Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 28, 2010

Sampai #3.5 Realiti

dua-empat-enam
maaf...


Saya tak pasti,
tapi dari komen kalian untuk entri-entri yang sebelumnya,
pasti kalian terfikir,

"Semua kekusutan cEro boleh diatasi dengan cara berterus-terang kepada L tentang perasaan hatinya."

Nampak mudah, kan?
Satu ayat sahaja jalan penyelesaian termeterai.

Tapi,
benarkan saya memimpin tangan semua ke alam realiti sebenar.
Realiti hidup seorang 'cEro'...




"Awak, saya sayangkan awak.
Saya harap kita dapat bersama." cEro berkata.
Lalu L jawab,
"Saya pun, kenapa awak tak sebut dari awal?"

Selesai kekusutan?
Silap, ianya baru bermula.
--------------------------------------------------

Bertemu.

Tak bercinta pun dah selalu bertemu,
apatah lagi kalau bercinta.
Apa yang berada di depan mata cEro hanyalah sebuah motosikal 125cc.
Untuk membawa seorang anak perempuan kepada pemilik lebih dari 4 buah kereta mewah, itu satu penghinaan buat si dia.
At least,
yes, i said, AT LEAST ada laa sebijik kancil 2nd hand.
Anak dara orang kot, tak manis nak usung sana sini dengan moto.

--------------------------------------------------

Makanan.

Ya.
Memang dari apa yang cEro nampak,
L tak kisah dengan tempat makan.
Tapi cEro yang kisah!!!
L sakit, lemah jantung,
makanan untuk dia selalunya yang kurang minyak, kurang lemak dan kurang gula.
Semua makanan jenis di atas kebanyakannya hanya ada di tempat berdinding kaca,
sedangkan cEro hanya mampu makan di tempat berdindingkan angin dan hembusan nafas mamak.
Takkan setiap kali L kena belanja cEro,
cEro lelaki, dia ada maruah juga.
Namun, hakikatnya,
tapak kasut cEro lebih tebal dari dompetnya.

--------------------------------------------------

Masa depan.

cEro bukan jenis main-main cinta.
Sekali bersama, apa yang dilihatnya adalah 'kahwin'.
Maka, sebagai lelaki, tanggungjawab mencari sumber bermula.
"Persetankan perbezaan taraf,
Abah dan Abangnya tak pernah kisah pun."
YA! Abah dan Abang L tak pernah kisah cEro siapa.
Tapi, cEro kisah!
Bukan dengan keluarga L, tapi dengan orang lain.
Ahli perniagaan berjaya, anaknya bersama lelaki biasa.
Orang akan berkata,
"Menadah di mata air gunung emas..."
cEro tak kisah mukanya terpalit,
tapi cEro amat kisah keluarganya terpercik.

--------------------------------------------------
Dapatkah kalian fahami dilema cEro?
Di atas cuma sebahagian sahaja.
Untuk meluahkannya, cEro harus bersedia menghadapi segala.
Jika dinilai kembali semua di atas,
key personnya adalah cEro itu sendiri.

cEro kini ialah zero! kosong! no body!
Maknanya dia tiada layak untuk sesiapa.

Namun cEro tidak duduk goyang perut dan mengeluh dengan nasib diri.
Dia cuba berdiri dan berlari untuk mencari angin perubahan.
Dia telah meronta dalam kekangan masa dan percaya.
Mana tahu,
akan datang cEro akan jadi uNo, cInco, cIncuenta, cIncocientos, atau cInco millones??



Untuk masa ni,
berterus terang bukan dalam pilihan.
Apa yang cEro boleh buat adalah,
BERTAHAN!

postquam-scriptum:
Mungkin kalian tak tahu sakitnya rasa melihat sesuatu yang tak terdaya tangan untuk dicapai.
Mungkin aku dikata merumitkan keadaan,
tapi hakikatnya, keadaan lebih dari sekadar rumit.


29 comments:

  1. seriously paham..paham sgt2..
    argghh..nape la manusia terlalu memandang perbezaan taraf, keturunan dan harta..?
    hmm..kalo x dh lama aku dh kawen kot..
    *sigh*

    ReplyDelete
  2. cero ini realiti..
    sebab tuh dalam islam pon suruh carik yang sekufu...
    agar tidak berlaku penghinaan dan pergaduhan.kau faham kan cero.

    aku snanya nak komen panjang2..nak blogwalking kat blog org..nak baca tulisan org..

    tp skrg aku busy.
    nnt aku dtg lagi ye cero.

    lelaki seperti kau bagi aku semakin kurang...

    ReplyDelete
  3. cero aku dah bca sume kisah kesinambungan kepada entry ni..


    ciss aku tertinggal banyak...

    cero,
    be strong.
    kau hebat

    ReplyDelete
  4. pehhh antara 2 darjat...deep gila nih.kehkeh...papepun kalau kau dah nampk mase depan dan jalan kau tu, kau hentam sajelah...yang lain nnti dtg sndri..

    ReplyDelete
  5. aku dah agak dah.as what u say,semuanya terpulang pada kau.kau layak menentukan jalan cerita kau.aku kagum dengan kau. sangat kagum. kau hebat. aku harap aku akan jumpa lelaki macam kau.

    ReplyDelete
  6. doa agar dipermudahkan hidup...
    bukannya cari duit sampai kaya nak mampus 7 keturunan tak habis pakai duit...

    asal selesa sudah...
    macam mak aku cakap,

    anak yang baik selalu dapat ganjaran dari Allah...

    belajar rajin-rajin..
    aku tau ko 'smart' orangnya..

    usaha cero! jgn mundur..
    namun, jika ditakdirkan Allah L bkn terbaik utk kau, pasti ada insan lain yang sedang menanti..

    syg ko. blueweeekkk!! haha.

    ReplyDelete
  7. phm! tapi kalau kau rase kau still boleh bertahan, bertahan la... if kau da luahkan semua nnti, its no way to turn back... semua halangan kau tu, kau kene pk care nk mengatasi pulak...

    be strong man! hehehe

    ReplyDelete
  8. smua tu bley d ubah jika kita mahu cero. berusaha dan bertawakal. itu yg penting.
    mcm cero, cero blh lg berusaha utk mengubah nasib. we never know how d future.

    percayalah, ade org yg d luar sana, yg mahu tp mmg x mungkin dpt bersama.

    anggaplah ni ujian utk cero. sekiranya ade jodoh, xkan kemana.

    "Jangan disusun kata-kata penamat
    Jangan disebut baris ayat keramat
    Biar lenyap diserap sunyi
    Biar senyap yang tak menyepi"
    ~tolong ingatkan aku-ana rafali.

    ReplyDelete
  9. Berpeganglah kepada satu...

    "Jodoh itu Kerja Allah s.w.t."

    Kalau dah tertulis jodoh anda dengan L, darjat, kaya, miskin ,sakit, lemah semuanya ditolak dengan kuasaNYA. Wallhualam...

    ReplyDelete
  10. aku paham maksud ko.aku pnah jugak ade relationship dgn org yg xsame taraf,n it didnt work out.sbb aku xbley.rase rendah diri tetap ade.

    ReplyDelete
  11. aku setuju dgn apa yg dorg sume ckp kat atas tu

    jodoh kerja Allah, dia tahu apa yg terbaik untuk setiap hambaNya.cuma kena prepare for the worst. bkn pe, takut kau xbleh handle kenyataan jer

    ReplyDelete
  12. aku pun setuju,,jangan terlampau berharap./kita cuna dan tawakal

    ReplyDelete
  13. la la lala tp pada aku meluahkan isi hati tak semestinya kita harap bersama.

    paling tidak dia tahu, kau tahu ada benda yang tidak tepuk sebelah tangan.

    tentang masa depan, kita kena usaha. kalo tidak bergerak, kita masih di titik mula.

    so persoalannya sampai bila? kalau pun jodoh bukan dengan dia, dengan orang lain ke, ia harus bermula dengan sebuah luahan isi hati.

    usah terlalu komplekskan keadaan dengan tekaan yang kita tidak tahu penghujungnya. mungkin mereka tidak sebegitu, mungkin nasib kita tidak seteruk begini.

    maka, titik mula harus digerakkan. gear satu harus masuk sebelum makin laju dan laju sebelum mencapai gear maksima. kalau masih dengan gear neutral, malah kita kunci pula ianya dengan mangga yang tidak boleh dibuka, ianya menjadi tidak boleh disentuh pun.

    maaf sahabat, tapi aku rasa paling tidak gerakkan sesuatu sebelum terlambat.

    kalau benar pun dugaan lain akan timbul, itu semuanya dari Allah, itulah namanya dugaan hidup. Lain orang lain kisahnya.

    apa apun keputusan di tanganmu, so all the best my friend. Ada sebab kenapa Allah jadikan pemimpin dan imam itu dari kalangan lelaki dan bukan wanita =)

    ReplyDelete
  14. Hidup kau panjang lagi cEro. Ko kena K.U.A.T ok!..klo ko K.U.A.T, apa-apa cabaran yg datang pun xpe. Kau sah-sah dpt laluinya.

    ReplyDelete
  15. always ingat, kalau Allah dah tetapkan dia dengan ko, insyaAllah walau korang bt apa pun, pisah jauh mana pun, dia akan jadi hak ko.. tu je.. sebab jodoh, ajal dan maut kerja Allah.. as manusia, ko berusaha majukan diri dan lepas tu, ko kena tawakal.. sekiann~~~ =)

    ReplyDelete
  16. Gud luck for everything Cero..:)

    ReplyDelete
  17. haihhh aku pun daah mule berbual ngan org org sekeliling tentang citer ko nie
    pape punn we all ase ko memg patot bertahan...memg org len ase tak kisah tp aku pham prasaan ko cane...yg pnting ko da berusahe....be urself try show ur good attitude...

    ReplyDelete
  18. cEro,
    aku ada kisah benar nak bgtahu kau.
    leturer aku lelaki,orang kampung miskin.

    tp atas dasar cinta, dia berkahwin dengan gadis pilihan dia. Gadis tu anak Datuk pulak tu. Kau giler ke? org kampung nak kahwin dgn anak perempuan Datuk. So macamane dia overcome benda ni?

    Lecturer aku belajar sampai tahap dia jadi seorang arkitek berjaya & boleh sara anak Datuk tu dgn baik & mcm agak mewah laa. Jadi kat sini aku nak bgtahu kau,aku yakin kau boleh sara pmpuan tu nanti. Asalkan kau ada matlamat dgn cita2. Lainlah kau ni tak berpelajaran langsung atau menagih dadah dll tu. ko paham x wehhh..? semua ni bergantung kat kau.. =B =B =B jgn buatkan pmpuan tu rasa bersalah dilahirkan dlm family berada..

    p/s: aku stress baca buku so aku jenguk ko jap.hihi..

    ReplyDelete
  19. i sgt stuju dgn pendapat Shukjessa. walau mcm mana pn, gear harus d gerakkan. ttg smp mn ia d gerakkan, berjaya atau tidak ke maksimum, tak penting. gear bkn stakat tu je, cero pn kena tekan pedal minyak la..br la laju gerak kete tu. usaha tekan sebanyak mungkin, br la bley jd champion.

    *gear? - luahkan perasaan.
    *tekan pedal minyak? - usaha utk menjadi somebody yg berjaya, utk tingkatkan ur value. kejayaan harini adalah drp usaha semalam bro!

    ReplyDelete
  20. thumbs up kpd komen Sophie Al-yahya!
    itulah yg cuba aku katakan kt cero.

    ReplyDelete
  21. kadang2 tidak perlu kisah dgn pandangan orang lain..n kadang2 perlu fikirkan diri sendiri dulu dari fikirkan org lain..kata org bukan selalu..:)

    dan sekarang..bertahan!fighting bro cero! :)

    ReplyDelete
  22. Jika bukan sekarang, maka sujud dan berdoalah kepada Tuhan. Mohon petunjuk semoga segala urusan dipermudahkan.

    amin.

    -kudozu

    ReplyDelete
  23. sngt setuju dgn apa yg Sophie Al-yahya ckp...


    btw...
    very2 gud luck cEro...
    sntiasa doakn yg trbaik...
    insyaAllah...
    ;))


    -dinie-

    ReplyDelete
  24. seorang kambing (capricorn) memang takut dengan attachments and commitments. Diorang pandai berdolak dalih sehingga membuatkan kita yang bertanya rasa bersalah macam seorang villain di ending story.

    Cero, enuff with the geligeli. Bite the bullet and get ON WITH IT!

    ReplyDelete
  25. mimpi itu sgt indah...
    realiti? well life is not easy...
    and it always unfair...

    tp dlm hal ni...bg z bab harta...harta n darjat bleh dicari...
    so kalau Cero nk setaraf dgn L...
    Cero harus kuat dan berusaha lebih dri sekarang...so chaiyok2 Cero... :)

    ReplyDelete
  26. SaLaM..

    berkesedaran.. itu yang aku sedar ttg diri ko.. bagus.. ramai lelaki yang tak sedar diri di muka bumi ini. yang memandang cinta itu seperti satu persinggahan..

    Allah.. turn to Him.. and like Maher Zain said.. dont despair and never lose hope! jika dia diciptakan untuk ko, insya Allah.. Dia akan memudahkan jalan ko ke arah cik converse..

    have faith on Allah bro.. and good luck with life! plus! u never know how tricky life can be.. He is The Best Planner.. =)

    ReplyDelete
  27. SaLaM..

    berkesedaran.. itu yang aku sedar ttg diri ko.. bagus.. ramai lelaki yang tak sedar diri di muka bumi ini. yang memandang cinta itu seperti satu persinggahan..

    Allah.. turn to Him.. and like Maher Zain said.. dont despair and never lose hope! jika dia diciptakan untuk ko, insya Allah.. Dia akan memudahkan jalan ko ke arah cik converse..

    have faith on Allah bro.. and good luck with life! plus! u never know how tricky life can be.. He is The Best Planner.. =)

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License