Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 6, 2010

Jawapan tEka-tEki #13 Abah Punya

dua-lima-tiga
ampun.

Ini adalah entri berkenaan jawapan kepada
tEka-tEki #13 Abah Punya.
Jika anda tidak berniat untuk mengetahui jawapannya,
dan masih tidak membaca entri untuk soalannya,
sila melencong ke tEka-tEki #13 Abah Punya.

Pertama,


Kalau sikit, dia perasan besar.
Kalau banyak, dia perasan kecil.
Apakah ia?



dan juga yang kedua


Satu perkataan ni,
walaupun di mana negara sekalipun,
tak kira apa bahasa sekalipun,
tetap sebutannya sama.



-------------------------------------


Peristiwa ini adalah semasa aku dari perjalanan dari Shah Alam ke rumah aku.
Aku akan melalui laluan MRR2.
Yang menarik tentang jalan MRR2 ni, dia melingkungi seluruh Kuala Lumpur melalui lingkaran belah luar.
Dan yang menarik tentang MRR2 adalah ketika jam.

Selaku penunggang motosikal yang berhemah,
aku ikut kiri jalanraya.
Kiri jalan, risikonya, adalah ianya laluan kecemasan
di mana jika kereta rosak, kemalangan, ataupun kecemasan,
laluan itu akan digunakan.
Tahukah anda, lorong kecemasan hanya muat SATU kereta sahaja?
Maksudnya, kalau kereta ada di situ, even motosikal pon dah takleh nak lalu..

Semasa melalui Lebuhraya KESAS yang super-lengang,
kereta berdesup laju, siap tak ikut laluan lagi.
Ada sebuah kereta kancil ni, pergghh!!!!!
Memang kepala...
Tak padan dengan kecik, dia conquer dua lorong lebuhraya.
Perasan besar betul..
Mentang-mentang laa jalan lengang, kereta kurang...

Dari KESAS masuk MRR2.
MRR2 sesak di waktu petang, itu pasti!
Jalan sepatut hanya 4 lorong, kini jadi 6 lorong..
Siap dengan lorong kecemasan pun diorang bantai.

Aku tak kisah sangat sebab moto boleh cilok-cilok.
Tapi yang sakit hati,
kereta sebesar BMW X6 pun, yang sepatutnya bangga dengan kebesaran rangkanya,
nak cilok-cilok lalu laluan kecemasan..
Perasan kecik betol!!

Maka,
itulah jawapan untuk tEka-tEki pertama,
jawapannya;
KENDERAAN DI ATAS JALANRAYA.
Bila kenderaan sikit di atas jalan, semua nak perasan kereta tu besar sangat sampai jalan makan dua lorong.
Tapi bila kenderaan berlambak kat jalan sampai sesak, semua nak perasan kereta tu kecik sangat sampai boleh nak cilok-cilok.

Oh! Dunia!!!

-------------------------------------

Untuk kedua,
klip 35 saat ini jawapannya!



--------------------------------------

Kalian yang jawab dengan betul,
anda memang HEBAT!!

cium sket...mumumumuah!! (muntah pelangi!)



postquam-scriptum:
Ada tak pembaca blog ni yang beragama Hindu?
Aku rasa maca tak ada je..




8 comments:

  1. wah..elie betul jawapan no 2!hehe
    tapi macam mana leh tak terpk jawapan no 1 tu?
    haih!!

    ReplyDelete
  2. mmg tak berbakat tul aku teka-teki ni.. hahaha. readers beragama hindu?? mana tau cero ada.. u might got one.. :)

    ReplyDelete
  3. Jwpn yang no 1 tu hny akan dpt dijawab oleh org2 yang lalu *mrr2* aku rasa..haha..(by the way,lorong kecemasan itu tgh contruct skrg.tmbah jam & makin byk prasan *kecik*)

    ReplyDelete
  4. adoi. apsal ko bg jwpn skrang plak. cmne aku nk join contest kau tu nnti. sob sob T__T

    btw, aku mmg tak trpikir lgsung jwpn teka teki num 1 tu. haha

    ReplyDelete
  5. yooosssshhhhh..!!!
    jawapanku benar belaka..
    fandainyerrrrr dieee..
    kihkihkih..

    p/s: *lompat2 bergumbira dpt jwp ngn betul*

    ReplyDelete
  6. oh, bmw perasan kecik lain cerita.

    kalau lori kontena?? agak2 cacat otak tak??

    ReplyDelete
  7. @little cart00n
    elie mmg hebat..
    ala, yg no 1 tu mmg susah sket..

    @WZulhilmi
    harap2 ada laa..
    nk gak aku ucap hepi deepavali...

    @airaniez wirdani
    tak jugak, mende tu jadik kat mane2 rasenye..
    semua nk perasan kecik kalo jam..
    skjap ke kiri, skajap ke kanan..

    @Nanad.
    hahaha, kontest epic pon ko tak join lg..
    hehehe

    @pu3aan
    pu3 mmg hebat...
    tahniah!! tahniah!!!

    @JelinaJoli
    tau takpe...
    siap lori nk cilok2, mmg perasan habes tu!!!

    ReplyDelete
  8. haha...kreatif gak si abah walupon serius=)

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: