lain
aku akan pastikan ianya tak ada ciri-ciri video prank:
  1. Video panjang kurang 1:00 minit.
    Video pendek sama ada merugikan masa, atau prank!
  2. Thumbnail video selalunya indah!
    Selalunya yang indah-indah tu laa yang selalu cam taik bagi terkejut..
  3. Tajuk video selalunya buatkan kita nak tengok.
    Ni memang lahabau sikit. Tajuk taknak laa cam 'Baby menguap comel'.
    Sape taknak tekan kalau camtu..
  4. Kalau dalam Youtube, selalunya featured video atau related video semua yang prank jugak!
  5. Kalau dalam Facebook, comment yang diberikan orang yang nak kongsi atau yang dikongsi mencurigakan.
    Macam 'beb!!best giler arr video nih...'
    'rugi tak tengok'
  6. Kalau kat Facebook, selalunya video camni dikongsi malam.

Jikalau dah tertekan play, baru anda merasakan itu video prank,
sila jangan baru terhegeh-hegeh nak slowdown volume
atau nak mute volume,
atau baru nak check duration video kurang seminit,
atau nak baca komen kat bawah...
Sesungguhnya, ANDA TERLAMBAT. Percayalah!
Dalam hal itu,
TEKAN BUTTON PANGKAH KAT SUDUT KANAN ATAS BROWSER TU JE...

Kesimpulannya di sini,
aku benci video prank sebenci aku benci lipas.
Kalau kalian rasa nak kongsi video prank kat wall Facebook aku,
esoknya sila check sama ada aku masih dalam friendlist kalian atau tidak.
Hehehe..

Di bawah adalah salah satu prank video yang celaka.
JANGAN TENGOK!
Jangan kata aku tak warning...





Sep 18, 2010

cEro Pakai Baju Melayu

two-o-nine
I'm sorry..




Permintaan Hana Ahmad nak melihat cEro dalam busana baju melayu.
Then, your wish is my command.




..dan selepas aku buat entri ni, RM30 aku lesap!!
Tu laa bahana nak buat loyar buruk kat orang..
Padan muka aku!
jangan marah ye..




Sep 17, 2010

Kenapakah?

two-o-eight
I'm sorry...




Kenapa diawal post ada macam
'two-o-eight
I'm sorry...' tu??
Tapi ada juga yang tiada
seperti contoh entri ''Kisah Dua Insan'..



Jika ini post ke-208 bagi blog ni,
kenapa jumlah kat arkib 'Tong surat' kat sidebar tu berlebihan??
(Tak caya cuba kira sendiri..)

Begini,
sebelum aku post entri, aku akan tulis dulu guna application notepad dalam laptop atau handphone.
Dan,
dalam laptop aku, ada satu folder khusus untuk menyimpan notepad post tersebut.


Dalam folder tu, setiap post disusun ikut nombor.
Tapi, ada nombor yang terskip.
Nombor yang terskip tu bermaksud aku terus tulis dalam tab 'new post' dalam blogger.com
Maka, post itu biasanya adalah bersifat pendek dan tidak memerlukan penelitian fakta.
Post-post tersebut adalah post yang tidak dimulakan dengan kata seperti 'two-o-eight, I'm sorry' tu, seperti entri 'Kisah Dua Insan'..(lagi..)



Tapi, macammana nak terangkan tentang bilangan post di arkib 'Tong Surat' yang melebihi angka yang ditulis di entri?



Sebenarnya, tak semua entri dalam blog ni bersifat permanent.
Ada beberapa entri yang aku rasakan mungkin akan dibuang satu masa nanti,
jadi aku tak masukkan dalam kiraan post,
dan entri tu tak layak untuk dimulai dengan kata seperti 'two-o-eight, I'm sorry'...
Contoh entri begini adalah post bersifat mencemuh, tagged, dan untuk sertai contest anjuran pihak ketiga.



Kenapa penulis rajin sangat sampai tulis dalam notepad dulu, dan kemudian copy-paste dalam 'new post' sebelum publish?

