Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 15, 2010

Air

dua-lapanpuluh
maaf..


Aku berdiri tegak entah di mana.
Dalam pandangan aku nampak seseorang sedang mengacukan lensa kamera ke arah aku dalam jarak dekat kurang 2 meter.
Tangan kanan aku diusik seseorang...

"Awak, kenapa berdiri tegak macam patung?
Rapat laa sikit..."
Suara gadis hinggap di telinga kanan aku.
Aku berpaling.



"Ana Raffali??"

"Kenapa ni? Cepat laa posing, nak amik gambar tu.."

Aku berundur dua-tiga langkah ke belakang.
Aku persoalkan, sejak bila aku kenal Ana Raffali??
Sejak bila aku rapat dengan Ana Raffali sampai dia sanggup rangkul tangan aku?
Macam mana aku boleh berada di sini sedangkan rasa tadi aku kat rumah?

"Aku tahu!! Aku mesti SEDANG BERMIMPI!!!
YA!! Aku MIMPI!!"

Ana Raffali membalas,
"Ye laa..Kalau mimpi pun, tangkap laa gambar dulu.."

SNAP!!!
Cahaya dari cerobong flash kamera tu menyilaukan mata.
Tiba-tiba pandangan jadi putih penuh.
White-out!






Aku tersedar!
Badan aku memang di rumah, di atas katil.
Aku tidur petang!
Ya, tadi hanya mimpi!!

Agak pelik bila dalam mimpi aku sedang yang aku sedang bermimpi.
Ada satu istilah untuk fenomena 'sedar diri sedang bermimpi dalam mimpi' ini.
Aku buka laptop dan cari...

Lucid Dream.

Lucid dreaming means dreaming while knowing that you are dreaming. The term was coined by Frederik van Eeden who used the word "lucid" in the sense of mental clarity. Lucidity usually begins in the midst of a dream when the dreamer realizes that the experience is not occurring in physical reality, but is a dream. Often this realization is triggered by the dreamer noticing some impossible or unlikely occurrence in the dream, such as flying or meeting the deceased.

Dari pembacaan aku, 'lucid dreaming' boleh dilatih di mana sampai satu tahap, kita boleh kawal mimpi, seperti terbang tinggi ke awan atau berlari laju seperti peluru.

Kemahiran 'lucid dreaming' boleh dilatih seperti kita belajar bahasa baru.

Dalam 'lucid dream' kita boleh lakukan sesuatu yang dianggap mustahil, seperti dalam kes aku, Ana Raffali beriya nak bergambar dengan aku (which is mustahil memandangkan aku hanya semut merah).

Setelah dikorek lagi dalam tentang 'lucid dreaming' ni, aku dapati memang banyak kajian tentang mimpi telah dibuat oleh saintis seluruh dunia, namun tiada satu pon fakta yang memegang kukuh alasan dan fungsi mimpi.

Andai kemahiran 'lucid dreaming' ni boleh diasah sedikit demi sedikit, aku nak cuba.
Seronok dapat buat sesuatu yang tak mampu dibuat dalam realiti.

Cuma, aku tak tahu pandangan Islam tentang 'lucid dreamers' ni.
Ada sesiapa tahu di mana boleh aku tanya sebagai rujukan??

Untuk lebih lanjut tentang LUCID DREAM, klik sini.

LUCID dalam bahasa bermaksud JELAS.
Tapi, 'lucid dream' menjadi 'mimpi jelas' tidak menerangkan maksudnya.


postquam-scriptum:
Tapi, kenapa Ana Raffali?? Nak kata aku peminat dia, tak jugak. Nak kata aku dengar lagu dia sebelum tidur, tak jugak. Bagi laa Lisa Surihani ke, Gemma Arterton ke, Aragaki Yui ke...



postquam-subscriptum:
Bermula dengan Ana Raffali, berakhir dengan 'lucid dreamers', aku memang semakin hebat dalam mengaitkan dua perkara berbeza. HAHAHA!


29 comments:

  1. tgok gmbr katun tu, first in mind, ana raffali? haha, bagus bagus. buat lah katun lagi, aku nak main teke teke ;p

    ReplyDelete
  2. kau nak cakap kau berlatih nk cucuk ana rafali lah ni...xdpt bai..aku dah blatih awal2 dah..kehkeh

    ReplyDelete
  3. bg Kara, confirm bro yang volunteer bg tangan utk dirangkul kan? :p

    ReplyDelete
  4. xde ke die nyanyi free 1 lagu utk ko dlm mimpi 2?keh3

    ReplyDelete
  5. ana raffali..?hahah..terbaeklah..
    bistu nape entri nih tajuk "air" plak..?

    ReplyDelete
  6. ooo lucid dream, sekali tengok macam liquid dream.

    tapi pernah tak korang mimpi tido, then korang terjaga misalnya pergi buang air or minum air, then tido balik korang boleh continue balik mimpi tu from the moment korang stop tu.

    macam drama, aku biase kene. so kalo mimpi hantu, ia akan berterusan sampailah korang bangun tido which means korang tak tido dah pastu.

    ada istilah tak? hehe

    ReplyDelete
  7. lucid dreams?? aku nak buat research laa tntg ini..

    ReplyDelete
  8. so maknanya....u pn de kt taman kaktus tu la..?...mean u dh terserempak ngn i time tu ker?...

    ReplyDelete
  9. ni mcm ala2 inception pulak. LOL!

    ReplyDelete
  10. ak pernah jugak..

    pastu ak bwat mende jht..miahahahah

    xdosa kan wat lam mimpiii ;p

    ReplyDelete
  11. dsbbkn tgh kepala pening angkara flu, tp tgn nak siapkan report. tu saje nak komen. cte ana rafali ni teringat yg kau suka perempuan pakai baju kurung pastu pandai main gitar kan. pastu teringat entry 'humming' tu..pastukan agaknye nama dia ada skit nama kau kot, hahaha

    ReplyDelete
  12. pandai ko cover line eyh..?
    saje je alih perhatian pembaca kat lucid dreams..hehe

    ReplyDelete
  13. kalau terbangun dlm mimpi tp rupanya kita masih bermimpi kita panggil apa? HEHEHE.

    ReplyDelete
  14. @m i r a f i q a
    hahahha, suka ko ek main teka teka...

    @hentakbelipat
    hahaha, kalo aku cucuk agak2 boleh dpt tak???

    @little cart00n
    wah! kalo KARA, mmg takkan lepas punya..hehehe

    @aleen aiden
    hahaha, tak ke smpai situ plak...

    @kata kila
    kalo aku mimpi ko, maknanya aku mimpi ngeri laa..hehehehe

    @Shukjessa
    smbung2 mimpi tu aku biasa gak, tp at last aku tak boleh nk ingat smpai abes..hehehe

    @sakura lover's
    kaji arr, mmg sgt menarik bile baca..serius!!

    @ini blog ayin!
    yup!! byk kali gak terperasan serempak...

    @~* chirpy_chummy *~
    weyh, bukan wet dream arr..
    gilo ko wet dreamkan ana raffali..

    @WZulhilmi
    kan? kan? kan? mcam menarik, kan??

    @Lupi
    tak dosa ek??
    serius ke???

    @Fiszsah
    bunyik macam tahu je nama aku ape..hehehehe

    @Dark Half
    hahaha, hush!!!
    jgn pecah rahsia...

    @3175596275105891691.0
    dG, tu namanye tak bgun tido lagik..
    heheheh

    ReplyDelete
  15. @pu3aan
    hahaha, nanti ko akan tau...

    ReplyDelete
  16. haha ana raffali, aku baru2 ni duk dgr nama dia. sape dia ek? mcm mana bole tiba2 femes @_@

    ReplyDelete
  17. @Amir Auxin
    hahaha, gilo ko tak tau dia?? dh bising2 sane sini kot ana raffali ni...

    ReplyDelete
  18. tak kenal ana raffali. hehe...

    bdw.. baru tau pasal mimpi tu.. hehe... thanks 4 sharing.. hehe

    ReplyDelete
  19. @cik @!en
    hahaha, busuk arr tak kenal ana raffali..hehehe

    ReplyDelete
  20. hahahaha
    suka entry nih
    dapat belajar perkataan dan info baru
    thanks
    nak mimpi lisa lah macam nih

    P/S : Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?

    ReplyDelete
  21. tu yg aku suka bce blog ko..new info kot..lucid dreams..sedap gle name tu..mcm nme aiskrim..hehe

    ReplyDelete
  22. @hans
    hahaha, aku dulu nk try mimpi lisa..hahaha

    @tulip
    hehe, terima kasih..
    lucid dreams boleh jd sesedap makan aiskrim..hehehe

    ReplyDelete
  23. cis!! tertipu ni cero..hahaha....cuba ko mimpi aku lak...

    ReplyDelete
  24. @3762909667088712946.0
    nekmo, one fact ttg mimpi ialah,
    ko tak boleh mimpi org yg ko tak pernah nmpak wajah..
    kalo ko mimpi pon, wajah dia takkan kelihatan..
    serius..hehehe

    ReplyDelete
  25. kau ni.demand.dpt ana raffali dh kire bgus oke.

    ReplyDelete
  26. @iemaZAIMAH
    baiklah..mari bersyukur...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  27. saya pun pena rasa gak mimpi camni.time tuh suruh diri ni cepat cepat bangun.tampa diri sendiri dalam mimpi tuh.da laa serammmm...mimpi pontianak time tuh =___=

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License