Begini..
Aku berblog di mana-mana.
Kelebihan, aku punyai handphone multimedia dengan ciri sokongan office dan notepad.
Maka, aku boleh karang entri di mana-mana, termasuk semasa menikmati 'panggilan semulajadi' di bilik kecil..
Selesai siap, aku akan bluetooth ke laptop dan recheck ejaan.
Jika ada kesilapan ejaan, aku akan betulkan.
Dan selepas tengah malam, aku akan post ke blog dan selalunya akan di'schedule' sama ada pukul 0900, 1200, atau 1500.
Jika ianya selain dari masa di atas,
maka post tersebut adalah post 'ad hoc'..




Kalau di'recheck' ejaannya,
bukankah sepatutnya TIADA langsung 'typing error'?
Tapi ada beberapa post masih ada 'typing error'??
Apakah??

Hahaha,
antara sebab utama aku berblog adalah aku sukakan tEka-tEki.
Dan bagi yang melihat bukan hanya dengan mata,
blog ini punyai kod rahsia tersendiri
di mana kalian yang rasakan ianya 'typo'
sebenarnya adalah kod rahsia yang boleh di'decode'kan oleh orang biasa.
Apa yang penting, melihat bukan hanya dengan mata.
There were NO TYPING ERROR in this blog.




Kenapa bersusah payah kerana blog?
Kan ke lagi senang kalau blogging macam biasa??

Aku memang suka merumitkan keadaan..
Hidup satu tona ibarat minum air kosong.
Masih boleh hilangkan haus, namun tiada kenikmatan tambahan.





Sep 16, 2010

Kisah Dua Insan



Kisah dua insan..
Si Teruna dan Si Dara berkenalan dalam dunia maya hampir setahun lalu.
Berlainan tanah, namun jaringan sesawang mengeratkan hubungan.
Si Dara selesa, dan selalu berkongsi cerita.
Si Teruna teruja, makin menaruh hati, hari demi hari.

Satu ketika, Si Dara terkejut,
Si Teruna meluahkan perasaan tiba-tiba,
ingin mengenali, mahu dirapati..

Si Dara tidak menolak, namun tidak jua menerima.
Hanya ditekankan "Masih banyak yang perlu diselesaikan sebelum memikirkannya"
Si Teruna kecewa, namun tidak berputus asa.

Ramadhan lalu,
mereka bertemu sua ingin kepastian bicara.
Kimia di alam atas talian tidak sama dengan realiti.
Namun, Si Teruna tetap teruja,
hatinya tak pernah berubah.
Si Dara, masih berahsia, menolak segalanya,
katanya "Pengalaman lalu masih berbekas di dada."
Si Teruna membantah, "Biar saya merawat luka."
Si Dara mencelah, "Tidak semudah rupa."
Si Teruna menerjah, "Saya mampu, jika diberi ruang dan peluang."
Si Dara menoktah, "Maaf, mungkin bukan sekarang."

Kini,
kedua mereka dipisahkan separuh dunia.
Si Teruna di tanah jajahan merah.
Si Dara di negara si helang.
Semalam berdengung di Facebook wall mereka,
kata Si Teruna kepada Si Dara,
"Remember that I'm waiting for you, I love you!"

Aku di mana?
Aku adalah penonton setia kepada dua insan ini.
Aku dah hidu hubungan mereka sejak 6 bulan lalu lagi.
Namun, sekarang ni agak dah masuk intermission.
Cuma klimaksnya mungkin 2 tahun akan datang.

Aku tak sabar nak tunggu..
Cinta dua insan,
Si Teruna percaya dan yakin dirinya mampu..
Si Dara basah berdarah luka lama walaupun mahu..

Hope it will end with two smiles.
I'll make it three.
The rest of the world will count it eternity.

postquam-scriptum:
It's ok kalau kalian tak faham. Tapi ketahuilah, cinta boleh datang dalam 1001 bentuk.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: